pengalaman midie semasa kecil di ulu kumbang...

14.2.10 10:45 PM | Posted by piewahid
kali ni saya copy dan paste kan 1 lagi criter adik saya, midie tentang pengalaman beliau semasa kecil di ulu kumbang sebagai sebuah dokumentasi ringan sejarah ulu kumbang (merapoh). sila klik sini utk melihat versi lengkap. TQ

malam ni aku nak cerita sikit masa aku kecil-kecil di ulu kumbang. mohlah baca...

masa aku tinggal di ulu umbang dulu, rumah lama kami terletak di sebelah paya atau sawah padi. aku masa tu masih kecil sangat, umur mungkin baru 3 atau 4 tahun. tak banyaklah perkara yg. aku boleh ingat dgn. umur sebegini. walaubagaimanapun, adalah beberapa perkara yg. masih kekal dalam ingatan aku yg. aku nak ceritakan kali ini.

cerita ni berlaku masa waktu maghrib. masa tu aku menangis beriya sangat. puas dah mak, ayah dan kakak-kakak aku memujuk tapi tidak juga berhenti. lepas tu kakde bawalah aku ke halaman rumah dan duduk kat sebuah bangku di bawah sebatang pokok pauh rendang dan besar di depan rumah.

rumah lama ni bertiang tinggi. orang dewasa berdiripun boleh kat bawah rumah ni. masa aku menangis tu, aku ternampak banyak sangat lembaga berkelubung putih kulu kilir (ke hulu ke hilir) kat bawah rumah tu. mungkin macam tak logik umur sedang tu boleh ingat apa yang berlaku tp. peristiwa ni memang aku ingat. agaknya itulah syaitan yang mengganggu aku hingga aku menangis tak henti-henti. allah telah membukakan hijab sehingga aku boleh melihat perkara yang ghaib.wallahuaklam.

selepas itu kami berpindah pula ke rumah baru yang lebih elok daripada rumah lama yg. jauhnya kira-kita 1 km dr situ. kalau rumah lama dulu, berdindingkan kulit kepong, rumah baru ni pula semuanya dari papan dan kayu yg. elok.

rumah baru ni dekat dengan gua ulu kumbang. gua ni kecil je tapi ada satu ruang besar seperti dewan kat situ. lebih menarik lagi, ada sebatang anak sungai mengalir dalam gua ni. selain itu, ia betingkat-tingkat dan batunya pelbagai bentuk seperti bentuk kerusi, orang bersanding dan lain-lain lagi. masa tu aku suka sangat main terjun-terjun kat tingkat-tingkat gua tu.kami anak beranak selalu juga pergi makan tengah hari dan berkelah kat situ. apabila berkelah kat situ, nasi dan lauk-pauk dibawa dari rumah je kerana bukan jauhpun dengan rumah kami. rasanya tak sampai 10 minit berjalan kaki, sampailah kami kat gua tu.

bentang je tikar mengkuang kat tempat rata kemudian kami makanlah kat situ sambil mengadap anak sungai yang mengalir jernih di atas batuan gua tu.sejuk je tempat ni, macam ada aircond. angin dr. luar bertiup lembut masuk ke gua tu. bunyi air mengalir dr anak sungai tu sungguh mendamaikan. masa tu aman damai sungguh rasanya.

kat sini ada lagi satu lubang gua yang luas juga. lubangnya sangat gelap dan menjadi sarang kelawar. aku selalu juga ikut ayah masuk ke dalam lubang ni untuk mengambil baja tahi kelawar. baja tahi kelawar ni kami pungut dan masukkan ke dalam guni.ayah aku guna baja ni untuk membaja tanaman seperti padi.

air anak sungai dalam gua ni datangnya dari sebuah lubuk di luar gua tersebut. lubuk tu dekat je dgn. gua ni iaitu kira-kira 20 meter sahaja. luas lubuk ni kira-kira 20 kaki persegi dan dalamnya pula ampuh kepala orang dewasalah. kat lubuk inilah tempat kami mengambil air untuk memasak, membasuh pakaian dan mandi-manda. masa tu kat ulu kumbang malahan di kawasan merapoh ni mana ada air paip atau elektrik lagi.

keliling lubuk ni pula ditumbuhi rumput-rumput air (aku tak tau nama rumput tu, ia kecil tp panjang-panjang). masa musim kemarau, banyak belalang kat situ. masa tu aku rasa lubuk ni cantik sangat. airnya jernih sehingga aku dapat lihat ikan-ikan, labi-labi dan segala benda dalam lubuk tu. kat hilir lubuk ni pula tumbuh pokok selon yg. berbunga putih menghiasi lubuk ni. selon ni selalu juga mak aku kutip untuk dibuat sayur.

apa yang menghairankan, tidak ada punca air masuk ke lubuk ni. keliling lubuk ini adalah tebing kecuali aliran anak sungai yg. menuju ke gua tu. jadi anak sungai tu semata-mata berpunca dari air lubuk inilah.

ikan kat sini memang banyak terutamanya ikan sembilang. ikan ni suka sangat bermain-main di kawasan pokok-pokok selon tu.

kalau rasa nak makan ikan sembilang, sambil-sambil pergi mandi kat situ, mak aku sauk je dgn. tangguk, bolehlah buat lauk makan tengah hari. ikan sembilang ni aku suka bila dibuat goreng. ala..,terliur pula rasanya ni.

pernah sekali, masa aku darjah 3 atau 4, aku ajak anak saudara aku yg. sulung iaitu fazli memancing kat sini. fazli ni anak sulung kakde aku yang berkahwin dengan seorang anggota polis. suaminya pernah bertugas di balai polis merapoh suatu ketika dahulu. nama panggilan suaminya ni raja sebab katanya dia ni keturunan raja negeri sembilan. pada masa tu mereka yang tinggal di johor bahru atau mersing, aku pun dah lupa pulang bercuti di kampung.

setibanya di lubuk, kami ambil joran terbiar kat tepi lubuk tu lalu dibubuh dgn. umpan belalang yg. memang banyak terbang kat tepi lubuk tu. tanpa disangka apabila aku baling je mata kail ke lubuk tu, seekor ikan toman hampir sebesar peha kami menyambar. pepalih, seronok sangat..., terus kami bawa balik ikan tu untuk dijadikan lauk.

ada sekali tu aku dengan fazli pergi mandi kat lubuk tu. fazli ni tak pandai berenang tp. seronok sangat mandi kat situ, maklumlah budak-budak. aku suruh dia berdiri je kat batu gua yang mendatar tepi lubuk tu. dari lubuk sebelum sampai ke tebing memang ada batu mendatar di sekeliling lubuk tu. lebarnya adalah dalam semeter lebih. jika kami berdiri kat batu tu, air adalah paras lutut hingga ke pinggang. batu ni pula berlumut dan licin.

sedang aku seronok berenang-renang, fazli perlahan-lahan berjalan ke lubuk tempat aku berenang. tiba-tiba dia tergelincir lalu berhempas-pulas cuba berenang untuk naik ke batu tu semula. aku yg. melihat dia tenggelam timbul terus cuba menolong. masa tu aku pun kecil, badan lebih kurang dia je. masa cuba menolong dia tulah aku hampir lemas sama. dalam keadaan genting macam tu, dia pegang je badan aku ikut dan. akhirnya aku juga hampir lemas sama.

banyak dah aku tertelan air sementara dia memeluk belakang aku dengan kemas. pelukannya menyebabkan tanganku tersekat untuk berenang menyebabkan kami tenggelam timbul. sementara batu yang aku capai untuk naik ke tebing pula licin. dah puas berhempas-pulas akhirnya aku berjaya juga bawa dia naik ke tebing. mudah cerita, ajal kami belum sampailah tu. fazli ingat tak lagi peristiwa ni? tak taulah.itulah secebis kisah hidupku semasa kecil di ulu kumbang


2 ulasan:

piewahid on 2010 februari 13 01:11 berkata...
hehehe... tajam ingatan demeh ni.demeh criter smula baru koi ingat.. t kasih la. aok ingat lagi d lubuk tu ada batu panjang mcm kpale ulor? pagi2 sejuk ya rabbi... selamat pegi & balik ke melaka. hati2 d j/raya

mohd hamidi wahid on 2010 februari 13 04:02 berkata...
koi ingat sangat masa koi mula-mula masuk sekolah darjah 1, kena mandi kat lubuk tu. bapok sejuknya. berasap je air.

ferrariku terbabas di jerantut...

12.2.10 11:33 PM | Posted by piewahid

kisah ni zaman saya sekolah menengah dulu... ianya berlaku ketika saya pertama kali ke jerantut..

masa tu, kalau dari kuala lipis ke jerantut, pengangkutan yang paling mudah ialah menaiki keretapi. kalau mlalui jalanraya, jalannya berbelit2 macam ular kena palu mlalui benta, batu balai dan damak. kalau naik bas, mau muntah hijau dbuatnya. saya slalu ke johor & penang mlalui jerantut tetapi xpernah singgah kerana tiada urusan. stakat singgah di stesen keretapinya, pernah lah.

pada suatu hari (ntah apa urusannya ntah) saya ke jerantut bsama kengkawan. maklum lah jarang2 dapat berjalan, awak pulak muda remaja... seronok dan perasan abis la jawabnya bila sesekali kluar jalan bramai2. trase dunia kita yg punya! budok2 nangui la katakan... dah puas meronda, saya dan kawan2 melepak di satu stall kosong di stesen bas lama jerantut. perut dah lapar, duit tinggal cukup2 tambang keretapi balik ke kuala lipis. haus usah criter, tapi sronok punya pasal, smua jadi x ada hal. air paip pun jadik. awek dalam bas pulak ramai, perghhh... punya lah perasan kami bsembang, duduk goyang2 kaki sambil bertenggek kat stall tu! betul2 dekat dgn cermin bas yang penuh penumpang.

saya tengok ramai benar awek dalam bas tu yg pandang, jeling2 dan senyum simpul kat saya. mula2 okey la, bangga weh...!! lama2 saya prasan cara senyumnya tu lain mcm benar, mula lah x sedap hati sniri. eh, ada yg xkena ke? bisik hati saya. ntah cmna, tuhan gerakkan hati saya pandang kat zip sluar saya. MASHA ALLAH...PINTU GARAJ TERBUKA...!

saya serta merta berpeluh jantan & langsung xbrani angkat muka. slepas kaku sketika, pelan2 saya bangun, tutup pintu garaj dan blah. punah sgala kenangan manis saya kat jerantut pada hari tu. walaupun ferrari saya masih berselimut tapi tau2 aje lah bila selimut tu berlubang2 & penuh tahi lalat.... kalu dia org nampak ferrari, masih ok. kalu nampak morris minor camne??

adoiiii... malunya aku!!

bila da mula ber blog...

