
Sehingga Jumaat depan saya perlu memberi tumpuan terhadap berhadap beberapa perkara penting. Supaya blog ni tak sunyi sangat, saya kongsikan entry ini sebagai peneman kengkawan sepanjang minggu.
Boikot Cara Hidup Yahudi
Ada yang memandang sinis usaha memboikot produk yang ada kaitannya dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah, tetapi anak bangsa kita yang “merempat”.
Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan. Amerika tidak sakit, kita yang tersepit. Boikot itu bukan caranya, dakwa mereka.
.
Ada pula suara sinis yang memandang enteng jerit pekik, maki hamun dan teriak semangat dalam demonstrasi-demonstrasi menentang Yahudi. Persis anjing menyalak bukit! Tel Aviv dan Washington tidak bergegar sedikit pun dengan luapan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, kaedah demonstrasi juga bukan cara yang tepat, kata sesetengah pihak yang lain.
Namun, itulah sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palestin. Pokoknya mesti ada tindakan – “action speaks louder than words.”
Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. Apakah cara itu? Firman Allah:
“Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka.” (Surah al-Baqarah 2: 120)
Ini rahsia “hati perut” Yahudi yang dibongkar oleh Allah S.W.T. sendiri. Sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling menyakitkan mereka.
Tegasnya, dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup bersyariat, itulah “demonstrasi” yang paling menyakitkan Zionis. Dan usaha “memboikot” cara hidup Yahudi – budaya hedonism (berseronok-seronok dengan hiburan secara keterlaluan), pendedahan aurat, pergaulan bebas, arak, pengamalan riba, dadah dan lain-lain perkara yang haram, maka itulah kaedah yang paling ditakuti oleh Yahudi.
Bakar Bendera atau Rokok?
Boikot cara hidup Yahudi tidaklah sesukar mana. Contohnya, tidak sesukar kita membeli bendera Israel, pemetik api dan kemudian membakarnya, tetapi cukup, sekadar tidak... Jangan membakar rokok! Bukankah merokok itu membazir dan memudaratkan? Dan itulah juga industri yang paling banyak menyumbang kepada kekuatan Yahudi.
Marilah kita semarakkan cara hidup Islam, sepenuh dan seluruh. Insha-Allah, secara automatik Yahudi akan tertekan. Jangan hanya lisan sahaja yang membenci tetapi sebaliknya tindakan kita memuji. Justeru, membenci jangan hanya dengan emosi tetapi gunakanlah akal dan hati!
Sumber: Solusi Isu #4 2009, halaman 3
Piewahid:
Menentang yahudi laknatullah yang zalim bukanlah selepas bangkit sesuatu isu atau sekadar perjuangan bermusim...


salam singgah!
yeayy!! majalah solusi memang best! :)