Ucop Al-Mankaraqi di Masjid Mengkarak!

25.7.10 11:02 PM , | Posted by piewahid
gambar yang diambil daripada blog beliau sendiri

Selepas Danial bersama ayahcik dan makciknya balik ke Kuantan petang tadi, saya merayau-rayau sekejap kat blog kengkawan. Antara blog yang saya ziarahi ialah Al- Mankaraqi.

Al-Mankaragi ni sebenarnya antara blogger muda yang saya kagumi dalam banyak perkara. Kalau kengkawan selalu membaca entry beliau, kengkawan akan faham maksud saya.

Bila saya baca respon beliau terhadap komen kengkawan dalam entry terbaru beliau, terselit jemputan ke Masjid Mengkarak kerana beliau mengadakan majlis tertentu. Terbuka hati saya untuk turut serta kerana bagi saya majlis sebegitu sangat penting sebagai tanda sokongan moral terhadap kengkawan. Maklumlah teman gembira memang ramai, waktu berduka belum tentu. Kalau nak ikutkan, saya memang susah sedikit untuk mendedahkan diri.

Kebetulan pula kami sekeluarga dah lama tak melakukan ziarah rohani. Setelah mencapai kata sepakat saya, Da, Ummie dan Danish bergerak ke Mengkarak menjelang maghrib. Sesambil tu konon-konon dalam hati nak buat surprise ke Ucop Al Mankaraqi.

Sampai di sana kami sempat mendengar kuliah yang di sampaikan oleh seorang guru yang katanya bernama Tok Guru Haji Kasim. Kitab yang dibaca ialah kitab tasawwuf yang bertajuk: Minhajul A’bideen.

Sewaktu saya mula2 nampak Tok Guru ke depan untuk membaca kitab tu, hati saya cukup tersentuh melihat beliau yang bertongkat dan telah dimamah usia tetapi tetap mempunyai komitmen, iltizam dan azam yang kuat untuk memakmurkan masjid. Terasa betapa lemahnya iman berbanding beliau. Wajahnya cukup jernih, masih jelas pendengaran dan penglihatan sebagai seorang yang lanjut usia.

Isi kuliahnya juga sangat menarik tetapi sayangnya suara beliau tenggelam kerana masalah umur beliau. Kebetulan pula hujan lebat, bertambahlah sukarnya untuk mendengar. Walau bagaimanapun, hati saya tetap gembira dan puas berkesempatan berada dalam majlis ilmu dan berkesempatan berguru dengan beliau.

Sewaktu mendengar kuliah tersebutlah saya terpandang kelibat Ucop Al Mankaraqi tetapi kami hanya berkesempatan bertegur sapa apabila masing2 mahu bergerak pulang. Terasa seperti sahabat akrab yang sungguh lama tak berjumpa walaupun itulah pertama kali kami berjumpa. Rupa2nya majlis yang beliau maksudkan itu telahpun berjalan pada malam sebelumnya . Hehehe... salah sendiri sebab saya tak baca betul2 jemputan beliau.

Kami hanya sempat bersalam-salaman dan bertukar-tukar nombor telefon sebab Ucop terpaksa bergegas pula menghantar Tok Guru pulang dan begitu juga kami sendiri. Maklumlah Danish perlu bersekolah pada hari besok (Isnin) dan ada beberapa keperluan yang perlu dibeli. Ucop nampaknya agak terkilan dan berkali-kali mempelawa saya ‘mengeteh’ tetapi keadaan memang tak mengizinkan. Lagipun saya datang satu family.

Sesungguhnya benarlah bahawa kita merancang tetapi Allah Maha Perencana!
“Jangan susah hati Cop, dapat jumpe aok dan berkesempatan mendengar ceramoh Tok Guru Haji Kasim ter koi dah cukup puas”

Piewahid:
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim


44 Comments to Ucop Al-Mankaraqi di Masjid Mengkarak!

Ziarah bukan sebarang ziarah....
Ziarah berisi ni..
Alhamdulillah..

ckLah@xiiinam
:)... hiskh ckLah ni. yg selalu 'berisi' ni pompuan je tau! hehehe

bila nok ngeteh dgn koi pulok? :D

salam en hubby,

eratkan ukwah sesama Islam
menyambung tali silaturrahim.

kakjune
hehehe... moh ngeteh zie, abg aok tak maroh ke?
da dgn ummie x ande hal...

ikutsukakoi
wslm pn da.
aok duk sebeloh koi smbil nengok tv pun nok komen juge yak...
'eratkan ukwah sesama Islam
menyambung tali silaturrahim'
betui la aok kate tu keknyer kan abang aok ni pemalu ngat orgnyer...hehehe

salam ziarah... baguslah kalau dapat menziarah kawan maya secara betul. mungkin satu masa kita juga akan dapat berjumpa..

Aslmkm Pie.
Sebenarnya dah melanggar waktu ... kira last visit utk malam ni ... tak abis juger ler berkunjung! :(
Hmmm ... Jadi tak jauh ler tempat Pie dgn Man yer?
Dulu sesekali Dik Man tu menjengah juga ke blog Kak G, tapi sejak Kak G laluk ubat dulu tak pernah nampak lagi dah!
Bz agaknya. Apapun jika bertemu lg, sampaikan salam Kak G padanya. TQ.

salam akhi..
bertemu muka jugak aok yek..
molek la tu..ukhwah sesama muslim
bukan blogger aje..he he..moga
berpanjanganlah..

salam..

jumpe ucop ke weh?elok la te...sampai gek ke Mengkarak.

Salam sahabatku..

Moga sahabat sentiasa diberikan kesihatan yang baik..