11.2.10 9:41 PM | Posted by piewahid
nampaknya ramai kengkawan blogger yg xbrape aktif online kerana bcuti sempena tahun baru cina. trase sunyi pulak bila jenguk blog dia orang yg sunyi sepi. beberapa org blogger handal pun agak kendur nampaknya. asal²nya kamipun bcadang nak pergi bercuti jugak tetapi dah nak jadi criter anak sulung demam, suspek denggi. terpaksa lah kami ulang alik ke poliklinik mentakab. platelet nya makin kurang. kalau esok masih turun jugak, dia terpaksa berehat kat spital lah jawabnya. slain tu kami terlalu sibuk dgn deadline yg clients berikan. fuhhh... pengsan! utk release tension saya, saya post pulak entry ini..



tengok tu, serius aje muka da memandang lappy. sambil2 tunggu solat subuh tu sempat jugak check komen kat blog dia..


ummie kena la sesekali tolong betulkan apa2 yang patut..


saya mula cuba2 buat blog ni pada akhir 2009. sbelum tu saya mmg xberkesempatan disebabkan masalah liputan internet. ringkas criter, sejak hujung tahun lepas sahaja la keadaan tersebut bertukar menjadi agak positif.

saya belajar berblog ni melalui cara try & error. kawan saya zie byk beri dorongan. ummie juga tolong sebab dia org IT. lama2, boleh la.. tu pun masih byk yg xtau.. bila saya berblog ni, rupa2nya asyik juga sbb saya memang suka ‘menulis’. ianya seakan2 mjadi tempat berkongsi criter dgn kengkawan baru yg best2 blake dan tempat saya release tensen time boring & penat. slain tu saya mmg selesa berkomunikasi di alam maya sbb saya seorang yg ‘slow & kaku’ dlm pgaulan sebenar..

bila dah tau explore sikit2 tu, saya dorong da joint sama utk buat sesuatu yg baru. kalau nak ikutkan sibuk, memanglah sibuk, pandai2 la carik masa. ummie pula walaupun dah ada blog tapi xpernah update hampir 5 tahun.

akhirnya da pun tbuka hati nak cuba.. saya dan ummie bantu secara basic sbb saya sendiri terpaksa handle 2 blog kami iaitu soho dan piewahid ulu kumbang. bila dah post entry pertama, wah… da dah mula seronok. ada masa nampak mcm tekun… je ngadap lappy atau pc. tapi ujung2 sronoknya da menjerat saya… adoiiii…! xtolong kang, saya juga yg pandai2 pujuk. sejak berblog ni, antara ayat2 biasa da ialah:

“abg, tolong masukkan gambar ni”
“ummie, akak nak widget ni”
“abang tolong reply mesej kat cbox ni”
“abang tolong add link follower ni ya”
“abang, taipkan entry ni”
“abang camne nak edit posting?”
“abang kat mana nak ambil gambar ni?”
“abang, tolong copy gambar ni.”
“abang camna nak up load gambar kat entry ni?”
“abang, kat mana nak respon komen dia org ni?”
“abang, tolong sign in kan blog ni”
“abang, camne nak delete komen ni?.”
“ummie, tolong tukar templet ni.”
“masukkan semua widgets lama tu ek!”
macam2 lagi laa…

mmm.. knape la aku menjadi mangsa. dia xmoh buat, dia rela duk sebelah temankan aje.
yang lain, smua dia suruh org blake. bab memuji amik ati, ok la jugak sikit²… “lawa2…” da kata.
nampaknya terpaksa cari jalan supaya da buat sniri. bukan da x boleh buat tapi…
pastu xtolong kang, sian juga bila tengok da seronok bila 'n3 terbaru' dia kluar blog. sengih aje baca komen kwn2 blog dia. camne ek?

p/s- dalam 2,3 hari ni da nampaknya dah ada kemajuan. dh mula berani cuba sendiri & sibuk nak bawak kamera bila berjalan. hihihi...

bila dia start longgok sampah...

3:31 PM | Posted by piewahid
tengok, bila dia start buang sampah...

sebenarnya saya dah post entry ni dalam SOHO beberapa hari yang lalu tetapi saya fikir ianya masih relevan jika posting di sini. maklum lah ini isu bersama dan kat SOHO jarang kengkawan yang tahu jadi rugi rasanya kalau tak dikongsi bersama kengkawan kat sini pula. criternyer...


meh bcriter pasal sampah. bab ni smua org bpengalaman. kalau perlukan pandangan pakar, en relevan (sila klik sini) lebih faham sbb beliau yang sntiasa berdepan dgn macam2 karenah org buang sampah ni. kali ni saya nak criter pasal org buang sampah kat depan rumah org di kawasan perumahan.

kat depan ofis kami di tmn jaya 3 ni ada satu kawasan lapang. kawasan ni merupakan kwsn perumahan baru. mula2 dulu masih belum ada org kutip sampah, jadi faham2 aje lah kalu org longgok sampah kat depan tu dan bakar. lama2 saya tengok dah jadi habit. walau pun dah ada org kutip sampah, masih ada yang nak buang kat situ jugak.

dalam hati saya kata, ini xleh jadi ni, sebelum melarat, baik saya bertindak. walaupun kami tinggal di rumah kampung, ( tak tinggal kat situ) tapi xlarat juga kalau org longgokkn sampah depan mata kita stiap hari...

bosan punya pasal, satu hari tu senyap2 saya kutip sampah2 yg dbuang tu, (sikit aje..) saya campak pulak area dpn jalan umah dia org. ehh.. mesti la senyap2, kalu dia org nampak & sengkeh kepala saya kang, naya la saya. nak lawan balik, xlarat! sebenarnya bkn saya marahpun, saya cuma nak tau, apa respon dia org kalu org lain pulak yg buat bgitu kat depan rumah dia org. alhamdulillah slepas tu, x ada lagi yg buang sampah sesuka hati kat depan ofis kami.

begini lah, meh bersikap emphathy dan berimaginasi tentang beberapa situasi:

1. apa perasaan en relevan & staf kalau org komplen kat dia yang sampah tak dkutip dgn betul. kdg2 siap kuar paper sedangkan orang buang x ikut peraturan.
2. apa perasaan sendiri kalu org buang sampah kat depan umah kita? smakin hari kita tengok smakin byk smpah yg berlonggok. lalat, bau, pencemaran alam….
3. bagaimana mahu menjalinkan hubungan mesra dikejiranan kita sedangkan kita gagal dlm standard moral yg paling basic.

mengikut pengalaman & pemerhatian saya, kalau tinggal di kawasan taman perumahan ni, jgn sesekali membiarkan org buang sampah kat depan rumah kita. sekali dia org longgok, maka akan beranak cucu la sampah2 tu. yang lain pun turut longgok sama. automatically jadi tempat pelupusan sampah mini lah jwbnya. lambat aje bertindak, payah nak selesai.

bila lah yg ada peel cenggitu nak ada sivik? dah ada org kutip sampah, dah bayar cukai pintu, kenapa lah tak reti2 jugak buang sampah dtempat yang betul. satu lagi spesis, suka membakar sampah. yg ni mngikut teori behaviorismenya berasal dari kampung. bila duk taman tu, terbawak2 la peel lama. petang2 longgok smpah, pastu bakar sesuka hati sampai penuh asap rumah jiran. saya pun asal kampung juga, bahkan dari ulu pahang tapi x pulak buat bgitu.. nak buang tu, agak2 la..

JGN MARAH EK… :)

ngeteh kat kedai 'MAMAK'...

10.2.10 10:47 PM | Posted by piewahid
menu kat restoran lotus, KL (camna la saya nak tahan selera)


makan bang, makan kak, makan sampai kenyang. abang dgn akak tu tak kisah, jadi x ada hal lah.. perhatikan betul2 lambang apa kat pintu lif tu..tulisan jawi ada, lambang tu pun ada. kira 1malaysia kut


sila baca betul2 tulisan jawi dia orang tu. JAWI / DBKL xkisah aje ek?

pemandangan menjelang waktu senja.. ramai muslim makan kat sini ooo..


tersenyum lebar di depan restoran. baru2 ini bertambah glemer slepas memenangi kes saman dgn pihak McD.

kengkawan yang biasa area Kl, tau sangat lah kat mana steven's corner nih..

bila melawat blog kengkawan, saya tertarik dengan 1 entry yang terdapat dalam blog zulkbo dgn entry beliau bertajuk: lain padang..lain belalang ( sila klik sini ) beliau menceritakan pengalaman beliau makan di kedai mamak. sebenarnya saya juga seorang peminat kari mamak, khususnya nasi kandar penang. tapi sekarang ni agak memilih dan berhati2. saya mempunyai beberapa pengalaman peribadi akibat selera saya yang tajam terhadap masakan ‘mamak’. saya hanya memilih restoran yang saya betul2 yakin bersih dan lazat sahaja. di kawasan temerloh, saya belum berjumpa restoran mamak yang menepati standard quality peribadi ini walaupun sesekali masih hang out bersama clients yang mengajak saya ke tempat2 tersebut. cerita2 yang saya akan kongsi adalah berdasarkan pengalaman sebenar. pengalaman berdasarkan hearsay saya xambil kira.

pengalaman 1.
lokasi: jalan sungai rabit, temerloh.
masa: zaman sekolah dulu2…
restoran: rasanya dah pupus..
saya tergesa2 utk bersarapan kerana urusan tertentu ( saya dah lupa urusannya). masuk kedai makan tersebut saya order tosei dgn tea tarik. kerana kedai tersebut agak ‘aneh’, saya bertanya kepada india pemilik restoran tersebut:
“muslim ka?”
“muslim la, saya ada sembahyang juga”
abis makan baru saya perasan gambar org berkepala gajah dlm frame gambar.
hampeh..rasa nak muntah serta merta!

pengalaman 2.
lokasi: brickfield. kl
masa: study kat kl hujung 80an...
restoran: restoran ni sgt terkenal kerana selepas seorg pemimpin negara singgah minum kat situ.
saya tertarik dgn menu nasi daun pisangnya. saya selalu nampak ramai org makan kat situ tapi xprasan pulak cuma terdiri dari 1 bangsa tertentu sahaja. satu hari saya singgah makan dan order nasi daun pisangnya. sronok dapat makan kari atas daun pisang macam masa berkebun kecil2 dulu. sedang asyik makan, baru saya perasan saya sorang aje melayu kat situ. patut lah org pandang macam pelik. tengok betul2, baru prasan, kat situ pun ada patung kepala gajah sedang berdiri. aduss… letih saya cuba bfikir positif utk menahan muntah. keluar aje restoran tu, uwekkkk..!!

pengalaman 3.
lokasi: area komplek pertama, kl
masa: 2 tahun lepas je..
restoran: lotus hotel & restoran
masa tu sibuk beli hfon kat pertama dgn family. keluar2 aje, hari dah petang benar. lapar sangat2, fikir tempat nak makan teringat restoran lotus dekat situ. dulu dah ada 1 kali makan nasi kandar penangnya, best!. masuk2 aje terus order makan. kami tengok orang melayu pun ramai sedang makan. siap ada tulisan jawi lagi. ushaaa.. keliling, confirmed! jawi ada, kepala gajah pun ada. terus mati selera & muka family saya jadi kelat. bila keluar, baca betul2 tulisan jawi tu, rupa2nya dia tulis “dengan nama tuhan yang amat pemurah lagi amat pengasih..” ingatkan bismillah… aduishh..!!

ada byk lagi pengalaman tapi xlarat nak taip. kat temerloh, restoran kari kepala ikan raub amat popular. saya tak mampu nak masuk sbb byk patung kepala gajah berdiri atas rak belakang kaunter bersedia merenung saya minum.

memang ada di kalangan pekerjanya yg beragama islam bahkan siap berkopiah lagi.. terpulang la pada masing2 punya penilaian cuma fikir2 kan lah. kadang2 susah nak bezakan restoran hindu dgn mamak ni. ada beberapa restoran masakan india non muslim yang sgt terkenal, antaranya stevens corner kat pandan indah yang sentiasa penuh dgn orang melayu. begitu juga restoran mccurry jalan ipoh, kl

selain tu, petua nak tau restoran tu bersih ke tidak, mudah aje. try pegi tandas sambil2 tengok dapurnya. kalu kat depan bersih tapi kat toilet & dapurnya kotor, xpayah lah… tandas adalah kunci kebersihan sesebuah restoran. kalau kat depan dah kotor, masih mau masuk juga, itu lain cerita.. pastu bayang kan pula bila mamak tu terpaksa uli tepung sampai 2,3 guni sehari…hari2 pulak tu. ye lah, skang dah moden, dah boleh pakai mesin…

maaf ya kengkawan, saya bsikap neutral. ini sekadar pengalaman & pendapat peribadi saya. kadang2 saya pun masih minum di kedai mamak. wallahu a’lam!

lagi criter midie pasal buka tanah baru kat merapoh..

3:28 PM | Posted by piewahid
laju betul adik saya ni berceriter. tak terkejar saya dbuatnya. maklum la org muda, staminanya lebih. untuk melihat versi asal criter beliau yang lebih lengkap, sila klik sini. TQ

Ini aku nak sambung balik cerita seterusnya pasal buka tanah ni.

Bukannya lama sangat untuk memdapatkan hasil drp. menanam sayur-sayuran ni. Seseminggu dua selepas sayuran tu ditanam, sayuran ni dah boleh dipetik untuk dimakan. Best sangat sayuran ni, ia betul-betul segar kerana tidak menggunakan racun serangga dan baja moden.

Aku suka sangat makan sayur masak tumis air drp. putik jagung, putik labu, daun pucuk labu, keledek dan apa entah aku pun tak taulah.

Nantilah aku tanya mak aku. Sayur ni memang best terutama apabila makan panas-panas. Biasanya aku ratah je sampai semangkuk dua.

Selain dibuat tumis air, sayur ni juga sedap dibuat masak lemak putih.

Di sebelah tempat tanam sayur tu ialah Gua Bekong. Gua ni kira antara gua yg. tertinggi di sekitar Merapoh. Jika berada di Stesen Kereta Api Merapoh, cuba pandang ke arah jalan masuk ke Taman Negara. Tentu kita dapat lihat gua tu.

