Tetamu senja...

13.1.11 1:26 PM | Posted by piewahid



Saya sangat rindukan kawan-kawan. Sibuk mencari kekuatan diri, buka blog pun saya tak berani. Bimbang luahan berbaur emosi. Tunggu keadaan tenang dan rasional kembali. Apa-apa pun, jutaan terima kasih kepada semua yang bertanya khabar, mendoakan dan memberi sokongan. Ianya banyak membantu. Jazakumullah khier... hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan kesihatan saya.
Secara umumnya, Alhamdulillah saya baik-baik sahaja. Rawatan susulan dan kaunseling untuk saya berpindah dari Ampang ke Kuantan.

Sakit apa sebenarnya?
Beginilah, anggap saja saya mengalami jangkitan kuman yang serius dan telah menyerang sebahagian organ dalaman saya. Sejauh mana kekuatan badan saya dapat bertahan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Doktor kata, mereka tidak tahu. Mungkin besok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan atau bila-bila masa saja saya akan ‘kembali.’ Fikir-fikir kembali, apa bezanya kita? Sihat, sakit, tua, muda, kaya, miskin, memimpin atau dipimpin semuanya akan kembali. Kalau tiba-tiba blog ni sunyi sepi, faham-fahamlah.

Cuma dalam situasi saya, saya lebih beruntung kerana Allah sayang saya dan beri peringatan khas kepada saya berbanding orang lain. Apa nak dikesalkan kepada ketentuan yang telah ditakdirkan dan tak perlu risau tentang masa depan yang masih berbaki. Tak guna salah menyalahkan. Tak guna resah gelisah. Everything done is done!

“Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.” [Riwayat al-Tirmidzi]

Secara fizikal, (setakat ini) saya kelihatan sihat-sihat saja sama seperti orang lain. Yang penting saya mahu kongsi masa-masa emas yang dipinjamkan ini bersama keluarga dan kawan-kawan. Bila ditimbang baik buruk ujian ini, saya bersyukur menjadi yang terpilih. Lebih banyak positive dari yang negative. Masih ramai yang jauh lebih ‘malang.’ (Malang ke bila kita menerima ujian Allah?)

Sekadar makluman, beberapa perubahan perlu saya lakukan di blog kerdil ini demi menyesuaikannya dengan kemampuan diri. Selain isu semasa, entry-entry selepas ini mungkin lebih terarah kepada kekeluargaan kerana saya ingin meninggalkan sesuatu kepada legacy Piewahid Ulu Kumbang. Kalau nampak banyak enter frame gambar sendiri dan family selepas ni, jangan peliklah ya! Hehehe... bukan apa, supaya senang nak lihat perubahan fizikal saya dari semasa ke semasa semenjak sakit ni.

Sebuah blog khas juga sedang saya usahakan secara beransur-ansur untuk berkongsi maklumat tentang penyakit yang saya hadapi. Terlalu kurang bahan first hand dalam Bahasa Melayu tentang penyakit yang saya hadapi di internet. Cuma nama blog dan alamat URL yang totally berbeza (yang terpaksa saya rahsiakan di sini). Semoga perkongsian itu menjadi amal ibadah dan dapat membantu pesakit-pesakit lain dan ahli keluarga mereka yang senasib dengan saya. Insya-Allah jika diizinkan-Nya, ianya akan dibukukan.

Kenapa terlalu berahsia?
Hehehe... mana ada berahsia. Tidak, saya tidak berahsia cuma saya tidak mahu menimbulkan suasana panik di kalangan keluarga terapat dan perlu menyediakan sedikit ruang selesa kepada Da, Ummie, Danial dan Danish tercinta. Itu janji saya kepada mereka. Alhamdulillah saya memiliki mereka yang sangat hebat. Semoga saya mampu meninggalkan mereka dengan rasa bangga di hati mereka bahawa saya adalah seorang fighter bukannya pengecut, amin!


piewahid: kita sekadar tetamu senja dan tolong maafkan segala salah dan silap saya...

44 Comments to Tetamu senja...

Salam en pie..

Saya ambil 'kekuatan' yg ada di n3 ini .
Tkasih

assalamualaikum..sy terus berdoa semoga piewahid diberi kekuatan untuk harungi saat2 ini

Gaya sangat 'macho'!


Harap Pie sihat dan terus tabah menahan perih dan sakit...

As'Salam sahabat,

Dapat sedikit sebanyak, saya rasakan ujian Allah kepada saudara. Memang ada hikmahnya, terutama peringatan awal dari Allah. Bila sakit kita sentiasa mengingati Allah dalam keadaaan berdiri, duduk dan berbaring. Dan masa sakit juga kita rindu kepada keadaan kesihatan yang baik dan berharap Allah sembuhkan kita agar kesilapan dan kealpaan yang pernah kita lakukan secara tak sengaja dan sengaja dapat kita betulkan dengan lebih sempurna.

