Ramadhan Membentuk Jiwa Merdeka!

29.8.10 1:54 PM , | Posted by piewahid
Memang tak sesuai gambar bendera Malaysia dibuat hiasan kertas minuman ni, kan...


Seminggu lebih saya tak update blog. Ada beberapa kekangan termasuk HIPOGLISEMIA dan internet access yang menyukarkan saya untuk reply komen atau ziarah blog kengkawan. Bila begitu, saya rasa seolah-olah bersikap tidak adil terhadap kengkawan yang menziarahi saya. Jadi, saya perlahankan rentak entry saya (yang tak berapa nak laju ni) buat sementara waktu.

Sempena 31 ogos yang akan tiba beberapa hari lagi, sayapun teringin nak sembang tentang merdeka. Jadi, sayapun belek2 Kamus Dewan, cari makna merdeka. Ini antara hasil cariannya:

Merdeka bermaksud bebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan dll), lepas daripada tebusan, tuntutan, berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain....

Saya berpendapat ramai yang faham maksud sebenar merdeka tetapi lebih suka mengambilnya dalam konteks bebas. Ada yang pejamkan mata dengan maksud tidak bergantung pada yang lain.

Bebas ni biasanya sinonim dengan seronoklah kut? Apabila merdeka kita ambil dalam lingkup paling sempit dan dikaitkan dengan bebas, maka terjadilah apa yang biasa terjadi. Pada malam itu bebas berhibur, bebas keluar rumah, bebas berpacaran, bebas merempit, bebas macam2lah. Apatah lagi besoknya cuti...

Itu tak termasuk bebas menindas, memfitnah, bebas memanipulasi, bebas mencerca dan sebagainya.

Bagaimana dengan maksud tidak bergantung pada yang lain atau berdikari?

Saya berpendapat ianya membawa maksud kita mampu memilih dan mengamalkan perlembagaan sendiri. Mampu mempunyai dasar ekonomi sendiri, mampu memilih cara hidup sendiri, mampu menetapkan matlamat hidup sendiri, mampu mengamalkan budaya sendiri, mampu berdikari dan sebagainya. Tiada tangan ghaib, bebas fizikal dan minda! Berjiwa merdeka yang sejati.

Sejujurnya, semua orang sayangkan negara sendiri, betul tak? Mengibarkan bendera sempena Hari Kemerdekaan antara sekecil2 cara menunjukkan kasih sayang kepada negara. Nak kibar tak apa, baguslah. Menurut motivator, kena mulakan sesuatu dengan perkara2 asas dan mudah dulu. Tetapi harap2 jangan lupa dalam soal2 lain yang lebih penting.

Persoalannya, berdikarikah kita, merdekalah kita dalam erti kata sebenarnya? Wallahu a’lam! Sama2 kita fikirkan.

Maaf, bukan memandai-mandai sekadar berkongsi luahan rasa.


Piewahid:

1. Dalam beberapa sudut, agaknya Independent Day lebih tepat kalau merujuk kepada maksud Hari Kemerdekaan.
2. Harap2 juga kesucian Ramadhan tidak kita cemari sempena sambutan Hari Kemerdekaan
.

ayahandaku kembali ke pangkuan Ilahi...

Allahyarham ayahanda bersama bonda tercinta

Namapun blog piewahid ulu kumbang (Merapoh). Sesekali kenalah highlight cerita atau kenangan ketika di sana. Betul tak? Ngee...

Sempena Ramadhan ni saya nak kongsikan kenangan bersama Allahyarham ayahanda tercinta, Haji Wahid bin Mat Akhir. Orang Merapoh lebih mengenali beliau dengan panggilan Pakwe Wahid atau Haji Wahid. Sudah hampir 8 tahun beliau meninggalkan kami sekeluarga ketika berusia 80 tahun.

Hubungan peribadi antara saya dengan ayah adalah hubungan tipikal anak2 lelaki dengan seorang ayah. Tidak terlalu rapat tetapi bukan renggang. Sekalipun ketika muda remaja saya anak yang degil tetapi saya sangat2 menghormati dan mengkagumi keperibadian ayah.

Sebagai anaknya, ayah adalah seorang yang tegas, berprinsip dan memiliki daya kepemimpinan yang tinggi. Dalam ketegasan terselit kelembutan hati dan kebersihan jiwa.
Marah ayah cuma sebelum kami rebah. Kalau rebah juga (selepas dinasihati) ayah akan bantu kami bangkit kembali.