Selalu aku dengar kokokan ayam hutan di belakang gua ni terutama semasa waktu pagi dan petang. Aku ajak ayah untuk tangkap ayam hutan tu tp. dia tak berminat. Yelah ayah aku masa tu sibuk menjayakan tanah baru tu. Mungkin macam-macam yg. dia fikir dan rancang untuk dusunnya. Yang aku lihat, dia sibuk mencari anak pokok, membuat pancang dan menanam pokok buah-buahan. Aku ni mana terasa sibuk sangat, cuma membantu mak ayah je.

Pada satu petang, aku pergi sorang-sorang ke belakang gua tu untuk meninjau di mana ayam hutan tu lepak. Akhirnya aku dapat mengesan tempat ayam tu apabila aku terserempak dgn. kumpulan ayam tu. Berdasarkan kesan-kesan, aku yakin kat situlah ayam tu selalu lepak. Aku mula memikir macam mana nak tangkap ayam hutan tu.

Aku tanyalah kat ayah macam mana nak buat jerat untuk menangkap ayam hutan tu. Ayah aku bagilah satu idea, dia suruh aku cuba buat jerat bingkas. Dia ajarlah aku cara buat jerat tu. Aku pula memang minat sangat menda-menda macam tu. Tapi pesannya selalulah tengok jerat tu nanti kerana takut ayam hutan tu mati kering je jika terkena kat leher. Jika kena kat kaki tak apa tapi jika kat leher, terjerutlah leher ayam tu nanti.

Aku rasa tak perlulah diperincikan sangat tentang jerat ni. Pada hari tu aku pergilah pasang jerat tu. Aku pasang dua tiga jerat jugalah. Esoknya aku pergi tengok. Weh memang mengena .... Lepas tu puas jugalah aku makan ayam hutan ni hasil dr. jerat tu tadi.

Ayam hutan ni bukan besar sangat, setakat seekor tu buat tahi gigi jelah.

Bagaimanapun aku rasa barsalah pula sebab ada dah 2-3 ekor ayam hutan yg. mati sesaja terjerut leher. Nak pergi ke belakang gua tu kira jauh jugalah. Kalau petang sangat, seram juga aku. Gelap semacam je hutan ni, ditambah pula bunyi macam-macam binatang kedengaran. Siapa tak seram. Oleh sebab tu, ada juga masa aku tak pergi tengok jerat tu hingga ada ayam hutan mati berulat gitu aje. Akhirnya aku tak mahu lagi pasang jerat tu.

Balik ke kisah sayur yg. mak ayah aku tanam tadi, biasanya sayur ni akan dibawa ke Pekan Sehari Lepeh (Lipis) pada setiap hari Sabtu untuk dijual. Bila tiba masa tu, akulah yang tolong memunggah sayur-sayur ni dgn. motosikal dr. cerang ke Stesen Kereta Api Merapoh.

Biasanya aku akan punggah sayur tu selepas sembahyang Isya`. 2-3 kali jugalah aku berulang-alik memunggah sayur tu. Sekali punggah paling kurang 2 guni atau 2 bakul sayur.

Bukan senang nak punggah barang ni weh. Bukannya pakai kereta tapi guna motosikal je. Bayangkanlah bawa guni dan bakul besar dgn. motosikal. Sayur ni pula ada jenis yg. berat seperti buah labu, mentimun tahun, keledek dan jagung.

Sayur ni akan diletak kat stesen ni hingga keretapi ke Kuala Lipis sampai kira-kira pukul 5 pagi esok. Kami tutuplah elok-elok supaya tak diusik oleh binatang. Setakat yg. aku ingat tak pernah org. mengusik barang-barang kami tu. Orang Merapoh ni baik-baik belaka.

Pukul 5 pagi esoknya, aku pergi ke stesen untuk menghantar dan menolong mak ayah aku mengangkat sayur naik ke kereta api. Yelah bukannya sikit, sementara aku ada kat kampung ni, aku tolonglah mana yg. patut.

Kadang-kadang tu ada juga aku terus ikut mereka hingga ke Lepeh. Kami tiba di Lepeh lebih kurang pukul 7.30 pagi. Di sini pula, aku kenalah memunggah barang atau sayur tu ke pekan sehari Lepeh.

Taklah jauh sangat, 300 meter je dr. stesen Lepeh. Ada masanya ayah aku akan upah orang untuk bawa sayur tu dgn troli ke situ jika barang terlalu banyak.

Barang yg. kami bawa biasanya dah habis dalam pukul 9 atau 10 pagi. Cepat laku weh. Lepas tu biasalah cari sikit-sikit barang keperluan yg. patut.

Kemudian, kami tunggulah keretapi untuk balik ke Merapoh kira-kira pukul 2 petang. Sampai semula ke Merapoh kira-kira pukul 4 petang, itupun jika kereta api tak berselisih (tunggu kereta api dr. arah bertentangan ) di Chegar Perah. Jika selisih, itulah kadang-kadang kami sampai ke Merapoh hingga pukul 9-10 malam. Penat weh tp. nak buat macam mana. Itulah kehidupan kami.

Pada aku mak ayah pada masa tu taklah susah sangat. Semua anak-anak dah lepas belaka. Aku je belum kerja tp. kira mereka tak banyak menanggung dah sebab aku diberi belanja oleh abang teh. Anak-anak juga kerja boleh tahanlah, makan gaji belaka. Tanah getah pula berpuluh ekar. Tanah kelapa sawit di Ulu Kumbang juga aku rasa dah ada. Saham perumahan juga ada juga terima. Anak-anak juga sedikit sebanyak ada menghulur. Kalau nak ikutkan, lebih pada cukup dah untuk keperluan mereka berdua.

Mak ayah aku ni kira orang yang tak mahu duduk diamlah. Tak boleh rehat lama sikit, kalau tak bekerja sehari mungkin boleh demam lah. Sebab itulah mereka buat kerja walaupun pada masa tu umur masing-masing dah mencecah 60 tahun. Selagi ada kederat, selagi itulah mereka bekerja.

Selain itu, mereka ni ingat sangat ke anak-anak. Tanah-tanah yg. dibuka tu semua untuk anak-anak, bukannya untuk dijual. Mereka berharap anak-anak nanti senang, semua ada. Kerja ada, hartapun ada sikit-sikit. Aku rasa itulah harapan mak ayah aku.

Cerita buka tanah ni kira dah sampai ke penghujunglah. Sudah hampir penuh tanah tu yang mencecah 10 ekar lebih ditanam dgn. pokok buah-buahan. Pokok durian pelbagai jenis selain pokok duku, langsat, dokong, manggis, salak dan lain-lain ditanam di situ. Pisang yg. menjadi tanaman sementara pula dah hampir mengeluarkan hasil. Tak lama lagi, boleh juallah buahnya tu.

Aku pula dah dapat keputusan STPM. Alhamdulillah dapat jugalah sijil penuh. Layaklah untuk mohon universiti tu. Dapat tak dapat tu lain cerita. Lama dah rasanya duduk kat kampung, aku mintalah kebenaran mak ayah aku untuk ke Kuala Lumpur mencari kerja sementara di sana
sementara menunggu peluang yg. lebih bagus lagi.

Memanglah aku kasihan untuk meninggal mak ayah aku bekerja di Bekong tu tapi apakan daya, aku rasa perlu pergi untuk mencari peluang yg. lebih baik.

Aku pun dah lama meninggalkan Merapoh. Aku banyak di luar untuk bersekolah. Masa-masa cuti panjang je aku duduk di kampung. Rasanya tak berapa reti dah nak kerja gaya orang kampung ni.

Wallahuaklam...

1 ulasan:

piewahid on 2010 Februari 10 15:28 berkata...
kalu demeh xcriter ni, kenangan2 ni hampir hilang dari ingatan koi. mklum lah byk ngat bende lain nk dipikir. haa... entry ni pun bakal bakal dcurik utk dokumentasi. TQ

criter midie tentang pengalaman menanam padi..

7.2.10 6:08 PM | Posted by piewahid
haa.. yang ini criter pasal pengalaman kami di merapoh tentang pengalaman lama kami menanam padi. skang dh x ada orang tanam padi kat sana. sila klik di sini utk mendapatkan versi asal yang lebih lengkap. TQ

Aku nak tulis sikit cerita pasal padilah. Dah lama aku tak ke sawah menanam padi. Teringat lagi masa dulu-dulu di Ulu Kumbang, aku tolong mak ayah tanam padi. Ada satu dangau di tengah sawah tempat kami berehat, dan menunggu padi daripada diganggu musuh seperti burung pipit dan burung ciok. Masa tu aku kecil sangat lagi iaitu umur antara 4-12 tahun.

Kuat sungguh angin kat dangau tu, sejuk... Terutama pada waktu petang dan malam. Berdindingkan kulit kayu, berlantaikan bilah buluh, beratap daun dan bertiangkan kayu, menjadikan dangau ni satu tempat yg sangat damai untuk berehat sewaktu petang dan malam. Bunyi burung, kridik, katak dan ungka masih terdengar-dengar apabila terkenangkan masa tu.

Pada zaman tu orang tanam `padi tahun' yg. ditanam setahun sekali mengikut musim, tak silap aku pada awal tahun dalam bulan 3. Mula-mula nak tanam padi ni kena cari tapak semai padi dulu. Bukan kat paya tapi kat tanah yang rata. Orang kampung bergotong-royonglah menebang menebas tempat yg. nak dibuat tapak semaian tu. Lepas tu kira-kira seminggu dua apabila pokok-pokok yang ditebas tu kering, bermulalah kerja memerun (bakar) kayu tu. Jadi, tanah tapak semaian tu akan jadi subur hasil sisa pembakaran kayu kat situ. Selain tu kerja-kerja untuk memastikan tapak tu selamat drpd. musuh seperti babi juga dilakukan. Kena pagarlah kawasan tu.


Seterusnya, padi yg nak disemai mestilah direndam dulu dalam semalaman supaya lembut. Esoknya, benih tu akan ditabur kat tapak semaian.Padi yg. ditabur mesti digemburkan supaya benih padi tertanam di dalam tanah. Cangkul digunakan untuk tujuan tu. Mengembur tu lebih kurang macam merepih rumputlah. cangkul sikit-sikit. Kemudian, rasanya kena siram air. Selepas tu, orang-orang akan dipasang kat situ untuk menakutkan binatang liar dan burung. Esoknya, bolehlah tengok anak-anak padi tu mula mencambah.

Sementara menunggu benih padi membesar, paya mesti disiapkan. Rumput-rumput dalam paya dicangkul, batas-batas diperbaiki dan tali air diperbetulkan dimana patut. Kirai digunakan untuk mengaut rumput yang ditebas tu. Pagar juga mesti diperbaiki. Masa tu mewah lauk ikanlah terutama ikan sembilang, toman, kepar dan puyu. Tangkap pakai tangguk, lukah dan tuwo. Best berkubang weh...

4-5 minggu selepas tu iaitu bila anak padi dah tinggi kira-kira paras lutut, tibalah masa ia diubah ke paya/sawah. Macam biasalah org. kg. akan bergotong-royong untuk mencabut anak padi tu. Anak padi yg dicabut tu akan disusun sama tinggi dan diikat kira-kira sebesar 3-4 cekak. Satu ikatan ni dipanggil satu unting. Hujung anak padi kat setiap unting tu akan dipotong sedikit. Daun-daun layu dan kering juga dibuang. Akar anak padi tu juga perlu dipotong sedikit. Selepas itu, unting-unting padi itu akan dibawa dan direndam di dalam paya. Bukanlah rendam tu sampai tenggelam semua cuma setakat tenggelam pangkal padi tu selama semalaman supaya akarnya segar.

Keesokan hari, mulalah kami menanam padi. Unting-unting yg direndam dalam paya tu dibuka ikatannya . Kemudian, 2-3 batang anak padi tu ditarik keluar dan dicucuk ke dalam selut paya tu sebaris demi sebaris. Jarak antara setiap anak padi tu lebih kurang sejengkal.

Ingat lagi, awal-awal pagi lagi mak bangun menyiapkan sarapan. Biasanya makan nasi putih je dengan lauk ikan gulai masam/tempoyak atau sambal masak pedas (susah dah nak jumpa sambal gini). Wui, sedap! Kalau takpun buat pulut makan dengan ikan masim atau kelapa parut yg dibubuh gula dan garam. Adakala kami makan ubi kayu rebus yang berganding dgn. ikan masin atau gula. Kadang-kadang ubi tu ditumbuk dan dibuat kuih.

Biasanya kira-kira pukul 10 pagi kami berehat sebentar utk. minum. Sambung balik kerja selepas itu hinggalah hampir waktu Zuhur. Selepas makan tengah hari dan sembahyang Zuhur, biasanya kami akan tidur sekejap. Sambung balik kerja dalam pukul 3 setengah hinggalah berhenti dekat-dekat pukul 7 malam. Begitulah cara bekerja yg. dah jadi rutin kami setiap hari apabila musim membuat padi.


