
Masya-Allah...
Tadi, semasa saya terkial2 gugel maklumat berkaitan masalah kesihatan, saya terkejut apabila antara hasil carian saya ialah sebuah blog melayu yang 100% padat dengan cerita2 lucah dan jijik.
Kita tahu, memang bersepah websites porno di luar sana tetapi tidak menyangka pula ada blog khas secara terang-terangan melacurkan agama dan minda demi sesuap nasi. Dalam bahasa melayu pula tu, sudah tentu dibaca oleh anak2 melayu Islam.
Saya ingatkan selepas kecoh tentang web ‘melayuboleh’ dulu, sekurang2nya kemudahan akses bahan2 porno melayu agak terkawal. Rupa2nya tidak! Agenda mereka cuma satu, mahu meruntuhkan kemuliaan Islam. saya tengok statistic yang sentiasa bertenggek (online) kat situ cukup tinggi. Siapa lagi kalau bukan anak2 kita.
Hati saya cukup sakit dan hairan kenapa ianya ‘terlepas pandang’ sedangkan dalam keadaan yang lain, pihak yang berkewajiban cukup alert dengan laman2 web yang menegur mereka.
Kepada pihak yang berwajib dan bertanggungjawab, tak kira siapa pun dalang di sebalik blog ini sama ada melayu, cina, india atau yahudi, saya
CABAR, SUPAYA DIAMBIL TINDAKAN TEGAS DAN SEGERA TERHADAP MEREKA
kerana ianya jelas telah menjatuhkan maruah dan kesucian umat Islam dan orang2 melayu.
Kalau kengkawan nakkan kepastian, klik lah sendiri tetapi jangan salahkan saya. Saya tak bermaksud mempromosikan blog laknat tersebut tetapi saya tidak rela anak2 kita menjadi mangsa. Walaupun bukan insan sempurna tetapi kita wajib mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
http://seksmelayu18.blogspot.com/
Piewahid:
Teringat kisah Benjamin Stephen, selepas bertahun2 barulah ada sedikit ‘teguran kasih sayang’ oleh pihak yang berkenaan.


salam,
kenapa lah ada yang sanggup menjatuhkan agama dan bangsa sendiri...