ada org tak berapa suka dan marah bila kita bercriter tentang kematian. bagi mereka mengingati kematian melemahkan semangat dan memundurkan akal fikiran. saya pula berpendapat kematian dapat meningkatkan ketaqwaan, keikhlasan, motivasi dan sebagainya. camne tu ek? takpelah, kita tinggalkan sahaja isu tersebut kerana hakikatnya setiap yg bernyawa akan menemui kematian. haiwan, ternakan, alam semesta dan apa saja yg bernama makhluk akan mati. tua, muda, miskin kaya, berkuasa atau lemah, semua pasti mati.
mmm... hari ni saya nak bercriter mengenai saat2 ayahanda tercinta menghadapi sakaratul maut. jika kengkawan pernah baca entries lama terdahulu kat blog saya ni, tentu kengkawan pernah baca beberapa criter ringkas saya mengenai ayahanda tercinta, allahyarham haji wahid bin mat akhir. kalau lupa atau tak tau, kengkawan boleh klik
sini dan
sini.
peristiwa tersebut berlaku pada bulan september 2002. allahyarham ketika itu masih
memondok di pondok haji deraman, sungai durian, kelantan bersama bonda tercinta. ayahanda sebenarnya seorang ayah yang sentiasa menjadi icon dalam kehidupan saya kerana ketaqwaan, kebijaksanaan, kegigihan semangat dan berpandangan jauh. cara beliau byk mempengaruhi pemikiran saya.
ringkas criter pada waktu tersebut ayah balik ke merapoh untuk menjenguk kebun2 beliau buat sementara waktu. banyak yg ayah risaukan kerana semenjak pergi
memondok. kebun2 beliau tidak dijaga dengan sempurna. kami anak2nya pula berada jauh di perantauan.
kalau tak salah, ketika itu lah ayah mengadu batuk, sakit kaki, dan badan lebih daripada biasa. kalau setakat lenguh2 badan dan kaki biasa, ianya tak pernah menghalang ayah utk seharian bekerja di kebun dan bersolat berjemaah ke masjid. setahu saya juga, ayah memang tak berminat ke hospital kecuali terpaksa tetapi pada kali ini ayah bersungguh2 benar mahu dibawa ke hospital kuala lipis.
sesampainya di sana, ayah di tahan di wad untuk menerima rawatan tanpa diketahui penyakit sebenar yang beliau alami. kami adik beradik bergilir2 menjaga ayahanda di hospital. giliran saya dan adik saya
midi biasanya mulai ptg jumaat hingga ahad kerana kami berada di temerloh.
saya yg memang penakut ke hospital, pertama kali terpaksa bermalam di hospital menjaga ayah. setiap kali menjaga ayah di hospital, saya tak boleh lelap sehingga ke pagi. kalau 2 hari saya menjaga beliau, 2 hari lah saya tidak tidur kecuali sedikit2 pada waktu siang. saya hanya duduk di kerusi malas sambil membaca dan menolong apa saja yang ayahanda perlukan seperti memimpin ke tandas, memicit tangan dan kaki beliau sepanjang malam. pada sebelah siang, saya dapat berehat seketika kerana ramai adik beradik yang datang.
(pada waktu siang, saya menyewa hotel murah di atas kedai akhbar berhampiran stesen keretapi lipis utk berehat dan mandi2. nak sewa yang mahal, setakat sehari dua ok lah. kalau dah berminggu, jgn carik pasal… peliknya hotel ni dari saya kecil sampai lah sekarang tak habis2 dengan pelacur. kenapalah masalah begitu tak selesai2. ingat lah dosa pahala wahai yang berkenaan…)
ayah sebenarnya sangat memerlukan
mak utk menemani dan menjaga beliau tetapi apakan daya, mak juga sgt uzur ketika itu bahkan tak lama selepas itu mak turut dimasukkan ke wad kerana mengidap penyakit yang sama. agaknya, itu lah salah 1 punca saya mengidap insomnia sehingga sekarang.
setelah beberapa hari, barulah diketahui bahawa ayah dan mak sebenarnya mendapat jangkitan penyakit tibi. tidak lama selepas itu keadaan ayah semakin lemah kerana kuman telah merebak dengan pantas. pihak hospital gagal mengenalpasti punca tersebut lebih awal. walau bagaimanapun ayahanda masih mampu mengurus diri dengan bantuan anak2 dan saya tidak berhasrat menyalahkan mana2 pihak kerana setiap sbb ada puncanya. barangkali sudah suratan ayah begitu.
kerana kejahilan tentang ilmu perubatan, saya menganggap keadaan ayah masih belum terlalu tenat. sebaik sahaja habis giliran saya menjaga ayah di hospital, saya bergegas pula balik ke temerloh kerana perlu menghantar
da yang ketika itu menyambung pelajaran di kuantan. walau bagaimanapun saya perhatikan 3 perkara agak ganjil tentang ayah ketika itu.
