hero ulu kumbang sebenarnya bersunat semasa tingkatan 1. (iyee… tingkatan 1!) hehehehe… ketika tu kebanyakan penduduk kampung merapoh sudah berpindah ke rancangan penempatan semula (RPS) merapoh berhampiran dengan stesen keretapi.
waktu hero bersunat tu, taklah tradisional benar. barangkali bolehlah hero katakan hero berada di era perubahan. orang2 kampung dah mula percayakan hospital untuk bersalin, berkhatan dan urusan sakit pening. kalau tak, semuanya guna khidmat bomoh, bidan atau tok mudim kampung. maknanya kami taklah perlu mandi sungai sampai berjam-jam, mencangkung atas batang pisang sambil dipeluk oleh orang2 dewasa supaya tak melarikan diri seperti dalam gambar kat bawah ni.
kalau ada yang masih tak setuju dengan cara modenpun kerana mereka berpendapat dalam jangka panjang ubat bius tu boleh melemahkan kemampuan ereksi. itu hero tak tahu sebab bukan kepakaran hero. apa yang hero tahu, setakat ni okey je… esok lusa, wallahu a’lam!
ringkas cerita, di merapoh masa tu ada seorang saudara rapat kami yang kami panggil ‘abang deris’ (idris bin hamzah) menguruskan urusan sunat menyunat ni. abang beliau yang kami panggil abang talib (allahyarham) bekerja sebagai dresser - orang lepeh panggil dresor di hospital lipis.
setiap hujung tahun abang talib akan ke merapoh (rumah abang deris) menaiki keretapi dengan dibantu beberapa kakitangan hospital yang lain. kepada ibu bapa yang nak menyunatkan anak, mereka perlu ‘booking’ awal sebab ‘keahlian’ adalah terhad. tok mudim dan rombongan perlu bersegera menaiki keretapi akhir untuk pulang semula ke kuala lipis. masa tu belum ada kemudahan jalan raya. setiap kali beliau datang, adalah dalam 15-25 yang kena potong….hihihi
kami pula biasanya bersunat apabila mencapai usia 12 tahun (darjah 6). malangnya semasa hero darjah 6, hero terlewat untuk mendaftar. apa lagi, postpone setahunlah jawabnya…. dah mula tumbuh bulu pahat baru nak bersunat, huhu…!
hari yang dinanti2kan pun tiba… kebetulan hero berkhatan serempak dengan seorang lagi saudara bernama muzaffar yang tinggal di sebelah rumah. muzaffar ni lagi kelakar, dia setahun lebih tua daripada hero. bermakna umurnya dah 14 tahun. masya Allah… tapi orang dulu2 memang lain macam sikit. walaupun darjah 6 tapi kalau setakat mandi bogel kat sungai merapoh tu kira standard la…
peralatan berkhatan tradisional (google)
peralatan berkhatan moden (google)
apabila abang talib dan pembantu sampai, sebuah bilik ‘OT’ yg dilengkapi katil bujang dan ditutupi tirai mula beroperasi. kami yang terintai2 ni nampak macam2 jenis gunting, pengepit, jarum, bandage dan sebagainya. muka jadi pucat lesi. macam2 imaginasi negatif di fikiran.
berdebar menunggu giliran (google)
kalau tak salah ini peralatan terbaru untuk berkhatan. katanya sangat ringkas, selamat, mudah dan hampir2 tiada kesakitan. wallau a'lam! (google)bersambung…. jangan lupa baca entry akhir nanti ya! :)
piewahid:
1. bahagian yang dipotong adalah seperti dalam gambar ini. jika kulit tersebut tidak dibuang ianya boleh memerangkap lebihan air kencing, kotoran dan menghasilkan bau yang busuk. selain tu akan terdapat ketulan kecil berwarna putih seperti ‘tahi minyak’ .
selain boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit, ianya menyebabkan solat kita tidak sah apabila gagal menyucikan najis di bahagian yang saya jelaskan ini.
2. kita perlu berdehem selepas kencing (kalau tak salah istilahnya “istibghom”) untuk mempastikan baki air kencing di dalam saluran kencing tidak meleleh. (lebih kurang seperti menghabiskan sisa2 air yang berbaki di dalam straw minuman) bayangkan meleleh ke seluar dalam dan kita solat dengan pakaian bernajis.
p/s sentiasa terfikir semasa menaip entry ini, melucahkah dan melampaukah aku??? na’uzubillah…
wallahu a’lam.





salam en piewahid
Kawan kalau ngenang ker bersunat nie ketor sampai ke le nei hehehe.. apa pun jaman kawan dulu org dah byk jinak ke hospital sebab tok mudim mata x brape clear dah hehehe jadi malas menanggung risiko nok tak nok kawan pun masa di heret dik ayah kawan ke hospital juga putus laa disitu..lepas siap berlake lega tak terkata... agok kawan kawan pun sedang umo hero tu juge bersunat.