Bila Muhammad Ali bertinju... (Merapoh era 70an!)

Muhammad Ali (menghadap kamera)

Nampaknya kemeriahan WC semakin ke penghujung. Tak lama lagi kita akan mengetahui juara dunia yang baru. Kepada kengkawan peminat bola, selamat berbola! Sementara menunggu perlawanan final tu apa kata saya kacau tumpuan kengkawan dengan cerita tentang sukan lain pula iaitu sukan tinju.

Salah satu acara sukan yang pernah meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat kita dan umat Islam suatu ketika dulu ialah tinju di era Muhammad Ali. Kengkawan generasi baru pun mungkin pernah mendengar cerita kehebatan Muhamad Ali.

Ketika era kegemilangan Muhamad Ali saya masih di bangku sekolah rendah di Merapoh. Maklum sahajalah kampung tradisional dan terpencil, kami serba kekurangan. Kemudahan elektrik tak ada, tv pula sekadar menumpang tengok tv di rumah orang-orang ‘berada’ seperti yang saya ceritakan dalam entries awal saya berkaitan Merapoh.

Bila Muhammad Ali bertinju, waktu seperti berhenti seketika. Kampung menjadi senyap sunyi. Kegiatan ekonomi seperti berkebun, menoreh getah dan bersawah padi seakan lesu kerana kebanyakan para penduduk kampung akan berkumpul di ‘kedai2 kopi’ yang mempunyai kemudahan tv untuk menonton siaran langsung yang disiarkan. Para peniaga rancak berniaga minuman atau mengutip ‘duit minyak’ generator atau duit charge bateri kereta yang digunakan sebagai sumber elektrik. Biasanya dalam lingkungan 10 ke 20 sen.

Suasana menjadi riuh rendah dengan pekikan tanda sokongan sehingga kepala kami yang kecil2 ni menjadi mangsa luku apabila yang dewasa tidak berpuas hati. Kalau waktu persekolahan pula, sekolah seakan2 mendapat cuti khas pada hari tersebut kerana semua guru dan murid termasuk orang2 kampung berdekatan tumpang menonton siaran langsung menggunakan kemudahan tv pendidikan sekolah.

Antara perlawanan yang sangat saya ingat ialah ketika Muhamad Ali melawan Foreman dan Joe Frazier. Perlawanan yang paling saya tak berkenan ialah semasa beliau melawan ahli gusti Jepun bernama Antonio Inoki. Ada ke patut tinju lawan gusti? Perlawanan beliau dengan Joe Bugner di Stadium Negara, 1975 hampir2 meranapkan ekonomi negara atas sebab2 tertentu. (kalau tak pasti, kengkawan cubalah google)

Muhamad Ali membuka mata saya bahawa orang Islam juga boleh berjaya di mata dunia. Beliau juga menyedarkan kami penduduk kampung yang naïf tentang sejarah panjang kejahatan Kulit Putih terhadap muslim Afrika yang terpaksa menjadi hamba abdi dan diperdagangkan di negara2 Barat. Tidak lama kemudian siri tv, Roots (Kunta Kinte) mendapat sambutan hangat dan menimbulkan keinsafan.

Walaupun ada beberapa pro & kontra tentang Muhammad Ali, mari kita renungkan beberapa perkara berikut:

1. Muhammad Ali atau Cassius Clay ialah seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat yang merupakan seorang muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia.

2. Anaknya Laila Ali telah meneruskan tradisi bapanya untuk menjadi peninju wanita pertama. (Malangnya dikatakan beliau bukanlah seorang muslim)

3. Muhammad Ali pernah melakukan perlawanan tinju dengan Joe Bugner, juara Eropah buat pertama kalinya pada 1 Julai 1975 di Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Muhammad Ali dinobatkan sebagai seorang peninju terbesar di abad ke 20 kerana menjuarai juara dunia kelas heavyweight sebanyak tiga kali sehingga diberi jolokan "The Greatest"

5. Muhammad Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat pada 17 Januari 1942 dan telah memenangi pertandingan tinju heavyweight di Olimpik Rome pada tahun 1960 ketika umurnya masih belum genap 20 tahun.

6. Pada awal 1962, Muhammad Ali menewaskan Liston dan perrtarungan tersebut berakhir sebelum loceng pusingan ketujuh dibunyikan dan dunia menyaksikan juara baru telah dilahirkan di arena tinju.

7. Paling dramatik ialah, sebaik sahaja memenangi perlawanan tersebut, Muhammad Ali berdiri di depan jutaan penonton yang mengelilingi pentas dan kamera TV lantas mengucapkan dua kalimah syahadah serta mengumumkan penukaran namanya menjadi Muhammad Ali Clay. " Aku yakin bahawa aku sedang berada di depan sebuah kebenaran yang tidak mungkin berasal daripada manusia" ujarnya. (kita baru dapat pangkat sikit, naik gaji atau dapat tender terus tak berani berdecit!)

8. Ali mengakui perpindahannya ke agama Islam adalah perkara yang wajar dan selaras dengan fitrah yang Allah ciptakan untuk manusia. Ia menyakini bahawa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Menurutnya, Islam tidak membeza-bezakan warna kulit, etnik dan ras. " Semuanya sama di sisi di hadapan Allah S.W.T. Yang paling utama di sisi Tuhan adalah mereka yang paling bertakwa"

9. Beliau membandingkan ajaran triniti dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Menurutnya, Islam lebih rasional. Kerana, tidak mungkin tiga Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Hal tersebut dinilainya sebagai suatu hal yang mustahil terjadi dan tidak akan memuaskan orang berakal dan mahu berfikir.

10. "Aku bertambah yakin bahawa Islam adalah agama yang hak, yang tidak mungkin dibuat oleh manusia. Aku mencuba bergabung dengan komuniti muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi dan saling membimbing. Hal ini tidak aku dapat ketika bergaul dengan orang-orang nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukannya keperibadianku."

Piewahid:
Sekalipun tidak berkesempatan meninggalkan komen pada setiap n3, saya dah mula berkesempatan curi2 masa ziarah kengkawan.

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan

29.6.10 8:34 PM | Posted by piewahid

Entahlah kenapa, kekangan untuk saya berblog bertimpa2. Nak ceritapun malu sebab kengkawan lainpun lebih sibuk tetapi masih berkesempatan hantar n3 baru dan saling menziarahi. Sekarang ni nampaknya balik2 kengkawan sahaja yang datang ziarah saya tetapi saya langsung tak ziarah kengkawan. adake patut? Malu alah saya jadinya. Semoga 'mendung' ini akan segera berlalu dan kita lupakan sementara waktu.

Mari kita fokus pada n3 saya kali ini. Ringkas cerita, idea tentang n3 ini saya dapat semasa merayau2 mencari rujukan tertentu untuk satu research. Sayang pula rasanya kalau tak dikongsi bersama kengkawan.

Walaupun cerita ini cerita lama, apa salahnya kita refresh semula dan kalau kengkawan fikir ianya mendatangkan manafaat apa salahnya kita sebar2kan. Selain menambah ilmu pengetahuan, semoga pahala berpanjangan kepada pemilik maklumat asal.

Jom kita layan.

Satu Kajian Saintifik Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidil Adha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

KRITIKAN
Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu. Kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati. Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher.

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat merih. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman. Mereka mengkaji kaedah terbaik bagi proses mematikan haiwan untuk mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan Barat mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu. Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain pula dibunuh mengikut kaedah Barat yang dianggap paling berperikemanusiaan iaitu menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu. Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih.

Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya
tidak selamat untuk dimakan.


KAJIAN DILAKUKAN
Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging yang disembelih menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.

Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

CARA SEMBELIH IKUT ISLAM
Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Piewahid:
Terima kasih yang tidak terhingga kepada kengkawan yang tetap sudi jenguk blog saya. Saya sangat2 menghargai.

Janganlah sampai macam tu…boleh rosak aqidah tau!

salah satu jenis penghinaan terhadap Islam. sensitifkah kita? (google)


Kengkawan yang dikasihi,
Pagi2 esok saya sekeluarga perlu ke Kuantan. Petang balik semua ke Temerloh dan malam perlu bergegas pula ke Bentong. Jadi kengkawan faham2 sahajalah apabila saya gagal menziarahi blog kengkawan. LETIH!

Mmm… hari ni nak cerita sikit tentang peel orang kita. biasanya kita cukup sensitive kalau non muslim merendah2kan dan mempermain2kan Islam. Sebagai contoh, lihatlah betapa kita melenting dengan isu karikatur Nabi Muhamad yang digambarkan seperti seekor babi oleh akhbar Norway. Memangpun Yahudi dan Nasrani nak menjahanamkan Islam, ada dia orang peduli?

Dalam masa yang sama, kita bersikap double standard apabila kita pula yang mempermain2kan Islam. Maka akan lahirlah dialog lebih kurang cenggini: “Menganggu betullah azan subuh tu, aku nak tidur pun tak dapat!”

Berikut adalah beberapa contoh insiden yang biasa kita jumpa di mana2 termasuk di kedai2 kopi apabila Islam menjadi bahan jenaka:

1. “Engkau sibuk2 apa hal? Aku punya sukalah nak buat apapun, kubur masing2 lah bro…!”

2. “Kalau engkau betul sangat, ambik handphone aku ni hah, call tuhan, bookingkan untuk aku neraka. Selama ni aku susah, ada tuhan tolong?”

