JALINAN KASIH

2.2.11 10:10 PM | Posted by piewahid
Alhamdulillah abang sulung saya baru saja melepasi 6 kali rawatan chemotherapy akibat lymphoma. Walaupun menampakkan perubahan positif, beliau belum pulih sepenuh akibat kesan rawatan tersebut. Tiub oksigen dilehernya pun masih belum ditanggalkan.

Antara kesan sampingan yang masih ada ialah beliau masih pelupa dan kadangkala sukar mengawal deria rasa untuk buang air besar dan air kecil. Nak tak nak beliau terpaksa memakai diapers. Semoga beliau terus tabah menghadapi ujian Allah.

Disebabkan beliau berada jauh di utara tanah air dan hampir 6 bulan tidak berjumpa emak, saya abadikan detik-detik manis pertemuan mereka sebagai renungan kita bersama.


piewahid: maafkan saya kerana tidak berkesempatan membuat kunjungan balas. Entries yang saya publishkan ini pun dalam keadaan terkejar-kejar kerana saya menghargai sisa-sisa kesempatan yang ada. Mungkin selepas ini saya terpaksa kembali menyepi sementara waktu.











SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA PIEWAHID ULU KUMBANG

1.2.11 9:57 PM | Posted by piewahid
19. 1. 2011 (Rabu) baru-baru ini adik beradik dan ipar duai berkumpul di rumah kami kerana mak nak mengadakan majlis doa selamat atas beberapa perkara.

Sebagai dokumentasi saya kongsikan di sini untuk tatapan kawan-kawan dan rujukan keluarga suatu hari nanti. Minta maaf tak jemput kawan-kawan ya, majlis untuk anak beranak je, modal ciput, hehehe... Terima kasih.



























SAHABATLAMA

10:25 AM | Posted by piewahid
Bertemu Jan Benta, seorang sahabat lama di sekolah menengah yang kini seorang pengurus sebuah stesen minyak di USJ4. Sangat mengambil berat dan baik hati.


Sejak kebelakangan ini saya dihubungi semula oleh begitu ramai kawan-kawan lama. Ada juga yang rajin menelefon, SMS bertanya khabar dan menziarahi memberi sokongan. Masing-masing dengan kehidupan dan karier masing-masing. Berjaya dalam pelbagai bidang.

Networking yang kembali terjalin ini sebahagiannya disumbang melalui facebook. Saya yang tidak berminat dengan facebook ni ketinggalanlah sedikit berbanding mereka.

Saya juga dapat tahu bahawa ramai di antara mereka selalu mengunjungi blog ini. Kepada mereka, saya dedikasikan entry ini khas kepada mereka.

Di kesempatan ini saya juga memohon maaf atas segala salah silap saya yang lalu. Maafkan saya, seorang yang sangat naïf dan kasar ketika zaman remaja. Ranjau kehidupan dan perjalanan hidup saya barangkali menyumbang ke arah sikap negative tersebut. Tolong doa-doakan saya.

Sepintas lalu memang saya kelihatan periang dan berkeyakinan. Hakikatnya sehingga sekarang saya masih rendah diri, gelabah, cepat blur dan pemalu. Nak tersenyum pun susah, terasa buruk benar senyuman saya kerana gigi saya yang jarang ni. Peliknya masa muda-muda dulu taklah jarang begini. Perubahan struktur tulang kut... he3

Jadi maafkan saya jika sikap saya kadangkala sukar difahami atau kelihatan mengelakkan diri. Maafkan segala kesalahan dan dosa saya sama ada saya sedari atau pun tidak.

Kepada semua sahabat, kawan-kawan lama dan baru, saya sangat-sangat menghargai silaturrahim dan persahabatan. Terima kasih atas segala-galanya.