Ayah juga sangat genius cuma ayah tak berpeluang bersekolah. Paling istimewa, semakin berusia, semakin kuat komitmen ayah terhadap agama sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah.
Sesibuk dan sepenat manapun berkebun, ayah tidak akan mengabaikan solat fardhu berjemaah di surau atau di masjid.

Antara kenangan yang sentiasa melekat di fikiran sempena bulan Ramadhan bersama ayah ialah sewaktu berbuka puasa. Seingat saya beberapa tahun menjelang pemergian ayah,
ayah tak pernah meninggalkan masjid untuk berbuka puasa.

Sesekali bila saya berkesempatan pulang ke kampung dan teringin berbuka bersama ayah tetapi ayah tetap ke masjid meninggalkan kami. Akhirnya terselit rasa tidak puas hati saya akibat bisikan syaitan.

“Ala ayoh ni, sesekali berbuke di ghumoh dengan kome ape salohnye? Bukan kite tak pegi masjid lepas tu...” ayah cuma diam dan nampak serba salah tetapi tetap meneruskan rutinnya seperti biasa.

Selang 2,3 hari saya akan komplen lagi perkara yang sama. Akhirnya ayah terpaksa jawab:

“Laa.. aok cubelah fikir, tok bilal tu berbuke sorang2 di masjid. Kala semua orang nok selesa berbuka di ghumoh, sapelah nok temankan dia? Dia tolong lepaskan kite daripada fardhu kifayoh” jawapan ayah membuatkan saya kelu sampai ke sudah!

Setiap pagi ayah akan kejutkan kami supaya solat subuh ke masjid. Berjalan kaki ke masjid dalam keheningan pagi bersama ayah sungguh menenangkan. Kadang2 cahaya bulan turut mengiringi. Seperti biasa saya selalu ‘ponteng’, solat sendirian di rumah. Mula2 ayah marah tetapi hujung2 ayah kata:

“Ayoh dah kejut, aokme tak mboh pegi juga terpulanglah. Ayoh dah jalankan tanggungjawab ayoh. Deme fikirlah sendiri”

Seperkara lagi yang saya perhatikan, ayah seboleh-bolehnya memilih berjemaah di masjid sekalipun ada sebuah surau berhampiran dengan rumah kami.

“Kenapa kita gi jauh2 ayoh, surau tu kan ada?”

Seperti biasa ayah buat2 tak dengar saya merungut tetapi agaknya selepas memikirkan anaknya yang seorang ini masih tak faham2, ayah jawab:

“Di masjid afdhal berjemaah. Hati dan jantung sesebuah kariah. Jika setiap kariah ada 2,3 buoh surau sekalipun tetapi masjidnya tak makmur, tak boleh juga. Dulu2 orang buat surau sebab jarak ghumoh jauh2 dan pengangkutan susoh. Kita ke masjidlah, baru kukuh silaturrahim...”

“Ooo... !” seperti biasa saya kelu akibat kedunguan sendiri.

Sebelum ke masjid atau ke surau biasanya ayahanda akan membaca Al-Qur’an. Bukan merdupun bacaan ayah tetapi yang penting, ayah tetap baca. Malang lagi, seperti biasa saya seronok melayan tidur. Saya tak bertadarus bersama ayah untuk meraikannya.

Kini semuanya tinggal kenangan. Menangis air mata darah sekalipun ayah takkan kembali. Perlahan-lahan saya perbetulkan diri selepas ayah pergi. Saya cuba tebus kesilapan tersebut dengan membudayakan keluarga sebagaimana yang ayah didik. Alhamdulillah ahli keluarga memberi sepenuh sokongan. Malangnya ‘driver’nya pula kadang2 masih goyang. Aduih..!



Saya selalu pesan kepada anak2:

“Aboh yang aokme ade sekarang adalah hasil didikan aki aokme dulu. Aboh tak kata aki aokme serba sempurna tetapi aboh belajor daripada kekuatan dan kelemohan dia. Yang lemoh aboh cuba jauhkan tetapi yang elok aboh cuba buat. Aboh harap aokme pun gitu. Perangai buruk aboh jangan diikut tetapi yang molek, aokme kena ikut. Barulah ande penamboh baikan!”


khilaf ketika ghairah...

