Pelan Masjidil Haram dan kawasan sekelilingnya yang sedang dalam pembinaan. Dijangka siap menjelang 2020.Kena baca sini sebelum membaca entry ni.
Sesiapa saja yang sampai ke Masjidil Haram pasti akan terpesona melihat Kaabah. Perasaan kagum terhadap kebesaran Allah menyebabkan kita berusaha melipat gandakan ibadah untuk merebut kelebihan pahala beribadah di sana.
Kadang2 tanpa sedar kita mengambil masa yang lama merenung Kaabah sambil membayangkan sirah Nabi Ibrahim, Siti Hajar, Nabi Ismail dan perjuangan Rasulullah S.A.W.
Apabila sujud di hadapannya, kita tahu ketika itu berbillion lagi umat Islam turut sujud di belakang kita bagi menunaikan solat 5 waktu. Bermakna kita terpilih untuk berada di antara saf yang paling hadapan semasa sujud kepada Allah.
Sejak sampai ke Makkah, saya sentiasa mengimpikan untuk mengucup Hajarul Aswad. Setidak2nya tangan Rasulullah pernah menyentuhnya dan kita memang disunatkan begitu.
Sambil2 tawaf, saya sering memerhatikan peluang untuk mengucup Hajarul Aswad. Apakan daya manusia berpusu-pusu mahu melakukan perkara yang sama. Saya memujuk hati, “Tak apalah, itu bukannya wajib. Takkan kerana perkara SUNAT aku sanggup melakukan perkara2 HARAM seperti tolak-menolak, bergaduh, berhimpit-himpit lelaki perempuan di depan Kaabah. Ada rezeki aku nanti, insya-Allah dapatlah...”
Betullah bahawa ujian datang dalam berbagai-bagai bentuk. Dalam bentuk suka atau derita termasuk semasa menunaikan ibadah. Masuk hari yang kedua, saya dah mula tak sabar untuk mencium Hajarul Aswad. Ditambah dengan kononnya ada bermacam2 kelebihan dan berkat, saya jadi keliru.
Di kepala saya serabut dengan fakta daripada al-Qur’an dan as-Sunnah yang bercampur-aduk dengan fadhilat yang bersandarkan hadis2 maudhu’ serta kisah2 Israeliyat. Saya bimbang kehilangan peluang tersebut. Keghairahan menenggelamkan kewarasan...
Hari kedua, selepas Zohor saya membuat 2 pusingan tawaf. Pelan2 saya mula menghimpitkan diri ke arah Hajarul Aswad. Kebetulan ketika itu para jemaah tidak seramai biasa untuk menghampiri Hajarul Aswad. Kali ketiga saya tengok peluang semakin baik. Malangnya bila semakin hampir, keadaan semakin sesak. Sedar2 saya turut himpit menghimpit. “Agak2 makin bahaya ni kang, aku larilah...”
Tiba2 saya dengar suara: “Bapak, mari pak, kami bantu...!” dalam dialek Indon. Walaupun terpinga-pinga dengan tawaran dan kebaikan luar biasa itu, saya turutkan saja. Maklumlah lurus bendul. Saya tak terfikir ada orang sanggup menipu depan Kaabah! Dalam hati saya kata, "Agaknya ini student dari Indonesia yang belajar di Timur Tengah dan kebetulan nak menolong bangsa serumpun"
Mereka dalam 3, 4 orang ‘memagari’ saya. Sambil2 bertasbih dan bertakbir mereka himpit menghimpit, tolak menolak dan siku menyiku di depan Kaabah. Dalam 2, 3 minit saja saya dah berjaya memperolehi hajat saya sekalipun dengan menyakiti saudara seagama yang lain.
Sebaik sahaja berjaya mengucup Hajarul Aswad, saya mengalirkan air mata kesyukuran. Gembira tetapi tertanya2, "Betulke tindakan aku ni?" Kemudian, ‘ketua’ yang menolong saya tadi memimpin saya ke arah tong air zam-zam sambil mengucapkan “Syukur, syukur... alhamdulillah! Bapak antara insan terpilih... minum air suci ini dulu pak!” yang lain2 turut mengekori.
Orang ‘berbudi’ kita berbahasa. “Macamana, berapa upahnya?” maklumlah nampak benar mereka menunggu soalan tersebut. “Begini ya pak, bukan kira upah tapi tanda kita syukur... kifarah dosa2 kita. Kami berempat, bapak kasilah rm200 , rm50 seorang” Yang lain menambah dengan muka ala2 kagum, “Betul pak, syukur pak! Kami beruntung dapat membantu bapak menunaikan ibadah ini, syukur...” sambil menadah-nadah tangan tanda kesyukuran dengan muka syahdu syahdan.
Walaupun duit saya tak berapa banyak, tapi dek kerana terlalu gembira, saya tetap hulurkan wang tersebut. Analoginya cuba bayangkan, apalah sangat belanja nasi lemak kalau orang dah bantu kita dapatkan accord 2.4 percuma, kan? Takkan saya nak tawar menawar depan Kaabah! Kemudian entah dari mana, datang seorang lagi meminta tambah, “Tambah rm50 lagi pak, barokah, tanda syukur...” kali ni saya menolak apabila mula terasa diperbodoh2kan.
Bila balik ke hotel dan memuhasabah diri, ternyatalah saya dah terkena. Cepat benar lupa diri di hadapan Kaabah. Semasa berhimpit-himpit tersebut beberapa kali saya terlupa menjaga kedudukan bahu saya dan terpaksa berpaut kepada dinding Kaabah yang boleh membatalkan tawaf saya. Rukun, sunat, harus dan haram ketika tawaf ntah ke mana.
Yang paling best, “PADAN MUKA AKU!” ditipu oleh Indon tu. Bukan tak ada orang dah ingatkan tentang hal tersebut tetapi saya yang terlalu mengikut perasaan...
Walaupun begitu saya tetap bersyukur Allah berikan saya peringatan. Saya halalkan dan redhakan saja. Selepas peristiwa tersebut saya kembali melakukan ibadah seperti biasa. Alhamdulillah selepas itu tanpa berebut2pun saya berpeluang mengucup Hajarul Aswad dan melakukan ibadah2 lain dengan mudah. Bahkan selepas itu, setiap Asar petugas2 masjid memang memberi peluang kepada para jemaah beratur untuk mencium Hajarul Aswad. Yang penting keizinan Allah...
Piewahid:
1. Buat apa2pun kena ada ilmu. Firman Allah: Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. (Surah al-Mujadilah: Ayat 11)
2. Harapan saya supaya kengkawan yang belum pergi berhati-hati dengan situasi ini.
3. Jumaat hingga isnin kami sekeluarga berada di luar kawasan. Maaf jika tidak sempat menziarahi kengkawan.
award daripada LIPISLADY. t kasih...
award daripada cemomoi. terima kasih...
gambar menyakat sempena WC daripada yun. a.k.a alang/ shin~ju