Untuk tujuan berkongsi pengalaman, saya sesungguhnya , sedang lalui kesakitan yang sudah memasuki tempoh 15 tahun. Penyakit saya ialah 'balance disorder' dan pelbagai penyakit yang lain ekoran dari penyakit yang saya hadapi. Saya telah berikhtiar dengan berubat di Pantai Hospital, Ampang Puteri dan Tawakal. Tetapi masih belum diizinkan oleh Allah untuk sembuh.Penyakit ini cukup meletihkan. Dan akhirnya saya terpaksa berhenti kerja yang bererti meninggalkan pendapatan yang agak lumayan sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat korporat.

Sudah hampir 6 tahun saya berhenti kerja dan hidup semakin sukar dari segi kewangan. Seorang anak dah bekerja dan 4 orang yang masih belajar. Syukurlah saya ada isteri yang bekerja dan mampu menyara kehidupan secara ala kadar.

Alhamdulillah, syukur saya panjat kesyukuran kepada Allah kerana saya masih bernafas dan punya masa yang banyak menginggati dan beribadah kepada Allah. Saya redho dengan takdirNYA. Dalam keadaan apapun kita kena berjuang terus dan bertawakal dalam menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran dalam diri kita, keluarga dan pada umat.

Akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi berkunjung di blog saya dan meninggalkan komen. Semoga Allah sentiasa memberi limpahan kasih sayang pada saudara dan famili.

Salam dari saya Sheikh Teluk Intan atau nama sebenar saya Zubir Jaafar.

Salam Sahabat, Saya tetap mendoakan agar kesihatan Sahabat terus diperlihara. Secara jujur saya katakan bila saya membaca entri anda ada juga rasa keinsafannya betapa saya terkadang amat leka. Namun itulah kelemahan manusia seperti saya yang selalu perlu diingat-ingatkan agar tidak mudah leka. Terima kasih berkongsi sesuatu yang amat berharga bagi diri saya sendiri.

salam cik abang,

bangga dengan semangat abang,
sabarlah kerana segalanya ketentuan Allah jua.

Assalamualaikum sahabat...

SeMoga sahabat sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..

Moga sahabat terus tabah atas ketentuan Allah Taala

salam
tak tau nak cakap pa moga tabah menghadapi segala ujian dari NYA

salam.. semoga bertambah sihat..

salam

Ada yang sihat..
tapi ketentuan tuhan tidak dapat diduga..
ajal.. maut semuanya
telah ditentukan oleh Tuhan.

Jadi nikmat paling besar yang tuhan kurniakan
kepada kita adalah nikmat hidup…
kerana dengan hidup barulah kita dapat
menambah amal ibadah untuk
bekalan di akhirat nanti.
Bersyukur kepada Allah Taala

Alhamdullilah Piewahid semakin pulih...
Semuga kuat semangat yer....


Tahap kesihatan dan kepantasan berjalan

salam...

Moga Mr PieWahid...sentiasa diberikan kekuatan dariNya...
dan terus tabah dalam dugaanNya jua...
tertarik dgn "saya adalah seorang fighter bukannya pengecut.."..
:)

assalam..

Sayu membaca en3 aok ni..saya & kita semua tidak dapat lari dari apa jua dugaan dan ketentuan darinya.Dugaan yg datang pada setiap individu juga berlainan. Justeru itu semangat dan usaha amat dituntut selebihnya kita hanya mampu berserah kepadanya yang maha esa.
Semoga kembali sihat dan segera sembuh.

Salam Pie,

Kak Ani berdoa semoga Pie dan keluarga tabah dengan ujian Allah ni. Semoga Allah permudahkan apa juga ujianNYA kepada Pie.

Ajal maut ditangan Allah, berdoalah banyak2 pada Allah yer.

kami di sini sentiasa mendoakan abang sentiasa tabah dan diberikan Allah kekuatan untuk menempuhi ujian ini...

sentiasa support sahabat2...semoga ceria sokmo!!

salam..
koi yak mboh komen..
aok moga tabah la yek?
ubat jangan lupa makan..

Salam...

Sedihnya n3 ni..
Koi harapkan pas semua rawatan aritu boleh sembuh la..
Apekan daya,semua kehendakNya...
Jangan putus asa berubat...banyak penyakit boleh sembuh dgn kekuatan mental walaupun doktor beritau sebaliknya..

Salam piewahid,

Entahlah.... setiap kali mengunjungi blog ini dan Atie hati kakak tersentuh. Doa dipanjat mohon Allah beri kekuatan pada 2 sahabat yang diuji amat beart buat kakak. Walau Pie dan Atie (bloger koleksigubahan-atie) selalunya berkata mampu menggalas ujian ini, rasanya keluarga terlibat turut merasai ujian ini.

Satu yg kakak bangga pie tabah dan terus berusaha untuk mendapatkan kesembuhan itu. Allah mahu kita berusaha. Insya-Allah pasti ada penawarnya...

