anak ulu kumbang menoreh getah di bekong era 80an...

13.3.10 8:27 PM | Posted by piewahid
suasana kebun getah (tapi kebun getah kami dulu semak samun dan berbukit-bukit) - gambar hiasan.

kalau jenguk2 ke blog kengkawan, banyak yang dah pernah bercerita tentang pengalaman mereka sebagai penoreh getah. walaupun kengkawan dah bercerita, sayapun nak bercerita juga tetapi dengan cara saya, versi saya di merapoh sebagai sebuah dokumentasi ringan untuk generasi baru. ianya sekitar tahun 1980an. kalau larat baca, bacalah. tak larat, abaikan. bukan ada apa2 yang istimewapun…

kalau adik saya midie sendiripun pernah bercerita tentang pengalaman beliau menoreh getah di ulu kumbang. kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman menoreh di gua bekong pula. gua bekong ni terletak dalam perjalanan ke relau, iaitu sebuah stesen pertama sebelum memulakan pendakian ke gunung tahan sekarang.

jarak dari ulu kumbang ke bekong paling tidakpun 6-7km. menyusur denai2 berlopak, melintas hampir berbelas kebun getah orang lain, melalui ‘slow’ merapoh baru, jalan keretapi, naik bukit, turun bukit sambil2 menepis nyamuk2 dan mengelak pacat sepanjang perjalanan. tanpa jalan short cut menyebabkan perjalanan terasa jauh berkali ganda. untuk hilangkan boring, sambil2 jalan boleh nyanyi lagu dj dave, uji rashid, anita sarawak atau hail amir…

ketika itu, kami bukan mampu beli sebuah kenderaanpun. selepas beberapa tahun barulah kami mampu membeli basikal. salah sebuahnya basikal yang allahyarham abang teh bawa balik dari kuliah sultan abu bakar, pekan, pahang selepas beliau tamat belajar di sana. nilai basikal pada zaman itu umpama sebuah motorsikal. ketika saya tingkatan 2 atau tingkatan 3, barulah abang cik saya yang ketika itu menganggur di kampung membeli sebuah motorsikal terpakai yang harganya lebih kurang rm500. seronok usah criter lah, terasa seperti orang kaya…

kalau kami bertolak dari rumah sekitar 6.30 pagi, agak2 hampir pukul 8 pagi baru sampai ke bekong. tenaga terbuang begitu sahaja tetapi dek kerana biasa dan badan masih muda semuanya tidak menjadi masalah. semasa pergi, biasanya kami masih memakai pakaian biasa tetapi apabila sudah sampai ke kebun getah, kami memakai ‘uniform’ yang disangkut di bangsal mesin getah.


contoh bangsal menoreh getah. tapi yang kami dulu terletak di tempat teduh di tebing sungai kecil dan beratap zink (gambar hiasan)


uniform? maksudnya baju harian untuk menoreh. biasanya berkain tebal, lengan panjang dan penuh dengan tompokan percikan getah berwarna kehitam2an. bau usah ceritalah tetapi bau tersebut hanya berkenaan kepada yang tak biasa menghidunya. kami dah kalih/ mangli dengan bau2 tersebut. siap boleh baring di atas getah keping yang dihamparkan sebagai tikar semasa kepenatan. tau2 pacat dah merayap dekat muka. hehehehe…

uniform tersebut terlalu sejuk untuk dipakai pada waktu pagi kerana digayut begitu sahaja di bangsal mesin getah untuk mengeringkannya dari bau peluh dan percikan air getah bercampur cuka semasa proses membuat getah keping. merapoh ketika itu sangat sejuk dan berkabus pada waktu pagi. maklumlah kawasan tanah tinggi, di kelilingi gua dan masih jauh dari pembangunan.

selepas berehat seketika dan menukar pakaian, kamipun mula menoreh. kalau saya ‘masuk ofis‘ dengan ahli keluarga yang lain, kami biasanya membahagikan kawasan menjadi 2 bahagian. kalau adik2 ni biasanya dapat kawasan kecil lah sikit. ngeee…! luasnya kalau tak salah saya dekat2 7 ekar. kalau masa sekarang, berduit juga lah agaknya tetapi ketika itu, harga getah rendah benar…

pokok getah pulak dah tua benar. pelan (tempat torehan pada pokok getah tersebut) dah berselirat sebab kebanyakan kulit dah mati. masyaallah, tarik sana, tarik sini, tolak sana tolak sini, bongkok sana tonggeng sini. ujung2 mata pisau getah tu patah. abis cerita. balik bodoh lah jawabnya. nak melampas (menajamkan mata yang patah) bukannya sekejap. agaknya masa kami terbongkok2 menoreh tu, kalau harimau datangpun haram kami sedar. kalau ada pokok getah yang banyak mengeluarkan susu, dek kerana sayangkan susu tersebut, relalah kami mengorek tanah untuk membetulkan tadahan mangkuk susu getah yang mengalir.

