Sekadar Makluman

25.9.10 9:06 PM | Posted by piewahid

Kepada semua pengunjung blog piewahid ulu kumbang.

Beliau sedang menjalani rawatan atas masalah kesihatan tertentu.
Tolong doakan beliau segera sembuh.



(daripada family beliau sekeluarga)

jom...

10.9.10 10:37 PM | Posted by piewahid

Apa khabar kengkawan. Masih sibuk beraya?

Kami baru sampai dari Merapoh (K.Lipis). Singgah semalaman kat rumah untuk kasi puang (kucing), cit and the gang (ayam), dan didik (angsa) kami yang 2 ekor tu makan. Dah 2 hari kami tinggalkan.

Besok pagi kami nak bertolak ke Klang pula.

Macam mana, dah ada yang start puasa 6 syawal ke? Saya mungkin tunggu Isnin nanti, insya-Allah... Kepada yang belum, marilah puasa sama2. Rugi kalau kita tak puasa...



Mari baca ni:

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.

Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:
Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari dalam bulan Syawal menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”

Persoalan: Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam erti kata dimulakannya pada hari kedua hari raya, seperti yang dinyatakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan?

Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insya-Allah. (Sumber: Islamonline.net)


piewahid:
lagipun puasa 6 Syawal ni boleh bantu kita jaga kesihatan. maklumlah dah sebulan berpuasa, tiba2 makan tak henti2 sepanjang hari. kira macam reduce selera lah... :)

untuk yang tersayang...

7.9.10 1:03 PM | Posted by piewahid



UNTUK SAHABAT YANG TERSAYANG

Apa khabar? Wah, makin sibuk nampaknya dengan persediaan raya. Sibuk2pun jangan sampai terabai kelebihan beribadah di akhir Ramadhan. Moga kita sama2 beroleh kelebihannya. Macamana dengan kewajipan zakat fitrah? Jangan lupa ya!

Keghairahan menyambut Syawal kadang2 boleh menyebabkan tujuan beribadah di bulan Ramadan menjadi sia2. Bagi saya, buat perkara yang dituntut agama sudahlah.

Jauhi segala yang bida’ah dan haram. Tak perlu membazir... Yang penting di hari raya sama2 bertakbir, bersolat sunat hari raya, bermaaf-maafan dan menziarahi keluarga.

Disebabkan ini mungkin entry terakhir saya sehingga Syawal, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Di dunia blog, saya akui kadang2 agak vocal dan kontra tetapi tak pernah terdetik sedikitpun untuk menyinggung atau mencari permusuhan. Persahabatan di alam maya ini sangat2 saya hargai dan banyak mengajar saya tentang kehidupan.

Saya doakan semoga kita beroleh kemenangan yang hakiki menjelang syawal kali ini. Insya-Allah...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERKARA HARAM YANG DIANGGAP BIASA

Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik....dan sebagainya.

Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras,isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara(bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara' tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya" Hadis riwayat Ath Thabrani

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina"
Hadis riwayat Ahmad

Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, baginda mengatakan:
"Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita" Hadis riwayat Ahmad

Baginda juga bersabda:
"Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita" Hadis riwayat Ath Thabrani

Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
"Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai'at mereka dengan perkataan"
Hadis riwayat Muslim

Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM..Wallahua'lam

Saya ambil bulat2 dari
sini.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DOA SELEPAS MEMBACA AL QUR’AN

Sambil2 menikmati juadah tu, mari saya hiburkan dengan dendangan ‘lagu’ ni:



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ada 2 lagi kad raya yang nak saya ngada2kan kat sini:

1 ni daripada ckLah



yang ini daripada ibuintan


Terima kasih ya...

bersedekah: afdhal ramadan atau syawal?

3.9.10 6:22 PM , | Posted by piewahid

Puasa tinggal beberapa hari saja lagi. Besar cabarannya nak meningkatkan atau sekurang2nya mengekalkan amal ibadah di sepuluh malam terakhir ni kan?

Nampak macam mudah, rupa2nya susah ya. Maklumlah, badan dah mula penat, pastu macam2 nak diuruskan. Suara tok imam pun kadang2 bunyi pelan... je. Semoga kita mampu mengatasi segala ujian dan menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

Hampir 2 minggu saya tak berblog. Inipun sekadar tumpang broadband Danial yang balik bercuti. Tu pun macam siput sedut. Saya frustrated dengan line streamyx. Sekejap ada sekejap putus macam lampu signal kereta. Lapor sana, lapor sini. Technician kata masalah kabel, orang kabel kata trouble shooting. Macam2 hal, terasa dipermain2kan macam bola. Rasa diperbodoh2kan pun ada. Kita bayar perkhidmatan yang kita tak gunakan. Cubaan...

Terima kasih kepada semua kengkawan yang sentiasa menziarahi saya walaupun saya senyap sunyi di sini.

Terdapat beberapa perkara menarik yang kami sekeluarga kutip sepanjang Ramadan ini, antaranya berpeluang bersolat tarawih dan mendengar tazkirah yang dipimpin oleh
akinet yang digerakkan oleh tenaga muda yang saya salute iaitu ucop al-mankaraqi di Masjid Mengkarak.

Ermm...nak tanya, kengkawan banyak tak dapat sampul duit raya macam gambar kat atas tu? Kami dapat macam2 jenis. Bila berurusan je kat bank, shopping itu ini dan sebagainya, berlonggoklah sampul duit raya tu.

Haa... kali ni apa yang saya nak share mudah saja. Boleh bersedekah pada pagi raya tapi seelok2nya bersedekahlah banyak2 dalam bulan puasa ni sebab ganjaran pahalanya berlipat kali ganda. Kenapa perlu tunggu pagi raya sedangkan pahala yang berlipatkali ganda terbentang di depan mata?

Rasulullah bersabda maksudnya:

"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya"
(HR. Ahmad dan At-Tirmidzi).

Banyak lagi nak cerita pasal duit raya ni. Betul, saya tak tipu tapi bimbang ada yang marah pula sebab saya asyik kontra. Sebenarnya bukan kontra kengkawan... Insya-Allah saya seorang yang sangat positif tetapi saya just look at the other side of the story yang kadang2 mungkin kita terlepas pandang. Lagipun ianya sekadar pandangan peribadi, ntah betul, ntahkan tidak tapi kalau saya salah tolong betulkan!


Piewahid:

1. Sepanjang tarawih Ramadan kali ini nampaknya saya lebih banyak ‘mengimamkan’ mak saya untuk solat tarawih di rumah sebab mak tak larat nak ke surau atau masjid (terutamanya yang bertangga). Tak sampai hati biarkan mak solat sorang2 sedangkan beliau berhajat untuk berjemaah. (umur mak dah 80 tahun lebih)

2. Terima kasih juga kepada maiyah yang berikan kad raya yang cantik.