AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH MAKCIK YAM

3.7.11 10:00 AM , , | Posted by piewahid
Da, Allahyarmah Makcik Yam & Ummie




Assalamualaikum wrh wbk.
Moga para sahabat sihat dan sentiasa dalam redha & rahmat-Nya. Alhamdulillah saya sihat dan semuanya seperti biasa cuma sedikit kesibukan. Rindu dan doa sentiasa di ingatan tetapi kemampuan saya terhad untuk selalu berkongsi cerita di sini.

Masih ingat atau kenal Makcik Yam? Beliau adalah seorang pesara guru dan suaminya, Pakcik Mat adalah seorang pesara pensyarah Maktab. Rakan-rakan lama pengunjung blog saya ini pasti mengenali dan mengingati beliau. Dalam entry terakhir saya sebelum ini ada saya ceritakan bahawa Makcik Yam sedang uzur dan mendapatkan rawatan di Hospital USM Kubang Kerian.

Melalui entry
alhamdulillah...impian jadi nyata, saya pernah kongsikan pertemuan pertama dan terakhir kami sekeluarga bersama Makcik Yam. Keindahan dan kemesraan pertemuan tersebut segar dan kekal diingatan. Budi baik Makcik Yam dan Pakcik Mat sentiasa kami ingati dan dalam pertemuan sesingkat itu mampu meninggalkan kesan abadi di hati kami.

Dalam pertemuan tersebut Allahyarhamah sempat berkongsi penderitaan berdepan dengan sejenis penyakit dan tidak lama kemudian Allahyarhamah terpaksa dirawat di hospital.

Walaupun terlalu kepingin, tetapi jarak yang jauh, kekangan masa dan kesihatan saya menghalang kami untuk menziarahi beliau. Kami hanya mampu sekali sekala berhubung melalui telefon bertanya khabar dan tidak menjangka jemputan Ilahi akan secepat ini.

Kesederhanan sikap dan kemuliaan budi pekerti menyebabkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Makcik Yam dan Pakcik Mat adalah antara mentor saya dalam beberapa perkara

Ironinya status terakhir entry blog Makcik Yam bertajuk
ALFATIHAH BUAT EMAK bertarikh 8 April 2011 seakan-akan memberi tanda jalinan silaturrahim secara maya akan berakhir.

Pagi ini kami menerima berita yang sungguh mengejutkan dan menyentuh hati. Pakcik Mat memaklumkan bahawa Makcik Yam telah kembali ke rahmatullah pukul 8:40 malam semalam di Hospital USM Kubang Kerian dan insya-Allah akan dikebumikan pada pukul 10:30 pagi ini (3 Julai 2011)

Takziah kami ucapkan kepada Pakcik Mat dan seluruh anggota keluarga Allahyarhamah. Bersabarlah kerana kematian itu pasti bagi setiap makhluk. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Kita hanya
menunggu giliran masing-masing. Khusnul Khatimah adalah matlamat kita. ALFATIHAH, amen...


30 Comments to AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH MAKCIK YAM

al fatihah....amim

lama sahabat x bersiaran di arena blogger, moga sihat hendaknya

Al Fatihah, semoga roh nya di tempatkan bersama dengan dgn orang yang beriman, amin.

pemergian org² di sekeliling kita seharusnya mbuatkan kita sentiasa sedar bahawa kita juga menunggu masa utk dijemput kembali.

takziah..baru je dua malam lepas saya menjengok ke blog aruah..Al-Fatihah.
Apa kaba bro pie? moga sentiasa dilindungi Allah..

Al Fatiha..semuga roh Almarhumah ditempatkan bersama2 roh org2 beriman..amin.

Assalamualaikum Pie.
Lama ya Kak G tak ke sini.
Biasanya, sedapat boleh Kak G penuhi hasrat untuk berkunjung balas semua rakan yang berkunjung ... pun ada yang tercicir, terutama bila berganti hari & bertindih paparan.
TQVM ya kerana memberitahu Kak G tentang pemergian Kak Yam.
Patut la tak ada khabar berita darinya kira2 dah dua bulan ... kali terakhir beliau berkunjung ialah pada 25 April lalu. Kak G bertanya khabar di blognya pun tiada jawapan.
Hakikatnya: Ajal maut ketentuan Illahi. Bila tiba masa, semua pasti akan pergi buat selama-lamanya. Hanya kita saja tidak tahu ketikanya.
Atas kesedaran & keinsafan itu, Kak G mohon maaf diatas apa2 juga kesalahan ya.
Al Faatihah buat Allahyarhamah.

انّا للہ و انّا الیہ راجعون
semoga Allah mencucuri rahmatnya
ke atas roh allahyarham Mak Cik Yam..
betapa singkatnya hidup kita..bila
tiba, pergi tidak tertangguh lagi..


AL-Fatihah..

Assalamualaikum Pie,

Semoga berada dalam keadaan siha.

Sedih dengar berita pemergian almarhamah Kak Yam. Alfatihah untuk almarhamah dan takziah kepada keluarganya.

Assalamualaikum...

Al-fatihah...semoga rohnya ditempatkan di kalangan
orang2 yg beriman..Takziah buat keluarga allahyarhamah...

Lama blog ni sepi yek...pe kabo?
Moga sihat2 sokmo...

al fatihah..memang terkejut bila dapat tahu berita ini tapi sebagai manusia kita kena redha & ingat setiap yang hidup pasti akan kembali..moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..

Salam Tuan,
Bersama kita menginsafi diri kita semua InsyaAllah. YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI SEMUA, AMIN

al-fatihah buat makcik Yam, takziah buat keluarga arwah

Salam takziah pada keluarga arwah..moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..al-fatihah

Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Salam pie Wahid...

semoga pie wahid sentiasa sihat hendaknya takziah di ucapkan kepada keluarga mak cik yam semoga rohnya dicucuri rahmat...

salam,

sedih sekali tak sempat mengenali arwah

semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2
yg beriman

al-fatihah

salam
lama saya tak berblog...masalah internet..tau2 bila on semula..membaca berita yg amat mengejutkan ni..
al fatihah...
makcik yam dan saya...pernah berjanji utk berjumpa jika saya balik ke kelantan..apa daya..ALLAH terlebih dulu menjemput beliau..

salam ziarah sahabat.moga sihat adanya.maaf lama x jejak ke sini.al-fatihah.moga rohnya dicucuri rahmat.amin.....bila la kita dpt ketemu....

assalamualaikum saudara dan pengunjung
al fatihah untuk allahyrahmah makcik yam.
waktu beliau sihat dahulu, beliau sangat
rajin emninggalkan komen di blog saya.

Al-Fatihah,
Apa khabar sahabat,sudah agak lama rasanya saudara tidak bersiaran di laman bloger.Semoga sihat sejahtera hendaknya.

salam ziarah sempena tahun 2012.. moga tuan dikurniakan kesihatan yang baik.

Salam Pie Wahid...
Lama sungguh koi x nyinggah sini...
Al fatihah buat makCik Yam...semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 islam yg beriman...insyaallah.

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Assalamualaikumm..

1st..koi nak mintak maaf kat aok bang,koi segan nak tegur aok di chicking malam tadi te..hajat dihati tu memang nak menegur tapi ramai pulok,nt kot menganggu aokme nak menjamu selera.

insyaAllah ari laen kot bertemu koi tegur la..

aok perasan dah ke koi agoknye...

SALAM apa khabar saudraa
saya pun selalu juga ke chik king

Salam.. lama xdgr crite.. sihat selalu hendoknya.

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!