Kisah dari Makkah. (selipar)

13.7.10 9:31 PM | Posted by piewahid
(google)

Terdetik pula rasa hati nak kongsi beberapa cerita dari Makkah. Belum cerita dah confuse, wajar atau tidak saya cerita? Ntahlah, yang penting ianya tanpa sebarang tujuan negative. Sekadar berkongsi pengalaman dan pengajaran...

Saya bercadang nak berkongsi beberapa cerita dari sana dan kalau kengkawan berpendapat ianya tidak sesuai, bagitau lah. Jika pendapat kengkawan betul, inilah entry yang pertama dan terakhir tentang pengalaman saya di sana.

Mei 2008 saya dijemput-Nya ke sana menunaikan umrah sambil2 menemani mak. Sebelum pergi macam2 cerita saya dengar tentang ujian di sana tetapi saya tak terlalu memikirkan. Bagi saya kita terlalu membesar2kan cerita sebegitu sehingga mengganggu focus sebenar tujuan kita ke sana. Kita leka dengan isu remeh temeh. Bagi saya, saya redhakan apa saja yang bakal berlaku kerana saya hanya mahu menunaikan ibadah. Lagipun saya hamba yang serba hina di sisi-Nya.

Ringkas cerita, sesampai saja di sana, saya terlalu teruja untuk menunaikan ibadah semampu mungkin. Walaupun dah mendapat sedikit bimbingan daripada pihak ejen umrah dan membaca buku2 panduan berkaitan umrah, reality tak sama dengan theory.

Antara ujian terawal saya ialah mengawal diri supaya sentiasa bersangka baik kepada Allah semasa di sana. Untuk memasuki Masjidil Haram, setiap hari saya masuk melalui pintu tempat orang2 bersaie iaitu di Bukit Safa. Saya lupa nama pintunya. Ketika itu kerja2 pembesaran Masjidil Haram sedang giat dilakukan. Hampir setiap hari saya berpeluang melihat bangunan2 lama yang diruntuhkan dengan bom. Hotel kami terletak bersetentang dengan pintu masuk tersebut.

Jadi, saya perlu meninggalkan selipar di kawasan pintu masuk. Saya tawakkal kepada Allah dan 2 hari pertama tidak ada apa2 masalah yang berlaku. Apabila semakin ramai jemaah umrah yang tiba, hati saya mula risau. Serentak dengan kerisauan itulah keadaan mula berubah. Sambil2 beribadah, sesekali saya teringatkan ‘keselamatan’ selipar saya. Akibatnya setiap kali mahu balik ke hotel, selipar saya selalu sahaja hilang. Selamat waktu Zohor, hilang waktu Asar. Selamat waktu Asar, hilang waktu Maghrib atau Isya' atau Subuh. Begitulah seterusnya. Kalau jumpapun cuma sebelah. Sebelah lagi entah ke mana. Terjengkit2lah saya mencari peniaga yang menjual selipar di kawasan hadapan pintu masuk.

Mula2 saya masih menggantikan selipar yang hilang dengan selipar yang agak elok kualitinya tetapi hujung2 cuma selipar jepun. Kalau kebetulan tiada peniaga selipar pada waktu tersebut, terpaksalah saya berjalan kaki agak jauh sedikit, memijak batu2 kerikil yang tajam atau tar yang membahang. Bunyinya macam masalah yang simple tetapi kalau setiap waktu berlaku, ianya menimbulkan fitnah di akal fikiran. Itu yang seboleh2nya saya elakkan.

Untuk mengatasinya, saya isi selipar saya ke dalam beg plastic dan membawanya masuk ke dalam Masjidil Haram. Saya selitkan di kawasan yang difikirkan selamat. Itu pun selalu hilang. Saya pelik sebab selipar tersebut bukanlah mahalpun dan menganggap semuanya ujian Allah. Barangkali ‘tawakkal’ saya itu tidak dinilai Allah. Saya lihat kawan sebilik saya tak adapun hilang selipar sekerap saya. (tak ada rasanya) Keadaan tersebut berterusan sehingga saya ke Masjid Nabawi di Madinah.

