Maafkan aku teman...

20.12.10 3:41 PM , | Posted by piewahid
Hospital Ampang



Maafkan aku teman

Ketika jejari pantas menari
Ketika bibir lancar berbicara
Meluncur sarat seribu cerita

Memang pasti
Kadang-kadang keliru mataku melihat
Kadang-kadang salah telingaku mendengar
Kadang-kadang khilaf akalku mentafsir makna
Selalu pula, dangkal segala hujah dan kisah

Maafkan aku teman
Jika ada keterlanjuran kata
Sekali pun mungkin niatku murni
Atau mungkin memang caraku begitu
Tetap ada kelemahan diri
Maklum kurang ilmu hakiki
Masih berusaha membaiki segala

Beradalah di mana saja di bumi Tuhan
Tugas khalifah adalah pasti
Segalanya ditanya di akhirat nanti

Maafkan aku teman
Bukan niatku membuatmu terluka


Piewahid:
Mohon menyepi sementara waktu...

Krismas datang lagi...

sekadar gambar hiasan

Kita refresh kembali.

25 Disember hampir tiba. Bermakna tak lama lagi krismas akan tiba.

Ketika ini, jika kita berjalan-jalan ke mana-mana shopping complexes, hotel-hotel mewah dan tempat-tempat tumpuan awam, sambutan krismas seolah-olah sebuah perayaan yang sangat besar walaupun hakikatnya ianya hanyalah sambutan golongan minority kecuali di Sabah dan Sarawak.

Lagu-lagu Krismas galak berkumandang, patung-patung santa claus dan kereta terbangnya, salji tiruan dan pokok krismas tumbuh bagaikan cendawan. Lampu berwarna-warni mengerlip bergemerlapan. Rancangan-rancangan hiburan di televisyen penuh dengan cerita-cerita blockbuster sempena krismas dan tahun baru. Kadang-kadang tertanya-tanya sendiri, di mana sebenarnya kita berada.

Ketika inilah juga kita akan lihat ramai Melayu turut teruja menyambutnya. Kalau tak menyambutnya pun, sedikit sebanyak terlibat sama menyediakan hiasan-hiasan sempena krismas tersebut. Tak kurang yang berperanan sebagai santa claus, memakai kostum khas sambil mengedarkan hadiah-hadiah berupa stickers, gula-gula, coklat dan sebagainya atas nama tuntutan tugas. Malahan ada yang secara sukarela menggayakan topi dan pakaian santa claus.

Jika mempunyai rakan atau majikan penganut kristian pula, ada yang tanpa sedar bangga berkongsi cerita, menunjukkan gambar-gambar mereka yang riang gembira menyambut krismas bersama majikan di blog dan laman facebook masing-masing.

Atas nama muhibah, masyarakat majmuk dan lain-lain slogan yang mulus, begitulah terbuka dan meriahnya umat Islam di Malaysia yang tercinta ini. Bila tiba deepavali, kita akan meriah pula dengan sambutan ‘deeparaya’ dan seterusnya.

Beginilah, tak perlulah saya cakap banyak. Marilah berpesan-pesan kepada anak-anak, saudara mara dan kenalan kita, rujuklah alim ulama atau orang-orang cerdik pandai sebelum terikut-ikut dengan budaya ini. Jangan terlalu ikutkan logic akal.

Akidah kita boleh gugur dengan perkataan, perbuatan dan kepercayaan kita sendiri. Na’uzubillahi min zaalik!

Rujukan:
Sini, sini, sini, sini dan sini.




Piewahid:
Sekadar mengingatkan...


p/s-

1. Terima kasih kepada rakan blogger, Hai yang sudi berkunjung ke rumah kami bersama family pada petang tadi, 17 Disember. Di depan mata, orangnya jauh lebih comel berbanding gambar.

2. Saya masih berada dalam keadaan kesibukan melampau. Maaf kurang berkunjung ke blog kengkawan.

Datuk Dr. Fadzillah Kamsah menjawab....




