Kuala Lumpur International Motor Show 2010


4 Disember 2010 kami sekeluarga ke PWTC untuk menyaksikan Kuala Lumpur International Motor Show 2010. Bukan apa, sepanjang anak-anak bercuti kami langsung tak berkesempatan merehatkan minda. Memang kami sentiasa bergerak ke sana ke mari tetapi semuanya atas urusan tertentu. Kasihan juga kepada family.

Kalau buat family holiday trip, kami lebih selesa melakukannya semasa pertengahan tahun. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan jika kami bergerak dalam musim tengkujuh ni.

Selain untuk merehatkan minda, kami ke sana kerana saya mahu merangsang IQ dan EQ anak-anak. Harap-harap mereka dapat mempelajari sesuatu melalui pameran bertaraf antarabangsa tersebut. Bila ada pameran-pameran bertaraf antarabangsa dianjurkan, kami jarang melepaskan peluang.


danial, da, danish dan ummie

Saya sendiri pun memang sangat berminat dengan teknologi automotif khususnya teknologi hybrid. Di samping itu dapat juga mencuci mata melihat model-model (wanita) kereta yang menawan. Maklumlah kamera DSLR murah saya dah isi awal-awal dalam beg sandang. He, he, he...

Perodua dan Proton kelihatan agresif dalam usaha meningkatkan reputasi dan bersaing dalam pasaran. Berdasarkan concept car yang dipamerkan, ada perubahan daripada segi design tetapi alangkah bagusnya jika berserta dengan kualiti. Harap-harap taklah banyak guna 'plastik murah' terutamanya di bahagian interiornya selepas ini. Lebih tepat, cukai yang melampau-lampau tu tak perlulah dikekalkan kerana kasihan kepada rakyat Malaysia yang setia menyokong selama ini.

Alhamdulillah anak-anak nampaknya sangat seronok. Sepanjang perjalanan balik semuanya tertidur keletihan. Seperti biasa, pemandunya sahajalah yang tinggal terkuap-kuap.



Piewahid:

Saya masih dalam proses buat kunjungan balas ke blog kengkawan. Masih banyak yang belum sempat saya kunjungi.

25 Comments to Kuala Lumpur International Motor Show 2010

salam piewahid, menarik utk tauladan sy nnti berkeluarga :)

rehat rehatkan minda.... sebelum peksa.

Assalamualaikum...

Moga sdra sihat hendaknya serta sentiasa dalam redha~Nya..

Bagus juga tu dapat berihat sambil melihat perkembangan industri motor.

Selamat bercuti sambil menambah pengetahuan...

http://miecyber.blogspot.com/2010/12/masjid-al-aqsa-didakwa-akan-runtuh.html

salam sdr pie,

sambil menambah ilmu sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan..

semoga makin sihat

Salam:)

Semoga Mr PieWahid sihat dan sentiasa dilindungiNya jua..Amin..:)

Sesekali ke pameran memang byk info yang kita akan dapat..
Yang paling bermakna..perginya bersama family..
-masa kualiti bersama keluarga!:):)

Selamat Tahun BAru Hijrah..:)

as salam piewahid..memang banyak mende yang boleh kita pelajari dari pameran sebegini

Salam sahabat semoga sihat dan ceria
sentiasa. Singgah kejap baca N3 anda..
Salam hari Isnin yang BZ :(

Salam sdr Piewahid. Alhamdulillah sdr diberi kekuatan dan keafiatan untuk bersama keluarga tersayang merehatkan minda. Saya masih belum berkesempatan untuk kesana. Dengar cerita jalan KL jem hari minggu, terus takde mood nak masuk KL.

Salam Piewahid,

Kakak pasti yg paling seronok mesti danish dan danial. Cerita tak habis hingga seminggu. Seronok melihat teknologi canggih.

salam Akhi Pie..
weiii..berjalan merata aok yak?
koi minat juga ter..belum
berkelapangan..

best jalan dgn keluarga nih...pegi tempat hok pameran hok motor nih...puas nok menjawab soalan anak2 la...nape org tu pakai gitu?...nok jawab bende yek...tengok moto show kat pekan je...

salam pie..alhamdulillah pie dah semakin sihat kalau tak tentu tak dapat berjalan jauh tu..cuti kali ni makcik tak kemana kerana pakcik agak sibuk menguruskan rumah lama kami untuk dijadikan rumah tamu..Insyaallah 10.12 ni tetamu pertama kami akan masuk..kalau berhajat bolehlah pie sekeluarga menginap disitu hehe..berjalan bersama memang seronok..perjalanan pergi riuh dgn cerita n gosips..balik semuanya tertidut sunyi je..tapi makcik pastikan yg makcik tak tidur n bercakap bimbang driver mengantuk..

salam maal hijrah. semoga anda terus kekal cemerlang dah bahagia di samping keluarg tersayang.

saya belum berkesempatan melawat pameran tu .. rasanya memang tak sempatlah. saya setuju dengan penurunan cukai import dan duty. rasanya malaysia berada dalam top 3 dari segi kadar yang di kenakan oleh kerajaan. selain dari itu kita juga kena bayar cukai minyak, cukai tayar, cukai jalan, tol dan lain-lain lagi dan lagi ..

so en PW ..takde yg berkenan ke model2 keta terbaru tu...sambar la sebiji..

makcik budget ada subaru impreza & jaguar. tapi xdok...

seronok sekali anak-anak ni.

Salam...

Wah...orang jauh smpai dulu..
Koi dh lama nak brangan gi KLIMS nih..
Nak tgk Proton Lekiu dekat2..

Salam Pie,

Semoga sihat dan selamat menyambut Maal Hijrah.

Akak dah lama tak berjalan-jalan ditempat pameran. Kaki tak larat. Nanti menyusahkan anak-anak saja.

Seronok yer dapat berjalan-jalan bersama keluarga.

salam
tangkap le sebijik model tu.. tentu mengancam bila pandunya.

bestnya dapat pg sana..teringin jugak nk pg..

semoga iQ kita sentiasa terangsang dengan benda2 yang berfaedah..

Entoh bile la koi dapat pakei yang gitu ter....

Salam, koi sendiri pun belum ade kesempatan nok g ke sana.Harap2 dapat pegi juge la nanti.....

err dorang kabo sambil tayang keta tayang model seksi skali

nak pegi mmg x berkesempatan....
tgk kat tv jek...huhuhuhu.....

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!