Suatu hari selepas zohor, selipar saya hilang seperti biasa. Hari panas terik dan nampaknya saya terpaksa berkaki ayam melintasi tiles yang memisahkan Masjid Nabawi dengan tar atau simen bangunan berhampiran. Takkan saya nak rembat pula selipar orang lain kut? Itu dua kali punya bodoh namanya.

Saya tekad untuk berkaki ayam melintasi kawasan tersebut. Kononnya sambil berlari-lari anak saya jangkakan sempat sampai ke tepi bangunan berdekatan. Lagipun bila saya pijak2 tiles tu, tak adalah panas sangat....ikutkan teori sains bahawa kulit kita memerlukan 5 saat untuk merasai bahang panas. Jadi kalau saya melangkah dengan pantas, saya yakin tak ada masalah...."kat depan tu nanti aku beli selipar”, bisik hati saya.

Tak sampaipun sepuluh tapak saya melangkah, kepanasan lantai tersebut menjalar dan terasa menggelegak hingga ke otak! Hanya tuhan yang tahu betapa panicnya saya ketika itu. Nak diteruskan saya tak mampu, nak undurpun saya tak berdaya. Walaupun cuma sekejap, saya hampir2 menangis menahan sakit dan ketakutan. Macam2 yang tergambar di fikiran saya termasuklah panasnya api neraka & banyaknya dosa yang saya lakukan terhadap diri sendiri. Saya rasa kaki saya macam dah terbakar dan hampir2 tumbang! Cuma satu sahaja yang saya pertahankan ketika itu, “Ya Allah, aku rela menerima ujian ini daripada aku mencuri selipar orang lain untuk kepentingan diriku’

Alhamdulillah, kebetulan ketika itu, seorang pegawai masjid (agaknyalah) yang meronda di sekeliling Masjid Nabawi menaiki kereta ala2 golf cart lalu berhampiran saya. Tiba-tiba beliau mencampakkan sepasang selipar jepun yang masih dalam kampit plastic ke arah saya. Saya mengucapkan kesyukuran dan sampai terlupa mengucapkan “jazakallah khier..”. (agaknya memang selalu terjadi cenggitu ke, sebab tu dia standby selipar? saya rasa tidak kerana sekalipun mungkin selalu terjadi, tak semestinya selipar tersebut sentiasa mereka ingat nak bawak, kan?)

Logik akal mengatakan bahawa kaki saya terasa seperti melecur teruk selepas itu tetapi bila saya belik2, tak ada apa2pun. Alhamdulillah selepas itu tak ada lagi berlaku masalah kehilangan selipar....

Dah... nanti cerita lain pulak. Tu pun kalau ada yang berminat nak tau dan semua orang setuju. Panjang2 sangat, bimbang kengkawan jemu...

Piewahid:

Firman Allah:
‘Dan hanya kepada Allah-lah kamu betawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (QS. Al-Maidah : 23).


award daripada sahabat kita mazru yang memang best! jemput ziarah beliau ya. sebelum terima, hajat beliau supaya saya anugerahkan kepada 3 orang yang lain.
Kali ini saya panjang2kan kepada: zue, maslina dan CK.
kengkawan yang tersenarai tu sila ambil ya. T kasih mazru...!

58 Comments to Kisah dari Makkah. (selipar)

Salam...

Pengalaman yg menarik..
share2 la ngn kami yg belum pergi nih...
Sila sambung lg yek..Tima kasih :)

ada kebenaran dari cerita orang yang biasanya kita baca aje, tapi bila dah sahabat sendiri laluinya bertambah le yakin... elok juga dikongsikan pengalaman tu untuk direnungi dan diambil pengajaran

Salam En Pie. Pertama kawan bersetuju dgn entri aok nie.. lain kali boleh dipanjangakan lagi dan disambungkan lagi mmg best membacanya setidaknya-tidaknya semoga menjadi panduan dan iktibar kita bersama. Bagi kawan apapun yang bersifat kesusahan itu semuanya ujian utk kita dan allah ingin melihat sejauh mana sekurang2nya kesabaran kita dan ketaqwaan kita terhadapnya. Kalau difikir sebaliknya mungkin juga rezeki utk org yang menjual selipar tersebut. kalau semua ok aje goner selipar deme nok laku dok gitu? Wasalam.