Alhamdulillah... akhirnya Datuk Dr. Fadzillah Kamsah menafikan apa yang kita anggap manipulasi terhadap kenyataan beliau sebelum ini oleh akhbar yang sama. Teguran terhadap beliau dalam berbagai bentuk dalam isu tersebut telah tersebar luas di internet.

Kengkawan boleh rujuk kembali isu berkenaan dalam entri saya sebelum ini. Secara peribadi, saya telah menjalankan tanggungjawab saya dalam soal amal makruf nahi mungkar.

Memang penafian beliaulah yang kita tunggu. Tanpa penafian dalam isu sebesar itu seolah-olah beliau mengakuinya. Jelas, satu lagi topeng wajah sebenar media massa di Malaysia telah tersingkap.

Untuk bersikap adil, saya keluarkan kembali penafian beliau di akhbar yang sama.



'Haram tetap haram'

KUALA LUMPUR: “Pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) adalah salah, haram tetap haram,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, (gambar) ketika mengulas kenyataannya dalam Harian Metro terbitan Sabtu lalu.

Menurutnya, masyarakat diminta tidak salah faham dengan kenyataan beliau yang disiarkan akhbar ini terdahulu, seolah-olah beliau mengatakan pekerjaan Suzie sebagai GRO adalah tidak salah.

“Pekerjaan GRO itu memang haram dan tidak boleh dilakukan oleh kita sebagai umat Islam. Maksud saya di sini ialah, jangan hanya tahu memaksa Suzie berhenti, tetapi apa peranan kita (pembaca) untuk mencarikan pekerjaan lain kepadanya. “Jangan terus menghina dan mencaci wanita yang bekerja sebagai GRO sebaiknya kita mencari alternatif untuk membantu wanita seperti itu mendapatkan pekerjaan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, masyarakat perlu membantu golongan seperti itu keluar daripada kepompong dosa dengan membantu mereka mencarikan kerja yang berkat.

Masyarakat tidak seharusnya tahu menghukum tetapi dalam masa yang sama perlu mencari alternatif terbaik untuk membantu.

“Jangan menghina GRO. Mereka yang sudah menyesal dan sempat bertaubat kita cuba bantu mereka. Tidak baik menghina dan mencaci mereka. Jangan terus menghukum tetapi hulurkan tangan memberi bantuan dan kasih sayang,” katanya.

Terdahulu, beliau menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie supaya bersama-sama menadah tangan mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.


Piewahid:
Ketika saya kecil-kecil dulu, ada yang sinis berkata, ketepatan berita di media kita cuma dalam 2 perkara: Sukan dan keputusan nombor ekor (sekarang diiklankan melalui khidmat SMS). Betul ke?

Piewahid vs Datuk Dr Fadzilah Kamsah


Assalamualaikum. Apa khabar Datuk? Semoga sentiasa dalam redha-Nya.

Saya peminat Datuk. Datuk bukan sebarang orang di Malaysia ni. Datuk diiktiraf sebagai pakar motivasi. Pandangan dan pendapat Datuk menjadi panduan, ikutan serta rujukan banyak pihak. Saya sendiri pun selalu merujuk buku-buku dan pendapat Datuk.

Saya faham kepakaran Datuk di bidang kaunseling tetapi kenyataan yang satu ini mengejutkan saya. Sebagai rujukan, mari baca semula kenyataan Datuk (kalau betul seperti yang didakwa, maklumlah ketepatan berita di media massa kita ni satu isu yang lain) yang telah disiarkan di halaman 6, Harian Metro, Sabtu, 11 Disember 2010 ini.


KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu.

“Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu sehingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu.

“Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan.

“Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.

“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.

“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredhai.

“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.


