APABILA MENGHADAPI UJIAN ALLAH

13.4.11 10:40 PM | Posted by piewahid

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu.

Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.

Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji.

Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila.

Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, sama ada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu). Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita.

Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sengaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri.

Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.

Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya: “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh atau merungut akan dibalas syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak? Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah.

Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: “Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimanannya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan.

Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….? Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan.

Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Guru besar hanya menjalankan keadilan. Jika yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih.

Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah.

Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah segala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?


Sumber:
sini


20 Comments to APABILA MENGHADAPI UJIAN ALLAH

Ape saje ujian yang DIA beri kita x boleh merungut kan?
Sebab kasih sayangNYA mendahului kemurkaan...
Setiap ape yg terjadi pasti ade hikmah di sebaliknya...


* Semoga sihat sokmo yek..

Semoga kita semua terus tabah diuji...

Salam sahabat, semoga ceria hendaknya...
Dugaan tetap dugaan cuma kecil besar membezakannya
semoga kita sama-sama tabah dah redha menghadapinya
pasti ada hikmah yang tersendiri, Allah lebih mengetahui
tentang apa yang lebih baik untuk hambanya.
Terima kasih diatas ingatan diatas.

assalamualaikum saudara
hidup seorang Mukmin
tak lari dari ujian
kerna dunia ini hanyalah persinggahan
meski perit dan pedih untuk ditelan
kita mesti teruskan langkahkan
meski berkali-kali tersungkur
namun Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang

Kalau tahu tujuan kite disini InsyaAllah...

salam pie..alhamdulillah satu n3 yg baik untuk renungan bersama.Bila kita sakit sekali fikir kita akan menyalahkan Allah iaitu Allah tidak sayangkan kita..itu sebenarnya mainan syaitan..dua kali fikir barulah kita tahu yg semua itu ujian dari Allah agar kita tidak lupakanNya dan sentiasa memperbaiki diri menjadi hambanya yang soleh..terima kasih berkongsi.

selalu kena bersangka baik dengan Allah, Dia sayang maka diberinya kita peringatan

salam
selamat menulis kembali...
semoga lbh memberi manfaat buat pengunjung blog en PW...

redha perlu di cari?

Assalam..

Semoga kita semua tabah dgn apa jua dugaannya.

Assalamualaikum...

Tiada sempurna iman keyakinan seorang terhadap Allah, sebelum ia memiliki dua sifat iaitu percaya penuh kepada Allah, yakni menyandar dan berharap hanya kepada Allah.

Dan syukur kepada Allah kerana dihindarkan daripadanya apa yang diujikan kepada lain-lain orang iaitu yang berupa kekayaan dunia dan sebagainya.

Moga saudara sihat hendaknya..

salam ziarah sahabat...
maaf lama x menjejak disini.semoga kita semua tabah menghadapi tribulasi yg melanda.semoga Allah memberi hidayah dan inayah kepada kita semua.amin....

assalamualaikum pie,

semoga sihat, saya juga sering mengatakan kepada diri sendiri bahawa setiap ujian Allah adalah kerana Allah sayang kepada kita

Assalamualaikum Pie,

Alhamdulillah dapat berblog semula.

Pada yang tak kuat hati dan ketabahan akan merasa terlalu sedih bila diuji Allah. Jangan sampai berburuk sangka dengan Allah.

Assalamualaikum Sdr Piewahid. Semoga berada di dalam keberkatan Allah S.W.T.

Satu perkongsian ilmu dan peringatan yang amat baik dari sdr Piewahid. Ujian dari Allah melatih kekuatan iman dan hati seseorg yg diuji dengan dugaan dan musibah.Iman bukanlah hanya terlafaz dengan kata² tetapi iman dilihat setelah diuji dengan perlbagai ujian dan dugaan samada kita sedari atau tidak, kecil atau besar dsb. Allah telah menjelaskan tujuan DIA menguji hambaNya adalah utk menilai siapa yg terbaik amalnya, kerana org yg terbaik amalnya itulah yg terbaik disisi Allah.

Wallahuaklam.

ckp pasal redha teringt sy lirik lagu hijaz ni.....

redha sifat,

hati yg suci,

ujian yg tiba,

rasa gembira,

atau tiada apa terasa,

kerana menerima,

anugerah Tuhannya.....

Assalamualaikum,

En Pie, semuga sihat sejahtera selalu.
Dan
Semuga kita sentiasa redha dengan ketentuannya.

Salam,
Utk sahabat,Aki datang tompang cari sesuatu......

ujian itu adalah peringatan untuk kita berubah dan beringat kepada Allah.syukur alhamdulillah

Ketentuan Allah kita kena redha..tp keredhaan itu x akan dtg sendiri tanpa usaha..

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!