Cik SHiNJU
t kasih yun,
ai kaloh betui dgn u ni. pandai ngat amik ati...

p/s- ai pun resdung jge keknyer taklah steruk u...

cemomoi,
kala mendatangkan faedah bulehlah sahabat.
kalau stakat nk cerita kosong koi segan.
maklumlah n3 koi ni jenis pjg2, org tua berceritala katakan :)

akuanakpahang,
t kasih rodong...
harap2 gitulah. sbg panduan & iktibar. kita tunggu komen kengkawan lain pulok.

saya setuju dengan cite pie ni...memang betul kita dapat hukuman cash di sana...saya pun ade pengalaman ! jadi kalau nak ke sana kepada sape yang belum pergi...orang kata line mesti clear...tak berdetik langsong / kita sedar / tak sedar....

masa nak gi haji - saya dari M'sia dah "berazam" - saya kata - saya nak bawak 2 ucang tempat letak kasut/ selipar ...kalau hilang satu senang ! tiba pertama kali di masjid nabawi - bawaklah satu ucang tu....masa nak balik.....hilang!!! guna la yang satu lagi....lagi satu bawak kad pengenalan....hubby kata biar saya bawak sorang kad pengenalan
( ni masa umrah ) - kalau hilang - kad pengenalan saya je hilang....tiba mekah - kad pengenalan saya hilang sungguh ! balik - buat semula...macam2 lagi kalau suka nak share....

Cerita-cerita yang berpengajaran, bagi saya tak apa dikongsi...Dulu suka baca kisah-kisah ujian di tanah suci dari Uataz Daud Che' Ngah masa beliau jadi orang kuat Tabung Haji.

sonata anak kancil,
t kasih cikgu. ya lah, mcm2 cerita menakjubkan di sana. stiap peristiwa sungguh bermakna dan langsung tak menjejaskan hajat untuk kita kembali menikmati beribadah di sana. beruntunglah sesiapa yang pernah melaluinya.

p/s- ada beberapa pngalamn peribadi terpaksa dipendamkan sahaja kerana bimbang membuka aib sendiri.

ckLah,
terima kasih cikgu.

hajat tu dh lama sbb sy nk jadikan dokumentasi ringan kpd anak cucu tetapi saya tak yakin atas 2 sebab:

1. bimbang ada unsur riak.
2. bimbang mendatangkan fitnah kpd yg belum pernah ke sana.
(sdgkan bagi saya pengalaman2 yg sesetengah org anggap spt cuba 'menakut2kan' itu langsung tidak berkaitan)

Salam sahabat..

Moga sihat hendaknya..

Cerita dan pengalaman sebegini harus dikongsi. Niatnya baik bukannya nak menunjuk-nunjuk, kerana cerita bab umrah dan haji ni kadangkali boleh mengganggu ikhlas dan boleh jadi berunsur riak. Harus berhati-hati agar segala ibadah kita di sana tidak dipertontonkan kepada manusia.

Wpun belom sampai sana, at least dgn pengalaman kengkawan dapat gak rasa mcm mana keadaan kat sana. Betul la kan, ai pun slalu pk, takot nak g bila kenangkn byk dosa. Tapi Allah Maha mengetahui. Ermm malu nak gitau neh, cam mana nak amik award tu? Honestly ai mmg tak reti. Erkkkk

Salam piewahid,

Cerita dari Mekah. Seorang jemaah sering membawa sejadah setiap kali dia ke Masjid haram. Pada satu kali dia sembahyang dikawasan lapang luar masjid dengan membentang sejadah untuk dirinya sendiri, tanpa terfikir untuk sharing dengan jemaah disebelah menyebelahnya. Dengan takdir Allah sebaik saja dia hendak sujud, tiba-tiba angin pun bertiup lalu sejadah kecilnya itu lari meninggalkan dahinya lalu terus melapik dahi jemaah disebelahnya. Subhanallah!!!

pengalaman mendewasakan kita...teramatnye kome nok pegi mekah tu...Al Hamdulillah deme dah lepas...InyaAllah mana yg belum pegi dan nok pergi lagi mudah2an Allah mempermidahkan segala urusan kita amin...