Amboi-amboi Datuk... lain macam benar orang kaunseling ni memberi pandangan ya. Lengkap segala empati dan simpatinya. Tapi pandangan saya lain pula Datuk... kita ringkas-ringkaskan aje ya... Antaranya:

1. Kita memang tak boleh paksa pemikiran seseorang tetapi kita tetap wajib mencegah kemungkaran dan membimbingnya.

2. Agak-agaknya betul ke dakwaan si Suzie tu bahawa hanya pekerjaan GRO sahaja yang mampu dia lakukan Datuk? Tak ada kemahiran, kita boleh latih Datuk... Dah biasa dapat RM 3,4 ribu seminggu sambil-sambil enjoy layan lelaki memang boring nak kerja lain.. tambahan kalau dah lama bergelumang dalam maksiat.

3. Dalil atau kias mana yang Datuk gunakan untuk membolehkan Suzie boleh meneruskan pekerjaannya tu?

4. Kerja tu boleh Suzie teruskan kerana darurat, ya Datuk? Darurat ke?? Amboi, amboi, amboi.... Kelakar lah Datuk ni!

5. Bertaubat dari maksiat ni tak boleh tunggu tua, kan Datuk?

6. Suzie memang ada masalah dalaman termasuk saya sendiri. Itu namanya penyakit hati, betul tak Datuk?

7. Membantu, insya-Allah... tetapi kalau dekati diri sebagai rakan akrab tak maulah Datuk, nanti saya tambah cawangan lagi.... gurau-gurau aje Datuk, jangan marah ya. Hehehe


piewahid:
Minta maaf Datuk ya... saya cuma bimbang anak-anak saya akan terkeliru nanti.

bukan sekadar perjuangan bermusim...




Sehingga Jumaat depan saya perlu memberi tumpuan terhadap berhadap beberapa perkara penting. Supaya blog ni tak sunyi sangat, saya kongsikan entry ini sebagai peneman kengkawan sepanjang minggu.


Boikot Cara Hidup Yahudi

Ada yang memandang sinis usaha memboikot produk yang ada kaitannya dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah, tetapi anak bangsa kita yang “merempat”.

Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan. Amerika tidak sakit, kita yang tersepit. Boikot itu bukan caranya, dakwa mereka.
.
Ada pula suara sinis yang memandang enteng jerit pekik, maki hamun dan teriak semangat dalam demonstrasi-demonstrasi menentang Yahudi. Persis anjing menyalak bukit! Tel Aviv dan Washington tidak bergegar sedikit pun dengan luapan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, kaedah demonstrasi juga bukan cara yang tepat, kata sesetengah pihak yang lain.

Namun, itulah sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palestin. Pokoknya mesti ada tindakan – “action speaks louder than words.”

Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. Apakah cara itu? Firman Allah:

“Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka.” (Surah al-Baqarah 2: 120)

Ini rahsia “hati perut” Yahudi yang dibongkar oleh Allah S.W.T. sendiri. Sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling menyakitkan mereka.

Tegasnya, dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup bersyariat, itulah “demonstrasi” yang paling menyakitkan Zionis. Dan usaha “memboikot” cara hidup Yahudi – budaya hedonism (berseronok-seronok dengan hiburan secara keterlaluan), pendedahan aurat, pergaulan bebas, arak, pengamalan riba, dadah dan lain-lain perkara yang haram, maka itulah kaedah yang paling ditakuti oleh Yahudi.

Bakar Bendera atau Rokok?

Boikot cara hidup Yahudi tidaklah sesukar mana. Contohnya, tidak sesukar kita membeli bendera Israel, pemetik api dan kemudian membakarnya, tetapi cukup, sekadar tidak... Jangan membakar rokok! Bukankah merokok itu membazir dan memudaratkan? Dan itulah juga industri yang paling banyak menyumbang kepada kekuatan Yahudi.

Marilah kita semarakkan cara hidup Islam, sepenuh dan seluruh. Insha-Allah, secara automatik Yahudi akan tertekan. Jangan hanya lisan sahaja yang membenci tetapi sebaliknya tindakan kita memuji. Justeru, membenci jangan hanya dengan emosi tetapi gunakanlah akal dan hati!

Sumber: Solusi Isu #4 2009, halaman 3


Piewahid:
Menentang yahudi laknatullah yang zalim bukanlah selepas bangkit sesuatu isu atau sekadar perjuangan bermusim...