18.8.10 10:40 PM , | Posted by piewahid

Saya betul2 tak berkesempatan online untuk sementara waktu. Jadi, saya publish entry ini untuk dikongsi bersama kengkawan. Ianya tanpa apa2 niat kecuali atas dasar saling ingat mengingati dan kasih sayang. Jadi jangan ada yang ambil hati ya.

Entry ini saya copy & paste dari blog sahabat saya Ustaz Haji Borhan bin Ariffin yang bertugas sebagai pensyarah di IPTAA, Kuala Lipis.

Saya tidak suka berpolemik tetapi saya berpendapat kita perlu berhati-hati dalam beribadah, tak boleh membuta tuli. Saya khuatir kita khilaf kerana ghairah beribadah. Kalau kengkawan rasa kurang yakin dengan hujah entry ni, sila rujuk guru yang mursyid. Rujuk saya, ada harapan terlingkup...

Ini dia ceritanya:

BERAMAL BIAR BERLMU

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-massa turut memainkan peranan menyebarkannya sama ada melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang, kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

• Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala)

• Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

• Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

• Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

• Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

• Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

• Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ketiga puluh.

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan ke atas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam…

Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah direka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah...

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Di antara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan di mana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Di dalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.


piewahid,
yg penting, lakukanlah semata-mata Lillahi Taa’la. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Semoga kita beroleh keberkatan, keampunan dan ketaqwaan

Bila Islam dihina & Rasulullah menjadi bahan jenaka!

Lihatlah betapa Islam dihina dengan sehina-hina penghinaan!

Kali ini kita alih perhatian kepada isu berbeza. Isu MURTAD dan penghinaan terhadap Islam yang semakin berleluasa. Isu yang tidak pernah selesai dan sangat menyentuh perasaan.

Ingin rasanya menjerit dan berteriak tetapi keluar air mata darah sekalipun kejahilan tidak boleh dilawan dengan kejahilan. Nanti jadi dua kali ganda jahilnya.

Sebagai insan marhaen yang tidak punya apa2, biarlah blog ini yang bersuara sebagai wadah perjuangan diri. Perjuangan mesti diteruskan selagi menumpang di bumi Ilahi. Ianya perlu diteruskan dengan apa saja cara yang termampu.

Sekalipun video ini sudah lama dan mungkin pernah kengkawan tonton, saya percaya ramai lagi yang belum pernah menontonnya. Justeru itu, sempena Ramadhan Al Mubarak ini sekali lagi saya paparkan dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran kita betapa musuh2 Islam tidak pernah leka untuk memusnahkan kita. Hidup bukan sekadar memikirkan kepentingan peribadi dan fardhu ain.

Apa yang bakal dipaparkan mungkin tidak dipersetujui sesetengah pihak tetapi saya rayu, tolonglah tonton kerana ini tanggungjawab bersama. TOLONG SEBAR-SEBARKAN kepada kengkawan lain yang belum tahu.

Ingatlah bahawa, kita mungkin mempunyai saham yang menjadi punca isu ini semakin berleluasa. Selain itu marilah kita jauhi perkara2 bida’ah yang akhirnya dimanipulasi oleh orang2 kafir untuk menentang kita.

Sila tegur saya jika cara saya ini tidak betul di fikiran kengkawan. Ana asif!


Piewahid:

Firman Allah, ertinya:

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". Al Baqarah: 120

Barangkali apa sangatlah yahudi dan nasrani menghina Islam jika umat islam sendiripun turut menghina dan tidak peka. Nau’zubillah....

Jangan lupa, Filipina asalnya adalah dikuasai oleh orang2 Melayu beragama Islam.

ibadah vs adat di bulan ramadhan...

12.8.10 11:04 AM , | Posted by piewahid

Kali ni nak kongsi satu lagi artikel menarik berkaitan Ramadhan Al Mubarak. Tak sempat nak menaip entry sendiri dan ilmu pulak tak tinggi, jadi saya gugel sahaja info2 untuk dikongsi. Saya rasa info2 begini sesuai dipublishkan di awal ramadhan.

Entry ini ada kaitannya dengan entry sebelum ini. Sudi-sudikan membaca, manalah tahu kalau2 dapat membantu meningkatkan kualiti ibadah puasa kita atau sekurang-kurangnya refresh ilmu sedia ada. Insya-Allah selain boleh menambahkan pahala, kita memanjangkan pula pahala pihak yang menyediakannya.