SALAM AKHI..
koi suka kalau aok cerita kisah sebegini
buat iktibar buat koi yang asyik tertangguh2
nak pergi sana..moga cerita ini menjadi pengalaman
yang amat bermakna buat aok dan sesiapa yang selalu
bersangka-sangka dengan Allah..kecilnya rasa diri ni
apakah lagi bila di sana..

salam..
satu pengalaman yang berguna untuk dikongsikan pada kami semua..
erm.. siap ada orang dah stand by untuk bagi selipar ya..
nasib baik..

saya suka baca pengalaman orang mengerjakan haji di mekah.. seronok baca..

Abd Razak
t kasih sahabat. sebenarnya komen dari sahabat adalah antara komen2 yang akan memberikan kesan yg besar terhadap keputusan sy utk meneruskan n3 sebegini atau tidak. nampaknya dah ada green light berserta ingatan. jazakallah khier!

Che KemBanG
t kasih u sudi baca blog org tua. he3...
sebenarnya rasa takut tu cuma psikologi. serahkan saja semuanya kpd-Nya. Dia yg maha mengetahui. lagipun don wori, Dia takkan uji kita dgn pkara2 yg xmampu kita tempuh!

p/s- tu, dah siap tepek award kat blog tu. t kasih kpd CK dan juga kpd mazru...

Hashim Zabidi
t kasih pak hashim. moga sihat & ceria sokmo di samping keluarga.
subhanallah. betullah bahawa kita sekadar merencana, ia maha perencana...

Anak Ulu Cheka,
betul sahabat, pengalaman yg mendewasakan...
koi tu pegi kbetulan meneman mok aje. harap duit sendiri spenuhnya tak pernoh cukup!

insya-Allah sampai masanya kita berpeluang dijemput ke sana menunaikan ibadah haji.

zulkbo
t kasih sahabat.
utk iktibar bersama terutama diri sendiri. smoga dijauhkan-Nya dari sebarang perasaan riak & takbur. na'uzubillah...

p/s- keknyer la kan... kat mana2pun kita boleh mendapat hidayah & membaiki diri.

annfrendly
t kasih ann...
sama2 kita ambil pengajaran.

logik akal mengatakan, kalau tak adalah bantuan selipar tu, mungkin saya jatuh tergolek meraung2 kepanasanlah jawabnya...

Sekurang2nye ia akan jadi iktibor buat kite seme.

Hmm... bahaya juga yek? ujian datang on the spot. Masa honeymoon kat Jawa Tengah. Mia pun xconfident juga. Masa tu mia gi Masjid Agung Demak. Semua orang tengok kami macam lain macam. Takut juga. Memang ramai orang bila malam jumaat keliwon. Mia tawakal dengan suami... dapat juga beribadat tengah malam sampai kul 3pg dan balik hotel dengan selamat. Berserah dan yakin pada Allah. InsyaAllah semuanya selamat.

salam,
terimakasih diatas award yang diberi...

Seronok baca pengalaman piewahid di Makkah..
Atas sebab risau kalau kehilangan selipar... tak khusyuk apa yang dibuat... :)

Sambung lagi kisah menarik dari Mekah ini en Pie..kome berminat..

Jejaka Desa,
t kasih sahabat, begitulah hendaknya...