Kuala Lumpur International Motor Show 2010


4 Disember 2010 kami sekeluarga ke PWTC untuk menyaksikan Kuala Lumpur International Motor Show 2010. Bukan apa, sepanjang anak-anak bercuti kami langsung tak berkesempatan merehatkan minda. Memang kami sentiasa bergerak ke sana ke mari tetapi semuanya atas urusan tertentu. Kasihan juga kepada family.

Kalau buat family holiday trip, kami lebih selesa melakukannya semasa pertengahan tahun. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan jika kami bergerak dalam musim tengkujuh ni.

Selain untuk merehatkan minda, kami ke sana kerana saya mahu merangsang IQ dan EQ anak-anak. Harap-harap mereka dapat mempelajari sesuatu melalui pameran bertaraf antarabangsa tersebut. Bila ada pameran-pameran bertaraf antarabangsa dianjurkan, kami jarang melepaskan peluang.


danial, da, danish dan ummie

Saya sendiri pun memang sangat berminat dengan teknologi automotif khususnya teknologi hybrid. Di samping itu dapat juga mencuci mata melihat model-model (wanita) kereta yang menawan. Maklumlah kamera DSLR murah saya dah isi awal-awal dalam beg sandang. He, he, he...

Perodua dan Proton kelihatan agresif dalam usaha meningkatkan reputasi dan bersaing dalam pasaran. Berdasarkan concept car yang dipamerkan, ada perubahan daripada segi design tetapi alangkah bagusnya jika berserta dengan kualiti. Harap-harap taklah banyak guna 'plastik murah' terutamanya di bahagian interiornya selepas ini. Lebih tepat, cukai yang melampau-lampau tu tak perlulah dikekalkan kerana kasihan kepada rakyat Malaysia yang setia menyokong selama ini.

Alhamdulillah anak-anak nampaknya sangat seronok. Sepanjang perjalanan balik semuanya tertidur keletihan. Seperti biasa, pemandunya sahajalah yang tinggal terkuap-kuap.



Piewahid:

Saya masih dalam proses buat kunjungan balas ke blog kengkawan. Masih banyak yang belum sempat saya kunjungi.

sekiranya kita tahu...

3.12.10 3:18 PM | Posted by piewahid



Sabda Rasulullah s.a.w:
“Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman, iaitu apabila mendapat kesenangan dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar kerana itu lebih baik untuknya.

(Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a.)




Piewahid:
Alhamdulillah, alangkah indahnya hidup ini jika kita benar-benar mengerti...

i miss u all !

2.12.10 9:44 PM , | Posted by piewahid


Setelah puas mengumpul kekuatan, akhirnya saya kembali berblog. Seronok dapat berjumpa semula... :)

Walaupun segan, entry ini khas untuk saya kongsikan sedikit cerita berkaitan masalah kesihatan saya. Maklumlah ramai kengkawan yang bertanya. Elok saya jawab dulu pertanyaan kengkawan sebelum kita berkongsi cerita lain di lain masa.

Alhamdulillah secara fizikalnya saya semakin 'sihat' walaupun mula menghadiri rawatan lanjut di GH Ampang. Appointment terhampir yang bakal saya hadiri ialah pada 22 Disember nanti.

Mungkin kerana keliru dan buntulah saya mengambil sikap 'silent mode’ kebelakangan ini. Memanglah ujian-Nya tidak seberapa tetapi ianya meletakkan saya dalam dilema.

Apa taknya, bila saya ke GH Ampang pada 19 November yang lalu, doktor mengatakan bahawa saya perlu menjalani semula semua prosedur untuk mengesan penyakit yang telah saya lalui sebelum ini. Sudah tentu termasuk bone marrow biopsy. Bayangkan setelah hampir 2 bulan saya masih merana akibat 3 kali tebukan, sample yang diambil rupa-rupanya tak cukup. Saya cukup phobia untuk melaluinya lagi. Itulah punca entry merapu meraban saya yang ini.

