I LOVE U!

20.3.11 8:56 PM , | Posted by piewahid

Assalamualaikum,

Apa khabar, wah… rindu benar rasanya. Saya doakan kawan-kawan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

Saya Alhamdulillah sihat seadanya. Badan pun makin naik, cuma tak boleh lasak-lasak dan terdedah pada infection. Maklumlah antibody lemah. Ubat? Biasalah, macam-macam jenis … kena telan hari-hari dan ulang alik berjumpa doctor pakar. (macam tulis surat dulu-dulu pulak bunyinya entry ni kan? hehe…)

Lamanya rasa tak kongsi-kongsi cerita… Sebenarnya saya sentiasa ada di talian maya ni. Kadang-kadang kita mungkin ‘berselisih’ di mana-mana tetapi dengan nama dan identity yang lain. Kadang-kadang saya jenguk juga ke blog kengkawan cuma saya tak meninggalkan jejak. Itu saja.

Kepada kengkawan baru, terima kasih follow blog saya yang tak meriah ni. Insya-Allah saya follow kembali.

Semenjak diuji Allah dengan masalah kesihatan, ianya telah membukakan mata terhadap banyak perkara yang selama ini saya terlepas pandang. Saya rasa ‘terpanggil’ untuk menghulur tangan sebagai ‘sukarelawan’ bagi membantu golongan yang memerlukan sokongan psikologi dan emosi.

Sebuah blog khas untuk membantu golongan tersebut juga telah saya wujudkan tetapi biarlah saya rahsiakan atas beberapa sebab. Bimbang mendatangkan riak. Cara dan bahasa saya di sana agak akademik dan formal. Sesiapa yang betul-betul memerlukannya pasti akan terjumpa apabila membuat carian maklumat di internet.

Kali ni saya nak kongsi satu isu menarik yang saya jumpa hasil ‘kajian’ saya tentang penyakit-penyakit kronik termasuk HIV dan AIDS di negara kita. Perkongsian ini hasil pelbagai carian dan sumber sah termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Bank Darah Negara, NGOs dan lain-lain badan professional cuma saya tak larat nak sertakan sumbernya secara detail.
(Nanti panjang dan lama sangat nak sediakan entry ni)

Saya rasa tak penting sangat bercerita tentang apa itu HIV, AIDS, cara jangkitan dan sebagainya tetapi saya mahu kongsi beberapa fakta yang umumnya kita terlepas pandang/ keliru.

1. HIV adalah istilah terhadap virus yang melemahkan system pertahanan badan, bukan penyakit. Istilah yang tepat untuk pesakit HIV adalah pembawa HIV.

2. Mereka yang telah didiagnos sebagai pembawa HIV adalah sama sahaja dengan pesakit-pesakit kronik lain iaitu tidak boleh sembuh tetapi boleh dirawat.

3. HIV tidak semestinya menjadi AIDS bahkan AIDS hampir-hampir tidak wujud lagi selepas rawatan (Highly Active Antiretroviral Therapy) HAART diperkenalkan pada tahun 1996- kecuali kepada pembawa HIV yang enggan mendapatkan rawatan.

4. HAART berfungsi sebagai ‘penekan’ kepada pembiakan virus yang menyerang system imunisasi dan pertahanan badan (CD4)

5. Penderitaan sebenar pembawa HIV adalah stigma, judgemental dan diskriminasi masyarakat, bukannya disebabkan oleh virus tersebut. Mereka sepatutnya dibantu bukannya dihukum atas kesilapan lampau.


Malangnya apabila pihak gereja memberi perlindungan kepada golongan yang kita sisihkan dan pandang hina ini sehingga akidah mereka rosak, kita melenting dan menuding jari.

6. Pembawa HIV boleh meneruskan kehidupan seperti biasa dan mampu hidup lama sama seperti orang lain bahkan terdapat rekod yang menunjukkan mereka mampu hidup selama 25 tahun tanpa masalah.

7. Virus HIV adalah virus yang lemah dan tidak mampu hidup lama di luar badan manusia. Oleh itu aktiviti biasa seperti bersalaman, bersentuhan, berpelukan, berbual, berciuman, bergaul dan berkongsi makanan bukanlah penyebab kepada jangkitan.

8. Ramai yang beranggapan HIV hanya disebabkan oleh bad habits seperti pengamal heteroseksual, pelacuran, homoseksual dan penagihan dadah melalui cara suntikan (IDU) tetapi kenyataan tersebut adalah SALAH!

Statistic terkini KKM membuktikan jangkitan virus melalui cara IDU dan pelacuran semakin menurun sebaliknya jangkitan kepada golongan innocent seperti isteri, bayi dan kanak-kanak semakin meningkat.

8. Statistic terkini juga menunjukkan bahawa lebih daripada 10 orang rakyat Malaysia didiagnos HIV setiap hari.

9. Adakah pemindahan darah dan pemindahan organ boleh menyebabkan jangkitan?

Secaranya umumnya TIDAK kerana pihak hospital telah mengambil langkah-langkah wajar untuk melakukan saringan dan ujian darah sebelum pemindahan darah serta organ dijalankan TETAPI…


Jika penderma darah atau organ menderma ketika dalam tempoh yang dipanggil WINDOW PERIOD (tempoh pengeraman virus hiv oleh golongan penderma berisiko), ujian makmal gagal mengesan kehadiran virus tersebut.

Begitu juga ketika virus hiv masih di bawah paras 50 copies, system imunisasi badan belum menghasilkan antibodi yang dijadikan asas untuk mengesan kehadiran virus.
Peratus ‘selamat’ daripada jangkitan adalah sekitar 97%.


10. Jika kengkawan mengidap penyakit kronik lain yang berkaitan dengan system imunisasi badan yang sedia lemah seperti diabetes, leukimia, kanser, hepatitis, atau baru dijangkiti adenovirus, denggi, tb dan sebagainya, peratusan jangkitan lebih tinggi. Berbincang dengan doctor sama ada betul-betul selamat untuk menjalani pemindahan darah. Jika tidak, apa alternatifnya?

Nanti tak pasal-pasal masuk hospital kerana sakit lain, keluar hospital bertukar menjadi HIV positif. Banyak kes sebegini telah berlaku, tambahan jika prosedur dilakukan tanpa pemantauan doctor pakar.

Ok, itu saja perkongsian kali ini. Lain kali bila ada kesempatan kita akan berjumpa lagi. TOLONG SEBAR-SEBARKAN. Seruan saya, janganlah hanya menjadi pemerhati, bantulah mereka yang memerlukan mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing.

piewahid : Dunia semakin tua dan ke penghujungnya. Pelbagai bencana dan peristiwa pelik berlaku saban hari di sekeliling kita. Global warming mengaktifkan sel, virus dan hama yang selama ini tidak membahayakan. Kenaikan suhu 1-2 celcius mungkin tidak memberi kesan kepada kita tetapi tidak kepada makhluk sekecil itu.