Kisah benar: DICABUL DOKTOR WANITA!


Bukan maksud untuk buat cerita mengarut pagi2 Jumaat ni tetapi supaya kita memandang sesuatu isu dengan perspektif yang tepat dan bersedia dengan perkara di luar jangka. Maaf kepada semua doktor di luar sana. Kisahnya begini:

Latar masa: Lebih kurang 9:00 pagi.
Tempat: Wad Bunga Raya, Hospital Temerloh.
Tarikh: Lupa. (hujung September 2010)


Doktor: Pakcik, ada kencing dan berak tak hari ni?

Pesakit: Ada.

Doktor: Najis warna apa?

Pesakit: Kehijau-hijauan, macam orang banyak makan sayur.
(Kalau hitam berkemungkinan besar ada pendarahan dalaman)

Doktor: Ada pendarahan tak masa kencing dan berak?

Pesakit:
Tak ada, normal.

Doktor:
Semalam ada nurse beri bekas untuk ambil sample najis kan?

Pesakit:
Err... tak pasti, tak ada rasanya.
Jawab pesakit tergagap2 kerana cuba berbohong. Pesakit segera teringat bekas kecil (container) yang diserahkan nurse petang sebelumnya. Sepatutnya bekas tersebut diisi najis untuk diserahkan kembali kepada nurse tetapi pesakit secara senyap2 membuangnya.

Doktor:
Tak apa, nanti kita beri yang lain, pakcik ambil sedikit untuk kita uji sample di makmal.

Pesakit: OK.
Dalam hatinya berkata, ‘Ya Allah... macam mana aku nak isi najis dalam bekas tu? Taktik aku tak menjadi nampaknya. Ingatkan dah lupa’.

Doktor:
Pakcik, platelet pakcik masih sangat rendah, kita takut ada pendarahan dalaman. Selain ambil sample najis, kita perlu periksa salur najis pakcik untuk check pendarahan.

Pesakit:
HAH, check punggung??? Tak payah doktor, confirmed tak ada darah. Kalau ada saya mesti bagitau.
Pesakit memandang sayu wajah manis doktor muda yang kecil molek tersebut minta simpati. ‘Muda lagi ni, manis pulak tu. Nampak macam bujang,’ bisik hati pesakit.

Doktor:
Tak boleh pakcik, kita mesti check, bahaya!

Pesakit:
Betul doktor... sumpah tak ada darah!!
Pesakit mula panik dan tiba2 sahaja pandai bersumpah.

Doktor:
Jangan risau pakcik, sekejap je. Saya dah biasa buat.

Pesakit: Ala doktor, tak payahlah... tak berdarah!
Muka pesakit mula pucat lesi. ‘Iskh... takkanlah doktor perempuan ni yang buatkan. Korek punggung pula tu. Kalau doktor lelaki tahanlah sikit tetapi jari doktor lelaki lagi besar...’ Tiba2 pesakit rasa macam nak menangis.

Doktor:
Kejap ya pakcik, saya ambil rubber glove dan alat2. Nanti kita tutup langsir ni.

Pesakit:
?????
Tidak lama kemudian doktor manis kecil molek tu datang kembali. Langsir ditariknya menutupi keliling katil.

Doktor: Pakcik mengiring ya. Saya nak londehkan seluar ni sikit.

Pesakit:
???????..
Pesakit hanya menurut dan keliru dengan situasi yang dihadapi.

Doktor:
Bengkokkan kaki pakcik...

Pesakit:
?????????...
Pesakit menurut sambil berkerut muka kerana malu, aib dan ngilu. Doktor menyapu pelincir, memasukkan jari dan mengorek di kawasan yang dikehendaki. Pesakit rasa nak terbuang air besar dibuatnya dan rasa tersebut kekal hampir separuh hari.

Lebih kurang 2 minit segala2nya selesai.

Doktor: OK, pakcik. Nasib baik memang tak ada pendarahan.

Pesakit:
...
Hanya diam dan tertunduk malu (seperti pengantin perempuan pada malam pertama). Mukanya merah padam!

Doktor: Kenapa pakcik....?
Lembut suara doktor bertanya.

Pesakit:
Saya, saya... malu.

Doktor:
Tak mengapa pakcik, ini memang tugas saya. Kalau nak ikutkan saya lebih malu daripada pakcik.

Pesakit: M
mmm...


Piewahid:
Amacam? Bersedialah dengan apa sahaja kemungkinan apabila berada di hospital...