Assalamu'alaikum Piewahid

Semoga kekal tabah dan redha dalam mencari hikmah yang telah ditetapkan. 'Qadar dan qadha' Allah sebenarnya tidak dapat kita ketahui. Setelah selesai segalanya barulah kita tahu. Percayalah pasti ada sesuatu yang Allah nak beri.Semoga diberi kesembuhan yang tidak ada sakit lagi.. amiin

alhamdulillah,
moga terus tabah dan diberikan kekuatan.
semangat lagi tuan ni bila bergaya.

saya juga akan terus doakan untuk kesembuhan uncle pie..

kuatkan smgt ya..sesungguhnya allah sayang..

salam tuan belog... 1st.. TQ jengah tempat teman...

2nd.... sakit itu dugaan sedih... sihat itu dugaan gembira.... ALLAH selalu bagi kita dugaan gembira.. sesekali ALLAH bagi kita dugaan sedih.....

ke2-2 nye memerlukan kesabaran.....

insya ALLAH.. ALLAH bersama dengan orang yang sabar......

jika kita ingat kat ALLAH masa sihat... insya ALLAH.... moga ALLAH "mengingati" kita masa sakit.......

bersama le kita bersyukur atas apa yg kita nikmati....

bawak bersabar.... doa banyak2 dengan allah... cuma dia sebaik pertolongan yang ada.....MAcho nampak

Take Care ... anggaplah ini Ujian Allah. Apa apa pun hidup perlu diteruskan. Be Strong okay.

Assalam.
Lama saya tak singgah visit blog nih. Maaf ye. Saya doakan semoga awak sihat, bahagia sentiasa dan tenang selalu. Tuhan tak uji jika kita tak mampu kan? Saya percaya awak mampu harunginya. Oklah dah masuk MAghrib dah kat sini. Jumpa lagi. Salam.

salam,
kagum dengan semangat en.pie..mudah2an semakin sihat dan ceria.Kita semua tidak terlepas dengan ujian Allah cuma,ianya diberikan dalam bentuk yang berbeza!!

assalamualaikum syeikh
saya nantikan kemunculan blog khas tu
terima aksih sudi ziarah jurnal kehidupan saya ya.
wassalam

assalamualaikum.

saya doakan semoga tuan sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA.amin :)

alhamdulillah nampak dah sihat... moga Allah pelihara kehidupan kita semua daripada sebarang kesulitan...

wlau semakin dekat biar kita terus tersenyum kan kan.. Allah yg menentukan dan alhamdulillah nmpk en pie sihat tu

as salam sdr pie,

semoga semakin sihat

Salam sdr piewahid. Saya gembira dapat membaca perkhabaran terkini dari sdr. Saya doakan semoga dengan cubaan dan dugaan dari Allah S.W.T ini akan meningkatkan lagi keimanan sdr kepadaNya. Saya mengambil iktibar dari pengalaman sdr.

Wassalam.

Salam Pie Wahid...

Nampaknya tidak berkesempatan lah kita bertembung di hospital ampang sebab pie wahid dah di pindahkan ke kuantan pula... apa2 pun sakit yang kita lalui semoga kita tabah dan terima dengan hati yang redha.... kerana redha jalan yang terbaik.... kematian bukanlah ketakutan yang nyata sebab semuanya akan mati baik lambat atau cepat... setiap kesusahan dan kesakitan yang Allah SWT turunkan pasti dibalas dengan pahala dan penghapus dosa.... semoga kita sentiasa dalam rahmat Ilahi...... salam yang berpanjangan dan sabar.............

salam..lama tak singgah sini..
saya tak tahu nk cakap apa..
semoga kita di beri kekuatan dan kesabaran utk hadapi semua dugaan..
esok lusa tak sape tahu.
mungkin giliran kita.
sama2 kita beringat..

rasa terkejut dan sedih bila baca n3 ni...

Semoge bertamboh sehat....

salam pie..makcik sedih membaca entry pie sebab makcik juga mempunyai masaalah kesihatan..niat masa ni makcik tak nak berkongsi lagi,nantilah bila makcik rasa tenang makcik akan berkongsi juga.
Apa yg penting pie jaga makan minum n sentiasa makan ubat dan ikut nasihat doktor agar kita cepat sembuh.

salam
semoga tuan tabah menghadapi semua ini...
kome doakan sentiasa sihat dan bersemangat sokmo...

salam bro pie dan keluarga. jangan mudah mengalah walaupun kita tak tau bila kita akan kalah. moga semuanya bahagia.

Enchek, ai really2 miss u. Sedih nya baca entry ni. Wpun bukan ur family member, ai sgt bangga dgn enchek. Semoga sehat, kuat dan tabah.

salam Tuan,
harap tuan akan sentiasa menulis di blog Ilmiah tuan ini.

menunggu dan menanti berita dari sana..
apa khabar?

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!