Kalau ada info di blog saya ini yang difikirkan sesuai, kengkawan copy dan pastelah untuk disebar2kan. Tak perlu minta izin. Info ini juga adalah peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa lupa...
Jom baca.



RAMADAN: ANTARA IBADAH DAN ADAT

Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM

Umat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baru yang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil tempat.

Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.

Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja.

Di antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindarkan kerana telah menjatuhkan martabat puasa kepada tahap adat semasa ialah:

1. Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (Riwayat Al-Bukhari)

2. Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.

3. Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga melakukan pembaziran. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra’:27)

4. Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (Riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)

5. Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam dan sebagainya.

6. Terdorong untuk bersolat tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat tarawih pada setiap malam. Untuk itu, pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis ini daripada berleluasa seperti tahun-tahun terdahulu.

7. Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan-urusan lain.

8. Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana nabi s.a.w dan para sahabat berperang Badar dengan nisbah 300 melawan 1,000 orang.

9. Malas membaca al-Quran atau hanya terhad kepada bacaan pada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril a.s.

10. Malas berdoa sedangkan doa orang yang puasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (Riwayat Ibn Majah).

11. Mengabai serta meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.

12. Tidak bersedih dengan berakhirnya bulan Ramadan. Juga tidak bimbang sekiranya tidak dapat bertemu Ramadan yang akan datang.

13. Memiliki kepercayaan-kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun: 99-100)

14. Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa berkat.

15. Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda Nabi s.a.w : Beza di antara seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah.

16. Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat.

Ini adalah di antara beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat Islam semasa menjalankan ibadat puasa yang telah merendahkan martabat bulan Ramadan. Oleh itu, kita perlu menghindarkan perkara-perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda di bulan ini.

Ini berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan de-ngan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (Riwayat al-Bukhari)


* Abdullah Bukhari Abdul Rahim ialah Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Piewahid:
1. Sebenarnya banyak lagi kan...tu tak termasuk berbuka dengan artis atas nama 'konsert amal'.
2. ermm... nak petua memastikan kita berpeluang beribadah dan berdoa di malam Lailatul Qadar?
Senang je...
JANGAN SESEKALI ABAIKAN IBADAH DAN QIAMUL LAIL SEPANJUANG MALAM DI BULAN RAMADHAN!

kopi pes bulat2 sebab nak kongsi...

11.8.10 2:41 PM , | Posted by piewahid
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

(artikel ini telah disiarkan tahun 2006 dan 2007 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama, terdapat beberapa perkara yang telah ditambah)

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristighfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya: "dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat: 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah : "Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan dikira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (sama ada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.



8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Oktober 2006

( Ulang siar pada 11 Sept 07 )

(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )

Bila diabetic berpuasa...

10.8.10 6:23 PM , | Posted by piewahid

Malam ni tengok anak bulan. Seronok sangat sebab ramadhan memang dinanti-nantikan. Berdebarpun ya juga sebab ada macam2 harapan yang terlalu tinggi.

Puasa bagi sesetengah orang yang berpenyakit kronik agak berbeza. Saya adalah salah seorang daripada mereka tetapi Allah uji saya dengan diabetes. Sebelum saya disahkan diabetes dulu, saya kadangkala terpaksa ‘ponteng’ puasa kerana tidak tahu mengawal gula dengan tepat.

Alhamdulillah setelah mengetahuinya, saya mampu menyempurnakan dengan ujian yang paling minima.

Kata orang, diabetes ni ibu kepada segala penyakit kronik. Umpama pokok yang mati akarnya. Ianya tidak akan sembuh tetapi mampu dikawal.

Jadi, khas untuk sahabat2 yang mengalami masalah yang sama, saya gugelkan maklumat ini untuk panduan kita bersama. Barangkali sedikit sebanyak akan membantu kita.


PANDUAN BERPUASA UNTUK PESAKIT KENCING MANIS:

Antara masalah yang kerap dialami pesakit kencing manis ketika berpuasa ialah hipoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) sehingga boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma.

Puasa adalah ibadat dan amalan baik untuk pesakit kencing manis, terutama yang turut ada masalah berat badan berlebihan. Namun beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum pesakit dibenar berpuasa supaya ibadat itu tidak memudarat dan membahayakan nyawa.