Mia Liana,
t kasih :)
niat ikhlas nk menunaikn ibadah, insya-Allah tak ada apa2 masalah...

maslinamansor,
t kasih kembali mas...
kalau hilang tiap2 hari, xlarat jugak mas. mklumlah org ratusn ribu...

p/s- bru balik PD ke? :)

relevan,
en syed, t kasih atas dorongan aok :)

salam
seronok baca kisah2 serta pengalaman disana...org kata ALLAH bayar cash perbuatan kita kat sana..

terlebih dulu nak ucapkan terima kasih krn bagi award kat zue.

selalu juga zue mndengar pengalaman org2 yg pegi ke tanah suci ni mcm2 kejadian yg brlaku...sprti pie yg sering kehilangan selipar. mungkin tuhan nak menguji kesabaran dan keimanan kita di sana.

teruskan bercerita.

Salam pie...
Ok ape citer nih..leh sambung ngan yg lain pulak..
(tuk org mcm saya yg x penah sampai sana laaa..)

Kamsiah,
t kasih pn kamsiah...
alhamdulillah bagi yg dpt cash tapi kalau dpt cash masih tak ambil pengajaran, camne tu? (tanya kat diri sendirilah ni...)

zue
t kasih kembali...
kongsi supaya sama2 ambil iktibar dan pengajaran. moga dijauhi perasaan riak.
t kasih kembali beri sokongan...:)

yastro
t kasih atas sokongan...
insya-Allah sampai masanya kita ke sana. yg penting tanamkan azam. keh tu kebtulan meneman mok je... kalau dok, ntah bila lah nok merasa...yg lebih penting kita pegi haji. manalah tau sama2 jmpe kat sana nanti...

salam...
menarik baca kisah ni..pelik juga sapa pulok yang rajin curi selipar tu..kalau semua org berfikiran yg sama x mungkin mereka sanggup ambil org lain punya...apapun satu pengalaman menarik apalagi jika dialami sendiri.

ozzy
t kasih sahabat.
tempat yg ada ratusan ribu org, mcm2 fikrah & budaya, fhm2 ajela...
di mana2pun mereka tetap manusia. bila dh ramai2 cenggitu, kdg2 tersepak,tersalah ambikpun ada. nak tak nak kita kena bersihkan fikiran, bersangka baik...
t kasih atas sokongan.

salam pie..tentang hilang selipar diMekah tu semua jemaah mengalaminya.makcik juga pernah kehilangan selipar dan terpaksa kekedai selipar berdekatan masjid membeli yg baru.makcik juga membawa bekas selipar yg diperbuat dari kain..nak masuk masjid selipar diisi dalam bekas tu n dimasukkan kedalam plastik n diletakkan ditempat sesuai..itu satu cara nak mengelak drpd hilang..

Aslmkm Pie.
Ada pengajaran jelas di sana: Seluruh hati & jiwa kita mesti tulus ikhlas kerana Allah SWT sahaja; jika ada terlintas apa2 yang negatif, berastaghfar banyak2 & mesti segera minta keampunan & perlindungan dariNYA. Pendeknya pasrah sepenuhnya!
Alhamdulillah Kak G suami isteri, dan juga anak Kak G telah dirahmati Allah SWT ke sana untuk Haji & Umrah. Alhamdulillah tidak mengalami peristiwa ini. Tetapi amat insaf dengan pelbagai peristiwa & pengalaman sedih & pahit yg dialami jemaah2 lain. Satu-satunya yg tidak dapat dihuraikan dengan tepat ialah air mata turun mencurah2 semasa di alun gelombang manusia semasa di Baitullah & di Raudhoh.

makcik yam,
wslm makcik...
waa... lamanya tak tengok komen makcik.
terima kasih. betul, itulah salah satu caranya tapi kdg2 dah bungkus elok2, letak dalam masjid tempat letak kasut berhampiran kitapun tetap hilang juga. ujian utk sayalah tu agaknya.. :)

DDrfauziah
wslm kak.
"Seluruh hati & jiwa kita mesti tulus ikhlas kerana Allah SWT sahaja; jika ada terlintas apa2 yang negatif, berastaghfar banyak2 & mesti segera minta keampunan & perlindungan dariNYA. Pendeknya pasrah sepenuhnya!"