3. Kalau kau bijak, bagitahu aku tuhan ada kat mana?. Tuhan ada kat dahi lah ngok! Tak percaya cuba kau tengok bila orang tertinggal barang atau terlupa sesuatu. Mesti sambil tepuk dahi, dia sebut “Allah”. Maknanya Allah kat dahi dia kan…

4. “Apasal takut sangat masuk neraka? Kalau masuk sensorang memanglah takut. Kalau dah ramai2, apa nak heran”

5. “Aku ni memang kaki maksiat, banyak dosa. Alang2 berdosa, buatlah maksiat banyak2. Manalah tahu kalau nasib aku baik, bila malaikat Malik geram sangat kat aku, dia hayun aku kuat2 masa nak campak dalam neraka sampai terbabas kat syurga…”

6. "Dekat2 nak mati nanti engkau suruh orang kapankan engkau dengan kain kapan buruk. Bila malaikat Mungkar Nakir nak soal engkau nanti, dia ingatkan engkau dah lama mati. Maklumlah kain kapan dah buruk!”

7. "Islam lain, politik lain...!" p/s- Opocot! latahlah pulak....

Firman Allah (mafhumnya): "Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu perkara, tidak harus mereka membuat pilihan sendiri. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36)

Renungkan kengkawan, betapa lancang dan takburnya manusia. Kalaulah Allah sentak nyawa mereka ketika itu, tak taulah keadaan iman mereka. Berguraupun biar ada tempatnya. Tak bolehlah ikut sedap mulut aje kan... Kadang2 bukan salah mereka semata2 kerana mereka perlu dibimbing. Siapakan yang sepatutnya berperanan? Saiyyidina Ali r.a. ada berkata:
“Jangan ditanya kepada si bodoh mengapa tidak belajar tetapi tanyalah kepada si pandai mengapa tidak mengajar”

Wallahu a’lam!

Piewahid:
Sebenarnya BANYAK LAGI… (kalau rajin kengkawan tambah2lah di bahagian komen!)

bayar hutang!

24.6.10 2:48 PM , , , | Posted by piewahid
Award lagi... saya sangat berbesar hati jika kengkawan sudi menerimanya. silakan...


Kita habiskan dulu urusan tag mengetag ni. Kira macam bayar hutang jugalah, bila selesai lega rasa kepala. Bagi saya, bila ada kengkawan tag kita, bermakna mereka mengingati & menghargai kita. Jadi, kebetulan dalam mode ‘REHAT’ ni, apa kata kita layan dulu 1 lagi tag yang saya terima daripada blogger yg sungguh aktif & mesra. Kali ini daripada mia liana dalam n3 beliau bertajuk: Award Top Blogger 2010 Dari Inumatin

Seperti biasa, bila dah terima award, kenalah jawab soalan-soalannya.


1. apa nama blog dan knp letak nama itu?
Namanya Piewahid Ulu Kumbang. Asalnya cuma blog santai dan dokumentasi ringan untuk rujukan generasi Allahyarham ayahanda Haji Wahid yang berasal dari Ulu Kumbang (Merapoh). Di samping tu boleh juga perkenalkan kampung Merapoh, Kuala Lipis (tempat asal kelahiran) yang terletak nun jauh di hulu Pahang. Hujung2, beginilah jadinya.

2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
Sempena nama sendiri: piewahid.blogspot.com. mudah nak ingat sebab saya pelupa...

3. apa method dlm penulisan anda?
Santai, sejarah dan kritikan sosial dengan cara saya. Saya cuba gunakan konsep tegur-menegur dengan cara “hikmah wamau’izatul hasanah” (dengan kebijaksanaan dan tunjuk contoh yang baik) . Saya hormati intelektual individu serta perbezaan pandangan.

4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Sampai ke tahap nak hapuskan blog tu tak adalah tapi rasa malas berblog atas faktor kesibukan dan kesihatan memang selalu sangat! Cuma saya lebih utamakan peranan yang mungkin dapat saya lakukan untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran melalui perkongsian pengalaman di blog saya. Saya juga sayangkan silaturrahim yang sungguh bermakna yang telah terjalin sesama kita.

5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Sentiasa... tak baca saya paksa! hehehe

6. apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?
Tak kisah... setiap orang ada persepsi masing-masing. Rasanya memang betulpun! Saya memang tak berapa pandai hias menghias & teknikal ni. Maksud saya, saya lebih utamakan content. Menaip dan menulis entry ok lah sikit2...

7. bila blog anda diberanakkan?
Diberanakkan pada May 2008. Entry yg pertama dan kemudian terus senyap sunyi (masalah internet di kawasan tempat tinggal) sehinggalah hujung November 2009 bila masalah internet dapat diselesaikan.

8. siapa org pertama yg tahu anda ada blog?
Family..., belum siap saya dah sibuk bercerita. :)
“aboh ada blog, aboh ada blog... cepat tengok!”

9. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?
Maksudnya di tempat kerja? Rujuk jawapan no 4. Saya tak ambil pusing sebab saya berblog bukan kerana glamour dan trafik. Saya suka berkawan secara maya dan berkongsi idea.
(bila berdepan, biasanya saya terpaksa ambil masa yang lama untuk buangkan sifat kaku dan malu)

10. sepuluh org sterusnya bakal ditag.
kali ni tak payahlah kut...


Terima kasih mia liana ya. Semoga puan sekeluarga sentiasa berbahagia dunia akhirat. Maaf kalau tak menjawab tag sepenuhnya dan tak memanjangkan tag ya...



piewahid:
masih memerlukan rehat

tag.... mari kita lihat, siapa yang kena!

23.6.10 9:05 PM , | Posted by piewahid
sila ambil award ni ya...

Nampaknya kena tag lagi. Ngelak2pun kena juga. Kali ni daripada zulkbo, blogger handalan berjiwa murni. Ada beberapa orang sahabat dah tag saya sebelum ni tapi saya tangguh2 hingga terlupa begitu sahaja. Sebenarnya saya segan bila tag mengetag ni tapi… sesekali kena juga layan kengkawan yang nak ‘bermanja’ seperti zul ni. ngeee… (jangan marah zul!)

1. Adakah anda rasa happy sekarang?
Tu lah masalahnya, rasa tak berapa mampu nak happy… :(

2. Kenapa anda rasa happy?
Kena tukar kepada “kenapa anda rasa tak berapa mampu nak happy" lah kut?

mmm…. sebab amal ibadah masih kurang, umur makin tua, perangai tetap tak berubah. Nyawa ntah sampai bila sahaja Allah pinjamkan. Rumah kata pergi, kubur kata mari… camne tu?

3. Apakah yang boleh membuatkan anda happy?
oOo… yang ni banyak sangat! saya tulis 6 sahaja lah ya:

3.1 bila dapat menunaikan solat fardhu secara berjemaah. (terutamanya jika seisi keluarga turut serta)

3.2 bila dapat menunaikan atau melakukan segala amal ibadah secara istiqamah.

3.3 bila al Qur’an dan sunnah ditegakkan.

3.4 bila anak2 berjaya dalam pelajaran dan seisi keluarga sihat, ceria serta gembira.

3.5 bila gula terkawal (pakcik ada diabetes wak!)

3.6 mesti lah bila banyak duit & tak ada hutang! Hehehe…

4. Nyatakan warna yang anda suka?
Hijau, hitam, putih dan apa2lah yang sesuai dengan umur & kulit!

5. Beritahu 9 orang yg anda mahu Tag:
Hehehe… tak apalah, bukan tak mau tag tapi saya cuma nak kongsi2kan award ni dengan kengkawan lain tanpa perlu perah otak. Kengkawan yang singgah baca entry ni silalah ambil ya. Bersama eratkan silaturrahim….

p/s- apa2pun terima kasih zul, maaf kalau jawapan tak memuaskan hati ya, dah…


Piewahid:
Terima kasih ziarah & jenguk saya kengkawan. Saya masih dlm mode “BEREHAT” . insya-Allah bila dah kurang sedikit penat dan sibuk ni saya akan buat kunjungan balas ke blog kengkawan.

oOo... patutlah!

3:10 PM | Posted by piewahid



SEBAB LAPAN SERBUAN GAGAL

KUALA LUMPUR: Rahsia kegagalan beberapa serbuan yang dilakukan pihak berkuasa di sebuah pusat karaoke yang turut menyediakan pakej pelacur di Bandar Sunway, di sini, akhirnya terjawab apabila mendapati pemilik sebenar premis terbabit milik seorang pegawai polis.

Difahamkan, premis terbabit sudah menjalankan perniagaan sejak setahun lalu dan setiap maklumat mengenai serbuan dibocorkan penjawat awam itu menyebabkan suspek sering terlepas setiap kali serbuan dilakukan.

Namun, kelicikan itu berakhir apabila Jabatan Imigresen Putrajaya melakukan serbuan kira-kira jam 11.30 malam, Jumaat lalu, selepas menjalankan perancangan rapi bagi memerangkap semua individu bertanggungjawab.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Mohd Azmi Mohd Isa berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menahan 13 wanita warga Filipina, Indonesia dan Vietnam yang berusia 20 hingga 30 tahun.

“Hasil siasatan awal, kita (polis) mendapati semua wanita terbabit dikesan menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini sebelum bekerja sebagai pelacur di pusat karaoke berkenaan.