Malamnya pula selepas solat Isya` dan makan malam, kami akan tidur awal. Berjaga selewat-lewatnya sampai pukul 11 malam je. Maklumlah penat setelah seharian bekerja. Tambahan pula masa tu mana ada elektrik, hanya pelita menjadi penyuluh. TV lagilah tak ada.

Tanah paya tu adalah dalam 4-5 ekar. 2-3 minggu jugalah nak siapkan kerja penanaman padi ni. Apabila dah siap tanam padi, padi perlu dijaga daripada musuh. Banyak guni dan kain buruk yg. dijadikan orang-orang digantung di sana-sini untuk menakutkan musuh. Tin-tin biskut disangkut kat batang-batang kayu yang dipacak kat sawah tu. Kemudian tali panjang diikat pada batang kayu tu dan ditarik terus ke dangau. Bila ada musuh je, tali tu akan ditarik-tarik menyebabkan tin tadi berbunyi.

Selain itu ada juga kami buat alat yg. menggunakan kuasa air utk. keluarkan bunyi . Kira hebat jugalah alat ni. Dengan menggunakan tali, periuk buruk atau boleh juga talam lama disangkut kat kayu yang dipacak kat aliran air di petak-petak sawah. Periuk tu akan ditolak oleh air lalu bergoyang dan berlaga dengan batu atau kayu yg diletak dibelakangnya. Berbunyilah periuk tu sentiasa tak kira siang atau malam. Ini mengurangkan sawah drp. diceroboh oleh musuh tanaman.


Kira-kira 2-3 bulan jugalah nak menanti 'padi tahun' ni masak. Dalam tempoh menunggu ni, ayah akan sentiasa mengawasi tanamannya ni supaya hidup subur dan mendapat hasilnya nanti. Paras air kat petak paya perlu disesuaikan mengikut keadaan. Ada kala air dilepaskan keluar hingga air mencecah lumpur dan ada kalanya air dialir masuk semula ke petak paya utk. menakungkannnya. Ini cuma ayah dan mak sajelah yg. tau bila perlu dilakukannya.

Selain itu, rumput-rumput di dalam paya dan di batas hendaklah sentiasa dibuang. Mana-mana padi yg. berdaun lebat pula perlu dipotong sedikit daunnya supaya buahnya nanti tidak sambang.

Apabila padi mula menguning, burung kat sawah ni semakin banyak. Macam-macam jenis burung ada. Pada masa ni jenuhlah kami makan burung goreng. Rasa burung ni memang kurang sikit tetapi jika digoreng garing-garing, sedap juga. Burung-burung ni kebanyakkan jenis burung yg. menyusup di celah-celah pokok padi. Cara yang ayah aku buat untuk tangkap burung ni ialah dengan cara mengiring. Ayah aku akan pasang pagar melengkung kat celah-celah padi tu. Kemudian ditengah-tengahnya diletak lukah.

Pagar tu hanya dibuat drp. ranting-ranting kayu yg. dicantas dr. pokok-pokok rendah yg. banyak tumbuh disekitar kawasan sawah. Ranting kayu yg. masih berdaun akan dicucuk rapat-rapat ke tanah lumpur paya hingga menjadi seperti pagar dan sukar ditembusi. Apabila sudah siap buat semua tu, kami akan pergi ke sebelah kiri dan kanan lebih kurang 30m dr. pagar tu. Kemudian, kami berjalan perlahan-lahan ke arah pagar sambil membuat bising. Burung-burung yg. takut akan lari ke arah pagar tu. Tanpa disedari, perlahan-lahan burung-burung tu menuju ke arah lukah apabila sukar menembusi pagar yg. kami buat. Jarang sangatlah burung-burung ni terbang sebab mungkin rasa lebih selamat menyusup dicelah-celah padi tu. Akhirnya burung-burung ni akan terperangkap dalam lukah yg. di pasang. Apabila kami sampai kat lukah tu, burung pelbagai warna dapat dilihat terperangkap di dalamnya. Apa lagi kome tangkap dan sembelihlah...

Masa padi dekat nak masak ni jugalah masa untuk membuat kekalu dan emping. Kekalu tu dibuat drp. padi dipangkal tangkai padi. Warna padi tu masih kehijau-hijauan tetapi dah berisi. Emping pula dibuat drp. padi dihujung tangkai padi. Warnanya kekuningan menandakan dah hampir masak. Biasanya drp. padi pulut kerana ia lebih sedap.


Sebelum ditumbuk, mak aku goreng dulu padi ni. Mengitih padi tu bila mak aku goreng, "tup, tap, tup, tap". Apabila kulit padi tu dah pecah dan nampak isi putih beras, ia akan diangkat dan ditumbuk menggunakan lesung tangan atau atau lesung hindik. Masa menumbuk tu kulit padi yg. tertanggal akan dibuang sehingga emping atau kekalu tu menjadi betul-betul bersih.

Emping atau kekalu yg. dah siap ni boleh dimakan dgn. pelbagai cara seperti dicampur dgn. kelapa parut, gula dan garam atau boleh juga dibuat bubur. Kekalu ni lebih lembut dan rasanya lebih sedap drp. emping.

Masa ni jugalah alat-alat untuk menuai padi seperti bakul, penuai padi, tikar mengkuang dan kulit kepong (kulit kayu kepong) mesti disediakan. Semua alat-alat ni dibuat sendiri. Itulah kemahiran org. dulu-dulu. Alat-alat ni akan digunakan semasa menuai padi nanti.

Setelah padi masak, mak ayah aku akan turun ke paya seawal mungkin untuk menuai padi. Aku kalau masa cuti sekolah bolehlah menolong mak ayah menuai padi tetapi lambatlah sikit. Masa tu aku kecil lagi dan biasanya mereka akan biarkan aku tidur sehingga aku terjaga sendiri. Mereka kejutpun utk. sembahyang subuh, lepas tu aku tidur balik.

Setelah terjaga dan bersarapan di dangau, aku akan turun ke paya untuk menolong emak ayah aku menuai. Ha, ha tapi sebenarnya aku lebih banyak menengok mereka dan bermain je. Masa menuai ni, penuai padi digunakan. Org. kampung aku panggil benda ni 'ketam padi'. Alat ni dibuat daripada kayu yg. diselit dengan mata pisau cukur. Alat tu akan dipegang dgn. sebelah tangan dan tangan sebelah lagi akan mencekak padi yg. dituai tu. Bila cekak dah penuh, ia akan dihantar ke dalam bakul mengkuang yg. memang diletak di atas batas paya tu.

Setelah bakul tu penuh, padi tu akan dicurahkan pula ke atas kulit kepong yg. dibentang di tempat lapang untuk dijemur di panas terik cahaya matahari. Kerja menuai ni dilakukan dr. pagi hingga ke senja. Sebelum pulang ke dangau, padi yg. sudah kering dijemur itu akan dimasukkan ke dalam guni dan dibawa ke pondok padi (tempat mengumpul dan mengirai padi). Kemudian padi tu akan dicurah di atas tikar mengkuang di pondok padi tersebut .

Kerja menuai ni berlarutan hingga berbulan juga. Setelah siap menuai padi, mulalah proses untuk mengirai padi ( meleraikan padi dr. tangkainya). Di pondok padi tu memang ada satu tempat untuk melakukan kerja mengirai padi ni. Tempat tu berlantaikan bilah buluh yg. disusun rapat-rapat. Padi akan dilonggokkan di situ dan kami memijak-mijak longgokkan tu hingga padi tu lerai dr. tangkainya dan jatuh ke bawah rumah yg. sudah dibentangkan dgn. tikar mengkuang.

Apabila kerja mengirai padi selesai, padi tu akan dibawa ke rumah angin ( tempat mengangin padi). Rumah angin ni dibina tinggi dan terbuka. Padi akan di bawa ke atas rumah tu utk. dianginkan. Kerja mengangin ni perlu menggunakan gadang yg, bentuknya macam talam tp. diperbuat drp. sulaman bilah-bilah buluh yg. diraut nipis. Padi akan diletakkan di dalam gadang tu kemudian diangkat di sisi kepala dgn kedudukan gadang tu menyenget sedikit. Kemudian, ia akan digoyang dan ditepuk perlahan-lahan supaya padi di gadang tu jatuh sedikit demi sedikit. Padi yg. jatuh tu akan terkena tiupan angin. Padi hampa akan diterbangkan jauh sedikit kerana ringan. Padi yg. elok pula akan jatuh di atas tikar yg. dibentangkan di sekitar pondok tu. Kena pastikanlah angin tu arah mana. Oleh itu, satu bendera angin dipasang kat pondok tu utk. melihat arah angin.

Kat bawah rumah angin pula mesti ada oranglah yang menjaga untuk menyapu hampa-hampa padi tu supaya tak bercampur dgn. padi elok. Biasanya penyapu tu diperbuat drp. pokok kenduduk. Masa tu aku kecil lagi, semua kerja tu aku cuba tp. setakat main-main jelah. Kemudian, padi yg. elok tu akan disukat menggunakan gantang. Setiap 10 gantang akan disimpulkan dgn 1 simpulan rotan. Rotan tu rotan panjang yg. diraut nipis. Satu rotan panjang tu rasanya boleh dibuat berpuluh-puluh simpulan. Jadi ayah aku ingatlah berapa gantang padi yg. dia peroleh pada hari itu. Dari situlah zakat dikira. Kalau dapat 1000 gantang, 100 gantang akan dikeluarkan zakat. Kebiasaannya kerja mengangin ni boleh siap dalam 1 hari je.

Selepas kerja mengangin, padi yg. sudah dikira bersih ni akan disimpan di dalam kepong di pondok padi sebagai bekalan beras kami selama setahun. Apabila perlu, padi tu akan dikeluarkan mengikut keperluan dan dijemur terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesin padi.

Masa menjemur padi ni banyaklah ayam, itik, burung yg. teringin makan padi ni. Kebetulan pula masa tu mak ayah aku banyak pelihara ayam itik ni. Ambil masa juga untuk tunggu padi ni betul-betul kering dan sesuai untuk dimesin. Masa nilah kami adik beradik kena tolong mak ayah jaga padi ni drp. diusik haiwan terutama oleh ayam itik kami.
Tak silap aku ada satu je mesin padi kat kampung aku pada masa tu yg. dimiliki oleh Aki Hj. Keria (Zakaria). Dia ni sedara jugalah dgn. kami. Menggunakan mesin ni, padi tu akan diproses menjadi beras.

Rumah mesin ni terletak di deretan bangunan kayu di slow 'Merapoh'. Ia berada di atas bukit sikit yg. paling hampir dgn. bangunan Masjid Lama Merapoh. Ia juga bangunan paling hampir dgn. bangunan sekolah TADIKA aku.

Masa mesin padi, akulah org. yg. paling ralik memerhati mesin padi tu membuat kerja memproses padi. Bunyinya bising dan ada satu cable panjang menghubungkan enjin dgn mesin pemproses padi tu. Bayarannya aku dah lupa berapa tetapi ia dikira berapa gantang yg. dimesin. 10 gantang seringgit agaknya.

Masa aku darjah 5-6, cara menuai padi ni dah berubah. Mak ayah aku tidak menggunakan penuai padi lagi. Kami menyabit batang padi tu lalu diletakkan kat tepi. Sekali sabit lebih kurang secekak batang padilah. Kemudian, apabila dah banyak batang padi disabit, kami menempas padi tu kat tempat menempas padi yg. dibuat daripada kayu dan buluh. Dindingnya pula dibuat daripada kain atau guni yg. telah dikoyakkan. Cara menempas padi ni ialah dgn. memegang pangkal padi tu sebanyak yg. boleh lalu dihayun ke belakang kemudian dihempaskan tangkai-tangkai padi tu ke bilah-bilah buluh yg. disusun jarang di tempat menempas padi. Padi-padi akan gugur ditakungan di tempat menempas padi tu. Kerja cara ni lebih cepat dan mudah kerana padi tidak perlu melalui proses mengirai padi lagi. Kemudian, padi dalam takungan tu akan dibawa ke pondok padi untuk dianginkan. Proses seterusnya sama dgn. proses yg. aku terangkan sebelum ini.