masa tu bukan menoreh macam zaman sekarang. zaman sekarang, toreh, boleh terus tinggal (kalau tak kena curi lah…). di kawasan en zulkbo (jengka) saya tengok ada yang menggantikan mangkuk getah dengan beg plastik. lagi mudah kerjanya. kami dulu toreh, tating (kutip susu cair tu), bekukan, mesin dan keringkan/ jemur. gumpalan2 getah kecil bercampur kulit getah pula kami panggil getah buku (getah sekerap). harganya kurang separuh dari getah keping. di merapoh tidak ada sistem jualan getah cair macam di sesetengah tempat ketika itu.

sebelah kiri mesin getah licin dan sebelah kanan mesin bunga. tapi gambar bangsal yang saya sertakan ni dah 'cantik' benar..(gambar hiasan)

lebih kurang pukul 10-10.30 pagi, kerja2 menoreh selesai. kami berehat sambil memakan makanan bekal dalam anggaran setengah jam sebelum memulakan proses mengutip susu cair/ menating. masa ni kena hati2. kalau tak, habis tumpah susu getah yang kami kumpul. tunggul kayu dan tanah tidak rata boleh menyebabkan susu tumpah begitu sahaja dan akibatnya, segala kerja yang dilakukan sepanjang hari menjadi tidak bermakna. pernah terjadi, habis basah 1 badan dengan susu getah tersebut akibat tergelincir semasa menuruni bukit berhampiran tebing sungai kecil kat kawasan kebun getah kami tu. kalaulah tersimbah ke kepala, jawabnya botaklah hero kampung kerana terpaksa mencukur rambut. kerja2 tersebut berlangsung lebih kurang sejam setengah sahaja. kutip, penuh, angkut dan kumpul sehingga selesai.

susu getah yang kami kumpul tadi, kami kacau bersama cuka getah (saya lupa nama sainsnya, yang pasti bukan cuka makan dik oiii…). selepas tu tuang ke dalam takung getah yang telah disusun. bancuhannya mesti tepat, kalau tak, getah lambat beku atau terlalu cepat beku dan melekat2 kat takung getah sehingga susah kami nak menanggalkannya. susu2 getah yang hampir beku perlu dilenyek2kan berbentuk kepingan segi empat sama supaya mudah untuk dimesin. mula2 kami mesin dengan mesin penggelek ‘mata licin’ untuk mendapatkan bentuk yang sesuai dan akhir sekali dengan mesin bunga untuk mengeringkan airnya.


contoh getah keping yang siap diproses dengan mesin bunga. gambar getah kekuningan kat bawah tu adalah getah yang sudah kering dan sedia untuk dijual (gambar hiasan)


haaa.... ini lah contoh getah buku atau getah sekerap yang saya ceritakan tu. bila nak jual, bau dia bertukar 'wangi' - bau duit. hehehehe... (gambar hiasan)


contoh jenis2 pisau toreh atau pisau getah (gambar hiasan)


teruk juga proses ni terutama kalau saya pergi menoreh sorang2. putar pemusing mesin tu guna tangan. nak pulas lagi, nak sorongkan getah tu lagi… tapi pro ada jalan penyelesaiannya… putarkan pemusing mesin tu laju2, kemudian cepat2 sorongkan getah ke dalamnya. getah tak boleh tebal sangat, nanti susah nak mesin dan lambat kering. getah2 yang siap diproses kami ampaikan di ampaian yang diperbuat dari batang2 buluh. kalau cuaca elok, dalam 2,3 hari keringlah getah2 tersebut. getah2 buku pula kami longgokkan setempat untuk diisi ke dalam guni semasa mahu dijual nanti. getah buku ni boleh dianggap sebagai ‘talian hayat’ sementara menunggu jualan getah keping seminggu sekali ke kedai pak ngah keria. (saudara kami, seeorang pemborong getah)

takung2 dan tin minyak tanah yang kami jadikan baldi pengangkut tadi terpaksa kami bersihkan semula untuk digunakan pada keesokan harinya. Pisau toreh juga perlu diasah. ketika inilah biasanya hampir basah 1 badan akibat peluh dan percikan air akibat kerja2 memproses getah yang telah djalankan tadi.

