sejarah merapoh: asal usul nama & latar belakang kg merapoh

2.1.10 6:33 PM | Posted by piewahid
sila klik map utk mdptkn view yg lbih jelas

Kampung Merapoh merupakan sebuah kampung yang terletak di bawah Mukim Batu Yon dalam Daerah Lipis. Merapoh juga berada di dalam parlimen Padang Tengku. Kampung ini mempunyai bentuk muka bumi yang unik di mana ia dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur yang tersergam indah. Ianya adalah sebuah perkampungan yang terletak di utara Daerah Lipis dan bersempadan dengan Gua Musang, Negeri Kelantan. Kawasan ini terkenal dengan lokasinya yang merupakan pintu masuk kedua Taman Negara Pahang iaitu Relau. Jarak Kampung Merapoh dari Bandar Lipis lebih kurang 80 kilometer, manakala bandar yang terdekat dari kampung ini ialah Gua Musang iaitu sejauh 35 kilometer. Selain itu, sistem pengangkutan pada dahulunya hanya bergantung pada perkhidmatan kereta api. Walau bagaimanapun pada masa kini sudah terdapat jalan raya yang menghubung Merapoh dengan kawasan-kawasan lain.

Kampung Merapoh telah wujud kira-kira pada tahun 1923. Difahamkan bahawa Kampung Merapoh merupakan penempatan awal kaum Cina yang bekerja di lombong emas. Selepas kemasukan tentera Jepun maka Kampung Merapoh mula didatangi dan dijadikan penempatan masyarakat Orang Asli. Selepas beberapa ketika, kaum Melayu mula datang ke Kampung Merapoh secara berperingkat dan menjadikan tempat itu sebagai penempatan masyarakat Melayu sehingga sekarang.

Asal-usul nama atau perkataan merapoh dikatakan berasal daripada nama sejenis buah hutan iaitu ‘merapoh’ yang banyak terdapat di sekitar kampung, maka Tok Batin yang mentadbir kampung pada ketika itu telah menamakan kampung ini dengan nama Merapoh berdasarkan buah hutan tersebut. Nama kampung ini kekal dengan nama Kampung Merapoh sehinggalah sekarang.

Sumber asal dan telah diedit:
Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti Merapoh, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
link tambahan:

saya nak tambah beberapa fakta lagi: asalnya merapoh terbahagi kepada 2 bahagian iaitu merapoh Baru & merapoh lama. ianya terdiri beberapa buah kampung kecil seperti ulu kumbang,(tempat lahir penulis), kumbang hilir, tebing parit, kampung tagang, kampung batu bulat, kampung salak, mentara baru, bekong, berhamah, persit dan mungkin 1/2 buah kampung kecil yang lain (maaf la, dh lupa, lama sgt criter ni).

penduduk melayu yang awal kebanyakan ank jati pahang yang berasal dari kawasan kecau kuala lipis, pahang yang berhijrah ke merapoh di zaman komunis & jepun. slain itu ada juga yg berhijrah dari kawasan skitar padang tengku seperti dari kampung keledek, lubuk kulit, bukit betong dsbnya atas sbb2 keselamatan di zaman darurat & keperluan ekonomi yang berasaskan pertanian pada masa tersebut.

tidak lama kemudian, penduduk dari hulu kelantan mula turut sama meneroka kawasan merapoh & mmbuka beberapa kampung baru seperti di mentara baru, persit & telok gunung (sebahagian dari merapoh pada waktu itu) sehingga hampir separuh dari populasi merapoh terdiri dari org2 kelantan. biasa la kat pahang ni, kalu kat kuantan, ramai org terengganu, kat pelangai ramai org negeri sembilan, kat lipis, ramai org kelantan. ank jati pahang ni baik2 hati belaka...

penduduk merapoh sekitar 5000 orang dan dan semakin berkembang pesat. suatu ketika dahulu, ianya hampir2 dianggap sbagai 1 daerah lain dlm kuala lipis. sehingga sekarang masih terdapat bangunan lama cwgn pejabat daerah kula lipis yang terbiar berhampiran balai polis merapoh. slain mempunyai jalanraya yang merentasi pahang ke kelantan serta beberapa kemudahan lain, terdapat sbuah skolah rendah dan sebuah skolah menengah (tidak termasuk skolah rendah d telok gunung)

nnti kita akan smbung criter lanjut tentang sejarah merapoh

p/s jika tuan/puan mmpunyai tambahan atau pembetulan mengenai fakta di atas, sila beri pandangan d ruangan comment atau emel saya spt yg tertera d atas. tq

11 Comments to sejarah merapoh: asal usul nama & latar belakang kg merapoh

ske citew ni...kg sy tu,,

assalamualikum..saya anak merapoh..saya akan membuat kajian mengenai sejarah asal usul merapoh dan perkembangan sumber ekonomi penduduknya.bolehkan abg pie tolong saya untuk mencari sumber berkenaan..harap maklum..urgen

Greate pοѕt. Keep wrіting suсh κind of informatiоn on yоur
blоg. Ιm reallу impressеd bу it.

Thanκs for shaгіng your thoughts about kеyword.
Regaгds

mу blog pоѕt :: payday loans

Hi, I dο think thіs is а great wеb site.
I stumbledupon іt ;) I'm going to revisit yet again since I saved as a favorite it. Money and freedom is the best way to change, may you be rich and continue to help others.

Feel free to visit my page; same day loans

I am truly gгateful to the owner оf this web pаge who has shared this
fantaѕtiс pіece of ωrіting at here.


Here is my wеb blog - payday loans

assalamualaikum...sy ingin tahu cerita Tok Aki dr Merapuh ni..sy ada dgr2 cerita Tok Aki ni..boleh ceritakan sedikit tentang Tok Aki ni...terima kasih

assalamualaikum...sy ingin tahu cerita Tok Aki dr Merapuh ni..sy ada dgr2 cerita Tok Aki ni..boleh ceritakan sedikit tentang Tok Aki ni...terima kasih

assalam..., saya teringin nak cari cerita tentang datuk saya yang hilang di Merapoh pada tahun 1946, semasa itu dia bertugas di Balai polis Merapoh dan jawatan terakhirnya ialag Sarjan

hai ! baru tahu lepas baca kot . ?

tahniah dan teruskan memberi maklumat berkenaan tanahair kita...gabungkan fakta ahli sejarah dan pengetahuan orang kampung

Post a Comment

silalah tinggalkan komen. pro atau kontra tak kisah sbb pbezaan pendapat perkara biasa. selain boleh melengkapkan entry, ianya boleh membaiki apa2 jua kepincangan entry ini. lagipun kan lagi best bila kita ada macam2 idea atau pandangan...terima kasih!