Saya peminat Datuk. Datuk bukan sebarang orang di Malaysia ni. Datuk diiktiraf sebagai pakar motivasi. Pandangan dan pendapat Datuk menjadi panduan, ikutan serta rujukan banyak pihak. Saya sendiri pun selalu merujuk buku-buku dan pendapat Datuk.
Saya faham kepakaran Datuk di bidang kaunseling tetapi kenyataan yang satu ini mengejutkan saya. Sebagai rujukan, mari baca semula kenyataan Datuk (kalau betul seperti yang didakwa, maklumlah ketepatan berita di media massa kita ni satu isu yang lain) yang telah disiarkan di halaman 6, Harian Metro, Sabtu, 11 Disember 2010 ini.
KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.
Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu.
“Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu sehingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.
“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu.
“Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan.
“Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.
Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.
“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.
“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.
Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredhai.
“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.
Amboi-amboi Datuk... lain macam benar orang kaunseling ni memberi pandangan ya. Lengkap segala empati dan simpatinya. Tapi pandangan saya lain pula Datuk... kita ringkas-ringkaskan aje ya... Antaranya:
1. Kita memang tak boleh paksa pemikiran seseorang tetapi kita tetap wajib mencegah kemungkaran dan membimbingnya.
2. Agak-agaknya betul ke dakwaan si Suzie tu bahawa hanya pekerjaan GRO sahaja yang mampu dia lakukan Datuk? Tak ada kemahiran, kita boleh latih Datuk... Dah biasa dapat RM 3,4 ribu seminggu sambil-sambil enjoy layan lelaki memang boring nak kerja lain.. tambahan kalau dah lama bergelumang dalam maksiat.
3. Dalil atau kias mana yang Datuk gunakan untuk membolehkan Suzie boleh meneruskan pekerjaannya tu?
4. Kerja tu boleh Suzie teruskan kerana darurat, ya Datuk? Darurat ke?? Amboi, amboi, amboi.... Kelakar lah Datuk ni!
5. Bertaubat dari maksiat ni tak boleh tunggu tua, kan Datuk?
6. Suzie memang ada masalah dalaman termasuk saya sendiri. Itu namanya penyakit hati, betul tak Datuk?
7. Membantu, insya-Allah... tetapi kalau dekati diri sebagai rakan akrab tak maulah Datuk, nanti saya tambah cawangan lagi.... gurau-gurau aje Datuk, jangan marah ya. Hehehe
piewahid:
Minta maaf Datuk ya... saya cuma bimbang anak-anak saya akan terkeliru nanti.


setuju sangat dengan pandangan saudara..
rasanya duduk di negara ini, takde istilah darurat dalam mencari dan melakukan pekerjaan yang halal