Mungkin di tangan pakar, mereka yang pernah melaluinya berpendapat kesakitannya tidak seberapa tetapi TIDAK bagi saya.

Saya terasa teraniaya dengan 3 kali percubaan yang sangat menyakitkan, yang saya anggap sangat mencerminkan malpractice dan budaya kerja secara tidak professional. Saya dijanjikan doktor pakar tetapi saya dikerumuni oleh M.O yang masih dalam proses memahirkan diri.

Masih terdengar-dengar sesama mereka berkata: “Ok, sekarang you pulak cuba. Tekan, pusing dan ambil sample.” Aduih... tak sanggup membayangkannya! Setidak-tidaknya kalau ada seorang doktor pakar yang menyelia, taklah saya rasa terkilan.

Bila saya ceritakan keadaan tersebut, sesetengah kengkawan yang ‘garang-garang’ menyuruh saya menyaman saja pihak yang berkenaan. Bagi saya tak perlulah kecoh-kecoh sampai begitu sekali. (“I rela menjadi tikus makmal demi kepentingan perubatan rakyat Malaysia. Hehehe...”)

Setakat ujian darah saya tak risau tetapi saya cukup serik dengan prosedur bone marrow biopsy tersebut tetapi saya tak ada pilihan.

Tak buat, saya tak tau punca sebenar penyakit. Kalau jadi apa2 hal kemudian nanti, saya bimbang penyakit saya sudah lewat untuk dirawat. Nak buat, saya serik. Itu tak termasuk ujian x ray yang telah dilakukan ke seluruh anggota badan saya.

Selain itu, bacaan platelet saya memang masih rendah yang menyebabkan saya mudah collapse, lebam dan mendapat pendarahan. Sel darah putih pula memang kurang yang menyebabkan antibody saya lemah. Kalau nak diikutkan, saya tak digalakkan keluar rumah dan berada di khalayak ramai tetapi saya tak larat. Merata dunia saya pergi.

Selain masalah-masalah tersebut, saya normal bahkan gula (diabetes) saya juga terkawal dan saya tidak diberikan apa-apa ubat selain metformin yang memang saya ambil untuk kawalan gula. Nak ubat apa kalau penyakit pun tak pasti.

Fizikal tak menampakkan saya sakit kecuali sedikit susut.

Sekarang saya sedang berusaha dan meninjau untuk mendapatkan rawatan alternative terutama melalui kaedah rawatan Islam, cuma saya bersikap agak selektif atas faktor-faktor tertentu.

Selain tu supplement food pun saya ambil, dah habis beribu-ribu ringgit. Kalau berterusan menanggung kos begini, terus terang saya tak mampu. Saya bukan orang kaya. Yang pasti ubat tidak menyembuhkan tetapi Allah. Ianya sekadar usaha dan doa kita.

Ermm... nampak gayanya saya terpaksa juga tempuh prosedur bone marrow tersebut sekali lagi. Saya seorang yang praktikal dan realistik. Saya tak mampu berteka teki dengan masalah kesihatan sendiri. Bila masanya saya bersedia? Wallahu a'lam!

Saya harap entry ini telah menjawab segala soalan kengkawan.



Piewahid:


1. Terima kasih kerana sentiasa mengambil berat dan mendoakan.

2. Teringat kisah adik saya suatu ketika dulu. Akibat matanya yang sakit, beliau mendapatkan rawatan di hospital K. Lipis. Setelah diperiksa, beliau disyaki mengalami masalah ketumbuhan di mata dan dirujuk ke HKL untuk rawatan lanjut. Beliau pun memandulah ke HKL dalam keadaan berbalut sebelah mata. Sesampainya di HKL, doktor di sana hanya tergelak apabila melihat bahawa terdapat kepak serangga halus di mata beliau. Bayangkan ‘penderitaan’ dan kerisauan kita apabila mata kita dikatakan mempunyai ketumbuhan.

3. Jika entry ini berbunyi agak cynical terhadap pihak-pihak tertentu, ianya bukan bermaksud menafikan segala pengorbanan dan jasa mereka.