alhamdulillah... impian jadi nyata

29.1.11 11:27 AM , | Posted by piewahid

Assalamualaikum.

Lama betul tak jumpa kawan-kawan. I miss u all...!

Saya, Alhamdulillah dengan segala yang Allah kurniakan. Maaf ya tak sempat ziarah. Terima kasih atas segala doa, nasihat dan sokongan. Silaturrahim kekal di ingatan.

Saya sangat sibuk dengan beberapa komitmen baru yang memerlukan perhatian penuh. Kat rumah pun sekarang ni cuma ada sebuah netbook murah kepunyaan Danish. Laptop dan netbook lain, Danial dan Ummie bawa 'lari'.

Kali ni nak kongsi cerita tentang perjalanan kami ke Kota Bharu pada 23 & 24 Januari yang lalu.
Ummie ada urusan di sana.

Saya, emak, Da dan Danish menghantarnya melalui jalan Jerantut, Kuala Lipis dan Gua Musang. Alang-alang terlanjur ke sana, kami sekeluarga mengambil kesempatan menziarahi
Makcik Yam dan Pakcik Mat.

Kami pergi tanpa memaklumkan lebih awal kepada mereka kerana mahu membuat kejutan dan bimbang berlaku perkara di luar jangka. Maklumlah keadaan kesihatan saya tidak menentu.

Apa yang penting, kami dah confirm mereka ada di sana kerana kami sudah menempah
Sri Pauh Guest House milik mereka. Da menelefon tanpa memperkenalkan siapa sebenarnya kami.

Apabila sampai di sana, Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga berjumpa. Seronoknya tidak terkira. Tempat penginapan juga sangat selesa dan tak rugi jika kawan-kawan mahu mencari penginapan di Kota Bharu.

Makcik Yam dan Pakcik Mat yang kami kenali sangat mulia hati budi mereka sehingga kami segan dengan layanan ala VVIP yang diberikan. Kami sangat menghormati keperibadian mulia mereka dan semoga segala jasa baik mendapat balasan yang berlipat kali ganda di sisi Allah. Kami juga berdoa semoga silaturrahim berkekalan dan membawa ke akhirat.

Nak cerita panjang pun tak larat, marilah kita share sebahagian daripada gambar-gambar yang kami ambil. Jumpa lagi. :D






































Tetamu senja...

13.1.11 1:26 PM | Posted by piewahid



Saya sangat rindukan kawan-kawan. Sibuk mencari kekuatan diri, buka blog pun saya tak berani. Bimbang luahan berbaur emosi. Tunggu keadaan tenang dan rasional kembali. Apa-apa pun, jutaan terima kasih kepada semua yang bertanya khabar, mendoakan dan memberi sokongan. Ianya banyak membantu. Jazakumullah khier... hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan kesihatan saya.
Secara umumnya, Alhamdulillah saya baik-baik sahaja. Rawatan susulan dan kaunseling untuk saya berpindah dari Ampang ke Kuantan.

Sakit apa sebenarnya?
Beginilah, anggap saja saya mengalami jangkitan kuman yang serius dan telah menyerang sebahagian organ dalaman saya. Sejauh mana kekuatan badan saya dapat bertahan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Doktor kata, mereka tidak tahu. Mungkin besok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan atau bila-bila masa saja saya akan ‘kembali.’ Fikir-fikir kembali, apa bezanya kita? Sihat, sakit, tua, muda, kaya, miskin, memimpin atau dipimpin semuanya akan kembali. Kalau tiba-tiba blog ni sunyi sepi, faham-fahamlah.

Cuma dalam situasi saya, saya lebih beruntung kerana Allah sayang saya dan beri peringatan khas kepada saya berbanding orang lain. Apa nak dikesalkan kepada ketentuan yang telah ditakdirkan dan tak perlu risau tentang masa depan yang masih berbaki. Tak guna salah menyalahkan. Tak guna resah gelisah. Everything done is done!

“Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.” [Riwayat al-Tirmidzi]

Secara fizikal, (setakat ini) saya kelihatan sihat-sihat saja sama seperti orang lain. Yang penting saya mahu kongsi masa-masa emas yang dipinjamkan ini bersama keluarga dan kawan-kawan. Bila ditimbang baik buruk ujian ini, saya bersyukur menjadi yang terpilih. Lebih banyak positive dari yang negative. Masih ramai yang jauh lebih ‘malang.’ (Malang ke bila kita menerima ujian Allah?)

Sekadar makluman, beberapa perubahan perlu saya lakukan di blog kerdil ini demi menyesuaikannya dengan kemampuan diri. Selain isu semasa, entry-entry selepas ini mungkin lebih terarah kepada kekeluargaan kerana saya ingin meninggalkan sesuatu kepada legacy Piewahid Ulu Kumbang. Kalau nampak banyak enter frame gambar sendiri dan family selepas ni, jangan peliklah ya! Hehehe... bukan apa, supaya senang nak lihat perubahan fizikal saya dari semasa ke semasa semenjak sakit ni.

Sebuah blog khas juga sedang saya usahakan secara beransur-ansur untuk berkongsi maklumat tentang penyakit yang saya hadapi. Terlalu kurang bahan first hand dalam Bahasa Melayu tentang penyakit yang saya hadapi di internet. Cuma nama blog dan alamat URL yang totally berbeza (yang terpaksa saya rahsiakan di sini). Semoga perkongsian itu menjadi amal ibadah dan dapat membantu pesakit-pesakit lain dan ahli keluarga mereka yang senasib dengan saya. Insya-Allah jika diizinkan-Nya, ianya akan dibukukan.

Kenapa terlalu berahsia?
Hehehe... mana ada berahsia. Tidak, saya tidak berahsia cuma saya tidak mahu menimbulkan suasana panik di kalangan keluarga terapat dan perlu menyediakan sedikit ruang selesa kepada Da, Ummie, Danial dan Danish tercinta. Itu janji saya kepada mereka. Alhamdulillah saya memiliki mereka yang sangat hebat. Semoga saya mampu meninggalkan mereka dengan rasa bangga di hati mereka bahawa saya adalah seorang fighter bukannya pengecut, amin!


piewahid: kita sekadar tetamu senja dan tolong maafkan segala salah dan silap saya...