Dua cabaran utama pesakit kencing manis pada bulan puasa ialah:

1. Kawalan pengambilan ubat atau suntikan insulin kerana pada hari biasa ia dilakukan pada waktu siang.
2. Masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi yang boleh berlaku bila-bila masa ketika berpuasa.

Untuk membolehkan seseorang pesakit berpuasa, penyakitnya perlu dalam keadaan terkawal dan tahap gula dalam paras sasaran iaitu 5.8 hingga 8 mmol/liter. Jika paras gula pada tahap ini, pesakit boleh berpuasa tanpa masalah. Bagi pesakit yang kurang patuh kepada penjagaan makan dan kawalan paras gula dalam darah, ini masa terbaik untuk memulakan program kawalan bagi mengelak terpaksa ‘ponteng’ puasa pada Ramadan.

PESAKIT YANG INGIN BERPUASA MESTILAH:

1. Bersahur (lebih baik jika melambatkan sahur)
2. Menyegerakan berbuka
3. Makan ubat atau menyuntik insulin mengikut nasihat doctor.
4. Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam.
5.Kurangkan makan makanan manis
6. Mengawal penyakit dengan baik
7. Mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
8. Segera berbuka apabila mengalami tanda komplikasi sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Jika ini berlaku, anda tidak diwajibkan berpuasa.
9. Mengubah suai dos ubat atau insulin dan waktu untuk mengambilnya. Pesakit yang mengambil ubat makan berbuka puasa dengan makan ubat dan minum air terlebih dulu. Selepas 15 minit baru diikuti dengan makan nasi atau makanan berat lain. Insulin pula perlu disuntik 15 minit sebelum azan Maghrib. Namun, insulin generasi baru (yang bertindak segera) boleh disuntik sejurus sebelum berbuka.

PESAKIT YANG BOLEH BERPUASA DIINGATKAN UNTUK:

1. Timbang berat badan pada awal Ramadan (pastikan tiada kenaikan atau penurunan berat badan yang mendadak)
2. Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambah berat badan dan menyukarkan kawalan diabetis
3. Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan. Sebaik-baiknya kekalkan gaya hidup aktif sepanjang Ramadan. Untuk mengelak masalah, lakukan perubahan pada gaya pemakanan dan dos ubat mengikut nasihat doktor
4. Mendapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos dan waktu pengambilan ubat. Ubat yang diambil pada sebelah pagi (ketika tidak berpuasa) ditukar ke waktu berbuka. Manakala ubat yang diambil sebelum makan malam pula perlu diambil sebelum bersahur. Ketika berpuasa, pesakit perlu mengurangkan dos ubat bagi mengelak masalah hipoglisemia.
5. Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu diubah mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah pada permulaan puasa.


Perubahan ini boleh dilakukan seperti:

a. Tiga kali suntikan — Dua dos insulin yang bertindak segera ketika berbuka dan sebelum sahur, serta satu dos insulin yang bertindak lama sebelum tidur.
b. Dua kali suntikan — Satu dos insulin yang dicampur ketika berbuka (dengan dos sama pada pagi tidak berpuasa) dan satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur.

Ketika berpuasa, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidarasi kerana ia boleh membahayakan nyawa pesakit.

TANDA HIPOGLISEMIA

1. Menggigil
2. Terlalu lemah
3. Sangat lapar
4. Berpeluh-peluh dan terasa seram sejuk
5. Pucat
6. Berdebar-debar
7. Gelisah
8. Koma (keadaan terlalu teruk)

TANDA HIPERGLISEMIA

1. Kerap buang air kecil
2. Terlalu dahaga
3. Sangat letih
4. Terasa sesak nafas

TANDA DEHIDRASI

1. Sangat dahaga
2. Kulit dan lidah menjadi terlalu kering
3. Fikiran terganggu dan sukar menumpukan perhatian.


Award cantik ni pemberian Puan Kamsiah. terima kasih ya. Jom kita ziarah beliau.




sumber dengan sedikit suntingan: sini

pesta yang dinanti2kan...

8.8.10 9:37 PM , | Posted by piewahid


Ramadhan al Mubarak kembali lagi. Insya-Allah kita akan meraikannya dalam 2,3 hari ini. Ramai kengkawan yang dah sentuh dan buat entry berkaitan. Alhamdulillah... terima kasih atas perkongsian ilmu dan saling ingat mengingati.

Sebelum terlewat, saya pun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Pesta Ibadah kepada semua kengkawan dan semoga ibadah kita diterima dan diberkati-Nya.