Aku rasa setakat ini sajalah cerita aku tentang padi yg. menjadi tanaman penting kepada penduduk Merapoh semasa aku kecil-kecil dahulu. Kadang-kadang ada juga aku cerita pasal padi ni kat anak aku tp. aku tengok dia ni dengar tak dengar je. Mungkin dia tak berapa faham kerana dia tidak dapat melihat dan mengalaminya sendiri. Apa yg. dia tau nasi tu berasal drp. beras yg. banyak dijual kat kedai. Aku harap cerita aku ni nanti boleh menolong budak-budak faham bagaimana nasi itu berasal terutamanya masa zaman belum ada jentera mesin padi lagi.

Wallahuaklam


2 ulasan:

piewahid on 2010 Januari 15 07:59 berkata...
letih ke naip criter weh? letih gini xpe, insyaallah ande manfaatnya utk ank cucu nnti. aok potong trip koi sokmo, koi bru je nk naip criter psl padi, aok dh criter dulu. abis la modal koi weh!

mohd hamidi wahid on 2010 Januari 15 09:38 berkata...
ha ha bukan apa koi nak refresh balik kenangan dulu yg xkan jumpa balik dah... sape yg ada pd masa tu boleh ngimbau balik.

criter midie pasal pengalaman buka tanah baru kat merapoh..

5:59 PM | Posted by piewahid
kalau kengkawan pernah baca novel seorang tua di kaki gunung atau ranjau sepanjang jalan, kedua2 kisah tersebut sebenarnya bkn lah jauh benar dengan pengalaman sebenar kami masa kecil2 d merapoh dulu cuma teknik penceritaannya sahaja yang jauh lebih profesional. kali ni saya kopi pes kan pula 1 lagi pengalaman versi midie berkenaan cara2 mmbuka 'tanah baru' di merapoh. sila klik sini utk mendapatkan versi asal yang lebih lengkap. TQ

Malam ni keh nok cerita sikit pasal buka tanah baru. Mungkin ramai orang tak tau macam mana orang dulu-dulu membuka tanah baru untuk buat dusun dan sebagainya. Aku adalah sikit pengalaman tentang ni yg. rasa boleh berkongsi dgn kawan-kawan.

Kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku masa menolong ayah membuka tanah untuk membuat dusun buah-buahan. Maaflah takde gambar nak ditunjukkan. Tunggulah bila aku balik kampung nanti, aku ambillah gambar yg. sesuai.

Masa aku duduk di kampung, sementara menunggu result STPM, aku merasalah menolong ayah aku membuka tanah. Tanah tu di Bekong iaitu tanah di tepi tanah getah pinggir kami di Merapoh.

Kat Merapoh ni kebanyakkan penduduknya mendapatkan tanah kebun dgn. cara membuka tanah. Aku rasa kat kampung-kampung lain di Pahang ni pun juga menggunakan kaedah yg. sama. Apabila ada tanah kosong, mereka tebang tebaslah tanah ni untuk ditanam dgn. pokok buah-buahan atau getah. Selepas tu mereka memohonlah kat pejabat tanah utk. mendapatkan geran sementara. Jika wakil drp. pejabat tanah lihat tanah tu dan puas hati dgn. kerja mereka, biasanya dapatlah mereka geran tanah sementara. Bila dah lama-lama, akhirnya mereka dapatlah geran kekal. Begitulah caranya lebih kurang org. kampung mendapatkan tanah kebun di kampung aku Merapoh.

Ayah aku pun gitulah juga. Dia nak tanah di sebelah kebun getah pinggir tu untuk dijadikan dusun durian. Tanah tu adalah lebih kurang 10 ekar termasuk rezab gua. Memang masa tu orang kampung tengah sibuk membuka tanah di kawasan Bekong ni. Jadi aku yg. baru habis sekolah ni kenalah menolong ayah aku membuka tanah tu.

Sebenarnya tanah tu dikira hutan teballah. Ada berpuluh pokok balak yg. sebesar 2-3 pemelok di kawasan tu. Kalau tengok ke gaya hutan tu rasa tak terdaya nak mengerjakan dgn. tulang 4 kerat. Ayah aku ni pulak memang tak pandai atau mungkin juga tak berapa berminat nak menggunakan alat-alat moden seperti Chain Saw. Dia hanya menggunakan kapak, gergaji panjang dan baji.

Mula-mula sekali tanah tu kena dirintih dulu supaya tahu berapa ekar keluasan tanah tu. Kerja ni ayah aku memang pakarlah. Aku tak taulah tekniknya tp. ayah aku guna kayu-kayu yg. dipotong kira-kira sepanjang 2m setiap satu. Besarnya pula kira-kira sebesar ibu jari kaki atau lebih. Kayu ni nanti akan dipacak di tempat-tempat tertentu untuk menandakan kawasan tanah tu.

Apabila kawasan tanah sudah ditanda, ayah ajaklah emak dan aku menebas semak-semun di hutan tu. Pokok-pokok yang sebesar peha atau lebih juga akan ditebang menggunakan parang dan kapak. Ada sesetengah pokok pula ditebang sedikit saja supaya apabila pokok besar yang ditebang tumbang nanti, ia akan menghempap pokok-pokok ni lalu tumbanglah sekali.

Tujuan kerja-kerja ni dilakukan dulu supaya memudahkan kerja menebang pokok-pokok yg. lebih besar nanti. Jika tidak, mungkin ada pokok besar yg. ditebang tu tidak tumbang dgn. sempurna kerana tersandar kat pokok-pokok kecil dibawahnya. Ini boleh menambahkan kerja dan akan membahayakan kami. Kerja ni berlarutan berbulan jugalah.

Apabila kerja menebas dan menebang pokok-pokok kecil selesai maka tibalah masanya untuk menebang pokok yg. besar-besar pula. Masa ni ayah aku akan sediakan gergaji sepanjang 1-3meter . Ada gergaji digunaka untuk seorang dan ada juga jenis gergaji yg. kena ada dua orang untuk menggunakannya. Gergaji untuk dua orang tu ada pemegang di setiap hujung gergaji. Setiap orang kena pegang hujung-hujung gergaji tu lalu menyorong tarik gergaji tu semasa menebang pokok.

Pada aku ayah memang betul-betul pakarlah dalam kerja ni. Kerja ni dah dilakukan sejak dr. muda lagi. Entah berapa puluh ekar dah tanah yg. dia buka dgn. cara ni. Ada setengah tanah yg. dia buka tu diberikan sahaja kepada saudara mara apabila dia berpindah dan menetap di Merapoh.

Sebelum menetap di Merapoh, ayah aku pernah juga tinggal di kampung-kampung lain yg. berdekatan seperti Sg. Temau dan Batu Bulat. Ada juga dia cerita yg. kami hampir-hampir pindah ke Temerloh kerana ada orang ajak buka tanah di sana. Entah macam mana, tak jadi. Mungkin sebab rezeki kami di Merapoh.

Masa menolong ayah aku menebang ni, ayah aku akan suruh menebang pokok-pokok yg. tak berapa besarlah. Pokok yg. betul-betul besar tu akan ditebang oleh ayah aku sendiri. Ada sesetengah pokok tu mempunyai banir yg. agak besar sehingga kami terpaksa membuat para terlebih dahulu untuk menebangnya.

Bukan main pakai tebang je, biasanya ayah aku akan rancang dahulu sebelum menebang pokok besar ni. Mesti tahu arah mana nak ditumbangkan dan arah mana untuk kami pergi semasa pokok tu tumbang nanti. Mesti pastikan pokok tu ada berkait atau bersangkut tak dgn pokok lain. Ini untuk mengelakkan dahan-dahan atau pokok lain yg. bersangkut dgn. pokok besar tu tidak menimpa kami ketika pokok itu tumbang.

Selain gergaji, baji dan tukul besi besar penting semasa menebang pokok besar ni. Baji akan diketuk sedikit demi sedikit ke celah tempat digergaji tu untuk mengelakkan gergaji tersepit. Ada 5-6 baji jugalah ayah aku simpan untuk kerja-kerja ni. Stamina ayah aku ni memang kuat. Aku yg. masih muda ni rasanya tak setanding dgn. tenaga ayah aku. Masa menggergaji pokok menggunakan gergaji untuk dua orang tu, akulah biasanya minta berhenti sekejap apabila terasa lengoh tangan semasa sorong tarik gergaji tu.

Rasanya berbulan juga untuk menyiapkan kerja menebang ni. Maklumlah pakai gergaji tradisional dgn. tulang 4 kerat je untuk menebang balak seluas lebih 10ekar. Apabila semua pokok-pokok besar tu siap ditebang, ia akan dibiarkan sebulan dua untuk membolehkan balak-balak tu betul-betul kering. Masa ni kami memotong dahan-dahan pokok tu dan dikumpulkan supaya senang memerun nanti. Biasanya kami kumpulkan di tempat balak-balak tumbang supaya balak tu habis terbakar nanti.

Panjang cerita ni, sambunglah nanti...


4 ulasan:

piewahid on 2010 Februari 2 23:17 berkata...
segala mcm criter aok taip bkaitan dgn sej merapoh, koi akan kopi pes masuk blog koi. tapi koi akan tulisla sumbernya dari blog aok. criter peribadi koi xkacau. bagi, xbagi lain criter, aok bkn buleh saman pun. xdaya koi nk criter 2 kali. :)

mohd hamidi wahid on 2010 Februari 2 23:58 berkata...
Ha ha ha, xkisahlah. Kalau dah cerita sama tp bahasa koi lintang pukanglah... editlah sikit bagi sedap.

piewahid on 2010 Februari 3 14:34 berkata...
ok dah tu. kita guna yg ori la..

criter midie pasal sk merapoh...

5:49 PM | Posted by piewahid
ini criter midie berkaitan pengalaman beliau smasa sekolah rendah di merapoh. untuk melihat versi asal yang lebih lengkap, slik klik sini. TQ

Ini aku nak cerita sikit masa zaman aku sekolah rendah. Masa aku darjah 1, aku berulang dgn. berjalan kaki dari Ulu Kumbang ke SRK Merapoh yang jaraknya kira-kira 5km. Ha.. jauh tu, sekarang ni rasanya susah dah nak jumpa budak sekolah rendah jalan kaki sejauh tu utk ke sekolah. Itu kira dekat.. Ada yang berulang ke sekolah lebih jauh lagi. Macam yang duduk kat kg. sekitar Merapoh seperti Kg. Telok Gunung. Agaknya mereka berjalan hampir 10km lah..

Semasa tu, kebanyakkan murid memakai kasut getah. Jenama Fong Kiong tak silap aku. Harganya dalam 2-3 ringgit. Sesiapa yang pakai kasut kain jenama Bata tu kira anak orang kayalah walaupun harganya takdelah mahal sangat, kira-kira 5 ke 6 ringgit je. Maklumlah ibu bapa masing-masing susah masa tu, hanya kerja noreh getah kebanyakkannya.

Semasa musim hujan, kasut getah ni basah, masa berjalan berbunyilah "plup! plap! plup! plap". Apabila musim kemarau pula, kaki selalu melecet sbb. kulit bergesel dgn getah panas yg. dibakar cahaya matahari, terutama apabila tidak pakai stokin.
Weh, sekarang ni budak bawa duit banyak ke sekolah. Aku dulu biasanya bawa duit 10 sen je. Dapatlah makan nasi lemak atau bihun dgn air paip. Kekadang dapat 20 sen atau 50sen tu kira hebatlah. Anak aku sekarang bawa duit 2 ringgit ke sekolah masih merungut lagi. Yelah brg. sekarang mahal...

Penduduk Merapoh pada masa tu petani aje. Adalah sebuah balai polis kat situ berbangunan batu. Canggih sungguh rasanya balai tu pada masa tu. Selain anak cikgu, kami anggap anak polis ni lebih standartlah dari kita org. Terasa rendah diri bila lihat mereka ni pakai pakaian, beg, pensil, mainan dll yg hebat-hebatlah pd. kami.

Bila hari raya, balailah tempat singgahan utama kami selain drp. kubur. Kat kubur, kami yang budak-budak ni akan diberi duit 20sen setiap kali tolong bertahlil kat kubur orang. Orang dewasa tak taulah pula diberi berapa. Selepas habis bertahlil, barulah kami diberi duit. Terpaksalah kami tunggu hingga habis tahlil utk. dapatkan duit tu. Tak ikhlaslah macam tukan tetapi itulah zaman kanak-kanak. Yang penting kami dapat cari duit raya sebanyak yg. boleh. Kalau bertahlil banyak tempat, banyaklah duit yg. dapat. Biasanya dapatlah seringgit lebih. Kasihan...