1. saya lihat ayah kerap memandang sekeliling dgn pandangan yang tembus. sensitiviti ayah terhadap beberapa perkara yang biasanya peka bertukar menjadi kosong. ayah kelihatan seperti pelupa.
contohnya waktu makan ubat, saya perasan ayah cuma kemam, kemudian luahkan semula ubat2 yg doktor berikan ke dalam tisu lalu menyorokkannya ke bawah bantal. apabila saya tanya, ayah hanya menggelengkan kepala: “bior lah, ayoh dah nok mati…”
saya bantah cakap ayah, soal ajal maut bkn kira sakit atau sihat, tua atau muda. ayah tetap cakap, ”ayoh nok mati dah..!” saya terpaksa telan perasaan sedih. saya pujuk hati saya bahawa itu kata2 biasa seorang pesakit..
2. dua hari sebelum meninggal, ayah meminta saya membawa beliau ke bank utk mengeluarkan duit. ayah tak peduli kalau2 doktor marah atau tidak, ayah tetap nak keluar sekejap dari wad. saya, abg cik dan abang mad senyap2 ‘menyeludup’ ayah ke bandar kuala lipis. “byk nak pakai duit ni nanti..” kata ayah. pun saya senyapkan sahaja bila mendengar ayah bercakap begitu.
kemudian kami pimpin ayah ke kedai minum kerana ayah bersungguh2 nak belanja kami minum di
lorong tangga tengah bandar kuala lipis. kami masih sempat bergurau dan saya masih sempat mengusik ayah seperti biasa. pada masa itu juga pertama kali saya lihat ayah meminta sebotol air berkarbonat bersama ais sedangkan setahu saya itu lah antara pantang larang utama ayah. minum ais menyebabkannya sakit badan.
(kata org kena penyakit tibi menyebabkan pengidapnya menjadi sangat dahaga, betul ke?) mula2 tidak ada yg perasan, kemudian saya tegur ayah, “aik, minum air soda dgn ais kali ni ayoh?” ayah cuma senyum. “aok nak balik temerloh, balik lah sbb kasihan awok dah letih jaga ayoh…” tiba2 sahaja ayah berkata begitu.
3. pagi2 sebelum waktu sarapan di hospital, biasanya saya akan keluar membeli sarapan kerana ayah tak berselera makan makanan hospital. sebelum pergi, biasanya saya akan bertanya kepada pesakit2 lain dalam wad tersebut kalau2 mereka mahu mengirim sarapan termasuklah seorang apek yang tidak dilawati oleh sesiapapun.
apabila saya serahkan mee goreng yang dipesan oleh apek tersebut, apek tadi beria2 mahu memberikan duit bayaran. bila saya kata, “tak payah, saya belanja..” apek tersebut tetap juga mahu membayarnya sehingga saya kata, “talak hal, uncle sakit. kalau mahu bayar, bayar 1 libu lo…” apek tersebut terpaksa mengalah.
kemudian saya terpandang ayah, pertama kali saya lihat ayah tersenyum lebar (yang sungguh2 manis) melihat gelagat kami. walaupun saya agak pelik dengan kemanisan luar biasa senyuman ayah, saya tidak mahu melayan perasaan dan selepas itu pulang ke temerloh. dlm hati saya kata,
dah nak sihat ayah aku ni... rupa2nya itu lah senyuman terakhir ayah yg saya nikmati!
pagi esoknya, belumpun sampai ke kuantan, saya terima panggilan kecemasan dari adik saya midi. ayah telahpun nazak dan berada di icu. kami segera berpatah balik ke temerloh untuk mengambil anak2 dan
ummie lalu segera balik ke kuala lipis. dalam hati saya berdoa,
“ya allah, kau berikanlah yang terbaik utk ayahku dan kami sekeluarga. jika bersamanya di saat akhir adalah terbaik, kau tunaikanlah. jika tidak sempat bersamanya di saat akhir adalah terbaik, kau lakukanlah”
sampai di hospital kuala lipis lebih kurang 3 petang. ramai adik beradik dan sanak saudara telah berkumpul. alhamdulillah kami masih sempat bersama ayah di akhir hayatnya. gementar rasanya pertama kali melangkah kaki ke bilik icu. mesin, wayar dan tiub2 khas berselirat di serata tubuh ayah. sesekali ayah kelihatan meronta2 kelemasan. mungkin kerana paru2nya yang telah gagal berfungsi. saya perhatikan juga ayah sgt tidak selesa apabila tiub air kencing yg terpaksa disambungkan ke tubuhnya.
saya akui, saya panik melihat ayah berada dlm keadaan sakaratul maut tetapi saya tidak akan berundur kerana saya tahu jika anak2 sendiri tidak mahu bersamanya kerana masih mementingkan ketakutan dan kerisauan masing2, siapa lagi yang mahu diharapkan menemani ayahanda tercinta? saya tidak mahu jadi bacul dan alangkah aibnya kebaculan itu dilihat oleh anak2 saya sebagai saksi.
sesekali kami lap dahi dan badan ayah, bisikkan ayat2 syifa’ dan bacakan ayat2 al quran setakat yang termampu. ayah kelihatan agak tenang bila dibuat begitu. bila tiba waktu solat, saya akan bisikkan ke telinga ayah bahawa waktu solat telah masuk kerana tidak mahu bisikan iblis melalaikan ayah.
akhirnya doktor kelihatan habis ikhtiar dan bercadang menghantar ayah ke hospital kuala lumpur.
abang mbong meminta saya berbincang dgn pihak hospital dan saya terpaksa bertanya terus terang kepada doktor yang bertugas:
“adakah ayah saya sekarang
vegetable?”