“Dengan bayaran lingkungan RM300 hingga RM600 bagi setiap langganan, pelanggan turut dibenarkan membawa pulang wanita terbabit ke hotel ataupun rumah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Azmi berkata, pihaknya juga menahan seorang lelaki berusia awal 40-an dipercayai penjaga pusat karaoke berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Sebelum ini, pihak berkuasa lain pernah melakukan lapan serbuan di premis terbabit selepas mengesan aktiviti pelacuran itu, namun gagal kerana dipercayai maklumat sudah dibocorkan individu tertentu.

“Kita percaya kegagalan itu hasil daripada kelicikan pemiliknya seorang penjawat awam dalam pasukan keselamatan,” katanya.

Sumber: myMetro/Oleh Mohd Firdaus Ibrahim/2010/06/22


Piewahid:
1. Bukan semua polis yang berperangai cenggini, sorang dua aje, kan, kan, kan???
2. Terima kasih ziarah & jenguk saya kengkawan. Saya masih dlm mode “BEREHAT” . insya-Allah bila dah kurang sedikit penat dan sibuk ni saya akan buat kunjungan balas ke blog kengkawan.

Tarik handbrake sekejap...!

21.6.10 9:38 PM , , , , , | Posted by piewahid
Kata orang, kalau lama memandu dan fikiran kacau, jangan paksa diri untuk teruskan perjalanan. Elok park, tarik handbrake dan berehat seketika. Apatah lagi kalau drivernya yang 'pancit' dan kepenatan.... (bukan tayar yang pancit ya!)

Cenggitu jugalah kita dalam kehidupan. Komitmen yang pelbagai memerlukan saya memperlahankan rentak perjalanan hidup mengikut ‘trafik’ dan kemampuan diri.

Entry kali ni saya nak menayangkan dan ‘mengada2’ dengan awards pemberian rakan2 blogger. Sebagai tanda menghargai, inilah dia, tadaa.....!!



Terima kasih Farhana dan terima kasih Cik Amy. Jemputlah melawat blog mereka ya. Semoga silaturrahim yang terjalin berkekalan dan membawa ke arah keredhaan Allah.

Piewahid:
1. Hari ni kami sekeluarga hantar Danial mendaftarkan diri di POLISAS, Kuantan. Tahniah kepada pihak POLISAS kerana secara umumnya segalanya telah diatur dengan baik.

2. Semoga Danial mengambil pengajaran daripada keputusan SPMnya yang lalu dan belajar sesuatu daripada kesilapan. Terima kasih kepada kengkawan yang memberi sokongan moral & mendoakan kejayaan kami sekeluarga dunia dan akhirat.

FORENSIK

20.6.10 8:47 PM , , | Posted by piewahid
(google)


Kali ni mari kita baca artikel yang saya fikir menarik untuk renungan bersama. Kali ni ringan dan santai2 aje. Kalau rasa sesuai, sebar2kan ya:

FORENSIK masih baru dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu namun kini kosa kata ini semakin dikenali ramai kerana sering digunakan dalam media massa.

Kita tentu ingat siri televisyen popular Crime Scene Investigation (CSI) yang meninggalkan impak kepada masyarakat mengenai kepentingan penggunaan forensik dalam penyiasatan.

Hakikatnya, bidang forensik ini bukan baru kerana catatan sejarah menunjukkan penggunaan sains forensik mula dikesan kira-kira 2,200 tahun lalu iaitu pada zaman Greek. Dikatakan bahawa seorang tokoh pemikir terulung Yunani,
Archimedes menggunakan pendekatan penyerapan air bagi membezakan emas tulen yang mempunyai ketumpatan berbeza dengan kandungan emas palsu. Kaedah yang digunakan oleh beliau itu dianggap sebagai catatan terawal tentang penggunaan sains forensik dalam menegak kebenaran.

Sebenarnya zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang boleh dianggap sebagai pelopor bagi penggunaan kaedah forensik dalam membuktikan kebenaran dan menegakkan keadilan.

Dikisahkan bahawa terdapat seorang wanita yang telah jatuh hati terhadap seorang lelaki Ansar. Dia mencuba pelbagai cara untuk menggoda lelaki berkenaan, namun usahanya gagal. Dia tidak berputus asa dan terus mencuba. Akhirnya wanita itu menuduh lelaki Ansar itu merogolnya. Wanita itu menggunakan sebiji telur yang dibuang bahagian kuning telurnya. Putih telur itu disapukan pada pakaian dan kakinya. Kemudian dengan lagak sedang berada dalam situasi yang tertekan, wanita itu pergi menghadap Umar al-Khattab, mengadu yang dia telah dirogol lelaki Ansar itu.

Khalifah Umar tidak tergesa-gesa menerima bulat-bulat aduan wanita berkenaan sebaliknya mengambil pendekatan syura dengan merujuk kes itu kepada beberapa wanita lain. Keputusannya semua wanita yang dirujuk itu bersetuju bahawa kesan pada pakaian dan kaki wanita itu ialah kesan air mani. Apabila pandangan syura itu disampaikan kepada Umar, maka beliau telah bersedia untuk menjatuhkan hukuman terhadap lelaki Ansar tersebut. Bagaimanapun, lelaki Ansar itu tetap berkeras mengatakan yang dia tidak bersalah dan tidak sesekali melakukan kerja terkutuk itu.

Kemudian Khalifah Umar terbuka hati untuk merujuk kes berkenaan kepada Saidina Ali Abi Talib. Ali meneliti kesan yang dikatakan sebagai air mani itu. Selepas membuat penelitian rapi, Saidina Ali mengarahkan dibawa air yang mendidih. Air panas itu kemudian dituangkan ke atas kesan pada pakaian wanita tersebut. Apa yang berlaku selepas itu? Ya, didapati kesan yang dikatakan air mani itu mengeras menjadi pepejal putih. Bukan setakat itu saja dilakukan Saidina Ali dalam usaha menentukan sama ada kesan pada pakaian wanita itu betul-betul air mani sebagaimana didakwa. Saidina Ali telah menghidu dan merasa bahan yang mengeras itu dan mengesahkan yang kesan itu sebenarnya bukan air mani sebaliknya telur putih. Akhirnya, wanita berkenaan telah membuat pengakuan bahawa dia telah berbohong.

Oleh itu, dapat dikatakan di sini bahawa apa yang dilakukan Saidina Ali adalah proses sains forensik sehingga berjaya membebaskan seorang lelaki yang tidak bersalah akibat tuduhan liar wanita yang tergila-gilakannya. Juga dapat diiktiraf bahawa Saidina Ali adalah pelopor kaedah sains forensik dalam tamadun Islam.

Sebenarnya Islam telah menggariskan satu sistem keadilan serba lengkap dengan piawaian keadilan sentiasa diutamakan. Bermula dengan penyiasatan disusuli dengan pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah kepada soal penghakiman, Islam sangat mentitikberatkan keadilan. Dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w terdapat begitu banyak yang memperkatakan aspek keadilan ini. Islam menggariskan pelbagai pendekatan sebagai kaedah membuktikan sesuatu dakwaan. Antaranya ialah iqrar iaitu pengakuan, shahadah yang bermaksud kesaksian, yamin atau disebut sebagai sumpah, qarinah yang didefinisikan sebagai keterangan persekitaran atau keterangan tidak langsung, kitabah yang pada masa ini dikenali sebagai keterangan dokumen dan juga tidak ketinggalan keterangan berasaskan kaedah saintifik yang lebih popular dengan nama forensik. Inilah kaedah yang digunakan Islam dalam membuktikan sesuatu pendakwaan terhadap tertuduh.

Sekarang mari kita teliti satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah yang dapat kita anggap sebagai pendekatan sains forensik dalam usaha menegakkan kebenaran.

Terjadi satu kes melibatkan dua orang anak Af’aa yang masing-masing mendakwa telah membunuh Abu Jahal dalam Perang Badar. Apakah tindakan Nabi dalam menyelesaikan kes itu? Nabi bertanya kepada mereka berdua sama ada mereka telah membersihkan pedang yang digunakan. Mereka menjawab masih belum membersihkannya. Kemudian Nabi mengarahkan mereka menunjukkan pedang masing-masing. Setelah melihat kesan darah pada kedua-dua pedang tersebut, Nabi pun mengatakan kepada salah seorang daripada mereka:
"Pedang ini yang membunuh Abu Jahal” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam komentar Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Turuq al-Hukmiyyah mengatakan yang darah pada pedang tersebut ibarat seorang saksi yang hebat.

Sumber asal: Mentro Online 19/6/2010 (yang telah diubah menjadi bahan bacaan santai oleh tuan punya blog)

Piewahid:
1. Haa... sebab itulah bukti DNA yang 'selamat dari pencemaran' sangat penting bagi seseorang yang dituduh dengan tuduhan tertentu.
2. Saya suka & simpan sebuah buku nipis yang bertajuk 52 Cendiakawan Islam oleh SABDA.S terbitan ‘K’ Publishing & Distributors Sdn.Bhd. Kalau kengkawan belum pernah baca, cubalah cari kat mana2 kedai buku.

kisah benar; hampir diperkosa! (18sx)

19.6.10 10:04 PM , , , , | Posted by piewahid

Haaa... begini ceritanya. Focus utama kita adalah untuk menentang kemungkaran. Bukan untuk membuka pekung di dada tetapi supaya kita belajar sesuatu daripada sejarah. Apa2 hal, baca dulu sini dan sini jika kengkawan belum baca, bimbang timbul salah faham.

