alhamdulillah... impian jadi nyata

29.1.11 11:27 AM , | Posted by piewahid

Assalamualaikum.

Lama betul tak jumpa kawan-kawan. I miss u all...!

Saya, Alhamdulillah dengan segala yang Allah kurniakan. Maaf ya tak sempat ziarah. Terima kasih atas segala doa, nasihat dan sokongan. Silaturrahim kekal di ingatan.

Saya sangat sibuk dengan beberapa komitmen baru yang memerlukan perhatian penuh. Kat rumah pun sekarang ni cuma ada sebuah netbook murah kepunyaan Danish. Laptop dan netbook lain, Danial dan Ummie bawa 'lari'.

Kali ni nak kongsi cerita tentang perjalanan kami ke Kota Bharu pada 23 & 24 Januari yang lalu.
Ummie ada urusan di sana.

Saya, emak, Da dan Danish menghantarnya melalui jalan Jerantut, Kuala Lipis dan Gua Musang. Alang-alang terlanjur ke sana, kami sekeluarga mengambil kesempatan menziarahi
Makcik Yam dan Pakcik Mat.

Kami pergi tanpa memaklumkan lebih awal kepada mereka kerana mahu membuat kejutan dan bimbang berlaku perkara di luar jangka. Maklumlah keadaan kesihatan saya tidak menentu.

Apa yang penting, kami dah confirm mereka ada di sana kerana kami sudah menempah
Sri Pauh Guest House milik mereka. Da menelefon tanpa memperkenalkan siapa sebenarnya kami.

Apabila sampai di sana, Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga berjumpa. Seronoknya tidak terkira. Tempat penginapan juga sangat selesa dan tak rugi jika kawan-kawan mahu mencari penginapan di Kota Bharu.

Makcik Yam dan Pakcik Mat yang kami kenali sangat mulia hati budi mereka sehingga kami segan dengan layanan ala VVIP yang diberikan. Kami sangat menghormati keperibadian mulia mereka dan semoga segala jasa baik mendapat balasan yang berlipat kali ganda di sisi Allah. Kami juga berdoa semoga silaturrahim berkekalan dan membawa ke akhirat.

Nak cerita panjang pun tak larat, marilah kita share sebahagian daripada gambar-gambar yang kami ambil. Jumpa lagi. :D






































20 Comments to alhamdulillah... impian jadi nyata

alhamdulillah..abg pie nampak makin sihat..berseri2 muka..dah boleh berjalan2 menziarah orang,..

Assalamualaikum sahabat..:)

Moga sahabat beroleh kesihatan yang baik..

Nampak sihat dah tu cuma kurus jer..

Salam sahabat, Semoga anda dan keluarga
sihat dan ceria selalu hendaknya.

seronok ya jumpa makcik yam..saya pun kalau blk kelantan..tingin jugak nak jumpa beliau...anyway...guest house beliau tu cantik sgt...

Assalamualaikum Pie,Da n darnish..hehe..malunya rasa kami berdua kena puji tu..hehe..mujur tak ada yang kena sakit jantung terkejut..lain kali datang lagi.

salam Akhi..
"Mana aci aok
ada dua"..he he


**Mak Cik Yam ada
bagi tahu koi hari tu
aok ke sana..kebetulan
lah ye Mrs aok masuk
maktab KB..harapan semua
nya sihat la yek..

syukur... semoga makin sihat hendaknya, Pie nampak agak kurus kan, muka nampak cengkung sikit.. teruskan berubat dan brusaha... moga Allah perkenankan

salam seronok berjalan sihat la tu ya. pa2 pun moga sihat dan gembira slalu

Salam Piewahid,
Kenapa tak beritahu Pak Nidus nak ke sini?..kalau tidak boleh bersua muka. Rumah Pak Nidus lebih kurang 4km dari KB. Lain kali beritahu ye.
Semoga sihat selalu.

Bercuti dan berehat untuk tenangkan hati dan fikiran. Saya bercadang untuk berehat ke Kota Bharu dari 3 hingga 6 Feb. ini bersama anak cucu. Bukan nak lari dari kesebokan hariraya cina, ha ha ha...

Salam en Pie..selamat kembali ke arena ini..

Salam Pi,

Alhamdulillah dah sihat. Semoga terus tabah.

best sgt layanan makcik yam & pakcik mat pd kami sekeluarga. guest house mereka tip-top, fabulous, cantik sgt!!! sewa pun sgt bpatutan. insha Allah weekends later on ummie ziarah umah makcik yam & pakcik mat pula.

Gembira tengok....pieWahid ceria bersama keluarga. Harap kesihatan terus membaik...

alamak bestnya Pie dapat jumpa kakyam dan abang mat.Jeles btol la.

Salam Pie,alhamdulillah nampak segar sikit...
Insyaallah smoga makin sihat...
Err...pic yg aok sorang tu nmpk cam ala2 rock sikit laa....hehehe
Gurau je Pie...

harap semakin sihat..

yang ijo tu kedai yatie ayam percik ke?

salam..

Moga bertanbah sihat & ceria2 selalu disamping org tersayang.

Salam...

Suka nengok gambo2 neh2...
Nampok sehat sket Bro Ensem ter..heheh..
Tahniah Ummie,smbung stadi ekh..
Danial x ikut yer..

syukur . link http://suaramajlis.blogspot.com tq

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!