Secara peribadi, banyak yang saya harapkan menjelang ramadhan kali ini. Saya berharap ianya menjadi turning point kepada banyak perkara yang saya idam-idamkan dalam usaha memperbaiki kelemahan diri.

Sama-samalah kita doakan semoga segala hajat dan ibadah kita dimakbulkan. Sesungguhnya bila semakin berusia, semakin risaulah kita dengan keadaan tersebut. Batuk dan demam sikit saja, dah terbayang macam2...

Mungkin juga sepanjang ramadhan ini blog saya tidak seaktif biasa. Jika komen2 sahabat tidak sempat saya balas atau saya tidak meninggalkan jejak di blog kengkawan harap situasi tersebut tidak disalah mengerti.

Walau bagaimanapun entry2 bercorak keagamaan tetap saya cuba publish sebagai satu perkongsian pintar merebut kelebihan Pesta Ibadah di Bulan Ramadhan al Mubarak!

SELAMAT BERPESTA IBADAH SAHABAT2 YANG DISAYANGI...!





KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
(Hadis riwayath Bukhari, Muslim & Nasaaei)

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu"
(Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi)

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang ertinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar)

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
(Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi)

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw di dalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
(Hadis riwayat imam Bukhari & Muslim)

Sumber: sini

adab-adab dalam majlis ilmu... (simpanan peribadi)

6.8.10 8:40 PM | Posted by piewahid


ANTARA ADAB-ADAB SEMASA BERADA DALAM MAJLIS ILMU:

1. Berwudhuk.

2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan menyampaikan)

3. Pakaian bersih dan menutup aurat.

4. Memakai wangi-wangian.

5. Pandang wajah guru yang mengajar. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW yang datang dari mulut baginda sendiri.

6. Mendengar dengan penuh konsentrasi. Ketika para Sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.

7. Anggaplah firman2 Allah dan hadis yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama kita mendengarkannya.

8. Duduk rapat-rapat (supaya syaitan tidak mencelah di antara kita dan supaya
Allah satukan hati kita dan wujudkan sifat kasih sayang di antara kita). Ketika para Sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka duduk rapat-rapat hinggakan daun yang gugur dari pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan bahu mereka.

9. Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal dan kalau boleh, lutut kita bertemu dengan lutut si pembaca ta'alim. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah SAW dan mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)

10. Apabila disebut nama Allah, kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah.

11. Apabila disebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda. (Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat bila nama Baginda disebut)

12. Bila disebut nama para Sahabat atau Sahabiah, kita sambut dengan RadhiAllahu Anhu / Anha.

13. Bila disebut nama orang-orang alim (seperti tabi'en, imam-imam besar dan sebagainya), kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.

14. Bila disebut nama musuh-musuh Allah (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dan sebagainya), kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.

15. Rasa gembira bila disebut tentang syurga dan takut bila disebut tentang neraka. (Kalau tak boleh, cuba latih diri)

16. Jangan mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual atau bersalam-salam bila datang lewat)

17. Menghadiri majlis ilmu adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian. Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis ilmu sedang berlangsung, kita digalakkan supaya duduk dalam majlis ilmu dan menggantikan solat tahiyatul masjid dengan zikir "Subhanallah Walhamdulillah Wa lah Ilaha Ilallah Wallahu Akbar" 3 kali.

18. Ta'azeem bil Qalbi (Memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati)

19. Tashdiq wa Yaqin (Membenarkan dan meyakini akan segala yang didengar)

20. Tabligh wa Amal (Mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya)

21. Off atau silent kan telefon bimbit.

APABILA KITA MENUNAIKAN HAK MENDENGAR, ALLAH AKAN MEMUDAHKAN 3 PERKARA:
1. Allah mudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
2. Allah mudahkan kita untuk memahami apa yang kita dengar.
3. Allah mudahkan kita untuk bercakap tentang ilmu tadi bila diperlukan.


Piewahid,

AGAMA ITU NASIHAT
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

UBAT HATI
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

KATA-KATA LUQMAN AL HAKIM MENGENAI MAJLIS ILMU.
“Wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.

Perasan bagus...