Sekitar penghujung 1980an terdapat beberapa buah IPTA di Lembah Pantai seperti UM, IB, MPLB, MPI dan Matrikulasi UIAM. Jika tak dapat tinggal di hostel, ramai di kalangan pelajar tersebut menyewa rumah di kawasan sekitar seperti Bangsar, Brickfields, Kerinchi dan Pantai Dalam. Saya yang ketika itu masih belajar di salah sebuah IPT di sana terpaksa tinggal di luar. Selepas penat berpindah-randah, akhirnya saya dan kawan2 menyewa sebuah apartment di Brickfields.

Sejak mula2 pindah, saya perasan yang jiran sebelah rumah kami semuanya ‘anak-anak ikan’ yang sibuk belajar berenang. Akhirnya kami berkawan (maklumlah jiran, kan...) dan rupa2nya kesemua mereka adalah students IPTA dari kawasan sekitar termasuk dari Shah Alam (bermakna, mereka adalah bakal tenaga professional & pengurusan dalam pelbagai bidang). Dengar2nya ada yang dah jadi majestret, pengetua, pensyarah dan sebagainya. Pssst... jadi pengacara tv yang asyik kontroversi dan dah tak berapa lakupun ada!

Mula2 memanglah mereka cuba cover macam2 tapi kalau dah hampir setiap hari berselisih bahu dan bertegur sapa, semuanya dah jadi biasa (termasuklah saya sendiri yang dah lali dengan kerenah dia orang). Bila boring, mereka masuk rumah kami, lepak2 berbual kosong dan kamipun begitu. Hubungan memang agak rapat.

Sesekali saya tengok ada jugak puak lesbo kawasan sekitar lepak2 dengan dia orang tapi yang ni saya memang tak campur! Maklumlah kita anggap mereka sama seperti perempuan lain! Yang saya tahu sampai sekarang, puak tomboy ni kalau pandang atau jeling perempuan mengalahkan jantan. Habis kena scan 1 badan. Romantiknya bukan main, maklumlah bertuhankan nafsu! Kalau tak, takkanlah ada istilah “only women know what women want!”

Balik pada cerita asal, kalau yang jantan siap bermisai tebal tu, istilahnya - top: ala2 ‘suami’ kepada mereka. Yang lembik2 macam perempuan tu bottom. Ngeri bila sesekali ternampak puak ni tidur sekatil! Kuat cemburu pulak tu! Bila sesekali mak ayah mereka datang, boleh pulak dia orang jadi jantan straight!

Saya selalu kacau mereka bersolek sebelum pergi ‘bekerja’. Kerja? Ha’ah, pergi menyundal dengan pakaian perempuan kat Kowloon (orang2 lama mesti tau tempat ni, belakang panggung colesium, jalan TAR). Ketika itu tempat ni meriah sungguh sampai ke pagi terutama malam minggu.

Semasa bekerja nama mereka automatic bertukar: Sabri jadi Sherry, Ucop jadi Fatty (bukan nama sebenar) dan sebagainya. Saya budak kampung yang naïf benar ketika tu selalu tanya:
“cop, abang ko tak marah ke ko menyundal dengan jantan lain ni?”
“ala... kerja ni cari makan bang..., cinta sebenar i kat abang man sorang je!”
ooo... boleh gitu ek?

Saya perhatikan mereka selalu telan sejenis pil (saya betul2 lupa namanya) yang ketika itu boleh didapati dengan mudah dan murah di sekitar chow kit. Selain untuk layan kepala, pil tersebut katanya mampu menghaluskan kulit, mengurangkan pertumbuhan bulu dan membesarkan buah dada. Pantangnya ialah mereka tak boleh minum atau makan makanan masam termasuk tea ais limau.

Saya suka mengacau mereka bersolek tu kerana dapat curi2 pakai rambut palsu mereka (wig) yang panjang. Dapat head banging depan cermin sekejap dah kira ok. Maklumlah bebudak, zaman tu zaman rock kapak, ala2 amy search lah konon... Menyampah!

Ketika itu lah saya tahu cara mereka ‘transform’kan diri. Sumbat span kat coli lah, span kat celah kangkanglah, sapu sana, sapu sini, klip sana, klip sini sampai ‘cantik’. Saya gelakkan mereka sebab saya kata buat apapun saya takkan berselera. Saya tahu bulu betis mereka sebenarnya lagi lebat dari bulu betis saya. Jenuh saya tengok tunggul misai atau janggut mereka yang berserabai pada waktu siang. Dengar bunyi sendawapun saya nak pengsan! Malam2 di bawah lampu malap memanglah ok.

Dalam cenggitu, ada yang cuba goda saya tetapi sebab perkara tesebut memang tak masuk akal, saya anggap gurauan semata2 dan langsung tak melayan. Sikap sinis saya rupa2nya membuatkan sesama mereka saling cabar mencabar. Siapa yang dapat, dianggap hebat.

Menjelang semester akhir, kami terpaksa berpindah ke tempat lain dan ada masanya saya terpaksa turun KL dan tumpang menginap di rumah mereka. Saya selalu tidur di ruang tamu bersama ‘ucop’ sebab dialah yang paling rapat dengan saya dan dia nampak macam nak berubah. Sesekali saya ajak dia jogging ke Tasik Perdana, konon-konon supaya dia keras sikit. Malunya tuhan sajalah yang tahu bila berjoggingpun sibuk nak pegang tangan. Hampeh!

Kali ke tiga saya tumpang tidur di situ, semua yang lain sibuk keluar clubbing, balik pagi. Tinggal saya dan ucop serta seorang kawannya yang besar macam gergasi tetapi masih nak patah2 pinggang jugak. Saya tengok kali ni lain benar caranya ucop dan kawannya memandang saya. Ala2 bergurau tetapi tangan tak henti2 usik sana, usik sini.

Agaknya sebab saya enggan melayan, si gergasi tu pegang kaki saya dan si ucop pegang tangan. Dua jantan besar pegang saya, mana mampu saya lawan. Badan saya sekeping je masa tu. Dah jenuh meronta2 dan melarang, mereka tetap gelak2 dan main2. Saya dah marahpun, mereka tetap galak meraba dan akhirnya saya hilang upaya nak melawan. Dalam hati saya kata, “habislah punggung aku kali ni, paling tidakpun kena kulum. rupa2nya ini akibatnya aku berbaik sangka dengan dia orang!”

Nak menangispun ada masa tu. Oh tidak, adakah aku akan ternoda!! Hehehe... Tangan gergasi dah sibuk nak buka zip seluar saya. Bau nafas macam bangkai. Sebelum menjadi mangsa saya buat pesanan terakhir pada ucop dan gergasi tu:
“oklah, kalau korang nak buat jugak, sukatilah. Aku memang tak mampu nak lawan. Tapi lepas korang kerjakan aku, tolong pastikan aku mati. Kalu aku hidup, mampus korang!”

Tiba2 si gergasi dengan ucop terpempan. Ucop pun jawab:
“ala... gurau2 sikitpun tak boleh” dengan suara garau ala2 manja kera. Dia orang lepaskan saya dan saya terus keluar daripada rumah. Dah habis cerita....


Hati2lah kengkawan bila anak kita menyewa beramai-ramai semasa belajar. Sesekali buatlah spot check. Masalahnya mereka boleh tinggal sebumbung sebagai ‘suami isteri’ kerana tiada siapa boleh tangkap jantan dengan jantan atau perempuan dengan perempuan tinggal serumah, kan? Air tenang jangan disangka tiada buaya!

Kengkawan, saya bukan membenci golongan ini secara peribadi tetapi saya sayangkan mereka sebagai saudara seagama. Sebenarnya rata2 mereka adalah anak kampung yang bermasalah berasal dari berbagai2 negeri. Normal fizikal, cuma melayan nafsu songsang. Ada yang pernah bercinta sakan lelaki perempuan, perempuan lelakipun. Walaupun Barat mengistilahkannya sebagai biseksual, dalam masa yang sama bermakna mereka mampu pulih. Kenapa prinsip kebebasan Barat bertuhankan nafsu bertunjangkan akal yang kita ikut? Samalah seperti orang yang hanya puas jika melakukan seks ganas, secara luar tabi’ie, ketagih mendera haiwan, suka makan batu atau kaca, bernafsu melihat pakaian dalam dan sebagainya. Bukankah itu membuktikan mereka mempunyai inferiority-complex dan memerlukan bimbingan pakar dalam pelbagai bidang.

Beberapa perkara yang pasti semasa bergaul dengan mereka ialah:

1. Saya tak pernah nampak mereka solat termasuk solat jumaat.
2. Sentiasa melakukan maksiat (seks sumbang)
3. Meminum arak dan menelan pil2 tertentu.
4. Tak pernah puasa.
5. Kebanyakan mereka pernah jadi mangsa liwat semasa kecil.
6. Pernah kecewa dengan teman wanita.
7. Dibesarkan dalam keluarga yang majoritinya wanita.
8. Kerana ibu bapa mereka terlalu inginkan anak perempuan sehingga dididik seperti perempuan.
9. Terdedah dengan aktiviti & perlakuan lucah seperti menonton video lucah bersama seisi keluarga.
10. Terpengaruh kerana ingin mencuba (terutama semasa tinggal di asrama).
11. Ramai yang terlibat dengan jenayah dan penagihan dadah dan seterusnya AIDS/HIV.