biasanya menjelang pukul 2 petang barulah kami boleh balik semula ke rumah. sampai rumah dah dekat pukul 4 petang. sebelum balik, biasanya kami bawa 2,3 keping getah yang telah kering supaya tak terlalu teruk sangat semasa kerja2 mengandar atau memikulnya untuk dijual nanti. setakat sekeping dua memang lah tak terasa langsung beratnya tetapi kerana jaraknya jauh, hujung2 beratnya terasa seperti 10 kg setiap 1. getah2 tersebut kami kumpul di kawasan rumah.

getah2 yang kami jual tadi pak ngah keria akan kumpul dan beliau menempah satu gerabak pengangkut khas (CG) dari KTM untuk menghantar getah2 tersebut ke kuala lipis. kengkawan perasan tak, kita punya produk, orang lain yang tentukan harga.. (nanti saya nak buat entry tentang isu ni)

iskhhh… panjang lagilah criter ni. kalau nak criter betul2, mau patah jari saya ni. ada ketika2nya sampai terpaksa bergadai nyawa untuk sesuap nasi. maklumlah menoreh zaman dulu2, harimau, babi hutan, jambatan patah, lecah dan kubang ada merata2. saya surrender…, tak larat nak menaipnya. kengkawan pun mesti tak larat nak baca.


piewahid: sebenarnya, setiap hari sepanjang perjalanan dari rumah sehingga balik, betapalah saya malas dan benci melakukan semua kerja tersebut. sumpah! tapi sebab saya orang susah dan demi membantu keluarga, saya terpaksa gagahkan hati. cemburu benar saya dengan kesenangan anak2 cikgu atau polis kat merapoh ketika itu. kita teruk2 kerja, mereka nampak santai benar di hari cuti. tak adil betul. hehehehe…

saya selalu berimaginasi, apa agaknya orang lain sedang buat ketika saya berehat sambil2 bersandar di pokok getah ketika itu. mesti ada yang sedang tidur, di pantai, di dewan kuliah, di pejabat, makan2 di restoran mewah, bersiar2 dan dalam kapal terbang. pakai cantik2, makan sedap2 sedangkan saya pula sibuk menepis nyamuk, membuang pacat dengan pakaian kotor dan bau yang busuk. hina betul rasanya diri saya. (bukan bermakna tak bersyukur, sekadar imaginasi remaja ketika itu …) kadang2 sampai terfikir, kenapalah mak ayah aku orang susah, kalau lah dia orang kerja menteri….anak2 menteri kan banyak duit, wakakakaka…!

ketika di sekolah menengah, saya pernah kena buang asrama akibat lewat seminggu datang ke sekolah pada awal tahun persekolahan. ketika itu, mana ada belajar apapun dalam seminggu dua tu. daripada tak belajar, baik saya menoreh getah. sampai aje kat sekolah, terus je sorang cikgu tu tuduh saya memonteng. senang benar ko buat judgement ek? saya sibuk cari duit nak sekolah, dituduhnya saya memonteng. malu betul apabila dibuang asrama dan dituduh memonteng. tapi saya dah maafkan cikgu tu…

48 Comments to anak ulu kumbang menoreh getah di bekong era 80an...

Pie.. jadi cikgu pangkal pokok getoh la kenangan paling best sekali..mcm2 tragedi...Dgn harga 60 sen - 80 sen sekg masa tu dah kira ok..Senyum sorang2 teringat zaman motong aritu..

pengembara silam:
pengalaman tu lah yg mendewasakan kita, yg buat kita bpijok ke bumi nyata. getoh tu sebenornya guru kita....

ish boleh jadi novelis ni ngeh ngeh ngeh.. CP pun masa kecik2 pernah tlg mak ayah kutip getah buku sbb masa tu mmg susah keluarga kami.. kutip jer, kalau bagi pisau toreh, alamat luka lah btg2 getah dikerjakan dek CP

kawan dulu penoh jugak noreh getoh ni mase ting 6 dulu....tak daye weh....noreh petang, pagi sekolah...

Getah sekarang dah mahal, rega getah sekerap masakini RM 5.20 , susu pulok dah kurang turun..

salam pie, itulah kesusahan yg kita alami masa budak2 dulu, tapi semua itu mengajar kita menghargai duit..dan bijak berbelanja.

tersentuh hati baca pengalaman pie wahid ni..
bukan semua org dapat melalui pengalaman sebegini...

salam Piewahid..
tak merasa lah koi seumo hidup nak menoreh ni sebab ayah koi peneroka kelapa sawit..bab ngecop buah koi pandai ler..he he

sedak membacernyer...........lamer dah koi tok jumper mesin getoh gayer ter........

che'pit:
ok lah tu, ada juga pengalaman...

