kengkawan selalu marah-marah?
mmm… kalau selalu marah-marah, meh baca cerita saya ni kejap. manalah tahu kalau-kalau boleh membantu…
dulu, saya sendiri adalah seorang yang pemarah sehinggakan antara nama timangan saya di kalangan kengkawan rapat ketika remaja ialah ‘grumpy’. malahan saya pernah memiliki sebuah motorsikal ‘chopper’ yang saya namakan sebagai grumpy. (ingat-ingat balik, menyampah!)
mengikut teori sigmund freud, sikap saya ini mungkin dipengaruhi beberapa pengalaman silam yang mengakibatkan trauma. jiwa selalu memberontak dan akibat kejahilan dan serta mengikut perasaan, saya melepaskan tekanan-tekanan tersebut melalui cara berpakaian, bergaul dan genre muzik yang saya minati. itu cara saya berekspresi...
setelah semakin dewasa dan menempuh beberapa ujian Allah, (serta mungkin akibat kekurangan testosterone, hihihi…) perlahan-lahan pandangan hidup mulai berubah. alhamdulillah…tak larat nak huru hara sampai ke tua...!
sebenarnya sikap marah-marah tak pernah membawa kebaikan. marah menjadikan kita stress dan apabila stress berterusan ianya boleh membawa macam-macam penyakit. agaknya diabetes yang saya sayangi ni pun akibat stress…
lawan kepada nafsu amarah ini ialah sikap pemaaf (af’wu) dan sentiasa bersikap positif. tip-tip lain kengkawan boleh google sendiri. secara peribadi, katakan ada orang mengata saya dan saya tahu perkara tersebut tidak benar, mudah saja…”suka hati ko lah labu… ko pandai-pandai buat fitnah dan ko tanggunglah dosanya. aku dapat pahala free, ko dapat dosa free” malas saya nak menyenakkan kepala akibat kejahilan orang lain atau melayan pandangan berdasarkan hearsay sebelah pihak.
ringkasnya, apa kata kalau kita sama-sama ‘hadamkan beberapa ubat mujarab’ kat bawah ni sebagai ubat mengawal amarah.
“ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang”
(surah ar raad: 28)
abu hurairah dan said al-magburi meriwayatkan:
"ada seseorang lelaki memarahi saidina abu bakar. ketika itu rasulullah duduk di sebelahnya. nabi diam saja, begitu juga abu bakar. selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, abu bakar membalas makian itu, tetapi rasulullah bangun dan beredar dari situ. abu bakar hairan dan terus mengekori nabi muhammad sambil berkata: "ya rasulullah, dia memaki aku dan engkau pula diam. ketika aku menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi." rasulullah lantas menjawab: "sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan aku tidak suka duduk bersama syaitan."
“jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh”. (al-a’raaf: 199)
“apabila seseorang di antara kamu marah dan dia sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk, sesungguhnya yang demikian itu akan menghilangkan marahnya, dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring” (hadith riwayat abu daud)
piewahid:
1. agak2 apa jadi kalau Allah tidak bersifat maha pengampun (al af'wu) terhadap kita? kita, bila anak degil sedikitpun dah panas telinga sedangkan kita dengan Allah, macam2 perangai yg lebih degil.
2. masih ingat peristiwa rasulullah yang memaafkan penduduk taif yang menghina dan mencederakan baginda? agak2, apa jadi kalau rasulullah menerima tawaran malaikat yang mahu menghancurkan penduduk taif dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk taif. pupus keturunan woo…




.jpg)


















