Maafkan aku teman...

20.12.10 3:41 PM , | Posted by piewahid
Hospital Ampang



Maafkan aku teman

Ketika jejari pantas menari
Ketika bibir lancar berbicara
Meluncur sarat seribu cerita

Memang pasti
Kadang-kadang keliru mataku melihat
Kadang-kadang salah telingaku mendengar
Kadang-kadang khilaf akalku mentafsir makna
Selalu pula, dangkal segala hujah dan kisah

Maafkan aku teman
Jika ada keterlanjuran kata
Sekali pun mungkin niatku murni
Atau mungkin memang caraku begitu
Tetap ada kelemahan diri
Maklum kurang ilmu hakiki
Masih berusaha membaiki segala

Beradalah di mana saja di bumi Tuhan
Tugas khalifah adalah pasti
Segalanya ditanya di akhirat nanti

Maafkan aku teman
Bukan niatku membuatmu terluka


Piewahid:
Mohon menyepi sementara waktu...

42 Comments to Maafkan aku teman...

as salam..saya mendoakan semoga piewahid terus sihat walafiat dan dikurniakan rahmat dari Allah SWT

salam,
semoga sehat selalu
dan semoga saling memaafkan

Salam Sahabat, Tak de salah aok dgn kawan, kawan senang dengan aok :( semoga kesihatan anda bertambah baik dan ceria sentiasa bersama keluarga tercinta.

as salam sdr pie,

berehat dan berubatlah dengan tenang

sebagai sahabat di alam maya, saya doakan semoga sdr sihat seperti sediakala, banyakkan sabar

salam ..semoga pie tabah menghadapi ujian getir ini....doa cm agar pie kembali sihat.

kami iringi dengan doa semoga cepat sembuh dan sabar menghadapi dugaan Allah

Salam..

Semoga Mr PieWahid diberikan kekuatan dlm hadapi segala ujian dariNya dan semoga diberikan kesembuhan dan kembali sihat....Amin..

Salam,

Semoga Allah sentiasa bersama saudara. Tabah , cekal serta bertawakal kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang , agar segala ujian dapat diatasi dengan mudah dan redho.

Assalamualaikum tuan.
moga tuan tabah dan diberikan kekuatan .

Assalamualaikum sahabat...

Semoga sahabat tabah dalam menghadapi dugaan~Nya dan moga Allah kembalikan kesihatan sahabat...amin

Salam weh..guana?..moga kesihatan bertambah baik..

salam...

Moga terus berusaha,cekalkan hati & kuatkan semangat..koi doakan semoga kesihatan aok bertambah baik..

salam Akhi Pie..
semoga Allah permudahkan
urusan aok..cepat sembuh
dan kembali sihat seperti
sediakala..amin

salam pie..makcik baru pulang dari hospital pakar perdana..bertemu doktor pakar tulang..ada penyakit baru pula..
sedih membaca nukilan pie..apa pun banyak bersabar, pie tak ada kesalahan dgn sesiapa pun..makcik yakin yg rakan2 senang dgn bicara pie..makcik harap pie tabah n berkongsilah cerita terkini..kuatkan semangat,ceria selalu agar pie tabah menerima apa2 berita nanti..

biasa la tu..tiap orang ada buat salah..tu tandanya kita manusia...sering lupa..seiring buat silap..jadi sifat maaf dan pemaaf tu perlu...

sesungguhnya hanya dia yang maha pengampun dan menerima taubat,,

salam ,
good luck bro..

Moge diberikan kekuatan menempuh dugaan...

Salam Pie wahid...

Semoga pie wahid terus tabah ..... tQ sebab post gambar hospital ampang tu.... sebab 27 saya pulak ke sana.... dah dapat la gambaran sikit .... tengok gambar tu..... cantik hospitalnya......semoga segala urusan dipermudahkan hendaknya...

Assalamualaikum piewahid,

telah lama air mata itu kering
bersama pengharapan tinggi
merapak sujud memohon yang esa
memberi kekentalan jiwa
mengharungi ujianNya...

moga kesabaran itu masih ada
dengan keimanan mengubat lara
bermunajat memohon Yang Esa
mencari penawar itu
pasti akan digapai juga
Insya-Allah....
doa kakak sentiasa mengiringi
segala yang terbaik adanya

Salam Pie,

Selamat berblog kembali bila dah rasa ada kemampuan.

Walau apapun yang akan dilakukan oleh saudara Pie, semoga pie sekeluarga dipermudahkan Allah segala urusan.

salam piewahid,
semoga diberi kekuatan
semoga diberi keafiatan

jika tidak keberatan, email alamat bermastautin Insyallah ada kelapagan boleh menziarah.

salam cik abang,

tak sangka kali ini abang berpuisi pula,
dah lama tak baca puisi abang.
semoga
semuanya selamat.

sy mndoakan kesejahteraan piewahid sekeluarga..

salam
selamat berehat..semoga sembuh seperti dulu..menceriakan suasana..

Kiranya mengundur diri seketika boleh membuatkan jiwamu tenang
silakanlah
Andai bersama kami di alam maya ini juga membuat bahagia
silakanlah
kami sudi mendengar bicara
dan berkongsi rasa..

Semuga segera sembuh yer...

Orang-orang terpilih dan istimewa sahaja di uji oleh Allah untuk melihat kesabarannya. Sudah tentu ada ganjaran yang berlipat ganda. Semoga saudara tabah menghadapinya. Saya doakan semoga saudara dirahmati Allah....

koi nok kate mende lagi...sumer sahabat2 dah tulis diatas, cume pesan koi,selalulah berfikiran positif dan tabahkan hati..

.....kurniakan kekuatan buat seorang piewahid, Tuhan! Rabbi Yassir Wa La Tu'assir...

Assalamu'alaikum Piewahid

Semoga beroleh ketenangan dan dirahmati Allah..

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Ash-Syar-h 94: 5 - 6)

Allah jugalah tempat bermohon..

harap bro pie kembali berseangat menulis blog semula

hi salam
semoga sihat selalu uncel

SALAM,
MENDOKAN KESIHATAN PULIH KEMBALI. KITA SALING MEMAAFI.

salam sahabat, lama kome tak dengor deme berceloteh rindu weh...semoga kesihatan deme pulih seperti sediakala...amin Ya Allah Ya Rabbal a'lamin...

berderau kome baca sajak deme ter...

Salam tuan. Selamat tahun baru moga tuan bertambah sihat, insyaAllah.

assalamualaikum saudara

hujan dan mentari
sering beriringan
tanpa hujan
kemarau meliputi
tanpa mentari
kelam alam


p/s:
ujian adalah tarbiah dari Allah

salam, somoga pie wahid cepat sembuh.

Apa kabar agaknye Enchek Piewahid, semoga sihat selalu.

Pie kuat...
Pie kuat...
Pie kuat...

salam Pie semoga kesihatan pie bertambah baik.Stay strong:)

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!