JALINAN KASIH

2.2.11 10:10 PM | Posted by piewahid
Alhamdulillah abang sulung saya baru saja melepasi 6 kali rawatan chemotherapy akibat lymphoma. Walaupun menampakkan perubahan positif, beliau belum pulih sepenuh akibat kesan rawatan tersebut. Tiub oksigen dilehernya pun masih belum ditanggalkan.

Antara kesan sampingan yang masih ada ialah beliau masih pelupa dan kadangkala sukar mengawal deria rasa untuk buang air besar dan air kecil. Nak tak nak beliau terpaksa memakai diapers. Semoga beliau terus tabah menghadapi ujian Allah.

Disebabkan beliau berada jauh di utara tanah air dan hampir 6 bulan tidak berjumpa emak, saya abadikan detik-detik manis pertemuan mereka sebagai renungan kita bersama.


piewahid: maafkan saya kerana tidak berkesempatan membuat kunjungan balas. Entries yang saya publishkan ini pun dalam keadaan terkejar-kejar kerana saya menghargai sisa-sisa kesempatan yang ada. Mungkin selepas ini saya terpaksa kembali menyepi sementara waktu.











28 Comments to JALINAN KASIH

salam akhi, moga jalinan kasih utuh hingga ke syurga, teringat saudara yang pernah sakit yang hampir sama.

kasih ibu membawa ke syurga.

Terhiba memerhatikan gambar-gambar itu....
Semoga PieWahid dan abang...serta ibu pastinya sentiasa kuat jiwa. Amin.

السلم عليكم ورحمة الله

Sayu hati saya melihat abang saudara, namun itulah hakikat kehidupan kita. Sihat dan sakit itu seiring sebagai ujian dan penghapus kepada dosa yang pernah kita lakukan. Moga saudara tabah menjalani kehidupan ini.

Terharu tgk gambo2 tu..
Mcm dpt rasa suasana waktu tu..
Semoga cepat sembuh dan dalam rahmat
ALLAH sentiasa...

jejak kasih... x sempat nak snap gambo masa kat pintu...

saya juga dapat rasa sebak di hati, semoga semuanya tabah menempuh ujian penyakit ini

semoga cepat sembuh... sabar atas ujian Allah ni tapi kita yang sihat ni takat tu je la, berat mata memandag berat lagi bahu yang memikul

Saya pun tak tau nak cakap apa...harapan saya semoga semuanya kembali seperti biasa. setuju dgn cemomoi...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...

salam pie..sedih melihat abang pie yg sakit tu..diharapkan dia tabah dan didoakan beliau cepat sembuh..emak pie tentu gembira dapat bertemu dgn abang pie..terubatlah rindunya..

moga tabah menghadapi semua ni...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

salam Tuan,
semoga abang tuan sentaisa sihat, begitu jua dengan tauan dan keluarga. Sudah lama tak mnedengar khbar tuan di sana. Harapan semuanya dalam keadaan baik belaka kah ye, Amin

assalamuaikum

kasih ibu sgt sejati..membawa ke syurga..

salam pie wahid semoga sentiasa bahagia dan gembira..............

Mukjizat Balaghah Al-Quran & Sejauh Mana Kemampuan Kalam Arab Menandingi Kalam Allah
www.rosemujahid.blogspot.com

assalamualaikum saudara Pie dan keluarga
alhamdulillah sekurangnya bila mebaca entry baru saudara,
dapatlah mengingati diri sendiri
untuk menghargai kehidupan yang ada ini.
terima kasih kerna mempublishkan entry ini
sekian wassalam

salam...
Allah sentiasa menduga kita dgn berbagai ujian..semoga kita tabah menghadapinya dan sentiasa mengharapkan keredhaannya.harap semuanya sihat hendaknya!!

Assalam..

Moga abg & keluarganya tabah menempuh ujian ini..apabila tiba masanya tiada siapa dapat lari dari ujian & ketentuannya.

Assalamualaikum rodong,
lama tak singgah kesini,
apa khabar kini, lama gayanya
menyepi, apa khabar juga abang
sulung tu, semuga semuanya
dalam perlindungan Allah dan
semuga semuanya tabah dalam
menghadapi dugaanNya ini

assalam.. moga tuan blog sihat hendaknya

smoga tuan dan keluarga sihat dan dirahmati

Salam Akhi..
moga abang aok cepat sembuh...
teringat mak saya yang tak berapa
sihat ler nih..

salam.lama tak singgah sini.tapi ingatan masih kukuh.
semoga di beri kekuatan..tiap ujian ada ganjaran.
moga kita sabar menunggu hikmah.

Assalamualaikum Pie dan keluarga,

Alhamdulillah bila mendengar khabar dan semakin sihat.

salam mari igat ke kat saya yg sama2 tinggal di dalat

sukeri 0129601472

saya ngajar kat sg ud dan dok kuarters buruk tepi padang bola ..... tempat engkau lepok waktu cuti

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!