Di balai pula kami dapat duit raya 20sen sekali singgah. Sebab tulah kami suka sangat beraya di situ. Kat rumah org. kampung, jaranglah dapat duit raya ni. Kumpul-kumpul semua duit tu, kalau dapat 10 ringgit kira banyak sangat dah. Anak aku sekarang ni dapat duit raya sampai 2-3 ratus tu biasa je. Selalunya duit tu kami habiskan buat beli mercun je. Mercun masa tu murah, banyak jugalah boleh beli.

Apabila aku masuk darjah 2, senanglah sikit sebab mak aku dapat tender kantin. Mewah aku masa tu. Makan minum boleh tambah ikut suka hati. Takdelah penat aku berjalan kaki lagi sebab mak aku duduk kat kantin je. Masa cuti barulah kami balik ke Ulu Kumbang.

Masa mak aku berniaga kat kantin sekolah ni, aku senang dapat duit. Bila-bila je aku boleh minta dgn. mak aku. Setakat 40-50sen tu biasa je. Masa tu aku ni jenis malas menulis. Bila tulis lama-lama rasa sakit-sakit pula jari ni. Dahlah tulis lambat. Banyaklah latihan-latihan yg. cikgu bagi tak siap. Ada seorang kawan aku tu cekap sangat menulis. Jadi aku upahnya menulis utk. aku. Sekali salin aku bayarlah 5sen atau 10sen. Ha, ha, tp. cara ni tak bertahan lama. Akhirnya aku kena marah dgn. Cikgu Zainabun. Dia cam tulisan tangan aku. Lepas tu terpaksalah aku tulis sendiri. Jasa cikgu ni akan tetapku kenang. Dia dah lama meninggal. Semoga roh guruku ini sentiasa dirahmati Allah.

Lambat juga aku ni boleh membaca. Aku ni terlalu nakal dan tak berikan tumpuan semasa belajar agaknya. Nak naik darjah 3 baru aku boleh membaca. Terima kasihlah pada abg. bong kerana memarahi aku kerana aku tak boleh-boleh lagi membaca walaupun dah nak masuk darjah 3.

Masa tu abg. bong menjadi ustaz di sebuah sekolah menengah di Seberang Prai, Pulau Pinang. Kira hebatlah kat kampung aku abang bong ni kerana dia berjaya masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Masa tu kurang sangat di kawasan kampung aku ni yg. berjaya belajar ke sana. Ada sekali tu aku ikut mak ayah ke rumahnya. Dia bawalah kami jalan-jalan kat bandar. Aku mintalah dia belikan majalah Gila-gila. Abg. bongpun belilah. Aku sebenarnya suka tengok kartun kat majalah tu je, bukan boleh bacapun. Apabila balik ke rumahnya, abg. bong suruh aku baca, dia nak dengar. Mungkin dia dah agak aku tak boleh membaca lagi. Ha.ha, gelabahlah aku kerana tak boleh membaca. Apa lagi membebellah dia kat aku tak henti-henti. Dia kata adik iparnya Si Faizal tu dan lancar membaca walaupun muda setahun drp. aku. Lepas tu aku rasa malu... sangat.

Apabila balik ke Merapoh semula, aku belajar membaca sorang-sorang kat dalam bilik. Aku melancar sukukata-sukukata dlm. buku sekolah. Sehingga kadang-kadang waktu petangpun aku tak keluar bermain. Mak aku suka sangatlah tengok perubahan aku ni. Aku buat macam tu dalam seseminggu dua dan akhirnya aku berjaya membaca.

Masa darjah 1 dan darjah 2, biasanya aku dapat nombor yang akhir-akhir. Apabila aku naik darjah 3, peperiksaan pertengahan tahun, aku dapat nombor yang ok sikit. Periksa akhir tahun pula aku berjaya mendapat nombor 3. Tahun-tahun yg. berikutnya aku terus dapat bertahan daripada nombor 2-4. Kira oklah kan. Ini kerana aku dah dapat membaca. Terima kasihlah abg. bong kerana marah kat aku dulu. Itulah namanya marah-marah sayang, betul tak?

Aku ni kira antara budak yg. terlalu nakallah masa kecil. Suka bergaduh dan buat perkara-perkara yg. mencabar. Bukan aku nak bangga dengan perangai aku ni cuma aku nak bercerita je ok. Biasalah aku bertumbuk ni, balik rumah lebam sana lebam sini. Dua tiga org. nak lawan aku, aku lawan....

Di sekolah aku tu, ada sebuah stor utk. menyimpan perabot sekolah yg. dah rosak. Bertimbun kerusi meja murid kat situ. Stor tu satu bangunan berdinding papan dan beratapkan zin. Aku dan kawan-kawan suka sangat main kat situ kerana kerusi meja tu kami dapat susun jadikan bermacam-macam kenderaan seperti jet perang, kereta dan sebagainya utk. kami bermain.

Pada satu hari, kami jumpa sarang tebuan tanah kat pagar dekat stor tu. Punyalah pelik, kami jolok tebuan tu dgn. kayu. Tak takut maut ke? Bila tebuan tu kejar, kami lari sekuat hati. Beberapa kali percubaan, kami selamat. Tak taulah kenapa, kami berasa seronok pula bermain macam tu.

Akhirnya aku semakin berani dan pergi semakin hampir dgn. sarang tebuan tanah tu. Kali ini aku kena. Tebuan sengat kat kepala dan belakang aku. Melolonglah aku sambil berlari sekuat hati. Sakit tak terkiralah. Rasanya 5-6 ekor tebuan jugalah yg. menyengat aku. Bukan aku seorang, kawan-kawan aku pun menerima nasib yg. sama. Apabila sampai di pentas di tepi padang sekolah, Cikgu Mat yg. lalu kat situ nampak kami. Dia jampilah kat cincin dia dan tenyeh kat tempat kami kena sengat. Lepas tu aku terus balik rumah. Demam aku jadinya. Lama jugalah mengidap dan tak dapat datang ke sekolah.
Masuk darjah 5, mak aku dah tak berniaga lagi. Aku berulang baliklah ke Ulu Kumbang. Masa tu abg. aku semuanya dah sekolah menengah. Kat Ulu Kumbang pula kurang org. Jadi, aku selalu balik sorang-sorang. Lepas 'slow' (tempat perhentian sekejap keretapi), aku selalu berlari sebab takut lalu kawasan kebun getah dan hutan. Selalu juga aku terserempak dgn babi hutan. Ada sekali tu aku terpaksa panjat pokok getah apabila terserempak dengan sekawan babi. Lama jugalah aku menunggu di atas pokok getah tu sehingga babi hutan tu beredar.

Itulah secebis kisah aku semasa aku sekolah rendah yg. masih aku ingat. Kalau nak dicungkil, tak tertulis rasanya apa yg. telah dialami. Kisah demi kisah akan terus berlaku dalam hidup kita. Ada yang pahit dan ada yang manis. Pada aku jangan disalahkan kisah lama. Apa yg. penting dapatkah kita mengambil iktibar drp. kisah itu yg. telahpun berlalu.



1 ulasan:

piewahid on 2010 Januari 14 21:34 berkata...
ambuih deme yak... koi bru nk rangka criter demeh dh bcriter... bgus2! hihihi

sambungan criter midie pasal buka tanah baru di merapoh

4:57 PM | Posted by piewahid
haaa.. ini sambungan kisah buka tanah baru versi midie. sila klik sini utk dapatkan versi asal yang lebih lengkap. terima kasih en mohd hamidi... hehehehehe.. TQ

Aku menolong mak ayah aku membuka tanah disebelah tanah getah pinggir ni selepas aku selesai mengambil peperiksaan STPM di SAM (SHOAW) Kuching iaitu hujung tahu 1990 dan awal tahun 1991. Kiranya aku dah tamat sekolahlah. Masa ni aku menunggu result STPM. Kalau ada rezeki dapatlah aku melanjutkan pelajaran ke universiti nanti.

Orang buka tanah kat kawasan ni bukannya kami je, ramai lagi orang lain. Kalau tak silap aku hampir 100 ekarlah tanah kawasan ni dibuka oleh penduduk kampung. Kebanyakkannya di tanam dgn. pokok buah-buahan walaupun ada juga yg. menanam dgn. pokok getah dan kelapa sawit. Kedengaranlah bunyi chain saw orang menebang pokok di sekeliling kawasan tu. Kami je menebang guna cara lama, pakai gergaji sorong tarik je.

Masa buat kerja tu kadang-kadang aku melauh (melaung/ menjerit) kuat ke arah Gua Bekong. Saja je aku nak dengar pantulan suara aku dr. gua tu menjadi gemaan. Kadang-kadang masa aku melauh tu, adalah orang lain manyahut. Kemudian, sahut-menyahutlah kami, dapat juga menghilang sunyi masa tu. Antara kawan aku yg. juga membuka tanah kat situ ialah yg. aku panggil Ha, Nordin dan Ya. Mereka ni adik beradik yg. aku kira boleh dijadikan contohlah sebagai anak muda yg. duduk di kampung dan berjaya. Boleh menyara anak bini dgn. pendapatan yg. boleh mengalahkan org. makan gajilah.

Aku sambung teruslah cerita dalam Buka Tanah I, OK. Bacalah dulu cerita sebelum ni supaya senang faham apa yang aku cerita ni.

Sementara menunggu balak dan kayu-kayu tu kering, ayah aku membina sebuah pondok di tempat tu. Pondok tu hanya dibuat drp. kayu-kayu yg. terdapat disekitar tu juga. Buluh utk. dibuat lantai dan dinding. Batang kayu lurus, besar dan panjang ikut kesesuai pula dijadikan tiang dan sebagainya. Atap pula dibuat drp. daun rembia. Kerja ni dibuat sendiri oleh ayah, kalau ada pun sedikit jelah bantuan drp. kawan-kawan ayah seperti Pak Teh Hin. Pondok ni dibina di atas bukit kecil ditepi jalan menghala ke Sg. Relau iaitu jalan masuk ke Taman Negara. Kebetulan pula di situ terdapat sebatang anak sungai untuk kami mendapatkan bekalan air dan mandi-manda.

Kesimpulannya pondok ni betul-betul tradisonallah. Macam rumah-rumah orang kampung di zaman tahun 60-an agaknya. Dapurpun dapur kayu. Masa tu memang senang nak cari kayu api, kan hutan kawasan tu baru ditebang. Kat kebun getah pinggir tupun bersepah kayu yg. boleh dibuat kayu api.

Kalau sesiapa pernah pergi ke Taman Negara ikut Merapoh, tentu nampak pondok tu. Masih ada lagi sampai sekarang tetapi sudah di naik taraflah. Dah macam rumah orang kampung. Bila nampak Gua Bekong tu, silalah perhati kat sebelah kiri, tentu nampak pondok tu. Betul-betul tepi jalan.

Pondok ni dibuat kerana kalau kami nak berulang dari sini ke rumah kami di Perumahan Merapoh tak laratlah sebab ayah dan mak aku ni tak pandai memandu apa-apa kenderaan pun termasuklah motosikal. Motosikal yg.ada tu hanya digunakan apabila anaknya ada balik ke kampung. Masa anak tak da, mereka terpaksalah berjalan kaki ke Perumahan Merapoh lebih-kurang 10 km. Masa aku ada kat sini memanglah tak ada masalah tetapi jika aku dah kerja, terpaksalah mereka berulang alik ke rumah setiap pagi dan petang jika pondok ni tak dibina. Jadi pondok ni dibina untuk mengelakkan mereka dari penat berjalan kaki ke rumah setiap hari . Lagipun cerang ni perlu dijaga siang dan malam dr. binatang, maklumlah sekelilingnya hutan.

Aku kira inilah kali terakhir aku merasa duduk kat pondok yang suasananya seperti dangau kat tengah sawah padi masa aku kecil-kecil dulu. Selepas itu, takda dah ayah aku buat pondok hingga ke akhir hayatnya. Waktu malam macam-macam bunyi binatang kedengaran. Bunyi babi, beruk dan lain-lain, malahan bunyi gajahpun pernah aku dengar kat situ. Waktu malam memang gelap gelita, yelah kami guna pelita je. Masa duduk kat lambo (lebih kurang barenda lah) waktu malam, selalu aku tengok kat gunung-gunung yg. kejauhan cahaya seperti kilat walaupun pada masa tu bukannya mendung pun. Mak aku panggil itu 'kilat gajah'. Mak aku kata kilat ni datangnya dr. perut gajah. Sampai sekarang aku pelik macam mana perut gajah boleh mengeluarkan kilat.

Kalau nak diceritakan semua rasa tak terlarat pula, aku teruskan cerita pasal memerunlah.

