contoh 'rumah' kami di sungai temau pada waktu itu. tapi lagi besar dan kemas lah. ini rumah orang asli ni...(google)
ini lampu 'signal' keretapi dulu2 . (bukan maksudnya lampu kat kepala keretapi. nak ceritapun panjang sangat) cantik...! (google) meh kita santai2 la pulak. cuaca panas tak elok stress2, nanti macam2 penyakit datang. kali ni mari criter tentang melastik bintang. melastik bintang? iyeee… melastik bintang…!
kali ni saya ni nak cerita peristiwa kali pertama saya belajar main lastik. sebenarnya saya tak pasti bilakah usia sebenar saya mula main lastik. maklumlah kalau budak kampung dulu2 ni tak tau main lastik kira pelik lah sikit… yang saya ingat hanyalah kejadian dan lokasi semasa berlakunya peristiwa tersebut. (mungkin semasa umur 5,6 tahun kut..)
kejadian tu berlaku di kampung sungai temau, sebuah kampung yang terletak anggaran dalam 30-40 km dari merapoh. di sini, mak dan allahyarham ayahanda saya pernah meneroka tanah dusun buah-buahan. kami ada sebuah ‘rumah’ (sebenarnya pondok) berhampiran tiang ‘signal’ keretapi sungai temau. seluruh lantainya diperbuat daripada belahan buluh yang disusun nipis dan dijalin dengan rotan, dindingnya kulit kayu dan atapnya daripada daun ‘pedo/cucuh’ (spesis yang sama dengan rumbia kut?) yang disirat dengan rotan. selesa sangat duduk rumah cenggini, sejuk sepanjang masa. semuanya original hadiah alam.
banyak juga kenangan manis di sini tetapi kebanyakannya kabur. malangnya dusun tersebut terbiar begitu sahaja kerana pihak yang dipertanggungjawabkan menguruskan permohonan ke pejabat tanah mengkhianati amanah.
suatu hari, saya ke rumah abang husin (sepupu saya). beliau bersama beberapa orang kawan sebaya sedang bermain lastik. rumah keluarga beliau terletak berhampiran stesen keretapi sungai temau. (sehingga sekarang rumah kedai tersebut masih ada cuma beralih lokasi di kawasan berdekatan) sayapun apa lagi, sangat teruja mencubanya…
hero pun ambil batu, tarik getah lastik tu panjang2…. aim target (pokok pisang) dan “plepapppp….. !” hero melolong, riuh sekampung!. rupa2nya hero salah teknik. sepatutnya hero tarik pelapik tu menghala ke badan sendiri tapi hero buat terbalik. hero tarik pelapik tu menghala ke luar.
alhamdulillah…mata hero tak buta. ini real punya melastik bintang sebab hero rasa hero nampak banyak bintang (hampir pengsan) apabila terlastik dahi sendiri. yang bagusnya, hero tak minat main lastik selepas itu. kalau tak, banyaklah haiwan yang tak berdosa teraniaya…
piewahid: dalam islam ada kaedah umum berkaitan ihsan. setiap perbuatan ihsan adalah dituntut walaupun terhadap haiwan. wallahu a’lam






















