
Setelah puas mengumpul kekuatan, akhirnya saya kembali berblog. Seronok dapat berjumpa semula... :)
Walaupun segan, entry ini khas untuk saya kongsikan sedikit cerita berkaitan masalah kesihatan saya. Maklumlah ramai kengkawan yang bertanya. Elok saya jawab dulu pertanyaan kengkawan sebelum kita berkongsi cerita lain di lain masa.
Alhamdulillah secara fizikalnya saya semakin 'sihat' walaupun mula menghadiri rawatan lanjut di GH Ampang. Appointment terhampir yang bakal saya hadiri ialah pada 22 Disember nanti.
Mungkin kerana keliru dan buntulah saya mengambil sikap 'silent mode’ kebelakangan ini. Memanglah ujian-Nya tidak seberapa tetapi ianya meletakkan saya dalam dilema.
Apa taknya, bila saya ke GH Ampang pada 19 November yang lalu, doktor mengatakan bahawa saya perlu menjalani semula semua prosedur untuk mengesan penyakit yang telah saya lalui sebelum ini. Sudah tentu termasuk bone marrow biopsy. Bayangkan setelah hampir 2 bulan saya masih merana akibat 3 kali tebukan, sample yang diambil rupa-rupanya tak cukup. Saya cukup phobia untuk melaluinya lagi. Itulah punca entry merapu meraban saya yang ini.
Mungkin di tangan pakar, mereka yang pernah melaluinya berpendapat kesakitannya tidak seberapa tetapi TIDAK bagi saya.
Saya terasa teraniaya dengan 3 kali percubaan yang sangat menyakitkan, yang saya anggap sangat mencerminkan malpractice dan budaya kerja secara tidak professional. Saya dijanjikan doktor pakar tetapi saya dikerumuni oleh M.O yang masih dalam proses memahirkan diri.
Masih terdengar-dengar sesama mereka berkata: “Ok, sekarang you pulak cuba. Tekan, pusing dan ambil sample.” Aduih... tak sanggup membayangkannya! Setidak-tidaknya kalau ada seorang doktor pakar yang menyelia, taklah saya rasa terkilan.
Bila saya ceritakan keadaan tersebut, sesetengah kengkawan yang ‘garang-garang’ menyuruh saya menyaman saja pihak yang berkenaan. Bagi saya tak perlulah kecoh-kecoh sampai begitu sekali. (“I rela menjadi tikus makmal demi kepentingan perubatan rakyat Malaysia. Hehehe...”)
Setakat ujian darah saya tak risau tetapi saya cukup serik dengan prosedur bone marrow biopsy tersebut tetapi saya tak ada pilihan.
Tak buat, saya tak tau punca sebenar penyakit. Kalau jadi apa2 hal kemudian nanti, saya bimbang penyakit saya sudah lewat untuk dirawat. Nak buat, saya serik. Itu tak termasuk ujian x ray yang telah dilakukan ke seluruh anggota badan saya.
Selain itu, bacaan platelet saya memang masih rendah yang menyebabkan saya mudah collapse, lebam dan mendapat pendarahan. Sel darah putih pula memang kurang yang menyebabkan antibody saya lemah. Kalau nak diikutkan, saya tak digalakkan keluar rumah dan berada di khalayak ramai tetapi saya tak larat. Merata dunia saya pergi.
Selain masalah-masalah tersebut, saya normal bahkan gula (diabetes) saya juga terkawal dan saya tidak diberikan apa-apa ubat selain metformin yang memang saya ambil untuk kawalan gula. Nak ubat apa kalau penyakit pun tak pasti.
Fizikal tak menampakkan saya sakit kecuali sedikit susut.
Sekarang saya sedang berusaha dan meninjau untuk mendapatkan rawatan alternative terutama melalui kaedah rawatan Islam, cuma saya bersikap agak selektif atas faktor-faktor tertentu.
Selain tu supplement food pun saya ambil, dah habis beribu-ribu ringgit. Kalau berterusan menanggung kos begini, terus terang saya tak mampu. Saya bukan orang kaya. Yang pasti ubat tidak menyembuhkan tetapi Allah. Ianya sekadar usaha dan doa kita.
Ermm... nampak gayanya saya terpaksa juga tempuh prosedur bone marrow tersebut sekali lagi. Saya seorang yang praktikal dan realistik. Saya tak mampu berteka teki dengan masalah kesihatan sendiri. Bila masanya saya bersedia? Wallahu a'lam!
Saya harap entry ini telah menjawab segala soalan kengkawan.
Piewahid:
1. Terima kasih kerana sentiasa mengambil berat dan mendoakan.
2. Teringat kisah adik saya suatu ketika dulu. Akibat matanya yang sakit, beliau mendapatkan rawatan di hospital K. Lipis. Setelah diperiksa, beliau disyaki mengalami masalah ketumbuhan di mata dan dirujuk ke HKL untuk rawatan lanjut. Beliau pun memandulah ke HKL dalam keadaan berbalut sebelah mata. Sesampainya di HKL, doktor di sana hanya tergelak apabila melihat bahawa terdapat kepak serangga halus di mata beliau. Bayangkan ‘penderitaan’ dan kerisauan kita apabila mata kita dikatakan mempunyai ketumbuhan.
3. Jika entry ini berbunyi agak cynical terhadap pihak-pihak tertentu, ianya bukan bermaksud menafikan segala pengorbanan dan jasa mereka.


Salam piewahid,
Entah mengapa tetiba kakak boleh terbuka blog ini. Inilah ketentuan Allah dan menyebabkan rasa sebak bersarang di hati. Semoga ketabahan masih ada di dalam hati bagi meneruskan perjuangan yg Allah berikan ini. Cubalah perubatan alternative lain. Benar yang menyembuhkan Allah, tapi kena berusaha juga.
Kakak mendoakan semoga akhirnya ada kesembuhan jua. Insya-Allah....