Setelah sebulan dua, apabila balak-balak dan dahan-dahan kayu tu dah betul-betul kering, inilah masanya untuk membuat kerja-kerja memerun. Longggokan kayu tu akan dibakar menggunakan buluh. Buluh ni buluh kering yg. dicincang hujungnya supaya senang menyala apabila dibakar hujungnya. Kemudian buluh ni akan dibawa ke longgokan-longgokan kayu tu untuk memerun.

Masa memerun ni, asap berkepul-kepullah di udara. Api menyala sampai 10-20 kaki tinggi. Tak tau nak katalah panasnya rasa duduk kat tempat tu. Apatah lagi masa membakar ni biasanya waktu panas terik. Muka dan hidung kena tutup dengan kainlah untuk mengurangkan tersedut asap dan debu. Muka masing-masing tersengih je menahan panas. Habis basahlah badan kami berpeluh dan berminyak masa buat kerja tu.

Kerja ni boleh berlarutan selama beberapa hari. Jika hari hujan, lagilah lambat. Mana-mana kayu-kayu yg. tak terbakar tu kami kumpul semula dan bakar lagi hinggalah tanah tu betul betul bersih. Apabila dah bersih, mak aku akan menanam sayur sayuran kat tempat tu.

Selepas kerja memerun ni, tanah di kawasan tu dah menjadi elok sangat untuk ditanam dgn. sayuran. Arang dan abu drp. pembakaran tu telah menjadi baja yg. begitu baik. Biasanya mak aku akan tanam labu, sayur maman, bayam, terung, kacang panjang, kacang bendi, lada besar, jagung dan lain-lain lagi.

Apabila sayur-sayuran tu mula menghijau, seronok sangatlah pergi ke situ terutama waktu pagi semasa embun masih lagi di daunan. Bau tanah dan kayu yg. terbakar masih lagi terasa-rasa. Dalam kedinginan pagi, dapat ku lihat cahaya matahari terbit. Kicauan burung-burung dan bunyian unggas rimba menemaniku waktu menuju ke tempat tanaman sayur-sayuran kami. Alangkah damainya. Terasa ingin ku kembali ke zaman itu.

Begitulah gambarannya semasa berada di cerang. Cerang ni maksudnya tempat kami tanam sayur tulah. Kami panggil cerang je . Begitu juga waktu petang. Dapat lagi aku rasakan udara segar yg. aku sedut semasa menolong mak ayah aku di situ. Kadang-kadang aku sengaja mencari tempat yg. tinggi untuk menyaksikan pemandangan yg. indah di petang hari.

Tanaman sayur ni sebenarnya tanaman sementara je kerana ia hanya sesuai semasa tempat ni baru-baru diperun. Masa tu tanah ni lapang lagi, tiada pokok-pokok besar. Emak aku biasanya lebih sibuk menjaga sayur-sayuran manakala ayah aku pula sibuk mencari dan menanam pokok buah-buahan terutama pokok durian. Selain itu, pokok pisang juga ditanam sebagai tanaman sampingan sementara menunggu pokok buah-buahan membesar. Biasanya aku lebih sibuk menolong ayah aku menanam pokok-pokok tu.

Apabila sayur-sayuran ni sudah boleh dipetik, aku menolong pula mak ayah akau memetiknya untuk dijual. Selain dijual kat Merapoh, kami juga akan membawa ke Pekan Gua Musang, Padang Tengku atau Pekan Sehari di Kuala Lipis.

Inilah kerja-kerja mak ayah aku sejak dr. mereka muda lagi. rasanya mereka ni tak pernah makan gaji. Kerja semuanya menggunakan kederat. Alhamdulillah, walaubagaimana susahpun, mak ayah aku tetap menghantar kami ke sekolah. Belajarlah setinggi mana yg. boleh, mak ayah aku akan hantar walaupun terpaksa bergolok- bergadai. Itulah yg. aku paling kagum dgn. mak ayah aku ni.

Ya Allah, ampunilah dosa ibu bapaku. Tempatkan mereka di tempat yg. sebaik-baik tempat. Sesungguhnya jasa mereka tak terbalas oleh kami. Kami amat bersyukur dianugerahi ibu dan bapa seperti mereka.

Oklah aku rasa bab cerita menjual sayur ni aku sambung kemudianlah. Penat dah menaip ni...

2 ulasan:

piewahid on 2010 Februari 7 10:28 berkata...
criter ni antara yg bakal dicurik. gambo maman masok lemok tu, buat koi lapo serta merta.


Mrkolumpo on 2010 Februari 7 13:03 berkata...
hahaha...satu lagi kisah pengalaman hidup ayah beh yang berguna pada generasi2 muda dan seangkatan dgn nya (termasuk kome walaupun tok beghape nok mude sgt)..takde can nak join bukak tanah,memerun..ayoh kome keje cikgu..paling kuat pun time weekend ngikut ayah ngutip getah sambil ayah menoreh...

kat merapoh kata abohnye (ahmad salikin) ada banyok tanah yang belum di teroka..apa kata kita pakat dgn ayah cu sekali..kite teroka tanah sana....

p/s : ayah beh masa mude2 hensem hehehehe

criter midie: tarzan ulu kumbang hampir tumpas di gua layang..

4:30 PM | Posted by piewahid
adik saya pun ada sbuah blog (sila klik sini ) yang menceritakan pengalaman dulu2 beliau smasa di merapoh. disebabkan pengalaman antara kami saling berkait dan lebih kurang sahaja, saya memilih untuk tidak menceritakan kembali perkara yang telah beliau ceritakan. walau bagaimanapun dgn izin atau tanpa izin, ("aku kan abang...!") saya akan kopi & pes entries beliau bkaitan merapoh tanpa sebarang suntingan sbagai menghormati originality pengalaman dan hak intelek beliau.

tujuan saya kopi pes ini adalah dsebabkan sebahagian daripada konsep blog saya ini btujuan menceritakan sejarah merapoh. walau bagaimanapun mungkin terdapat gambar2 dari entries asal yg xdapat dsertakan dsebabkan masalah teknikal dan kekangan masa. jika begitu, kengkawan boleh rujuk kembali entries asal d blog beliau yang lebih lengkap.
dharapkan cerita2 mrapu mraban kami ini ada gunanya kepada generasi muda suatu ketika nanti.

KEPADA YANG DAH PERNAH BACA ENTRY INI D BLOG BELIAU, JGN MARAH YEK. ENTRIES YANG BAKAL DPAPARKAN SEPANJANG MINGGU INI LEBIH KEPADA PROSES DOKUMENTASI.

wassalam.


Kenyang minum
Peristiwa pertama yg aku tak pernah lupa hingga sekarang ialah peristiwa aku hampir lemas di tempat mandi sekolah Sg. Merapoh. Masa tu boleh kata semua org. kg. mandi kat sungai. Umur aku masa tu kira-kira 10 - 12 tahun lah, aku dah lupa.

Biasalah macam budak-budak lain pada masa tu suka sangat mandi sg. Kat situ kita org. main macam-macamlah seperti main sorok-sorok daun, kejar-kejardan lain-lain lagi.

Ringkas cerita ada sebatang balak besar tumbang kat sungai tu. Kita menyelam di bawah batang balak tu dengan ruang yang agak sempit. Pada satu hari, tu aku menyelam kat situ. Entah macam mana seluar aku tersangkut sesuatu mungkin kat dahan balak tu. Aku tersekat tak boleh timbul. aku meronta-ronta sekuat tenaga akhirnya seluarku terlepas. Weh, tertelan air dah.

Bila timbul aku sedut udara sedalam-dalamnya, tak taulah nak bayangkan macam mana keaadan aku masa tu, dahsyat. Kawan aku semua pelik sbb. mereka tak perasan aku tersangkut kat bawah balak tu. Peristiwa tu tak dapat aku lupa sampai sekarang.

Tarzan
Kat merapoh ni dikelilingi gua batu kapur . Antaranya Gua Layang, Gua Bekong, Gua Tagang, Gua Lima dan lain-lain lagi. Aku selalu teruja nak daki gua ni. Normallah kan? Budak-budakkan suka nak mencuba dan mengalami sesuatu.

Jadi, pada satu hari aku berpakat dgn beberapa kawan untuk mendaki gua layang, dekat dgn sekolah rendah. Kami pun daki ikut laluan yg rasa-rasanya boleh sampai ke puncak gua tu. Kami mendaki di lereng-lereng gua tu. Ada masanya kami memanjat dan bergayut pada batu-batu yg. tajam dgn tangan kosong. Adakalanya pula kami berpaut pada akar-akar kayu yg banyak berjuntaian di gua tu. Apabila hampir ke puncak, kami berehat di satu kawasan yg agak rata.

Semasa berehat di situ, tiba-tiba selipar aku mengelonsor ke satu lereng. Tanpa berfikir panjang aku pergi kejar selipar kerana takut ia terjatuh ke gaung. Masa tulah aku tergelonsor sekali kerana tanah di situ rupanya berpasir. Kira boleh masuk gaunglah aku sbb takde tempat untuk aku berpaut pada kayu atau akar. Aku panik dan rasa "matilah aku..."

Rupa-rupanya nyawa aku masih panjang. Dalam keadaan kelam kabut tu, tanganku tercapai anak pokok. Aku berpaut pada anak pokok tu dengan cemas sebab takut ia tercabut. Kawan-kawan aku tak dapat menolong, masing-masing cemas memerhati aku. Dengan berhati-hati aku mendaki naik dan Alhamdulillah aku selamat juga sampai ke atas. Selepas tu, aku termenung sekejap memikirkan perkara yg. baru berlaku.

Walaupun selipar tak dapat di selamatkan lagi tapi biarlah. Nasib baik Allah masih memanjangkan umur ku. Yang hebatnya kami terus mendaki hingga sampai ke puncak.

Tulang
Masa sekolah menengah, dalam tingkatan 2 ke 3. ayah aku buka tanah dekat kebun getah pinggir (satu kawasan tanaman getah di kg. aku). Tempat ni dekat dgn Gua Bekong. Ayah aku tanam pokok buah-buahan seperti pokok durian, rambutan, duku, langsat, dokong, manggis, mata kucing dll. Sementara tu pisang juga ditanam sabagai tanaman sampingan. Hasilnya dijual sementara menunggu pokok buah-buahan membesar.

Dari kawasan tanah tu aku dapat lihat satu gua di Gua Bekong tu. Gua tu agak besar dan tidaklah berapa tinggi kalau dilihat dari situ. Aku mula teruja untuk pergi ke situ. Aku fikir kat situ nanti aku akan dapat melihat satu pemandangan yg. indah.

Pada satu hari, abang cik aku yang menjadi penoraka di Felda Keratong 3 iaitu Ramli telah pulang ke kampung. Aku mengajak abang cik naik ke gua tersebut. Abang cik setuju maka pada waktu tengahari, kami mendaki ke gua tersebut.

Weh! rupanya nampak je rendah untuk ke situ tetapi bila didaki, jerih juga nak sampai ke atas. Hinggakan apabila kami hampir sampai ke situ, kami terpaksa menggunakan kayu yang disandar ke pintu gua tu untuk membolehkan kami masuk.

Sesampainya kami ke situ, kami berehat sebentar sambil menikmati pemandangan dari atas. Tidak lama kemudian mulalah tanganku gatal. Parang yg. aku bawa aku tikam-tikamkan ke dalam tanah di gua tersebut. Tanahnya aku rasa tebal, ceroi dan lembut. Hujung parang tak terkenapun ke batu walaupun aku tikam dalam-dalam. Aku mula mengajak abang cik menggali tanah tu. "Manalah tau kot-kot ada harta karun", gurau ku.

Kami pun menggali tanah tu. Tidak sampaipun sekaki tiba-tiba aku tercungkil tulang. Aku tunjukkan tulang tu kepada abng cik. Dia kata tulang beruk je tu. Selepas tu kami jumpa banyak lagi tulang bersama cebisan tikar mengkuang dan serpihan mangkuk. Mula kami pelik macam mana barang-barang tu boleh ada kat situ.

Sebatang tulang yang agak besar serta serpihan tembikar kami bawa balik ke pondok untuk kami tunjukkan kepada emak dan ayah kami. Setelah diteliti oleh meraka, rupa-rupanya tulang tu adalah tulang manusia. Emak aku cerita dulu-dulu ada sepasang Cina tinggal di kampung ku telah kematian anak . Suaminya bawa mayat anak mereka ke kawasan ni utk. ditanam tetapi tidak pasti pula di mana. Mungkin dia tanam anaknya di situ. Mak aku kata tulang tu tulang bahu budak.

Wallahuaklam.

dari ulu kumbang ke kampung dusun..