saya stuju 100% dgn komen kakak...

salam..
hmm pelik gak selalu selipar hilang ye..
tapi maybe ianya sebagai pengajaran dan peringatan buat kita ketika anda terasa panas di kaki seperti melecur tu.. itu baru panas dunia kan.. :)

Mr.Z,
t kasih...
stiap sesuatu ada hikmah dan rahsianya...
kata org tua2, itu baru cuaca dunia!

salam..

terima kasih,pengalaman berharga camni patut di kongsikan rakan2..menarik dan mendatangkan keinsafan pd pembaca,insyaAllah....

terima kasih sudi panjagkan award tu :)

Mazru Majid,
t kasih kembali rodong. sib baik aok prasan koi dh tepek award tu. bkn apa, koi hargai ngat ingatan kengkawan...

If some one deѕіres to be uрdаted with hottest technologies
then he must be go to see thіs site and be up to date all
the time.
Also visit my blog - loans for bad credit

Great goods from you, man. I have undeгstand youг ѕtuff
prevіous tο and you're just too wonderful. I actually like what you'ѵe аcquired
here, гeally like whаt you are stating and thе way in
which yοu sаy it. You mаke it enteгtaining
anԁ you ѕtill cаrе for to kеep
it sensible. I can't wait to read much more from you. This is really a tremendous web site.
Review my web-site : how to stop snoring nhs

Do уοu mind іf ӏ quote
а few οf your posts as lοng as ӏ prοѵіde credit and sources back to yοuг blog?
Mу blog is in the exаct same niсhe
as yοurs and mу useгs would ԁefіnitеly benеfіt from a lot of the informatiοn
you proviԁe here. Plеasе let me know if thіs alгіght ωith you.

Thankѕ a lot!

Alsο vіsit mу web site bad credit loans

It's really very complex in this active life to listen news on TV, thus I only use world wide web for that reason, and take the most recent news.

my homepage: payday loans

Good ԁаy! I cοulԁ hаve sωorn
I've been to this website before but after going through a few of the articles I realized it'ѕ new
to mе. Νonethelеsѕ, Ι'm certainly happy I found it and I'll
be book-marκing it аnd checκing
baсκ regularly!

Look at my web ѕitе :: payday

Hello, i feel that i noticed you visіteԁ my
weblog thus i сame to return the favor?
.I am attempting to to find thіngѕ to enhаnce my
ѕite!I suppоsе its ok to make use of a few
of your іdeas!!

My webpage :: payday loans uk
My web page > payday loans uk

Aω, this ωas a really gοod post.
Taking a few minutes аnd actuаl effort to creаte а goоd artісle… but what can I sаy… I ргocrastinatе a lot
and don't seem to get anything done.

Here is my site; payday loans no credit check

ӏ'm more than happy to uncover this site. I need to to thank you for your time for this particularly wonderful read!! I definitely savored every part of it and i also have you book marked to check out new stuff in your web site.

My web site :: payday loans

Your current post offers ρroven useful to me рerѕonаlly.
It’s геally educatiοnal and you аre naturally really knowledgeable in this region.
You hаve оpened my face tο numerous thoughtѕ аbout thіs κіnd of matteг ωіth іntrіguing, notable and strong written content.


Мy page :: buy phentermine
Here is my page : buy phentermine

What's up, I wish for to subscribe for this website to get hottest updates, thus where can i do it please help.

my weblog; Payday Loans

I likе it when indіviԁuals get together and shаre vіеws.
Gгeat site, keep іt uρ!

Feel freе to visit my web-site: Same Day Payday Loans

Her advice to avoid 'negative' people seemed like
a good counter-example of an evil eye concept that I was accustomed to.
The definition for salvation we will be using comes from The American Heritage.
Wearing transparent or thin attire is also strictly disallowed in to Islam.



Take a look at my web page; islamic finder usa

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!