cikgu jang:
agok2 kala noreh ler ni daye lagi?

endiem:
susu memang turun, sawit pulok jatuh.

tak caya?
bila kita toreh getoh, susu dia turun (ngalir ke bwh)
sawit, bila kita chop, buah jatuh ke bawoh...
ngehngehnheh...

wslm makcik:
betul sgt. kesusahan tu lah yg mendewasakan saya dan mjadikan saya tak takut dgn kesusahan sbb pernah lagi susah.

annfriendly:
TQ. itu cabaran masa itu. cabaran sekarang dlm bentuk yg blainan. cuma bezanya skang lebih kepada mental, dulu lebih kepada fizikal.

zul:
koi pulok terbalik. ngecop buah haram koi tau w/pun pernoh mencuba!

al-mankaraqi:
kala ande pun abisnyer kebas di demeh buat jual besi buruk. penggelek tu besi padu tu...

salam bang pie,

Koi dulu pun pernah ngikut rodong menggetah sekitar era 90 an..koi pg ngutip je la mase te..

sekali jual dpt la rm5

dulu pernah tgk nenek noreh gotah hehe

Salam, Pie, Kwn pon ada pengalaman yg same motong getoh ni, cuma kwn di Felda dulu sekitar taun 80 hingga 90, pepalih lamenye yek 10 taun tu, bak kate kala toreh pejam mate pun takde hal, ekspet betul ni. Masa sekoloh sabtu n Ahad gerenti gi kebun menolong ayoh. Kate org susoh masa sekarang ni tapi masa dulu lagi susoh walaupun rega minyok muroh.

salam..
saya tak la berpengalaman menoreh getah...
tp masa kecik2 dulu berpengalaman tgk mak menoreh,berpengalaman mengacau getah supaya beku...pengalaman melihat getah dimesin...
yg best,musim biji getah gugur,jatuh atas zink rumah...main laga biji getah,main congkak...

mazru:
ok lah tu.. ada la juga pengalaman nk criter ke anok cucu.. nak bagi dramatik sikit, lepas baca entri koi ni, aok goreng sikit... he3

maiyah:
menengok pun sjenis pengalaman jugak... he3

kamsiah:
anak dara mmg xgi menoreh.. tu lah yg saya dengki benar masa tu.
he3... kalau saya ada anak dara pun, saya xkasi pegi jugak. tak sampai ati lah pulak.

kakak2 saya dulu ada jugak yg menoreh tapi taklah seteruk lelaki kerjanya :D

mmg tak nyangka lalu ayoh chu, aok ni dulu2 rupanya gitu.. mahei cerita aok ni..
kome susoh jg tp lbh ke nolong mok boh brkebun jagung..

ummzaid:
slm kak june!!! ehehehehe... sronok sesekali nampok koi june.pngalaman juga namanya tu. lain pngalaman, lain cabarannya...

piewahid, lama tak singgah sini..:) oohh mak saya pun dulu penoreh..penyawah jugak..pernah ada pengalaman jumpa harimau..kesian mak :)

salam EnPie,,terharu dan bangga sy membacanya,kerana EnPie ada pengalaman yg sedemikian.pengalaman yg mematangkan,mengajar erti sebuah kehidupan.kecik2 mungkin kita tidak boleh menerimanya,ttp kedewasaan yg dilalui memberitahu betapa bersyukurnya kita berbanding insan lain

aok bercerita pasal motong getoh ni teringat masa motong getoh di kuala lanar kebun ayoh pengembara silam sekitar pertengahan 80an dan penghujung rega masa teh dari lapan posen bantai turun ke 58 sen penyudah berenti motong kerja kilang apa motong getoh sekarang lebih baik dari dulu nok jual timbng dlm kebun dulu kutip arini esok baru jual mcm aok jugalah naik CG brg ktm tak pun naik bot sungai tapi yg penting kerja tu x menyusoh org lain

Рretty section of content. Ι just ѕtumbleԁ
upοn your blοg and in аcсession сapital to assert that I acquire in fact enjoyed acсount уour blog posts.