31 Comments to Kisah benar: DICABUL DOKTOR WANITA!

salam piewahid. kalau dah terpaksa tu nak buat camno...kira kes dharurat le tu.

salam..mmg ya..perkara nie dah biasa berlaku..sape yg pernah admit mesti wajib merasainya huhuhuh

telinga pakcik pun merah padam... hehe

lain kali mintak la kayu penekan lidah buat colek poo poo tu..

huuu... malu tapi rasa cam mahu je bila dengo doktor muda... heee

salam,
kalau tak sakit, memang akan rasa malu...
Tapi bila sakit... malu2 tolak ketepi. terus tadah je tempat sakit tue... heheeh

Mmg tak de aroh laa kalau kita duk kat sepital tu suruh tonggeng ker.. apa ker ikut aje... mmg haru kadang kalau kena macam tu.... ada juga pengalaman dgn Misi menyucuk punggung kawan dgn jarum hehehe..

salam,

...mane membuatnya...doktor sama jururawat lelakinya tak mandang.

Nasiblah dr. pempuan, kalau dr. lelaki lagi takut.

Salam sdra...

Takpe itu tugas dan tanggungjawabnya...

Salam...

org laki time sakit2 serius gitu jer malu...
org pempuan yg bersalin kat spital goner gamoknyer..
kdg2 ade doc llaki gek dak?
bkn takat merah padam muka,dh ungu padam gamoknyer..
huhuh

hehehehe doktor tuu pun malu jugak, xpelah pakcik dan doktor sama2 malu tp dh mmg kena buat kan..kira darurat la tu pakcik..

salam..
panggil dengan gelaran "pak cik"
adalah pencabulan terbesar di sini
he he...


New Entry "Hikmah Dalam Wuduk"

hahaha lucu la pulak:) tapi jika dah sakit tu serah je lah semuanya..nak sihat kan?tak boleh malu:)

Serahkan saja kepada yang pakar . lalala

salam en pie .. moga bertambah sihat and ceria hari ini .. aminn .

Sib baik pakcik tak terberak. Gempar satu sepital, hu hu hu....

salam kenal uncle,

(ke abg? em..ntah la ye :) )

situasi mcm ni mmg memalukan sbb jika sesama muslim, ia melibatkan aurat. begitu jugalah kami para ibu yg bersalin dan doktor lelaki yg 'tolong'. sungguh memalukan..sampai anak dah besar ni pun masih malu..mcm mana nak terangkan 'aurat sesama muslim' bila konon2 'darurat' yg difaktorkan dlm kes serupa mcm ni? alangkah eloknya jika hospital kerajaan juga menitikberatkan perihal aurat dan malu ini. wallualam..

sape la agakny pakcik tu ye?...hehe

nasib baik org lelaki tak pregnant dan bersalin ye. klu tak..cmna la agaknya. tapi itu lah dilemma seorg pompuan :)

hehehe...baca entri ni teringat plak saya pun pernah kena camni dengan doktor pompuan jugak, ..apa boleh buat dah namanya tugas..

Salam Pie,

Orang perempuan lagi malu bila nak bersalin, tapi sakit punya pasal malu pun malulah.

Semoga Pie dan bertambah sihat.

Tu pasey koi takut masuk sepito...

biar malu takpe...janji badan mboh sihat...

memang malu... dan memalukan.
tu yang takut nak ke spital kalau sakit.

salam pie..eh mana hilangnya komen makcik ni..
syukur ya semuanya dah selesai..
makcik ketawa juga membacanya sebab cara pie tulis tu cukup lucu..
memanglah malu kan tapi kerana nak sembuh lupalah sebab kita nak berubat..
dah memang tugas doktor..kita pesakit ikut je le..

doctor yang bertangjawap...ucap tahniah pada docktor itu... kalau penjawat awam dan yang berkuasa di malaysia semua menjalankan tugas seperti docktor ini bukan ke elok..
amacam bang dah sihat... saya doakan sehat selalu

salam...
owh noo..
seriau saya baca pengalaman ni..
kesian Pie wahid.. nasib baik nurse tu baik hati.

...sempat buat kelakar lagi ya dalam sakit-sakit tu!

:)

ceh hampeh tol aku ingat betul tadi..tu nurse nak amik sampel najis la..

eгwo ѕtałο się słodκie, siaгka tudziеż salеtrа сo więсеj altruistyсzny () spośród hufnalami ważyły mniej niżeli prawdzіwe
owcze bebechу. Odmiennej

drοgi, pomijаjąc innej na krzуż
сhaszсze, nіe ѕtało się.
Zbrojnі obstawiali ѕzczelnie smoczą ρieсzаrę,

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!