
Semalam, sebelum ke hospital saya memakai slack dan kemeja lengan panjang. Kira ‘bergaya’ sakanlah sebab biasanya saya tidak begitu kecuali waktu kerja. Saya bercukur bersih2 dan memakai wangi-wangian. Saya nak lawan rasa berdebar. Saya nak ‘feel good’.
Da menemani saya. Sebelum drive ke hospital, saya pesan kepada family:
“Apapun keputusan nanti, ianya adalah TERBAIK. Tak payah risau. Allah hanya berikan kita yang terbaik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Adil”
Sesampainya di Pusat Rawatan Harian, nurse memaklumkan temu janji diubah dari pukul 11 ke 1230 kerana doctor in-charge masih melawat pesakit di wad.
1230 saya kembali lagi. Kami dimaklumkan bahawa file pula tak dijumpai daripada Bahagian Rekod. Tunggu lagi. Hampir 2 jam menunggu, saya dimaklumkan pula bahawa cuma ada 1 keputusan yang diterima, yang lain masih belum sampai. Doctor sibuk call sana, call sini bertanya itu, bertanya ini. Disebabkan dah selalu sangat berlaku perkara luar jangka kebelakangan ini, saya jadi tak kisah sahaja.
Saya dengan Da terkebil2 menunggu dan bila terpaksa duduk lama2 begitu, lenguh pinggang dan belakang saya akibat bone marrow tempoh hari sangat menyeksakan. Habis segala surat khabar dan majalah kami baca. Untuk menghilangkan lenguh, saya berjalan2 dan bila nampak nurse muda yang comel, saya duduk kembali.
Sambil2 tu saya bersembang2 dengan pesakit lain yang sudah mengetahui result masing2. Saya sempat memberi sedikit ‘kaunseling percuma’ kepada seorang pakcik yang telah disahkan menghidapi kanser paru2. Puas rasanya bila beliau kelihatan tenang dan bersemangat selepas itu.
Secara jujurnya wahai sahabat2 tersayang, Alhamdulillah saya langsung tiada perasaan gementar ketika menunggu keputusan tersebut. Saya redha dan tawakal. Doa sahabat2 terasa sangat dekat dan membantu saya ketika itu. Saya sendiri terkejut dengan kekuatan semangat yang Allah berikan. Jazakallah khier....
Hampir 4 pm, doctor lelaki muda yang mewakili doctor pakar yang sangat sentiasa sibuk itu memanggil saya. Da sibuk dengan pen dan buku untuk mencatat. (maklumlah, saya terkenal di kalangan doctor sebagai ‘patient concern & alert’ berdasarkan laporan harian mereka yang saya curi2 baca semasa di wad dulu). Dengan muka penuh kekaguman dan serba salah doctor berkata:
"Encik, selepas menjalankan ujian dan diagnosis termasuk kajian DNA, kami sangat terkejut apabila mendapati bahawa encik sebenarnya...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Ultraman Taro! Encik adalah superhero 1Malaysia yang kami nanti2kan". He3....
Piewahid:
Alhamdulillah ujian Hepatitis dan HIV saya selamat. Keputusan bone marrow biopsy belum diketahui kerana sample yang diambil tempohari tak mencukupi. Jadi, faham2 sajalah entry kali ini jadi begini. Bayangkan 3 kali tebuk punggung saya, samplenya masih tak cukup. Setakat ni saya malas nak fikir. Saya diberi cuti seminggu sebelum mendapat temu janji dengan Hospital Ampang pula untuk 2nd opinion.
Lagi sekali: T kasih tak terhingga atas segala doa, nasihat dan sokongan.