Piewahid:
1. Jiwa kosong adalah masalah sebenar mereka!
2. Apa2pun, lelaki lembut tak semestinya pondan!
3. Kengkawan sedar atau tidak, isu ini telah berleluasa dan semakin berkembang dengan pantas?

khunsa vs pondan (musykil vs mukhannas)

18.6.10 9:22 PM , , , , | Posted by piewahid
(google)

Entry sebelum ini nampaknya menimbulkan respon yang pelbagai kerana ada beberapa emel yang tak dikenali menghujani kotak emel saya. Hehehe... tak kisahlah pro atau kontra, saya menghormati pendapat kengkawan.

Perlu diingat, saya berblog tanpa apa2 kepentingan kecuali kerana suka berkongsi idea dan fikiran. Nak kejar glamour dan trafik jauh sekali. Pakcik dah tua! Ilmu pulak memang tak tinggi sebab belajarpun sekerat tiang. Yang ada cuma secubit pengalaman. Kalau boleh terima pandangan saya, terima lah. Tak terima, bukan saya yang menentukan hati dan corak pemikiran seseorang.

Jadi janganlah anggap saya cuba kenen atau tujukan kepada individu tertentu. Bukan juga bermaksud enggan memahami golongan terbabit. Please... saya bergaul dengan golongan terbabit bukannya baru! Betul...nanti saya cerita. Tak payah kecoh2! Ingat mengingati apa salahnya, tak gitu nyah?! Tanda sayanglah tu kan?

Entry saya cuma berdasarkan sensitiviti saya terhadap masalah sosial yang semakin membarah dalam masyarakat. Biasa baca kat paper: isteri lari ikut tomboy? Biasa baca pusat urut gay? Pernah terserempak jantan sama jantan gesel2 manja? Pernah tengok tomboy saling belai-membelai? Ada saudara-mara lelaki yang lembut tulang atau yang perempuan minat perempuan? usah bohonglah, mesti ada punya! Haaa..., tengok je? Human rights? Biar betul...takkan tak ada rasa janggal kut?

Isu ni bukan isu baru. ...dah berkurunpun dan melibatkan semula LAPISAN masyarakat! Sampaikan nabi Luth diutus khas untuk isu ini. Saya tengok netgeo dan ada baca rencana2 tertentu, haiwan pun ada yang homo. Jadi, sebelum saya cerita kisah benar saya hampir diperkosa gay, elok kita rujuk isu ini mengikut perspektif agama. Fahami dulu betul2 perbezaan antara pondan dan khunsa, baru boleh marah2...

Dari segi fiqh Islam, Khunsa ialah individu yang tidak diketahui jantinanya sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya langsung semenjak asal.

Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).

Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan.

Khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Jika khunsa ghair musykil itu seorang lelaki, maka pasangannya mestilah perempuan. Jika dia itu seorang perempuan, pasangannya ialah seorang lelaki. Malah harus juga bagi individu terbabit (khunsa ghair musykil) untuk memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi sama ada untuk bersetubuh ataupun untuk kencing (membuang air kecil).

Selain lelaki, perempuan dan khunsa, ada juga golongan lain yang wujud dalam kalangan masyarakat manusia, iaitu mukhannas.

Mukhannas bermaksud: seseorang yang menonjol dirinya menyerupai wanita. Golongan ini dilaknat oleh Rasulullah sebagai musuh Allah. Dalam bahasa Melayu mukhannas juga dikenali sebagai pondan atau Mak Nyah ialah lelaki yang bertindak menyerupai wanita.

Perbezaan antara khunsa dan mukhannas amat ketara sekali. Khunsa memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya langsung semenjak asal.

Mukhannas hanya memiliki zakar sahaja semenjak asal tetapi sikapnya menjadi lembut lebih daripada seorang wanita disebabkan dorongan naluri dan tekanan jiwa yang dahsyat hinggakan ada yang sanggup menjalani pembedahan plastic untuk memiliki faraj dan payu dara. Begitu juga sebaliknya (perempuan menyerupai lelaki) Dengan kata lain, seorang mukhannas ataupun pondan itu sebenarnya adalah seorang pesakit jiwa.

Namun mengikut Kamus Dewan Bahasa, pondan bermaksud lelaki sebagai wanita dan wanita sebagai lelaki.

Khunsa pula didefinisikan sebagai pondan. Pasti sekali definisi khunsa sebagai pondan itu salah kerana kewujudan khunsa ditentukan oleh Allah Taala. Sedangkan kewujudan mukhannas atau pondan pula disebabkan penyakit tekanan jiwa yang dialami oleh seseorang yang akalnya dikuasai oleh nafsu jahat.

Definisi begini telah mempengaruhi minda mereka dan dijadikan alasan bagi yang gila menukar jantina untuk menganggap diri mereka adalah khunsa yang telah ditakdirkan oleh Allah Taala. Lantaran penyakit jiwa yang dialami, pondan sanggup berpakaian perempuan dan menggoda kaum lelaki demi untuk memuaskan nafsu sex rambangnya sama ada dengan cara mengulum dan menghisap zakar lelaki lain ataupun dengan cara mengamalkan tabiat sex umat Nabi Luth a.s (homosexual) yang akhirnya dimusnahkan oleh Allah Taala. Kalau perempuan, mereka menggunakan teknik geselan, jari ataupun sex toys yang menyerupai zakar lelaki.

Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
(HR Abu Daud)


Sumber asal: pelbagai carian dari al quran, hadis dan google



piewahid:
Ingat ya, dosa homoseksual lebih berat daripada zina. lepas ni kita sambung cerita. kalau cerita sekarang, panjang sangat, bimbang tak larat kengkawan nak baca.

gay, lesbian dakwa dianiaya

17.6.10 9:04 PM , , , , , | Posted by piewahid
(google)


apa khabar kengkawan…
moga semuanya sentiasanya dalam redha-Nya. selamat berjumpa kembali. rindu sangat rasanya. sebagai pembuka bicara selepas lama tak berblog, saya c&p maklumat yang saya fikir elok kita sama2 renungkan. maklumat ini saya terjumpa ketika jenguk2 metro online sebentar tadi. jom layan….

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my
2010/06/17

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneliti memorandum dihantar golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang mendakwa hak mereka dicabul selepas beberapa artikel membabitkan kegiatan mereka didedahkan media.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, memorandum mengenai diskriminasi golongan LGBT itu diserahkan kepada pihaknya, Khamis lalu. “Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat keputusan segera kerana kajian teliti perlu dijalankan dan ia akan mengambil masa yang lama. “Ini kerana Suhakam menekankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kepekaan moral dan budaya masyarakat juga harus dititik berat sebelum keputusan dibuat bagi menentukan hak golongan LGBT,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat pertama selepas dilantik di pejabatnya, di sini, semalam. Dalam majlis itu, beliau turut memperkenalkan tujuh pesuruhjaya baru untuk sesi 2010-2013 di pejabatnya, di sini, semalam. Beliau berkata, ia tidak bermakna Suhakam tidak mengambil perhatian dan tetap meneliti hal berkenaan. “Suhakam akan terus melindungi hak semua individu tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, golongan LGBT tidak berpuas hati apabila pelbagai media banyak memaparkan mengenai golongan itu yang semakin berleluasa di beberapa tempat di negara ini.

Dalam memorandum itu, golongan berkenaan marah dengan penggunaan ayat seperti songsang, lucah dan jijik dalam artikel dikeluarkan media dan mendakwa melanggar hak mereka.

piewahid:
lepas ni bohsia, bohjan, dan anak2 derhaka pulak nak menuntut hak masing2 kut? atau akan ada pula yang akan menuntut hak bebas mencuri, menagih dadah dan buang ibu bapa? setakat saman mak ayah sebab nak kahwin dan minta hak keluar daripada islam tu dah kira biasa. marilah kembali kepada islam sepenuhnya dan sila2kan kongsi pendapat kengkawan…

bohong SUNAT? haaa... nak menipulah tu!

8.6.10 12:15 PM , | Posted by piewahid

hari ni cerita kita cerita santai2 aje...

maaflah, ini cerita lama. rasanya dah ramaipun orang cerita. tak apalah, kali ni versi saya pulak. lagipun ianya sentiasa menjentik hati saya apabila ada yang gunakan istilah ini sesuka hati: bohong sunat!

tadipun ada sorang kawan cakap cenggini depan saya:
“ala... bukan aku tipu betul2, aku tipu sunat!”
bengkek punya pasal, saya jawab:
“banyak cantik engkau punya tipu sunat, aku sunatkan engkau lagi sekali, baru kau tau!”

kengkawan pun tentu biasa dengar perkataan bohong sunat, kan? dah jadi budaya dalam masyarakat kita sehingga dianggap perkara biasa. dah tak sensitive langsung!

mana boleh gunakan istilah ni sesuka hati cenggitu... maksud saya, soal halal, haram, makruh, sunat dan harus ni soal hukum. manalah boleh tukar2 hukum sesuka hati. gurau2pun, soal hukum tak boleh buat main2... kalau langgar hukum, dosa pahala tanggung sendiri. kalau mengelirukan orang ni, dah melibatkan third party, banyak pihak!

yang saya faham, paling tinggi pun hukum berbohong sekadar HARUS. tak pernah saya jumpa hukum berbohong adalah SUNAT. itu dah mengubah hukum namanya. ada kengkawan yang boleh tolong betulkan saya?