3:19 PM | Posted by piewahid

Saya bukanlah orang yang tinggi ilmunya. Anggap saja sesekali bertemu, sambil2 minum kopi, kita bercerita... Saya hanya cuba menyampaikan sesuatu secara santai untuk dikongsi bersama. Walau bagaimanapun, fakta tetap fakta. Betulkan saya jika ada salah dan silap. Hari ini mari kita sembang tentang satu lagi penyakit hati iaitu ‘Ujub’

Ujub adalah antara penyakit yang menimpa orang-orang yang dikurniakan kelebihan oleh Allah. Kadang-kadang kelebihan itu tidaklah sehebat mana, tapi kalau ada penyakit dalam hati, maka timbullah ujub...

Definisi
Ujub bermaksud kagum dengan keistimewaan diri sendiri tetapi tidak melibatkan orang lain. Senang cerita ujub bermaksud perasan bagus! Maksudnya hampir2 sama dengan riya’ tetapi ujub lebih bersifat dalaman. Riak pula lebih kepada menunjuk-nunjuk.

Imam ibnu Taymiyah berkata:
Riya’ adalah menyengutui tuhan dengan mahkluk dan ujub adalah menyengutui tuhan dengan diri sendiri.

Jika perasan bagus sampai melibatkan orang lain sehingga membanding-bandingkan, itu dipanggil ghurur (terlampau takjub dengan diri sendiri) a.k.a. perasan tahap gaban! Bila ghurur, mulalah nak cakap besar dan pantang disentuh. Keadaan ini dianggap cuba menyamakan diri dengan sifat kebesaran Allah. Takabbur namanya. Na’uzubillah...

Ujub terjadi bukan hanya disebabkan perasan dengan kehebatan diri sendiri, tetapi boleh juga terjadi apabila dikaitkan dengan kelompok yang rapat dengan kita. Menurut imam Al-Ghazali, ujub ertinya merasa bangga pada diri sendiri, merasa hairan dengan sebab adanya sesuatu. Diri sendiri yang dimaksudkan melibatkan peribadinya, keturunannya, kumpulannya atau apa sahaja yang dianggap ada kaitan dengan diri.

Punca
Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan ujub. Antaranya ialah terpana dengan nikmat yang dipinjamkan sehingga lupa bahawa pemberi nikmat iaitu Allah Taala. Lupa yang nikmat itu hanya bersifat sementara.

Pujian, penghormatan, dan kuasa yang diterima secara berlebih-lebihan juga boleh menyumbang kepada ujub. Sebab itu Islam mengingatkan kita supaya ‘beradab’ ketika memuji dan menghormati orang lain. Jangan sampai membodek atau mengampu kerana bimbang menyebabkan ujub.

Bahkan bagi para alim ulama’ sekalipun, jika mereka tampil di medan perjuangan sebelum jiwa bersedia atau tarbiahnya belum cukup matang, masih boleh mengakibatkan mereka turut terjebak dalam fitnah ujub. Berani mengkritik, kenalah juga bersedia terima kritikan. Pastinya individu yang jahil tentang akibat ujub seperti saya lebih mudah terperangkap.

Kesan Ujub Ke Atas Individu
Antara keburukan ujub kepada kita ialah mudah terjebak dalam ghurur, bahkan mungkin takabbur. Ujub menghalang kita daripada mendapat taufiq Allah dan mudah kecundang bila berhadapan dengan ujian. Apa yang pasti, setiap sifat mazmumah akan mendapat balasan Allah di dunia maupun akhirat kelak.

Nabi saw bersabda:
Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Kesan Ujub Kepada Amal Islami
Antara kesan ujub kepada organisasi dan amal Islami ialah kita mudah ditembusi dan ditewaskan oleh musuh sama ada daripada luar atau dalam. Perjuangan menjadi tumpul dan lambat mencapai objektif akibat golongan sasaran cabut lari daripada para pendakwah yang takjub dengan diri sendiri. (Ingat ya, semua orang adalah pendakwah dan wajib berdakwah mengikut kemampuan masing2!)

Tanda-tanda Ujub
Secara umum, orang yang berpenyakit ujub boleh dikesan tetapi janganlah kita cuba menilai-nilai. Keikhlasan hati hanya Allah yang tahu. Selalunya orang-orang yang ujub suka memuji diri sendiri, susah menerima atau mendengar nasihat. Suka pula mendengar aib orang lain, terutama rakan2 sendiri.