10:07 AM | Posted by piewahid

semalam saya ke kuantan dan terjumpa seorang kawan lama dari kampung dusun, kechau, kuala lipis pahang. dia ni kawan lama di sekolah menengah dan kalau xsalah ada pertalian saudara juga dengan kami. bila dah sembang2 kisah lama tu, teringat peristiwa saya di zaman sekolah menengah dulu2.

masa tu, saya pernah mengikut seorang kawan saya balik bercuti hujung minggu ke kampung beliau kat kg dusun. itu lah kunjungan pertama dan terakhir saya sehingga sekarang walaupun setiap kali balik ke merapoh kami akan lalu di tepi simpang ke kampung tersebut.

ketika itu kampung dusun masih tradisonal benar, sama sahaja dengan kampung2 lain di daerah lipis ni. selepas menaiki bas sangkut2 dari pdg. tengku, kami terpaksa berjalan kaki (saya tak ingat anggaran jaraknya) dari simpang jalanraya hingga ke rumah beliau. jalannya, jalan tanah merah. naik bukit, turun bukit. rasanya jauh benar kami berjalan sehingga saya hampir2 rasa menyesal mengikut beliau balik kampung.

sampai di rumah beliau, alhamdulillah layanan keluarganya sungguh baik dan kami tidur semalaman sebelum balik semula ke pdg. tengku keesokan harinya. semasa d rumah beliau, saya berbual2 dengan adik beliau yang masih bersekolah rendah:

-“adik pekse dapat nombor berape?”
-“no. 3”
-“oooo.. bagus2!”
-“dalam kelas adik ada berape org murid?”
-“ade 3 org?”
-“ape, brape org?”
-“3 orang…!”
-“oooooo… xpe2, nanti adik blajar lagi rajin2”

heheheheh…

p/s:
camne la kampung dusun sekarang ni ya. ramai saudara mara saya berasal dari sana. adakah ia menjadi lain2 kampung tradisi di pahang yang akhirnya sunyi dan dtinggalkan kerana generasi muda berhijrah ke bandar atau semakin maju?
kampung dusun ni sebenarnya terkenal dengan penduduknya yang lawa2, maklum lah mereka dengar katanya berasal dari kacukan cina muslim yang berasal dari china. bahkan nama kampung dusun itu sendiri dikatakan diambil sempena 1 kawasan di china. wallahu a’lam!

minyak kelapa buatan ulu kumbang...

3.2.10 10:46 AM | Posted by piewahid
gambar minyak kelapa yang telah siap dproses

semasa kecil, hampir kesemua keperluan dapur kami cari, sediakan dan usahakan sndiri. beras dari padi tanam sendiri, ikan kami cari kat sungai & paya dan lauk pauk dari hutan sekeliling. hampir semua keperluan termasuk sayur-sayuran, kunyit, serai, rempah ratus dan sebagainya adalah first hand & fresh. kalau ada yang perlu dibeli pun, terlalu minima seperti garam susu dan teh. bahkan gula pun saya sempat lihat allahyarham ayah & mak buat sendiri dari tebu tapi rasanya agak ganjil berbanding gula yang dibeli. misan tebu pun sedap kalu cicah dengan ubi kayu rebus yang baru digali. kopi pula dari pokok kopi yang ditanam dan minyak kelapa dibuat dari buah2 kelapa yang penuh ditanam keliling rumah.

hari ini saya nak criter serba ringkas cara membuat minyak kelapa. kalau ada silap sikit fakta2 tertentu dalam proses ni, saya mintak maaf sebab ada tempat2nya ingatan saya dah kabur.

untuk membuat minyak masak:

1 cari kelapa tua.
2. parut & perah shingga menjadi pati santan.
3. tanak sehingga keluar minyak. masa ni lah boleh makan 'taik minyak' puas2. sgt sedap dcampur dengan dudul kukus.
4. simpan dalam botol.

kelapa tua, tapi yang ni nampak xde la tua pun .. (gambar hiasan)


parut & perah hingga jadi pati santan. ada ke patut dalam gambar ni tuang santan cenggitu je dari buah kelapa. (gambar hiasan)


tanak sehingga keluar 'taik minyak' (gambar hiasan)


kalu nak buat cuka pulak, ambil air kelapa, peram dalam tempoh tertentu sehingga menjadi cuka. tapi org dulu2 ada jugak yang nakal. air tapai ubi/ beras/ nanas dcampur ragi dia orang buat sebagai tuak....toinggg...!!! (gambar hiasan)

tapi, minyak kelapa ni ada kelemahannya. kalau musim sejuk, ianya mudah beku. letih lah kami diang tepi dapur kayu supaya cair sebelum memasak. kadang2 minyak kelapa tu juga merangkap minyak rambut kami semasa sekolah. bila tengahari, meleleh dan hapak satu kelas.

main nombor?

2.2.10 3:02 PM | Posted by piewahid

suasana dalam kedai judi nombor (gambar hiasan)

'tekun berusaha' (gambar hiasan)

membaca entry dalam blog relevan Sokmo bertajuk mis semata ( sila klik sini ) baru2 ni, saya teringat kisah sendiri suatu masa dulu. untuk pengetahuan kengkawan, saya pun ramai sgt rodong2 cenggini, mklum la kita bkwn mcm2 pesen org.

nak jadi criter, saya pernah kena 'sound' dengan sorg tua yg baru kluar kedai nombor ekor. sbbnya anak saya sulung saya (masa tu dia belum skolah rendah pun lagi ) bertanya kepada saya apabila kami melintas sebuah kedai nombor ekor kat bandar baru temerloh. jangan xtau, kalau kita lalu tepi kedai ekor ni, kita mungkin akan jumpa macam2 orang yang kita 'tak sangka' akan jumpa..

anak saya tanya:
"aki tu beli ape bah?"
saya jwb:
"beli nombor ekor"
"nombor ekor tu ape bah?"
"teka nombor, bjudi.., bdosa!" jwb saya ringkas.

rupa2 orang tua tu dengar, tetiba dia tengking saya:
"AOK INGAT AOK DH TENTU MASUK SYURGA KE?"
laaa... saya ckp lek lok kepada anak saya, dia terasa hati pulak dah...
agak2 saya dia ni otai taiko kampung.
saya pun sakit hati juga bila kena tengking gitu, saya jawab balik:
"aku yg xbjudi memang belum tentu masuk syurga, ko yang berjudi tu lagi lah xtentunya.."

pastu dia jeling mcm nk telan saya. eleh, jalan pun dah terketar2, malas nak manjangkan cerita, saya cepat2 blah...

HUKUM JUDI:

"Hai orang –orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan mengundi nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan berjudi itu, menghalangi kamu dari mengingat Allah dan shalat; maka berhentilah kamu” -Al Qur'an (Surah Al –Maidah 90-91)

perhatian: arak, judi, berhala dan mengundi nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan (standard yang sama dosanya) maknanya, walaupun kita tak pernah menyembah berhala tetapi...(huraikan sendiri)

Judi , termasuklah main TOTO ataupun 4 Nombor Ekor , adalah termasuk di antara perkara-perkara yang diharamkan di dalam Islam. Bahkan orang yang mengengkari haramnya berjudi itu boleh jatuh ke dalam lembah murtad – wal’iyadzu bilLahi min dzalik – kerana mengengkari sesuatu perkara agama yang wajib diketahui oleh semua umat Islam ( Al-Ma’alum Minad Din Bidhoruroh)

SOALAN KUIZ:

Siapakah yang WAJIB membenteras judi?

a: ayah, ibu & penjaga atau keluarga.
b. pemerintah.
c. pihak jabatan agama.
d. setiap individu yang mukallaf.
e. tiada satupun jawapan yang betul.

ha... jawab cik abang jawab! ewah..!! cak pong, cak pong...!

rumah sewa…

31.1.10 8:12 PM | Posted by piewahid
luarannya nampak cam ok je...

kami ada beli sebidang tanah di ‘taman berkat’ berhampiran stesen keretapi merapoh. asalnya ianya adalah tanah abang cik saya. masa tu (berbelas tahun yang lalu) beliau memerlukan wang tunai dan untuk mngelakkan tanah tersebut ‘lepas’ begitu sahaja ke tangan orang lain, kami pun beli dengan harga ‘adik beradik’. sebenarnya ketika itu saya sendiri tak bduit tetapi kerana memikirkan perlu menolong adik beradik, saya buat pinjaman bank.

setelah berbincang dengan da dan ummie, kamipun merancang membina sebuah rumah sewa ‘2 pintu’ secara ala kadar. setiap pintu cuma ada 2 bilik. ye lah kalau nak tunggu betul2 berduit, tak tau lah bila datangnya duit. malu rasanya membiarkan tanah sekangkang kera tersebut terbiar sedangkan allahyarham ayahanda saya dulu mampu mengusahakan tanah kebun yang luas sehingga ke akhir usia beliau.

masalahnya kami tinggal di temerloh, jadi susah sikit nak uruskan pembinaan tersebut. setelah mendapatkan beberapa pandangan, kamipun memilih kontraktor yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kami. konon2 sesambil tu boleh lah tolong saudara mara sendiri.

bila jumpa kontraktor tu, punya lah manis & macam2 janjinya tapi bila start buat kerja… hampeh..! gayanya seolah2 kami tak pernah membeli & membina rumah sebelum ini. belit sana, belit sini…konar sana, konar sini. hujung2, saya cuma serahkan pada da untuk berurusan dengan beliau kerana saya bimbang terkeluar perkataan yang tak elok dari mulut saya. cakap berbelit2 ni saya xpandai. faham2 aje lah, kalau kontraktor rolling modal guna modal orang lain. ambil payment kontrak ni utk settle payment kontrak lain termasuk makan pakai, ubah suai kenderaan dan macam2 lagi. bukan dia yang buatkan pun, ‘sub’ atas ‘sub’. charge mcm kontraktor pro tapi kerja..alahai! letih kami asyik call dan bertanya macam2. kalau tak, tak tau lah apa jadi dengan rumah tu. janji 2 bulan, ujung2 jadi 6 bulan. kos asal sekitar rm65 ribu bertukar menjadi hampir rm90 ribu. banyak masa & duit yang terbazir begitu aje. bila dia nak duit, laju je call. pastu semputlah kerjanya. dekat2 nak abis duit, dia akan call lagi. mmmph.. dah nak terkena, nak kata apa!

dah siap ni pun macam2 lagi masalah kat rumah tu. luaran rumah ni nampak macam ok, sebenarnya mcm2 hal.. tak termasuk masalah wiring & piping. ada ke patut kontraktor pasang paip boleh pasang polypipe terlepek & bersimpul2 atas tanah gitu aje? xyah gali?. siapa yang nak gali tu nanti? hello JBA, check la sikit... sesekali terfikir je nak buat komplen ke pihak atasan atau masuk paper dgn gambar2 skali sebagai bukti tapi ksian pulak anak bini dia orang nak makan. dia lah kerja TNB/JBA, dialah juga yg ambil kontrak pasang paip & elektrik. iskh, iskh, iskh ...nak duit xtra pun agak2 la bro! SPRM tau kang, camne? (jgn marah ye kengkawan blogger yg kerja TNB/JBA, saya cuma maksudkan kpd yg terlibat dalam kes saya ni aje).

dalam banyak2 masalah tu, saya upload kan beberapa keping untuk kenang2an. kengkawan fikir2kan sendiri. dah tua2 ni, malaslah nak memening2 kan kepala, kami maafkan saja lah kontraktor tu. tu pun, alhamdulillah nasib kami xjadi mcm dalam
criter ni. (sila klik sini) mana yang perlu, kami akan repair sendiri. dosa dia dengan tuhan, dia tanggung lah sendiri.




border yang memisahkan ruang tamu dengan dapur hanya setinggi lebih kurang 5'x 8". saya kalau lalu rasa mcm 'xberapa lepas'. kalu anak sulung saya yang lalu & xtunduk, confirm bengkak kepala.



kepala paip dia pasang terbalik. saya nak baiki sendiri xconfident sbb kalau goyang2 sikit je, paip dalam simen tu berpusing sama. kang xpasal2 dia kata saya yg rosakkan. komplen kat dia, dia jawab, alah... xkisah tu, pasang camne pun paip tu cuma utk mesin basuh. aduss...!


semua suis dalam rumah ni hanya kira2 4' lebih sikit saje dari lantai. budak2 senang nak capai. cuba bayangkan kalu tangan dia orang basah.


paling brutal: xpernah aku jumpa. paip air sebelah suis & sama tinggi. kalau lah air tu terpercik kat lubang suis tu, hancusss...!