meh kita check beberapa hadis:

sabda nabi s.a.w.; “bukanlah dianggap pendusta/ pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja" (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)
(hr imam al-bukhari dan muslim dari ummu kalsum r.a.).

dalam riwayat imam muslim, terdapat tambahan; ummu kalsum berkata; “aku tidak mendengar nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) ketika peperangan
2) untuk mendamaikan di antara manusia
3) percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya. (hr imam muslim)

dari ummu kalsum binti ‘uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar rasulullah saw bersabda:”bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik” (hr bukhari)


piewahid:

1. cerita kita ni tentang yang baru2 belajar nak berbohong. kalau memang kaki pembohong, itu kategori lainlah.
2. pelik juga kadang2 ada orang yang seolah-olah minta ditipu. kita dah cakap betul2, dia kata kita tipu. tipu betul2 kang, padan muka!
3. bohong dan muslihat adalah 2 perkara yang berbeza tetapi berbohong dan munafik adalah sama!
4. penat, baru sampai dari penang pukul 2am semalam.
5. sambil2 tu kalau ada masa meh check
sini, kita kenali yahudi!

al-qur’an kita yang punya tetapi yahudi yang guna!


sempena anak2 bercuti, kami sekeluarga ke penang dalam 2,3 hari menziarahi abang yang masih berada di hospital menjalani chemotherapy. doa2kan perjalanan kami selamat pergi dan balik. saya tinggalkan 2 entries untuk dikongsi sebagai tanda sentiasa menghargai kengkawan. tolong sebar2kan jika difikirkan sesuai.

bangsa yahudi lebih pintar?
artikel dr stephen carr leon ini patut kita renungkan. beliau menulis berdasarkan pengamatan peribadi beliau yang berada selama 3 tahun di israel semasa menjalani housemanship di beberapa buah hospital. terdapat beberapa perkara menarik dalam kajian thesisnya, iaitu, “mengapa yahudi pintar?”

stephen mengkaji kenapa yahudi begitu pintar? kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? apakah ini suatu kebetulan? atau hasil usaha sendiri?

di Israel, beliau dapati apabila seseorang wanita mengandung, wanita tersebut akan sering menyanyi dan bermain piano. si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan soalan bersama suami. (mak & ayah kita sibuk berkaraoke)

stephen bertanya tentang keadaan tersebut dengan beberapa kenalan wanita beliau:
“apakah ini untuk anak awak?”
“ya, ini untuk anak saya di dalam kandungan. saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi genius.”
situasi tersebut membuatkan stephen tertarik untuk terus mengikuti perkembangannya.

semasa menyelesaikan permasalahan matematik tersebut, bakal ibu tak jemu-jemu cuba menyelesaikan latihan matematik sehingga saat kelahiran.
(sesetengah ibu bapa kita tak jemu-jemu layan hidustan atau akademi fantasia)

kemudian stephen perhatikan cara mereka makan. sejak awal mengandung, wanita yahudi sangat suka memakan kacang badam dan kurma bersama susu. sewaktu tengah hari, makanan utamanya roti dan ikan tanpa kepala berserta salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kacang-kacangan.
(ibu-ibu kita layan asam)

menurut kepercayaan yahudi, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. selain itu, mereka juga mewajibkan diri mereka mengambil makanan tambahan iaitu pil minyak ikan (code oil lever).

ketika dijemput untuk makan malam bersama orang orang yahudi, stephen menceritakan, “perhatian utama saya adalah menu mereka. pada setiap undangan yang sama saya perhatikan, mereka gemar sekali memakan ikan” (hanya isi atau fillet). biasanya kalau mereka sudah ada ikan, tidak ada daging. ikan dan daging tidak dimakan dalam satu hidangan. menurut keluarga yahudi, campuran daging dan ikan tak bagus dimakan bersama. salad dan kacang pula sangat digalakkan terutama kacang badam.

uniknya, mereka akan makan buah-buahan dahulu sebelum menikmati hidangan utama. menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan akan menyebabkan rasa mengantuk. akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

di israel, merokok adalah taboo. apabila diundang makan di rumah yahudi, jangan sesekali merokok. tanpa teragak-agak mereka akan menyuruh perokok merokok di luar rumah mereka.
(bangsa yahudi adalah satu bangsa yang sangat berjaya membanteras masalah rokok)

menurut ilmuwan di universiti israel, penelitian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. ertinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh). Ini merupakan suatu penemuan dari saintis gen dan DNA israel.

perhatian stephen selanjutnya adalah terhadap anak-anak yahudi. mereka sangat mengambil berat tentang jenis makanan mereka. makanan awal adalah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan.
(anak-anak kita suka makanan & minuman ringan yang yahudi longgokkan di dalam pasaran)

mengikut pengamatan stephen, anak-anak yahudi sungguh cerdas. kebanyakan mereka memahami tiga bahasa iaitu hebrew, arab dan inggeris. sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. ini adalah suatu kewajiban. yahudi berpendapat bermain muzik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. sudah tentu bakal menjadikan anak pintar. menurut saintis yahudi, rentak muzik dapat merangsang otak. tak heran banyak pakar muzik daripada kaum yahudi.
(kalau kita, patutnya ajarlah al-qur’an…)

seterusnya semenjak kelas 1 hingga 6, kanak2 yahudi akan diajar matematik berasaskan perniagaan. pelajaran IPA (tak tau macamana nak terjemahkan -merujuk kepada International phonetic Alphabet kut?) sangat diutamakan. di dalam pengamatan stephen, perbandingan kanak2 yahudi dengan kanak2 di california, perbezaan IQ mereka adalah 6 tahun lebih ke hadapan…

segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap dan difahami oleh kanak2 yahudi. selain daripada pelajaran tadi, olahraga juga menjadi kewajiban bagi mereka. olahraga yang diutamakan adalah memanah, menembak dan berlari. bagi orang-orang yahudi, memanah dan menembak dapat melatih otak untuk fokus. di samping itu, menembak adalah sebahagian daripada persiapan untuk membela negara. (rasulullah dah suruh kita ajar anak berenang, memanah dan menunggang kuda…)

di sekolah tinggi (menengah), murid-murid yahudi digalakkan belajar sains. mereka didorong menciptakan produk. meskipun projek mereka kadangkala kelihatan lucu dan membazir, ianya tetap diteliti dengan serius. apatah lagi kalau projek itu berupa senjata, perubatan dan teknikal. idea itu akan dibawa ke peringkat lebih tinggi.

satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti ekonomi. mereka begitu agresif dan serius mempelajari ekonomi. pada tahun akhir pengajian universiti, mahasiswa diwajibkan melaksanakan projek. mereka harus mempraktikkannya. mereka hanya akan lulus jika team (10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $us 1 juta!

piewahid:

1. sumber asal thesis ini telah saya terjemahkan secara bebas mengikut cara & gaya bahasa saya yang merapu meraban.
2. kengkawan tahu tak maksud symbol bintang berbucu 6 pada bendera israel tu? ianya melambangkan materialisme dan spiritualisme!
3. walaupun ini cerita lama tetapi tolong sebar2kan, moga ada manafaatnya.

keji ke puji yahudi?


ini adalah sebahagian daripada celebrities berbangsa yahudi yang barangkali termasuk dalam senarai yang kita atau anak2 kita minati. bagi saya, menguasai maklumat sangat penting dan terpulanglah kepada tanggapan masing2. yang penting saya dah bagitahu!