Cara-cara Mengubati Ujub
Setiap penyakit ada ubatnya. Antaranya ialah sentiasa menginsafi hakikat kejadian manusia yang berasal daripada tanah, berkembang daripada air mani dan keluar daripada saluran yang ‘hina’. Kita berasal dari tempat yang sama dan menuju ke tempat yang sama. Sentiasa menginsafi hakikat dunia yang bersifat sementara dan teladani mereka yang lebih hebat tetapi tetap tawadhu’.

Selain itu menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke tanah perkuburan dan mengingati kematian juga boleh meleburkan sifat ujub seseorang. Lebih-lebih lagi jika kita turut sama memandi, mengkafan dan memasukkan jenazah ke dalam kuburnya.

Melazimi al-Quran dan as-Sunnah, menghadiri majlis ilmu terutama yang menyentuh kecacatan hati dan cara mengatasinya turut memberi kesan yang bagus. Akhir kata, jangan lupa memohon bantuan daripada Allah…

Sekian, wallahu a’lam.


Sumber dengan suntingan: sini

piewahid,
Sekadar tazkirah untuk diriku yang sentiasa lupa!





kedua-dua anugerah comel ni adalah pemberian en yassin yang saya hormati.

kali pertama...

penjual sate (hiasan)


Lokasi: Bandar Kuala Lipis.
Era: Pertengahan 70an.

Petang itu seperti petang2 yang lain aku berpusing-pusing sekitar bandar Kuala Lipis untuk menghilangkan jemu. Menjelang senja, bandar Kuala Lipis hampir2 mati kecuali stesen keretapi, beberapa buah hotel murah, kedai kopi dan ‘rumah rakit’.

Sudah hampir 2 minggu aku menumpang di rumah Mak Andak Yunoh, saudara kami yang bekerja sebagai amah a.k.a. cleaner di Hospital Kuala Lipis. Ketika itu beliau bersama anak sulungnya yang aku panggil Kak Leha tinggal di kuarters hospital yang terletak berhampiran bandar. Semuanyanya berpunca akibat kecuaianku sendiri yang berlagak tak tentu hala. Klik sini.

Setiap petang aku perhatikan seorang pakcik penjual sate berjalan kaki menyusuri kaki lima deretan pekedai cina sambil mengandar jualannya yang mengandungi sate, kuah kacang, timun, nasi himpit, bawang mentah dan dapur arang untuk membakar sate yang bakal ditempah.

Sesekali aku akan mencangkung menyaksikan gelagat beliau melayan pelanggan. Ianya tak ubah seperti yang aku saksikan dalam filem2 Tan Sri P. Ramlee. Ada sesuatu yang ingin aku luahkan tetapi terpaksaku tahan kerana malu. Kadang2 sampai tak berkelip-kelip mata aku melihat beliau menjual sate sambil meneguk air liur.

Kali ini aku nekad selepas aku perhatikan beliau termenung menunggu pelanggan dalam hujan gerimis senja (macam lagu Alleycats pulak dah... hehehe). Kalau aku terlepas peluang ini, entah bila pula peluang seterusnya akan tiba. Dalam 2, 3 hari lagi aku akan kembali semula ke Merapoh.

“Assalamulaikum pakcik. Err... saya nak tanya, berapa harga secucuk sate tu pakcik?” Aku bertanya sambil tergagap-gagap. Sebenarnya aku kasihan melihat badan beliau yang kurus dan kesusahan hidupnya kelihatan tak jauh bezanya dengan kesusahan kami sekeluarga.

“15 sen nak (anak),” aku rasa pakcik tersebut perasan aku merenung dan mengekorinya setiap petang. Bahkan sesekali beliau senyum kepadaku dengan air muka yang cukup tenang.

“Agak2 kalau saya nak beli secucuk aje boleh tak pakcik. Saya cuma ada 20 sen ni hah. Saya cuma nak tau macam mana rasanya sate. Saya tak pernah rasa!” tiba2 lancar sahaja lidahku bercakap sambil menelan air liur berketul-ketul.

“Boleh...” pakcik tersebut terus duduk, membarakan arang untuk membakar secucuk sate untuk aku.

“Sedap?” beliau bertanya selepas aku dengan lahap memakan sate yang dihulurkan.

“Mmm... sedap pakcik. Macam kat syurga!” balasku dengan wajah yang berseri-seri.

Piewahid:
Haa... itulah pengalaman pertama piewahid ulu kumbang makan sate. Mungkin ketika itu umurku dalam lingkungan 8-9 tahun.