hajat hati memang nak post macam2 entry. apakan daya kemampuan diri sangat terhad. sementara menunggu masa yg sesuai ni, saya postkan dulu entry ni.tadi saya, danial dan danish gi solat jumaat di masjid kampung tebal temerloh. inilah masjid kariah kami. antara isi khutbah ialah berkaitan zakat. bercakap pasal khutbah ni serba salah dibuatnya. dah banyak kali ditegur oleh rakan2 blogger yang lain.
bukan apa, bagi saya khutbah biarlah menarik dan luas skopnya. kalau balik balik cerita perihal menjaga kebersihan, zakat, haji, puasa….. rugi lah! terasa macam minda kita diperbodoh2kan sedangkan islam itu sangat luas & sempurna. camna anak2 muda nak minat masjid kalau cenggini? skopnya terhad sangat.
agak2nya bila lah jabatan agama islam nak tukar format daripada baca khutbah kepada berkhutbah. nak salahkan jabatan agama 100% pun tak boleh juga. maklumlah mereka hanya ikut arahan. apa, ada tangan ghaib? ntahlah, balik2 politik yang yang dipersalahkan…. bagi saya, rugilah anak bangsa kita dan sebab tu lah mereka beralih kepada sumber alternantif…
balik pada cerita sebenar. semasa solat jumaat tadi saya tak khusyuk langsung. sebabnya, sebaik sahaja angkat takbir, saya ternampak stuktur kaki pakcik kat shaf depan 100%. dari atas sampai bawah semua clear sebab dia berdiri depan tingkap. kaki pakcik2 lain tak pulak nampak cenggitu. puncanya, pakcik tu pakai kain yang nipis dan jarang. terkena sedikit sahaja cahaya matahari, habislah nampak semua. nasib baiklah loceng pusaka tak nampak. penat saya memejamkan mata supaya khusyuk.
haaa… lain kali nak pergi solat, janganlah pakai kain pelekat yang nipis sangat pakcik. makcik dan kakak2 pun cenggitu juga. bila nak beli kain telekung, pastikan beli yang tebal sedikit atau pakai kain lain kat sebelah dalam. malam2 selalu jumpa, keluar aje masjid, kena cahaya lampu kereta, terus nampak macam2 yang mengelirukan. kalau kena yang comei2 macam deqya, mimie, annfriendly dan shinju ok juga. kalau kena macam piewahid, tak kuasa! hihihi…
piewahid:
pernah terjadi kecil2 dulu ada seorang pakcik tu datang ke rumah kami di ulu kumbang semasa musim hujan. sambil2 sembang dengan allahyarham ayahanda, pakcik tu angkat sebelah kaki kat tangga. saya termenung merenung hujan kat tingkap sambil memandang mereka.
orang kampung dulu2 selalunya pakai pelekat ke mana sahaja termasuk untuk menoreh getah atau berkebun. kalau musim hujan, tentulah pelekat tu lebih tinggi dari aras lutut. sambil2 sembang, pakcik tu asyik pulas gulung kain pelekatnya. tiba2 saya terpandang satu pemandangan yang menakjubkan. mulut tak dapat control terus je jerit pada mak kat dapur:
“mok, kome nampok punai pakcik!”. pakcik tu buat selamba je turunkan kainnya. amacam?






































