Datuk Dr. Fadzillah Kamsah menjawab....




Alhamdulillah... akhirnya Datuk Dr. Fadzillah Kamsah menafikan apa yang kita anggap manipulasi terhadap kenyataan beliau sebelum ini oleh akhbar yang sama. Teguran terhadap beliau dalam berbagai bentuk dalam isu tersebut telah tersebar luas di internet.

Kengkawan boleh rujuk kembali isu berkenaan dalam entri saya sebelum ini. Secara peribadi, saya telah menjalankan tanggungjawab saya dalam soal amal makruf nahi mungkar.

Memang penafian beliaulah yang kita tunggu. Tanpa penafian dalam isu sebesar itu seolah-olah beliau mengakuinya. Jelas, satu lagi topeng wajah sebenar media massa di Malaysia telah tersingkap.

Untuk bersikap adil, saya keluarkan kembali penafian beliau di akhbar yang sama.



'Haram tetap haram'

KUALA LUMPUR: “Pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) adalah salah, haram tetap haram,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, (gambar) ketika mengulas kenyataannya dalam Harian Metro terbitan Sabtu lalu.

Menurutnya, masyarakat diminta tidak salah faham dengan kenyataan beliau yang disiarkan akhbar ini terdahulu, seolah-olah beliau mengatakan pekerjaan Suzie sebagai GRO adalah tidak salah.

“Pekerjaan GRO itu memang haram dan tidak boleh dilakukan oleh kita sebagai umat Islam. Maksud saya di sini ialah, jangan hanya tahu memaksa Suzie berhenti, tetapi apa peranan kita (pembaca) untuk mencarikan pekerjaan lain kepadanya. “Jangan terus menghina dan mencaci wanita yang bekerja sebagai GRO sebaiknya kita mencari alternatif untuk membantu wanita seperti itu mendapatkan pekerjaan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, masyarakat perlu membantu golongan seperti itu keluar daripada kepompong dosa dengan membantu mereka mencarikan kerja yang berkat.

Masyarakat tidak seharusnya tahu menghukum tetapi dalam masa yang sama perlu mencari alternatif terbaik untuk membantu.

“Jangan menghina GRO. Mereka yang sudah menyesal dan sempat bertaubat kita cuba bantu mereka. Tidak baik menghina dan mencaci mereka. Jangan terus menghukum tetapi hulurkan tangan memberi bantuan dan kasih sayang,” katanya.

Terdahulu, beliau menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie supaya bersama-sama menadah tangan mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.


Piewahid:
Ketika saya kecil-kecil dulu, ada yang sinis berkata, ketepatan berita di media kita cuma dalam 2 perkara: Sukan dan keputusan nombor ekor (sekarang diiklankan melalui khidmat SMS). Betul ke?

17 Comments to Datuk Dr. Fadzillah Kamsah menjawab....

Salam Pie, bolehkah kita katakan media sengaja memutarbelitkan fakta tertentu bagi tujuan tertentu. Bagi meraih sedikit keuntungan mungkin. Semmg ada masa kita juga was-was juga dgn sebarang berita yang tidak kepastiannya. Pendek kata bak kata "pepatah dengar boleh di pakai jangan".

as salam piewahid..berhati-hatilah pada golongan yang fasiq yang sedang berada di hadapan kita

as salam piewahid,

apa khabar, semoga saudara semakin sihat..

berapa banyak agaknya berita yang telah diputarbelitkan?

Salam...

Putarbelitkan fakta sampai menimbulkan fitnah..
Ish3x....x takut langsung deme nih.. :@

salam..
selama ni koi hormat sangat ke
Datuk Fadzillah ni...jadi hari
ni koi akan terus hormat pada dia..
Insyaallah...Alhamdulillah yang
gelap telah tersuluh..semoga kita
semua mengambil iktibar darinya..

Penafian dari sebelah pihak..Apa kata akhbar pulak...

Assalamualaikum sdra..

Moga sdra sihat hendaknya dan sentiasa dalam redha~Nya..

Macam-macam fitnah keluar di akhir zaman ni

Salam piewahid,

Pertama doa kakak moga piewahid tabah dan bertambah sihat.

Penafian yang kurang memberangsangkan. Sepatutnya tidak perlu tunggu komen bertebaran panjang baru buat penafian. Sebaiknya sehari selepas berita itu keluar isu itu dah jelas akan khilafnya....Allah jua yang maha tahu....

Baguslah Datuk Dr. Fazillah Kamsah....

Kalo ketepikan ego...Insyaalah...orang akan suka..

Amal Makruf Nahi Mungkar
Datuk dr Fadzillah kamsah tetap de best

Salam Pie wahid...

Nak tengok Berita Tv pun dah nai malas baik tengok kartun lagi baik... he...semoga pie wahid sihat .....

Betullah tu. Nombor ekor tu mmg saya pasti. Kalau berita, selalu di manipulasi.

Assalamualaikum.
Semoga kita jangan terbawa-bawa dan mudah percaya kepada berita yang disensasikan.

TQ

Innalillah..dah ternyata banyak antara kita bagi salah persepsi terhadap beliau..banyak fitnah yang telah dilemparkan..lebih susah minta maaf dengan manusia berbanding minta maaf dengan Allah..semoga dosa-dosa kita diampunkan..sebanyak sedikit mungkin reputasi beliau tercalar akibat kesilapan org lain...minta maaf datuk...

salam..pengajran buat kita semua agar tidak mudah menerima maklumat tanpa kita menyelidikinya dahulu..mungkin wartawan yg menulis tersebut ada banyak masalah waktu tu, so tersilap dengar dan tersilap tulis..bersangka baik,jadi pengajaran buat golongan wartawan..hasil kerja anda akan membawa anda ke NERAKA atau SYURGA.. jadikanlah kerja itu sebagai IBADAH..baru timbul rasa KETAKWAAN kepada Allah swt..buat datuk bersabar..kerana itulah asam garam seorang pejuang dan pendakwah..kata pejuang Islam Sallehudin Al-ayubi.."kalau kita berjuang didlam Islam,jalan tersebut mudah dan senang..maka semak kembali pasti ada kesilapan didlam perjuangan kita..jalan untuk berjihad buakan lah mudah penuh dengan dugaan dan cabaran..."biar beribu manusia membenci kita asalakan Allah yang satu menyukai..tetapi apalah makna beribu manusia menyukai..tetapi dibenci oleh Allah yang satu..

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!