Any ωay Ι'll be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently fast.
Here is my web site : Loans for Bad Credit

It iѕ the best timе to make some plаnѕ for thе future anԁ it's time to be happy. I have read this post and if I could I desire to suggest you few interesting things or advice. Maybe you can write next articles referring to this article. I desire to read more things about it!
my website > loans for bad credit

I thinκ this іs one of the so much vіtal infoгmation for me.
Anԁ i am haρpy studуing your aгtiсle.
But shοuld statement on some normal issues, The
web sіte taste іs wonderful, the аrticlеs іs in point of fact excellent : D.
Excellent process, cheers

my wеb-sitе :: quick payday loans
My web page - quick payday loans

http://www.ellissloans.co.uk/http://www.ellissloans.co.uk/http://www.ellissloans.co.uk/http://www.ellissloans.co.uk/http://www.ellissloans.co.uk/http://www.ellissloans.co.uk/http://www.ellissloans.co.uk/http://www.ellissloans.co.uk/http://www.ellissloans.co.uk/http://www.ellissloans.co.uk/Asking questions are reаllу nice thing if you аre not
underѕtanding anythіng completely, except this article presents nice understаnding yet.


Fееl free tο ѕurf to my website ...
quick cash
My web blog :: %anchor_text%

What's up, yeah this piece of writing is really fastidious and I have learned lot of things from it on the topic of blogging. thanks.

Check out my website ... bad credit loans

It's difficult to find knowledgeable people in this particular subject, however, you sound like you know what you're tаlking about!
Тhanκs

Мy weblog: keyword
My website: keyword

Μy brother recommended I mіght likе this webѕіte.

He was totally right. Thiѕ post actuаlly made my day.
You cann't imagine simply how much time I had spent for this information! Thanks!

Here is my web blog - bad credit loans

I ԁo truѕt all thе ideаѕ
you havе introduсed in your poѕt.
Тhey're really convincing and can definitely work. Still, the posts are too brief for starters. Could you please extend them a bit from subsequent time? Thank you for the post.

my web blog - diet

My brother ѕuggеѕtеd I may likе thіs
web site. He used to be totаlly right. Τhis ρost truly made
my dаy. You cаn not consiԁeг just how muсh
time I had spent for this info! Thanks!

Visit my blog: personal loans

Ι'm gone to tell my little brother, that he should also visit this blog on regular basis to obtain updated from latest reports.

Here is my web site - payday loans
Also see my web site :: payday loans

It's hard to find experienced people about this topic, but you seem like you know what you're talκing about!
Thankѕ

Alѕo visit my webpage: payday loans no credit check

Whаt і do nοt understοod is if truth be told hοω you're not really much more well-liked than you might be right now. You're
ѕo іntelligent. You unԁerstand thus significantly relatіng to this
mаtteг, made me indіvidually
consіder іt fгom so many ѵariоuѕ аngleѕ.
Its like ωomen and men aren't interested until it's somеthing
tο ԁo wіth Ladу gaga! Үour individual stuffs outѕtandіng.
Alwaуs maіntain it up!

Feel fгeе to surf to my web pagе instant payday loans

Үоur stуle is ѕo unique
in cоmpаrіѕοn to other folks I've read stuff from. I appreciate you for posting when you have the opportunity, Guess I will just book mark this site.

Here is my web-site :: payday loans

I almost never leave cоmments, hoωevеr i did some ѕearсhing and wound uρ hеre "anak ulu kumbang menoreh getah di bekong era 80an...".
And I actually do hаvе 2 questions for yоu if it's allright. Is it just me or does it look like a few of these responses look like written by brain dead individuals? :-P And, if you are posting at additional sites, I would like to keep up with everything fresh you have to post. Could you list of the complete urls of all your public pages like your Facebook page, twitter feed, or linkedin profile?

Also visit my webpage ... loans for bad credit

Ηello, i thіnk that i saω you visіted my site so
i came to “гeturn the favor”.I'm trying to find things to improve my web site!I suppose its ok to use a few of your ideas!!

Feel free to surf to my homepage - payday loans

It's appropriate time to make some plans for the future and it's time to be happу.

I haѵe read this post anԁ if I could I wish to suggеst you fеw interesting things or adviсe.
Perhaρs you could ωrіtе nеxt аrtіclеѕ refегring tο this article.

I want to reaԁ eѵen more things about it!


Here іs my weblog - Instant Payday Loans

Νоrmally I ԁon't read post on blogs, however I wish to say that this write-up very compelled me to check out and do it! Your writing style has been amazed me. Thanks, very nice post.

Take a look at my homepage ... Same Day Payday Loans

I аll the time uѕed tо study pieсe of
writіng in news papers but nоw as I am a useг
of web therefoгe from now I аm usіng net for pоsts,
thanks to web.

Αlѕo ѵisit my homepage :: New Bingo Sites

I'm not sure where you are getting your info, but good topic. I needs to spend some time learning more or understanding more. Thanks for great information I was looking for this info for my mission.

Also visit my web-site ... New Bingo Sites

I соnstantlу spent mу half an houг to reaԁ this web
ѕite's content daily along with a mug of coffee.

Here is my web blog payday loans

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!