1. Barry Manilow — Rolling Stone Magazine named Barry ‘The Showman Of Our Generation’.
2. Susanna Hoffs — Lead singer of the girl group ‘The Bangles’.
3. Bob Dylan — ‘changed the face of rock and roll forever’.
4. Al Jolson — 1920’s Broadway singer: Baby Face, Sonny Boy, My Mammy and Carolina In The Morning
5. Lou Reed — lead singer of velvet underground, groundbreaking 60’s band, connections to andy warhol
6. Billy Joel — Grammy award-winning singer/songwriter (’Just The Way You Are’, ‘Uptown Girl’, ‘Piano Man’)
7. Marc Bolan — (born Mark Feld) was the guitarist/vocalist of the rock band T. Rex.
8. Elvis Presley — The King of Rock and Roll – yes, the King has unbroken Jewish maternal ancestry.
9. Barbra Streisand — The first performer to win an Oscar(2), Emmy(4), Tony(1), Grammy(10) and Golden Globe(10) Awards.
10. Neil Diamond — 36 years of powerfull music and still going strong!
11. Craig David — The popular soul sensation from Southampton, England.
12. Evan and Jaron Lowenstein — Successful Pop Stars (They are twins)
13. Paula Abdul — Grammy/Emmy award winning Singer, Dancer, Choreographer
14. Bette Midler — Singer and Actress: ‘The Rose’, ‘The First Wives Club’, ‘Beaches’, ‘Down and Out in Beverly Hills’
15. Beastie Boys — The first caucasian rap group
16. David Lee Roth — Former front man of the Mighty Van Halen, and solo artist
17. Paul Simon — One of the finest songwriters of our time: Sounds of Silence, Bridge over Troubled Water
18. Art Garfunkel — Singer and Songwriter: Scarborough Fair, Feelin’ Groovy, Mrs. Robinson, The Sound of Silence
19. Carole King — singer/songwriter of numerous hits like ‘You’re Got a Friend,’ ‘Locomotion’ and ‘Up on the Roof’
20. Phish — popular band, grateful dead cover band
21. Mick Jones — Lead guitarist for the best rock ‘n’ roll band ever, the Clash
22. Gene Simmons — Bass, Lead Vocals for the rock band ‘KISS’
23. Gavin Rossdale — Lead singer of British rock group Bush
24. Jakob Dylan — Lead Singer of ‘The Wallflowers’ and Bob Dylan’s Son
25. Leonard Cohen — songwriter, poet, novelist and singer
26. Paul Stanley — Lead singer for the rock band Kiss
27. Beck Hansen — the Grammy-winning pop star
28. Raoul Journo — popular Tunisian singer & oud player
29. Lenny Kravitz — singer; 1999 Grammy: Best Male Rock Vocal Performance
30. K. D. Lang — country rock singer from Canada
31. Adam Duritz — lead singer for the alternative band Counting Crows
32. Dana International — Israeli transsexual Eurovison winner
33. Randy Newman — singer/composer: 12 Academy Awards nominations, ‘Short People’, ‘Mama Told Me Not To Come’
34. Salima Pasha — most popular female Iraqi singer since the early 1930s (Salima Murad)
35. Phranc — self-proclaimed ‘all-American Jewish lesbian folk singer’
36. Perry Farrell — lead singer of Jane’s Addiction
37. Justine Frischmann — Elastica’s Jewish frontwoman
38. Danny Elfman — lead singer for ‘Oingo Boingo’
39. Lisa Loeb — the first unsigned artist to top the American charts
40. Mel Torme — silken-voiced pop and jazz singer and actor: The Christmas Song (Chestnuts roasting in an open fire)
41. Joseph Schmidt — pre ww2 tenor in Germany, died Switzerland during the war
42. Yves Montand — famous French actor/singer
43. Arlo Guthrie — singer/composer of ‘Alice’s Restaurant’
44. Dinah Shore — singer, actress and TV personality
45. Friedrich Schorr — leading Wagnerian bass-baritone of the 1920s and 1930s
46. Lainie Kazan — actress and singer: My Favorite Year, Beaches
47. Beverly Sills — vast opera career, performing over 90 opera roles
48. Theodore Bikel — actor, singer, linguist, storyteller, activist
49. Christopher Baron — lead singer of the ‘Spin Doctors’

Pereka Fesyen
1. Calvin Klein — famous clothes designer (brand of clothing)
2. Ralph Lauren — (Ralph Lipshitz) world famous fashion designer (brand of clothing)
3. Pauline Trigere — 1940s-50s fashion designer, she created the first reversible coat
4. Levi Strauss – Levi’s Brand, inventor of blue jeans, the quintessential American garment
5. Isaac Mizrahi — fashion designer, starred in Unzipped
6. Kenneth Cole — fashion designer who’s married to Mario Cuomo’s daughter

tahniah, kita sentiasa bantu yahudi bunuh saudara sendiri!


maaf, saya tak berkesempatan ziarah blog kengkawan buat sementara waktu. cukuplah kalau saya katakan, saya terlalu sibuk dan perlu bergerak ke banyak tempat!

saya ada janji dalam n3 sebelum ini, saya akan c&p kan maklumat mengenai kaitan yahudi dan rokok. respon kengkawan dalam n3 tersebut juga cukup hebat. walaupun cerita ini cerita lama, tetapi tolonglah sebar2kan sama ada melalui emel atau blog kengkawan. fitrah manusia memang perlu sentiasa diingat2kan.

persilakanlah, kopi pes apa saja, bila2 masa. kalau ada manafaat, saya tumpang dapat pahala (insya-Allah..) yang buruk-buruk, janganlah! hihihi...



PHILIP MORRIS – SYARIKAT ROKOK YAHUDI YANG MENGUASAI DUNIA

Philip Morris, baru bertukar nama menjadi Altria Group pada 2003. Altria bererti ‘tinggi’ yang maksudnya berasal dari bahasa Latin. Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.

Sempena nama Philip Morris iaitu seorang peniaga Yahudi, syarikat tembakau itu berkembang sebagai sebuah syarikat ketiga paling menguntungkan dalam kategori barangan pengguna. Pada akhir tahun kewangan 2007, ia mencatatkan pendapatan sebanyak US$8.9 bilion dengan mengeluarkan 850 bilion batang rokok di seluruh dunia. Di pasaran semasa, penguasaan Philip Morris meningkat dari 15.4 peratus dalam tahun 2006 kepada 15.6 peratus pada tahun 2007.

Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Yahudi dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?

Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.

Dr Wu Tao-Wei dalam artikel ‘Why the Jews Hate ‘Fa Lun Gong’ berkata, sama ada terdapat gula di dalam diet, tembakau, barah, dadah atau ribuan bahan-bahan asing lain yang memudaratkan manusia, jika ia memberi faedah kepada Yahudi, mereka akan mempromosinya dengan bersungguh-sungguh.

Yahudi sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan manusia. Melalui tembakau dan rokok, hampir 23 peratus kematian di Republik Chech adalah akibat tabiat merokok.

Bagaimana pengaruh rokok berkembang di seluruh dunia?

Sejak 1847 hingga 2008, Philip Morris sentiasa berkempen secara agresif melalui Philip Morris International (PMI). Bermula di Australia pada 1954, jualan rokok terus meningkat dan pada 1973, pengeluaran rokok mencecah 124 bilion batang.

Kilang terbesar Philip Morris di luar AS ialah di Bergen op Zoom, Belanda yang dibuka pada 1980. Kejayaan kilang ini ialah menyumbang sebanyak US$1 bilion iaitu kali pertama Philip Morris mendapat jumlah berkenaan sejak penubuhannya.

Dua tahun kemudian, volum rokok mencecah 400 bilion, menyebabkan operasi PMI perlu dikembangkan selari dengan pertambahan permintaan. Syarikat itu membelanjakan lebih US$3 bilion untuk kempen pengiklanan pada 1996, menjadikannya pengiklan kesembilan terbesar di dunia.

Kesan daripada kempen merokok, 67 peratus lelaki di kawasan bandar di Kemboja menjadi perokok manakala di luar bandar, ia mencecah 86 peratus. Di China, 3,000 orang mati setiap hari kerana merokok. Kajian di Filipina pula mencatatkan 99.8 peratus iklan tembakau menjadi permulaan kepada tabiat merokok khususnya kepada 60 peratus lelaki yang merokok.

Korea Selatan adalah pasaran kelapan terbesar bagi rokok dunia di mana jumlah rokok yang dikeluarkan setahun dianggarkan 100 bilion. Kawasan yang menjadi pasaran besar kepada rokok ialah Pasifik Barat di mana dua per tiga lelaki terlibat dengan tabiat merokok.

Selain Philip Morris, Kementerian Kewangan Jepun turut menjadi pemegang saham terbesar dalam Japan Tobacco iaitu salah satu syarikat pengeluar rokok utama dunia.

Oleh kerana pasaran rokok yang sangat besar, PMI melangkah jauh dengan membuka kilang pengeluaran rokok pertama di Asia pada 1995 dengan mendirikan kilang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Lapan tahun kemudian, Filipina menggantikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran rokok utama Asia dengan lonjakan pendapatan sebanyak US$5.7 bilion iaitu pertambahan seratus kali ganda sejak 1970.

Selepas Malaysia dan Filipina, PMI melebarkan bisnes ke Indonesia dengan menguasai 95 peratus saham dalam PT HM Sampoerna pada harga US$4.8 bilion.

Menguasai bisnes rokok di lima benua, Philip Morris mewarisi pendapatan US$38.05 bilion (2007) melalui penjualan 26 jenama rokok termasuk Marlboro, L&M, Philip Morris, F6, Classic dan Sampoerna di samping menjadi penyeludup rokok haram paling besar. Di Itali, media negara itu mendedahkan peranan Philip Morris sebagai pedagang marijuana terbesar di dunia.

Apakah kaitan Philip Morris, Yahudi, rokok dan memusnahkan masyarakat dunia?

Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap.

Pengasas Philip Morris adalah seorang Yahudi. Ia memberi sumbangan besar kepada Yahudi dan Israel. Di samping membantu rumah-rumah ibadat (synagogues) Yahudi, Philip Morris juga meningkatkan pengaruh mereka ke atas ahli politik dan kerajaan di negara-negara membangun dan dunia ketiga.

Di Amerika Syarikat, sumbangan kewangan terbesar kepada calon-calon politik dalam pemilihan 1995-96 adalah dari syarikat tembakau dengan jumlah US$4.2 bilion.

Di Kenya
, Philip Morris menaja persembahan Third East African Jua Kali/Nguru Kazi Craft Exhibition 2001 atas nama memelihara warisan kebudayaan negara. Di Thailand, mereka menaungi ‘8th Art Competition 2001’ untuk memilih wakil Thailand bagi Asian Art Competition 2001 yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Kempen secara sembunyi turut dilakukan di Turki. Philip Morris telah membelanjakan wang bagi membaik pulih Parlimen Turki yang dibuka semula oleh Menteri Kebudayaan pada 2001 di sebalik bantahan orang ramai. Di negara itu juga mereka membantu usaha menyelamat bandar purba ‘Zeugma’ dari ditenggelami air empangan.

Di sebalik tangan-tangan Yahudi yang tersembunyi di sebalik tabir bisnes rokok, Philip Morris menaja komuniti Yahudi di Amerika Syarikat seperti bantuan penajaan bagi Jewish Community Council of Greater Coney Island dan program pengajian Yahudi di Arizona State University.

