setelah berbincang dengan da dan ummie, kamipun merancang membina sebuah rumah sewa ‘2 pintu’ secara ala kadar. setiap pintu cuma ada 2 bilik. ye lah kalau nak tunggu betul2 berduit, tak tau lah bila datangnya duit. malu rasanya membiarkan tanah sekangkang kera tersebut terbiar sedangkan allahyarham ayahanda saya dulu mampu mengusahakan tanah kebun yang luas sehingga ke akhir usia beliau.
masalahnya kami tinggal di temerloh, jadi susah sikit nak uruskan pembinaan tersebut. setelah mendapatkan beberapa pandangan, kamipun memilih kontraktor yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kami. konon2 sesambil tu boleh lah tolong saudara mara sendiri.
bila jumpa kontraktor tu, punya lah manis & macam2 janjinya tapi bila start buat kerja… hampeh..! gayanya seolah2 kami tak pernah membeli & membina rumah sebelum ini. belit sana, belit sini…konar sana, konar sini. hujung2, saya cuma serahkan pada da untuk berurusan dengan beliau kerana saya bimbang terkeluar perkataan yang tak elok dari mulut saya. cakap berbelit2 ni saya xpandai. faham2 aje lah, kalau kontraktor rolling modal guna modal orang lain. ambil payment kontrak ni utk settle payment kontrak lain termasuk makan pakai, ubah suai kenderaan dan macam2 lagi. bukan dia yang buatkan pun, ‘sub’ atas ‘sub’. charge mcm kontraktor pro tapi kerja..alahai! letih kami asyik call dan bertanya macam2. kalau tak, tak tau lah apa jadi dengan rumah tu. janji 2 bulan, ujung2 jadi 6 bulan. kos asal sekitar rm65 ribu bertukar menjadi hampir rm90 ribu. banyak masa & duit yang terbazir begitu aje. bila dia nak duit, laju je call. pastu semputlah kerjanya. dekat2 nak abis duit, dia akan call lagi. mmmph.. dah nak terkena, nak kata apa!
dah siap ni pun macam2 lagi masalah kat rumah tu. luaran rumah ni nampak macam ok, sebenarnya mcm2 hal.. tak termasuk masalah wiring & piping. ada ke patut kontraktor pasang paip boleh pasang polypipe terlepek & bersimpul2 atas tanah gitu aje? xyah gali?. siapa yang nak gali tu nanti? hello JBA, check la sikit... sesekali terfikir je nak buat komplen ke pihak atasan atau masuk paper dgn gambar2 skali sebagai bukti tapi ksian pulak anak bini dia orang nak makan. dia lah kerja TNB/JBA, dialah juga yg ambil kontrak pasang paip & elektrik. iskh, iskh, iskh ...nak duit xtra pun agak2 la bro! SPRM tau kang, camne? (jgn marah ye kengkawan blogger yg kerja TNB/JBA, saya cuma maksudkan kpd yg terlibat dalam kes saya ni aje).
dalam banyak2 masalah tu, saya upload kan beberapa keping untuk kenang2an. kengkawan fikir2kan sendiri. dah tua2 ni, malaslah nak memening2 kan kepala, kami maafkan saja lah kontraktor tu. tu pun, alhamdulillah nasib kami xjadi mcm dalam criter ni. (sila klik sini) mana yang perlu, kami akan repair sendiri. dosa dia dengan tuhan, dia tanggung lah sendiri.
border yang memisahkan ruang tamu dengan dapur hanya setinggi lebih kurang 5'x 8". saya kalau lalu rasa mcm 'xberapa lepas'. kalu anak sulung saya yang lalu & xtunduk, confirm bengkak kepala.
kepala paip dia pasang terbalik. saya nak baiki sendiri xconfident sbb kalau goyang2 sikit je, paip dalam simen tu berpusing sama. kang xpasal2 dia kata saya yg rosakkan. komplen kat dia, dia jawab, alah... xkisah tu, pasang camne pun paip tu cuma utk mesin basuh. aduss...!