Alhamdulillah dapat ziarah kawan di sana kan! Dapatlah mengeratkan lagi silaturahim, berkasih sayang dan ikatan jiwa satu sama lain, disamping itu menegakkan Islam di dalam kehidupan individu, rumah tangga, masyarakat, negara dan seterusnya alam sejagat.

salam ,
en.suami cm pun suka menjelajah dari masjid ke masjid,dari surau ke surau dengar ceramah & majlis agama.Katanya kita ni tak banyak ilmu,kena belajar setiap peluang yang ada.

alhamdulillah..piewahid dpt memenuhi ilmu di dada

Semoga ikatan ukhwah itu terus berkekalan jua hendaknya.
Bertemu dan berpisah kerana Allah. Insyaallah.

Nabi SAW telah bersabda:
لا يدخل الجنة قاطع
"Tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan (silaturrahim)."

This comment has been removed by the author.

DDrfauziah,
t kasih masih sudi singgah w/pun dah lewat kak.
didoakan kak G semakin sembuh sepenuhnya.

sayapun perasan ucop ni selalu singgah ke blog akak sebelum ni. siap ajar dialek pahang lagi. adalah alasannya yg tersendiri tu cuma org yg baik sentiasa diingati...

p/s- agaknya dia beralih arah ke pesbuk tak? ramai kengkawan kita yang cenggitu. saya je yg tak reti2 berpesbuk. akaun ada tapi cuma 4,5 kali saja menggunakannya. jiwa saya labih kpd blog. old skool kak... :)

endiem,
wslm. insya-Allah sampai masanya kitapun berjumpe.
berjumpa dan bpisah kerana Allah...

salam, koi berkesempatan ke majlis beliau...mlm semalam koi di masjid bera...klau x, mgkin kita juga dpt bertemu...insyallah, pasti akan ada kesempatan di lain kali.

cemomoi,
org merapoh kabo: pren poreber. hehehe

zulkbo,
t kasih.
ada izin-Nya dan kesempatan, insya-Allah bertemulah.
betui, dgn blogger je, dgn semua saudara sesama agama

Mazru Majid,
a'ah weh, keknyer lewat sehari. hehehe

Abd Razak,
t kasih ziarah & doa sahabat. moga sahabatpun begitu juga.

semoga kita mampu menghampiri kecintaaan dan kehebatan persahabatan Rasululullah dan Abu Bakar.

cikmanggis,
t kasih CM.
ziarah rohani cenggitu biasanya melahirkan kesan indah yang tersendiri...

sahromnasrudin,
t kasih ziarah sahabat :)

kerana kekurangan ilmulah saya terpaksa mencari ilmu...

akuanakpahang,
t kasih en yassin.
sesungguhnya benar kata2 dan doa2 sahabat, amiin...

fadh,
ha ah, dia ande kabo lebih kurang 35 org blogger dan pesbuker yg dtg.
insya-Allah...:)

makcik.shima,
maknanya kala gaduh dgn rodong2 xleh lelama lah yak. kdg2 isu nya bukan besor sgt, berebut pensil je tapi sampai mati tak bertegur sapa. siapa nak jwb?

salam ziarah...
bila lak piewahid n family nak datang KL atau penang lak...?

maslinamansor,
penang baru je bulan 6 itu hari mas...
mas duk KL. KL lak mas duk sensorang. en asben xada. insya-Allah manalah tahu ada izin-Nya komdian2 nanti...

Salam tuan Piewahid.

Ketamanya, koi bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat jugek berjumpa dengan awok dan ahli keluarga. Hensem jugek awok ni yak.

Kedua, koi nok deras sebak nok nyambor angsa, ander mantan cekgu koi nok berjuei sepasang ni..

ander lagi hak koi nok komen di sini. Kendian2 kang koi datang balek mengkala line molek.........

sekian.

salam,

alhamdulillah banyak manfaatnya berada dalam majlis ilmu itu..

salam,

kali ini saya ziarah ke rumah piewahid setelah selalu bertembung di laman orang lain.

meriah sungguh di sini!

Sudah pernah mgetea sama uSop Al Manqaraki..baik orangnya peramah..senang didekati dan bermacam macam lagi..nanti aok belanja lagi kome yek Sop..hehe!

Seorang sahabat pasti lebih memahami biarpun tidak pernah berjumpa!!!
Semoga ukhwah berpanjangan..amin.

al-mankaraqi
Wslm. Kome bsyukur juge jmpe aok. Hensem? Pandai ngat aok amik hati... dh tua2 ni dtg manalah hensemnya cop!

p/s- angse ter baguih buat jaga kebun weh!

penjejak maya
wslm. T kasih komen dan ziarah.
alhamdulillah... mmg byk ngat terutama org jahil dan hina di sisi-Nya mcm saya ni..:

ahmad humairi
wslm. Kena selalu2lah ziarah sahabat! Kunjung mengunjung eratkan silaturrahim sambil2 bkongsi cerita...:)

relevan
ha ah, koi ande pernah terbaca entry di blog dia pasal deme berjumpa. Dh 2,3 kali kala tak silap koi..

yastro
t kasih.
dalam maknanya ayat2 aok tu weh! Tabik!

salam,
semnagat yang kuat walau usia dimamah kurat, tetap menzahirkan ilmunya utk generasi mendatang

CIKGU ZAM,
t kasih ziarah dan komen.
persoalannya.. kenapalah saya terlalu cepat mengalah kepada penat lelah dan sakit pening dlm soal2 begitu. malu... uwaaa!!

Salam,
Untung aok usop dapat jumpa Tuan Pie...., bila pulok koi boleh berjumpa yak?

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!