Mereka juga menaja penyelidikan mengenai kesan-kesan genetik, persekitaran dan ciri-ciri psikologikal tabiat merokok ke atas wanita Israel. Sebanyak US$250,000 dilaburkan oleh Philip Morris USA dan Philip Morris International kepada lima pasukan penyelidik di Hadassah-University Hospital.

Philip Morris dan Atria Group menjadi syarikat rokok terbesar di dunia, mengatasi British American Tobacco dan Japan Tobacco. Penguasaan Yahudi melalui bisnes tembakau dan rokok dieksploitasi sepenuhnya oleh Philip Morris. Mereka melancarkan rokok jenama khas di Israel iaitu Maori Mix, memindahkan pekerja-pekerja Yahudi dari New York ke Richmond kerana pemikiran, sikap dan perlakuan Yahudi lebih terjamin di bandar itu di samping enam buah synagogue sedia ada. Rabbi Yahudi juga sedia melawat dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja Yahudi di syarikat itu.

Inilah sikap Yahudi. Ketika orang lain menderita, mereka tetap menjaga sebaik-baiknya Yahudi yang bekerja di situ.

Philip Morris tidak kisah dengan 400,000 kematian setiap tahun di Amerika Syarikat. Ia adalah syarikat Yahudi dan masih wujud sehingga kini. Diberi bantuan yang sangat besar oleh pelobi dan penyokong Yahudi di Kongres. Mereka tahu produk mereka adalah pembunuh tetapi masih mengisytiharkannya sebagai memberi keuntungan kepada ekonomi. Itulah Yahudi, syarikat rokok Yahudi yang sangat berkuasa. Jadi siapa yang menghisap rokok adalah bersengkokol dengan yahudi

sumber: http://idhamlim.blogspot.com/

piewahid:

1. saya bekas perokok tegar selama hampir 30 tahun. di hujung ‘karier’ sebagai perokok, saya perlu menghabiskan lebih 2 bungkus rokok gudang garam setiap hari akibat rasa jenama lain yang telah ‘tawar’.

2. saya mula merokok sejak di bangku sekolah akibat mahu dianggap ‘setaraf’ dengan kengkawan yang lain. rokok dianggap lambang macho, berani dan kedewasaan. “gaya, mutu, keunggulan”- bayangkan betapa jijiknya penipuan! tahu-tahu sampai ke tua. (kenapalah bodohnya aku??)

p/s – perhatian kepada kengkawan yang mempunyai anak-anak remaja atau bertugas sebagai guru, ketagihan di tahap ini bukanlah satu masalah untuk pelajar berhenti merokok. yang jadi susah sangat tu kerana berpunca daripada kedegilan dan ego seorang remaja.

3. saya mengambil keputusan berhenti merokok kerana memang sudah terlalu lama membenci tabiat merokok, menyedari bahaya merokok dan mengetahui hukum HARAM merokok. saya gagal dalam banyak kali percubaan berhenti akibat ketagihan merokok yang tinggi. (kononnya)

4. seperkara yang saya bangga ketika menjadi perokok ialah, saya tidak merokok di dalam rumah, merokok sambil mendukung bayi dan ketika memandu atau bersama penumpang dalam kenderaan. (kira ada sivik jugalah sikit2...)

eleh, benci yahudi kunun...!

ni gambar real kat pwtc semasa kejohanan hoki suatu ketika dulu


(alamak, habislah aku kali ni. mesti ramai yang marah-marah dengan n3 yang penuh provokasi ni. marahpun marahlah... aku nak provok jugak!)

2,3 hari ni marah benar orang kepada yahudi nampaknya. eleh, marah-marah sayang! yahudi tak heranpun... bukan dia orang tak tau! lebih-lebih lagi kalau PERKASA yang anjurkan demonstrasi, mesti yahudi gelak sampai guling-guling. (eh, marah? rileks, rileks....!)

tak apalah, bantahlah, tulis banyak-banyak dalam blog, facebook dan sertai demonstrasi. saya setuju, bukan tak setuju! itupun salah satu kaedah jihad jugak. kurang-kurang ada juga rasa nak marah daripada langsung tak sensitive. yang tak sensitive ni, agaknya bagi mereka kekejaman yahudi terhadap umat islam di palestin tak ada kena mengena. seolah-olah tengok katak mati kat jalanraya musim hujan. yang cenggini parah!!

hukum membantu sesama muslim ialah:
fardhu ain (wajib ke atas setiap individu) kepada penduduk negara islam yang diserang untuk mempertahankannya dan menjadi hukum fardhu kifayah (kewajipan umum) ke atas umat islam yang lain yang berada di luar negara tersebut.

bagaimanapun, sekiranya penduduk sesebuah negara tidak berkemampuan untuk menghadapi musuh, maka kewajipan meluas kepada kaum muslimin yang berdekatan dengan negara tersebut, dan seterusnya jika belum mampu juga, ianya menjadi fardu ain bagi yang berdekatan negara tersebut sehingga terbina kekuatan yang mampu menewaskan musuh. sekiranya belum memadai juga, maka jihad menjadi fardu ain bagi seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.

“seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (hr. al bukhari dan muslim).

kengkawan nak boikot ekonomi? pun ok jugak.


kata dr yusuf qardawi:
"di antara cara membantu umat islam di palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih-pilih). setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah dianggap peluru yang menembusi dada-dada saudara dan anak-anak kita di palestin”

tapi sebagai cadangan tambahan, eloklah berkenalan dulu dengan puak-puak yahudi ni. menguasai maklumat dan mengenali musuh adalah kunci kemenangan.

siapa itu yahudi? alah panjang sangatlah nak cerita. kalau nak tahu juga, cuba klik
sini. ringkasnya yahudi ni bangsa yang sangat bijak dan ramai di kalangan nabi atau rasul berbangsa yahudi. artis-artis dan bermacam-macam tokoh hebat dunia dari dulu sehingga sekarangpun ramai yang berketurunan yahudi. nama mereka sahaja yang berbunyi seperti nama omputeh...

sebenarnya, apasal nak marah sangat yahudi ni? namapun yahudi. meh check dalil-dalil ni. memang kerja dia orang nak menyakitkan kita.

firman Allah:

orang-orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). katakanlah (kepada mereka): sesungguhnya petunjuk Allah (agama islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (surah al baqarah ayat 120)

“… maka yahudi menyukai apa yang menyusahkan kamu, telah nyata kebencian dari mulut mereka , dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat kami, jika kamu memahaminya” (surah ali imran ayat 118)

“tiadalah sekali-kali orang yahudi berteman dengan orang islam di tempat yang sunyi kecuali pasti ingin membunuhnya” (hr. ibnu bardawiyah)

jadi kalau betul benci sangat kat yahudi, saya sarankan beberapa langkah mudah untuk membuktikan kesungguhan kita. jangan cuba cari alasan, malu kita diketawakan yahudi. lebih baik diketawakan babi daripada diketawakan yahudi. antaranya ialah:

1. setiap umat islam wajib bersatu. marilah kembali kepada al-quran dan as-sunnah yang merupakan sumber kekuatan kita. masa, nyawa, darah dan anak tekak tidak harus disia-siakan kerana berjuang dengan semangat dan keyakinan kosong akibat kejahilan dan godaan syaitan.

2. berhenti merokok. kengkawan tahu siapa itu philip morris? beliau seorang peniaga yahudi, tauke syarikat tembakau altria group. insya-Allah selepas ini saya akan publishkan n3 tentang beliau. jadi, jangan bagi yahudi duit untuk beli peluru yang akan digunakan menembak saudara sendiri. apa, tak mampu???? eleh, baru ajak jihad nafsu, berhenti merokokpun dah gabra!

3. check semula jenama makanan dan produk amerika atau yahudi yang kita gunakan. saya ngaku, sayapun ada. kasut nike 2,3 pasang. seluar levispun byk helai. yang dah ada tu janganlah dibuang tapi lepas ni janganlah beli lagi. apa, tak mampu juga??? (hiskhhh... benci aku, cakap berdegar-degar, ajak je berhenti beli cokelat kitkat dengan coke dah terjelir lidah. hipokrit!)


4. berhentilah tengok filem, beli album dan puja artis seperti elvis, steven spielberg, paul simon, lenny kravitz (dulu-dulu saya minat giler dengan mamat ni) kenny g & ramai lagilah. kalau nak boikot semua artis amerika lagi bagus. tu tak termasuk fashion designer lagi tu. ada berani?

5. boikot facebook! aku confirm ramai yang sediakan macam-macam hujah tolak cadangan ni. silap-silap dikatanya ekstrimis. tahu siapa di belakang pesbuk kan? ada yang kata biar hina nabi sendiripun tak apa demi pesbuk, masya-Allah! millatfacebook kan dah ada...

6. jangan jalinkan kerjasama dengan yahudi dan kibarkan bendera yahudi kat pwtc, kwang, kwang, kwang!!!!

http://www.ness.com/global/company/locations/pages/location.aspx


p/s- banyak lagi sebenarnya, tak larat nak taip. kengkawan marahke? janganlah, i love u!


piewahid:

kredit untuk sahabat kita kabilah merdeka yang sangat kental memperjuangkan nasib saudara seagama tanpa mengira musim. isu kekejaman yahudi bukannya baru bermula dan masjidil aqsa negara serta negara palestine kini hampir pupus!